Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:3

13.4K 553 10
By CallMeSazzy

SILING dinding dipandang kosong. Memikirkan cadangan guru-guru yang entah apa-apa. Ada ke patut nak pergi mana-mana mesti bersama? Bersama pula dengan si Ungku Harraz Bin Tan Sri Ungku Harriz. Sungguhlah tak logik dan tak masuk akal.

Berbaik? Oh no! Takkan sesekali.

Apa dia nak buat ni? Mulai hari esok, masuk sahaja pagar sekolah, dia perlu bersama dengan Ungku Harraz dari pukul 7:20 pagi sehingga la pukul 1:00 petang. Tak dapat dia bayangkan berada di sisi lelaki itu selama itu.

Sesaat pun dia tidak tahan!

Iphone diambil dari meja lampu di sebelah lalu mobile datanya di on.Tak sampai berapa saat, dah ada banyak notifikasi masuk. Antaranya dari instagram, twitter dan whatsapp.

Kamilia Hazel buka whatsapp lalu ditekannya pada private messages yang dia terima daripada Syifa.

From: Syifa Busuk

-Tak boleh la nak rehat dengan kau dah

-Seronok la orang tu dapat lekat dengan bakal jodoh tiap masa.

-Nyah! I is jealous you know.

Tak tunggu lama, laju jemarinya mengetik pada skrin.

To: Syifa Busuk

Banyak la kau! Mamat tak semenggah tu layak dapat gelaran tak baik aje. Dia tak layak jadi jodoh aku k.

Syifa sedang typing...

From: Syifa Busuk

-Mak aku kata jangan bermusuh nanti naik pelamin. Hah, kalau dah naik pelamin jangan lupa invite aku.

-Hik hik XD

Ah, tak boleh percaya istilah itu! Malas nak melayan, Kamilia Hazel meninggalkan mesej Syifa dengan dua tanda biru.

Dia kembali ke laman mesejnya. Ada 13 mesej lagi yang dia tidak baca. Ah, malas betul nak baca sebab kebanyakannya daripada lelaki. Konon nak tanya kerja sekolah padahal nak mengurat semata-mata.

Malas nak melayan, dia langsung tak buka mesej itu. Nampak kejam bukan, tapi itulah kenyataan yang harus diterima para lelaki.

Hati Kamilia Hazel hanya untuk seorang lelaki sahaja. Lelaki yang dicintai sepenuh hati tanpa sesiapa pun tahu.

Mesej dari Tiara seakan memanggil-manggilnya. Perempuan ni kalau chat dengan  Kamilia Hazel, pasti saja bukan nak cakap baik-baik. Mulut puaka tahap apa.

From: Tiara Alina

-Stop cari gaduh dengan bf aku please. Kau hamak attention ke apa? Tak matang la cara kau ni.

-Carefull, Hazel. Kau belum kenal siapa aku. Jangan paksa aku buat benda yang aku tak nak buat. I warn you.

Drama betul lah minah ni. Macamlah aku heran sangat dengan boyfriend dia tu, getus hati Kamilia Hazel.

Malas dilayan, dia hanya seen saja. Nasib baiklah dia sudah buat off read receipt.

Tentang Ungku Harraz, dia langsung tak kisah. Lagipun, dia bukannya suka Ungku Harraz tapi dia benci lelaki itu. Tiada kena mengena langsung dia nak ambil Ungku Harraz dari Tiara. Tak minat lelaki mandul begitu! Eh, bukan mandul tapi bendul!

Tanpa sedar, Kamilia Hazel melepaskan deru nafas kasar.

SAKIT kaki Kamilia Hazel apabila salah seorang dari tiga orang perempuan yang dikatakan 'diva bandar sangat' melanggarnya sehingga dia terjatuh ke lantai. Lututnya tersadung.

"Ups sorry.." Tangan Tiara menekup mulut bersama muka sinis pura-pura padahal dalam hati seronok dapat langgar perempuan yang amat dibencinya itu.

Ungku Harraz datang sambil memandang ke arah Kamilia Hazel yang sudah jatuh ke lantai. Wajah Kamilia Hazel berkerut-kerut mengusap lutut yang berlapikkan kain biru sekolahnya.

Tiara memegang erat lengan Ungku Harraz. Pandangan orang lain langsung tak dihirau. Juliana dan Rina menjeling ke arah Kamilia Hazel sambil berpeluk tubuh. Senyuman sinis mekar di bibir mereka.

"Dah kenapa kau duduk tengah-tengah orang nak jalan ni?" tanya Ungku Harraz sinis kepada Kamilia Hazel.

Padan muka kau, Hazel! Kata Ungku Harraz dalam hati.

Dia tahu tapi saja buat-buat tak tahu. Nak sakitkan hati musuhnya itu.

Kamilia Hazel memandang Ungku Harraz dengan pandangan tajam. Geram betul. Dua ekor pasangan kekasih tak sehati sejiwa tu sama saja gilanya. Level orang tak berperikemanusiaan.

"Tanyalah makwe kau ni." Berani pulak dia menjawab.

Kamilia Hazel nampak Tiara menjegilkan mata kepadanya.

"Aku dah offer nak tolong kan? Kau yang menyombong," kata Tiara dalam cerita yang sengaja didongengkan.

Membulat mata Kamilia Hazel mendengar penipuan Tiara semata-mata nak tutup jenayah sendiri.

"Kalau dah bodoh sombong tu, kekal lah sampai ke anak cucu. Dahlah, jom pergi kantin," ajak Ungku Harraz.

Mendapat anggukan gedik dari Tiara, mereka berempat pergi meninggalkan Kamilia Hazel yang duduk bersimpuh di tengah jalan.

Tiba-tiba Andra datang membantu. Andra to the rescue!

"Let me help you." Andra menghulurkan tangan.

Dia nampak adegan yang baru berlaku tadi. Memang tak ada adab betul mereka-mereka tu. Kesian Kamilia Hazel.

"Ehhhh... tak apa, saya boleh bangun sendiri," tolak Kamilia Hazel.

"Kita pergi bilik rawatan okey. Jom," ajak Andra.

"Hah? Buat apa? Tak sakit punlah. Saya okey aje."

"Hazel, kita tak tahu kalau awak cedera dalaman? Baik kita elakkan benda tu, saya bawa awak ke bilik rawatan." Andra terlebih protektif.

Mungkin disebabkan tugasnya sebagai seorang pengawas.

Tidak mahu panjangkan keadaan, Kamilia Hazel akur jua. Sepanjang jalan mahu ke bilik rawatan sekolah, Andra menjaga setiap langkah Kamilia Hazel.

Pelik gadis itu dibuatnya. Agak annoying, tapi boleh tahan romantik.

"TAK sakit pun. Lia okey, cikgu. Lia kena paksa dengan Andra. Layan aje lah," beritahu Kamilia Hazel kepada guru yang merawatnya. Kamilia Hazel selesakan diri di sofa.

"Andra bawak Lia ke sini? Caringnya dia," puji Cikgu Yuni menampar lembut bahu Kamilia Hazel.

"Lia terjatuh tadi, kena langgar dengan Tiara," cerita Kamilia Hazel serba-serbi ringkas.

"Dia cemburu dengan Lia lah tu. Dia ingat, Lia nak rampas Harraz daripada dia tapi yang sebenarnya, dia insecure dengan diri sendiri. Kan?" tebak Cikgu Yuni, kenal perangai Tiara yang selalu kacau hidup Kamilia Hazel.

"Tak tahulah, cikgu." Kamilia Hazel menjawab sambil tersengih.

Senyuman Cikgu Yuni terbit. Tubuh Kamilia Hazel didakap seeratnya.

"Walaupun Lia anak murid cikgu tapi cikgu dah anggap Lia macam anak kandung cikgu. Lia boleh cari cikgu bila-bila masa yang Lia perlu." Kamilia Hazel nyata tersentak tapi kemudian dia kembali membalas pelukan Cikgu Yuni.

Dia turut menganggap Cikgu Yuni seperti mak angkatnya. Dia tahu tentang Cikgu Yuni. Wanita itu dah berkahwin cuma belum ada rezeki untuk punya zuriat. Perkahwinan dia dan suami sudah masuk 3 tahun. Mungkin tak ada rezeki mereka.

KAMILIA Hazel berjalan keluar dari bilik rawatan. Sekujur tubuh yang sedang duduk menunggu dengan wajah risau dipandang. Andra ?

"Laaaa... Andra, kenapa awak tunggu saya? Masuk aje lah kelas dulu. Kesian awak," tutur Kamilia Hazel serba salah.

"Macam mana? Awak okey tak? Cikgu cakap apa?" Pelbagai soalan dilontar tanpa henti. Risau sungguh dia ni.

"Okey sangat. Lagipun, tak ada kecederaan. Tak ada yang patah pun. Kan saya dah kata kat awak, saya okey," terang Kamilia Hazel sambil tersenyum.

Andra melepaskan nafas lega. Dia betul-betul risau kalau apa-apa terjadi pada Kamilia Hazel.

"Terima kasih sebab concern pasal saya," ucap Kamilia Hazel.

"Saya nampak awak, takkan lah saya nak biarkan aje awak. Lagipun, dah memang tugas saya sebagai seorang pengawas. Semua murid di bawah jagaan dan tanggungjawab saya juga. Termasuk awak," kata Andra. Kamilia Hazel hanya tersenyum sahaja.

Lama mereka merenung antara satu sama lain sebelum Syifa datang menghuru-harakan keadaan.

"Hazel! Ya allah weh! Kau okey ke weh! Mana calar?! Ha siapa buat?! Kau ni macam mana boleh jatuh?" Kalut betul minah yang seorang ni. Syifa memegang badan Kamilia Hazel atas bawah.

"Aku baik-baik ajah." Rimas bila Syifa sudah membelek kainnya. Dahlah ada lelaki. Malulah si Kamilia Hazel tu.

"Kau ni memanglah kan?! Sehari tak ada masalah, memang tak cukup!" marah Syifa geram.

"Aduh minah ni, membebel pulak. Dahlah jom masuk kelas," ajak Kamilia Hazel sambil mula berjalan menuju ke kelas. Andra turut ikut sama di belakang dibuntuti dua orang gadis itu.

MASUK saja ke dalam kelas, sepasang mata ralit memerhati Kamilia Hazel yang dengan kaki tempangnya, duduk di meja dia sambil dibantu oleh Andra dan juga Syifa.

Menyampah pula tengok si Andra tu acah gentleman dengan Kamilia Hazel.

Ungku Harraz tak langsung mengalihkan pandang ke arah lain. Dia ralit sungguh memandang Kamilia Hazel. Entah kenapa mata ni tak boleh beralih dari memandang musuhnya itu.

"Hah, mata tu tengok mana tu?" tegur Tiara sambil melihat ke arah yang Ungku Harraz pasakkan.

"Ha? I just termenung jauh," bohong Ungku Harraz.

"Iya ke termenung? Termenung ke, merenung anak dara orang? You tengok Hazel eh? Hah?!" Amarah Tiara sudah naik ke puncak. Jari ditujukan ke arah Kamilia Hazel yang sedang tergelak mendengar lawak dari Andra.

"Pfffttt, seriously? Why Hazel? No, I tak ingin lah nak menung pasal dia. Dia tu bukan taste I. Kan I dah kata I termenung jauh. Termenung macam mana honeymoon kita nanti..." Sengaja dileretkan ayat terakhir itu supaya Tiara cair dan tidak persoalkan tentangnya lagi.

Alah, siapa aje tak cair dengan Ungku Harraz?

"Awww... sweet talker. I like. Sebab tulah I sayang you, Harraz. You pandai jaga hati I. Pandai manis mulut dengan I," puji Tiara.

Dia sangat beruntung dapat teman lelaki seperti Ungku Harraz. Kacak, bakal pewaris untuk syarikat Tan Sri Ungku Harriz, sweet talker dan yang paling penting berharta.

Harta dia tujuh keturunan belum tentu habis. Inilah masanya dia nak mengurat Ungku Harraz sehingga dia dapat kahwin dengan lelaki itu.

Bolehlah dia tumpang bahagia dengan harta yang lelaki itu ada.

"Untuk you aje." Senyuman sinis dilemparkan pada Tiara.

Gadis itu tersenyum sambil bermain dengan tali leher Ungku Harraz. Nasib cikgu tak masuk lagi kalau tidak, korang dua ni tak masuk bilik disiplin tapi masuk terus penjara.

Cikgu masuk selepas beberapa minit kemudian. Semua murid bangun dan memberi salam. Kemudian semua murid diminta duduk sebelum cikgu Elis mula bersuara.

"Harraz dan Hazel. Bukankah korang berdua sepatutnya duduk sama-sama?" Satu kelas memandang ke arah Ungku Harraz dan Kamilia Hazel.

Mereka berdua nyata tersentak. Aduh, ingatkan cikgu akan terlupa pasal hal ini. Ungku Harraz mati-matian sudah melupakan dan lenyapkan hal ini dalam otak dia. Lagi dia fikir, lagi pening dia.

"Now, get your couples," arah Cikgu Elis.

"What?!" Berderau darah Tiara apabila cikgu Elis menyatakan Ungku Harraz dan Kamilia Hazel sebagai 'couples'. Sakit hatinya!

"Yang lain diminta jangan banyak tanya. Kami para guru yang bersepakat untuk buat macam ni. Now, Hazel and Harraz... bergerak ke tempat belakang. Yang ada dua meja tu. Sekarang!" Tegas arahan yang ditutur Cikgu Elis.

Dengan dengusan yang tak henti-henti keluar dari hidung mereka berdua, mereka berjalan juga. Sempat lagi si Tiara tu meroyan cakap jangan tinggalkan dialah apa lah. Apa hal drama sangat engkau ni?

Continue Reading

You'll Also Like

500K 17.7K 70
Aku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda term...
143K 7.4K 23
" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang...
135K 7.1K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
60.2K 5.1K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...