Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:1

41.5K 802 50
By CallMeSazzy

KELIHATAN seorang pelajar lelaki dan perempuan sedang bertarung mulut. Ramai pelajar yang sudah berkerumun melihat aksi yang dijangkanya seperti melihat WWE dikaca tv.

Mereka tidak boleh terlepas scene drama 10 pagi ini. Alang-alang tu, boleh skip waktu pelajaran mereka selepas ini, beralasankan ada pelajar bergaduh dan keadaan menjadi huru-hara sehingga mereka panik dan terlupa nak masuk kelas.

"Kau panggil aku apa?! Ulang balik!" jerit pelajar perempuan itu nyaring. Satu kelas bergema dengan jeritannya.

"Pekak ke? Oh okey... aku ulang. Semua orang pun boleh dengar. Ehem ehem!" Ungku Harraz berdehem kuat sebelum menyambung.

"Perangai kau ni memang teruk and actually, kau tak patut dilahirkan sebagai seorang perempuan! You, stupid tomboy!" jerkah si lelaki sambil menuding jari telunjuknya ke muka pelajar perempuan tersebut.

"Aku tak cari pasal dengan kau tau! Kau yang tak habis-habis nak naikkan darah aku." Amarah si gadis kian menggunung.

Dia pandang mamat tu besar kecik besar kecik aje. Ikutkan hati yang sedang panas, mahu saja dia pukul kepala mamat tu bagi tulang stuck, lepas tu biar tak boleh toleh kanan kiri atas bawah lagi!

"Hah apa dia? Tak dengar. Sorry la, aku dah lama tak korek telinga. Kau cakap apa tadi?" Sengaja dia mahu sakitkan lagi hati Kamilia Hazel.

Pelajar yang lain sudah meng'eww'kan Ungku Harraz yang bersikap tidak sopan sebentar tadi. Tak korek telinga pun nak beritahu orang ke? Senang-senang aje kantoi.

Ungku Harraz ketawa girang melihatkan muka Kamilia Hazel yang sudah bertukar menjadi merah. Oh yes, dia dah marah tu. Gunung berapi on the way nak meletus!

"Ceit, what is happening? Bakpo gocoh ni? Apa kalian gak bisa duduk berbincang sambil minum teh'o beng?" Cikgu Salim datang mencelah di sebalik kerumunan pelajar itu.

Beberapa orang pelajar tersengih-sengih mendengar campuran loghat Cikgu Salim yang tidak pernah serius.

"Bincang? Cikgu nak kita bincang?!" marah Kamilia Hazel. Turun naik dadanya saat itu. Kedatangan Cikgu Salim cuma menambahkan lagi sakit di hati.

Ungku Harraz senang-senang aje perbodohkan dia tadi. Tak ada masa nak berbincang!

"Iya iyalah. Berbincang. Ertinya duduk semeja, berbual dengan cara yang baik tanpa ada yang bermasam muka." Tenang Cikgu Salim menjadi hero cuba selamatkan keadaan.

Sebenarnya, dia melayan aje perangai dua ekor kucing dan anjing itu bergaduh.

"Saya takkan bermanis muka dengan mamat poyo ni. Lepas apa yang dia dah cakap, saya takkan maafkan dia! Dia ni dah melampau! Tak ada kerja, nak cari kerja. Saya tahu sangatlah mamat ni sengaja nak cari pasal. Dia nampak saya baik, duduk diam kat meja saya, sebab tu lah dia datang dan mula nak menyakitkan hati saya," ujar Kamilia Hazel panjang lebar.

"Eh bukan engkau ke yang mengata pasal aku dekat Syifa? Hah Syifa, apa yang Hazel cakap dekat kau tadi? Kau ingat aku tak dengar korang mengejek aku dengan Tiara? Aku tak tuli lagilah!" bentak Ungku Harraz.

Tiba-tiba nama teman wanitanya naik. Tiara yang melihat kekecohan di dalam kelas itu, berjalan keluar bersama dua orang lagi gengnya. Berasap-asap dia mendengar pertelingkahan antara dua orang manusia itu.

"Aik? Seorang pun tak bersuara? Tak nak mengaku? Sebab aku betul, kan?" Ungku Harraz berpeluk tubuh.

"Buat apa aku nak bercakap pasal kau? Eh sebut nama kau pun, buat bibir aku ni pedih tau. Daripada aku mengumpat pasal kau, lebih baik aku perbanyakkan zikir. Istighfar banyak-banyak," kata Kamilia Hazel selepas beberapa saat terdiam.

"Itulah tu, baru aku nak cakap benda yang sama. Daripada sibuk mengumpat, lebih baik berzikir. Tapi orang yang bercakap tu, cakap tak serupa bikin!" tempelak Ungku Harraz, sinis sekali.

Kali ini, Cikgu Salim terpaksa masuk campur lagi. Pening dia mendengar cerita dua belah pihak yang bercakap dengan penuh emosi. Sekejap dia pandang Kamilia Hazel, kemudian beralih pula mendengar cerita Ungku Harraz pula.

Tak tahu nak sokong siapa.

"Raz, ekau lelaki kan? Cuba hang jadi macho sikit. Kalau hati dah suka, go tell her, if you love her. Bukannya cari pasal bergaduh. Cikgu udah tahu, kamu pasti suka dan kangen sama Hazel, bukan?" Cikgu Salim mengangkat-angkat keningnya kepada Ungku Harraz. Jauh reaksi Ungku Harraz yang cuma tayang muka jelik.

Jangan pelik kenapa Cikgu Salim punya bahasa ni bercampur-campur. Dia memang suka mix kan semua bahasa dalam perbualannya. Di situlah keistimewaan Cikgu Salim. Pandai buat kelakar. Kadang-kadang tu, tak boleh nak serius langsung.

"Kau tak payahlah nak buat muka macam tu!" Kamilia Hazel bertindak menolak dada Ungku Harraz bila dia ternampak riak wajah Ungku Harraz tadi.

Sebal hatinya.

"Eh eh minah ni, tolak-tolak pulak! Kau jangan sentuh aku eh. Haram!"

"Eh! Oh... haram. Syifa, kau dengar tak dia cakap apa? Haramlah kononnya. Habis, kau dengan Tiara tu? Halal? Halal toyyiban? Lebih baik kau pergi pegang anjing. Haram juga. Bengap betul!" Kamilia Hazel mencebik sebelum mengangkat keningnya pada Syifa di sebelah.

Syifa garu kening. Tak nak masuk campur pertelingkahan antara dua insan itu.

"Kurang ajar!"

"Eh, sabo sabo!" Cikgu Salim menahan badan Ungku Harraz yang mahu menerpa ke arah Kamilia Hazel.

"Harraz! Hazel! Ikut saya ke bilik disiplin!" Cikgu Rizalina sudah memekik dari pintu kelas sebelum menarik kedua-dua pelajar yang bertengkar tadi mengikutinya.

"Anak-anak, inilah yang terjadi bila terjalinnya hubungan cinta. Biasalah tu... cinta baru nak berputik. Mengkome-mengkome janganlah tiru aksi tadi ya," ujar Cikgu Salim sebelum menerima jelingan tajam dari Kamilia Hazel yang sempat menoleh ke belakang.

Cikgu Salim cuma tersengih menampakkan barisan giginya saja.

Sepanjang jalan, dua orang manusia itu main laga-laga bahu. Sempat lagi bergaduh walaupun hayat di hujung tanduk. Bilik disiplin sekolah ibarat tempat tali gantung tahu tak?

Kalau nasib baik, kena bebel aje. Kalau nasib tak baik, kena sebatlah jawabnya. Paling tidak, kena denda.

"Apa kes ni..." Cikgu Rizalina selaku guru disiplin yang dikatakan garang dan tegas memandang tajam wajah dua orang insan yang selalu buat hal itu.

"Mamat ni ha cikgu. Saya tak tahu apa masalah dia. Dia yang mulakan dulu," beritahu Kamilia Hazel sambil menunjukkan jari telunjuk kepada Ungku Harraz.

Bukannya tak biasa digelar 'tomboy' oleh malaun seperti Ungku Harraz, tapi sudah lama dia bersabar. Dia juga manusia biasa yang punya had kesabaran.

Gelaran itu menyakitkan hati tahu tak? Elok-elok dia bawa imej ayu macam wanita melayu terakhir, tiba-tiba kena sambar sebagai seorang perempuan yang berperangai seperti lelaki.

Atau lebih 'seronok' dipanggil, Tomboy! Eh tak seronok langsung!

"Hazel, kau jangan salah faham. Sebenarnya aku bukan nak panggil kau tomboy. Aku cuma nak belanja kau minum air asam boi balik ni. Percayalah." Pandai Ungku Harraz menipu di hadapan Cikgu Rizalina.

"Iey kau ni kan!" Hampir saja Kamilia Hazel menempeleng kepala Ungku Harraz tapi Cikgu Rizalina kembali membuat keadaan sunyi sepi.

"Sudah!" Terus terdiam dua orang manusia itu.

Ungku Harraz tak habis habis menjeling. Kamilia Hazel di dalam hati mendoakan mata Ungku Harraz juling kerana kerap menjeling.

"Sebab benda kecik macam ni aje sampai kecoh satu sekolah? Ini dah masuk kes berat ni. Berat... berat...." Cikgu Rizalina memicit batang hidungnya memikirkan masalah mereka berdua.

"Saya nak tanya. Sampai bila kamu berdua nak bergaduh ni, Harraz Hazel? Korang sedar tak ini tahun terakhir korang kat sekolah ni? Dan sebagai pelajar senior, kamu berdua harus tunjukkan perangai yang baik dan jadi contoh kepada adik-adik kamu. Bukannya buat buruk imej sekolah ni," leter Cikgu Rizalina.

"Saya tak pernah cari gaduh dengan sesiapa. Dia ni aje yang selalu cari pasal dengan saya," kata Kamilia Hazel menjeling Ungku Harraz.

"Ah kau diam! Biar aku yang bercakap. Kalau kau bercakap, semua kata yang keluar dari mulut kau tu, tak betul!" tempelak Ungku Harraz. Dia lurus memandang Cikgu Rizalina.

"Cikgu... cikgu bayangkan eh. Suatu hari nanti, saya akan berkahwin. Betul tak cikgu? Perempuan ni pun sama. Tapi, cikgu pernah terfikir tak siapa yang nak jadikan perempuan sebelah saya ni sebagai isteri? Jawapannya, takkan ada sesiapa, cikgu. Kalau perangai dia macam ni, memang tak ada orang yang nak kat dia. Cikgu percayalah cakap saya," balas Ungku Harraz.

Kamilia Hazel membeliakkan matanya kepada Ungku Harraz. Mamat ni kenapa sebenarnya?

"Perangai aku? Kenapa dengan perangai aku? Pergi cermin akhlak kau tu dulu!" tempik Kamilia Hazel apabila Ungku Harraz berani merendah-rendahkannya. Di hadapan cikgu pula tu.

"Balik ni aku cermin. Kau tu, belum apa-apa mesti cermin dah retak," hina Ungku Harraz sambil menutup sedikit mulutnya. Tahan gelak.

"Habis kau? Confident sangat. Perangai malaun macam kau, ada ke orang nak?" sambar Kamilia Hazel.

Ungku Harraz tayang senyum sinis.

"Hazel, macam ni lah. Awal-awal kita kenal, kau memang berperangai macam lelaki pun. Kau tu memang tomboy. Lupakan apa yang aku cakap pasal nak belanja kau air asam boi tu. Memang aku nak cakap kau tomboy pun." Jeling Ungku Harraz dengan pakej muka poyo dia.

"T.o.m.b.o.y... Loser." Ungku Harraz menjelir lidahnya.

"T.o.m.b.o.y. bunyinya tomboy la, dungu. Pergi masuk tadika balik. Belajar mengeja yang betul," balas Kamilia Hazel.

"Iya? Oh iya ke? Heh? Hmmm..." Ungku Harraz ketawa lagi.

Buat Kamilia Hazel bertambah sakit hati.

"Kau ni... kau jangan sampai aku wrestling motor besar kau tu," ugut Kamilia Hazel keras.

Mereka sudah menjengketkan kaki seperti sedang berdebat siapa yang paling pandai.

"Berani kau sentuh Roxy aku?" Ungku Harraz mengetap gigi.

Hah, ini yang dia sensitif ni bila bab motor kesayangannya dicabuli. Hazel ni memang cari pasal!

"Motor pun nak bagi nama. Perangai macam perempuan. Macam manalah kau ni boleh ramai peminat ek? Tak fahamlah aku." Cebik Kamilia Hazel pada Ungku Harraz.

"Eh kau jangan mempersoalkan pasal motor aku tau. Aku pantang." Ungku Harraz bengang. Motornya itu hidup dan matinya tau.

"Sudah Ungku Harraz, Kamilia Hazel!" jerit Cikgu Rizalina kuat.

Serta merta mereka berdua berdiri tegak dan diam. Jeritan Cikgu Rizalina memang padu.

"Apa nak jadi dengan korang berdua ni, ha?! Sakitlah jantung saya! Nak panggil ibu bapa kamu berdua, kami dah penat dah nak call mereka suruh datang sekolah. Mereka pun dah tak larat nak kena ulang-alik datang ke sekolah sebab nak settle masalah kamu berdua. Tapi, kamu berdua masih lagi buat benda yang sama! Nak kata kami tak bagi motivasi dari guru kaunseling, kami dah banyak kali dah hantar kamu ke bilik kaunseling. Cikgu-cikgu semua dah penat dah dengan kamu berdua ni! Masalah betul! Macam dunia ni dah nak kiamat! Tak habis-habis bergaduh saja!" bebel Cikgu Rizalina. Berbuih mulutnya.

Ungku Harraz dan Kamilia Hazel masing-masing membelakangi diri sambil memeluk tubuh dengan wajah yang jelas tak suka.

"Sekarang ni, saya nak kamu berdua masuk ke kelas! Sekolah ni ada banyak CCTV jadi jangan dalam perjalanan ke kelas, kamu berdua sempat lagi bertengkar. Saya nampak dari CCTV, saya panggil lagi kamu ke sini. Kali ini, saya dah tak nak bebel dah, saya bagi seorang, dua das rotan! Balik ke kelas sekarang!"jerkah Cikgu Rizalina. Ungku Harraz dan Kamilia Hazel mula berjalan ingin keluar.

Duduk lama-lama dalam bilik tu pun kena hadap bebelan Cikgu Rizalina yang membingitkan telinga saja. Dengan wajah masam mencuka, Kamilia Hazel ingin keluar namun Ungku Harraz turut ingin keluar. Situasi di mana masing-masing tidak mahu mengalah.

"Bagi aku keluar dululah!" Sengaja Ungku Harraz menolak bahu Kamilia Hazel agar ke tepi.

"Aku dulu!" lawan Kamilia Hazel.

"Isyy, blah lah! Aku nak jalan dulu!"

"Harraz! Hazel!" tengking Cikgu Rizalina.

Akhirnya Ungku Harraz mengalah. Dia memberi Kamilia Hazel jalan dahulu. Tapi dalam hati geram dan marah. Nasib baik kau perempuan aje.

"BEST kena bebel? Insaf tak?" tanya Syifa, kawan baik kepada Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel duduk sambil mendengus. Air mineral yang dibawanya dari rumah diteguk rakus. Haus selepas penat berperang mulut dengan Ungku Harraz.

"Tak." Noktah.

Kamilia Hazel menjeling Syifa. Bukannya nak sejukkan hati ni, makin menambah sakit hati ada lah!

Dia memang dah penat sangat asyik kena bebel dengan cikgu disiplin. Kalau bukan dengan Cikgu Rizalina, dengan cikgu lain pun dia turut dibebel. Tapi, salah dia kah setiap kali Ungku Harraz yang cari point ajak bergaduh?

Lelaki itulah yang mulakan semuanya dulu. Dasar.

"Korang ni kan, aku tak tahulah nak cakap apa. Asyik bergaduh aje. Mengalahkan pasangan suami isteri yang bergaduh pulak tu. Apa sebenarnya masalah korang ni? Ke sebenarnya, dengan cara macam tu korang meluahkan isi hati yang berputik dengan cinta tu?" Syifa menolak-nolak bahu Kamilia Hazel.

"Kau nampak botol aku ni? Memang corak flamingo, tapi keras dia lain macam tau. Kau jangan cari pasal Syifa. Aku ketuk kau dengan botol ni kejap lagi memang Hospital Kajang kau pergi," kata Kamilia Hazel geram dengan gurauan tak bertempat NurSyifa Layla tu.

Kut ye pun, tak adanya sampai nak bercinta dengan lelaki macam tu. Takkan pernah terjadi!

"Jangan marah." Syifa memuncungkan bibir sebelum menghadap ke hadapan. Dah tak nak sentuh punat moody Kamilia Hazel.

Tiba-tiba sepasang mata helang sedang memerhatikan Kamilia Hazel. Kamilia Hazel membalas dengan pandangan tajam sebelum Ungku Harraz dikacau oleh seorang perempuan. Pastinya girlfriend dia tu. Tiara Alina.

Kamilia Hazel memandang ke hadapan. Menyampah tengok muka perasan bagus Ungku Harraz tu. Macamlah kacak sangat mamat tu sampai ramai perempuan tergilakan dia.

Nak tahu muka Ungku Harraz macam apa? Pernah tengok lori kayu balak? Hah begitulah rupa dia. Sekian kata hinaan daripada Kamilia Hazel.

SAMPAI sahaja di rumah, Kamilia Hazel cepat-cepat berlari mahu naik ke tingkat atas tetapi satu suara menegurnya membuatkan dia berhenti meneruskan langkah yang laju tadi.

Dia berdecit sehingga bergema satu rumah. Memang kena bebel lagi ni.

"Hazel... duduk sini kejap." Suara Dato Kusyairi sudah menyapa gegendang telinga.

Datin Harsyifah sudah menjeling tajam ke arah anak gadisnya itu.

"Hazel penatlah, daddy. Boleh tak Hazel naik kejap rehat lepastu bila dah habis penat baru kita berborak, okey?" Gadis itu berkata dengan malas.

Kamilia Hazel masih setia ditepi tangga. Tak langsung mengikut suruhan si daddy untuk duduk bersama.

"Nak mengelatlah tu. Umi dah lali lah dengan perangai Hazel. Hazel jangan ingat umi tak tahu Hazel bergaduh lagi. Sebab apa pulak kali ni?" Datin Harsyifah bersuara memerli.

Dia tahu pun sebab dapat panggilan seperti biasa dari guru disiplin sekolah tentang hal yang ditimbulkan oleh anak daranya itu dengan Ungku Harraz.

"Yang penting, bukan Hazel yang mulakan dulu. Okeylah, Haz penat sangat ni. Haz naik dulu." Belum sempat  Kamilia Hazel menapak anak tangga, lagi sekali suara itu menyapa telinga.

"Itulah kerja Hazel! Memalukan umi dengan daddy! Umur dah 17 tapi perangai macam budak-budak!" kata Datin Harsyifah.

Lagi dia panggil nama anaknya, lagi anak gadisnya langsung tak menghiraukannya malah terus naik atas dengan cepat.


Media: Presenting, Hisham Osman as Ungku Harraz.

Continue Reading

You'll Also Like

315K 8.7K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...
2.8M 257K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
4.8M 237K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...