[C] KVSA2 : Kerana Cinta

By Shieyruna

1.3M 111K 20.3K

๐Ÿ“Œ ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih... More

TV SERIES - MUSIM DUA
Dear Readers ๐Ÿ’•
KC | 1
KC | 2
KC | 3
KC | 5
KC | 6
KC | 7
KC | 8
KC | 9
Appreciation โœจ
KC | 10
KC | 11
KC | 12
KC | 13
KC | 14
KC | 15
KC | 16
KC | 17
KC | 18
KC |19
KC | 20
KC | 21
KC | 22
KC | 23
KC | 24
KC | 25
KC | 26
KC | 27
KC | 28
KC | 29
KC | 30
KC | 31
BOOK REVIEW
KC | 32
Dear Readers ๐Ÿ’•
KC | 33
KC | 34
KC | 35
KC | 36
KC | 37
KC | 38
KC | 39
KC | 40
KC | 41
KC | 42
KC | 43
KC | 44
KC | 45
KC | 46
My Lovely Readers๐Ÿ’•
CHECK THIS OUT!
Special Chapter ๐Ÿ’
Special Chapter ๐Ÿ’ : PuasaRaya Part1
Special Chapter ๐Ÿ’ : PuasaRaya Part2
Special Chapter ๐Ÿ’ : PuasaRaya Part3

KC | 4

26.7K 2.4K 421
By Shieyruna

Promote

Stay
lilbunnys

Kami Hanya Kawan
nurayu__

Cinta Si Gadis Buta
-sweetaedy

My King
ainraudi124

Jemput baca💞

Jangan request promote dekat ruangan komen. Nanti sis lupa😂

Thank you sebab memahami😘 Buat awak yang masih tak faham bahasa, nanti sis reply dalam bahasa Jawa😇

••••••••••••••••••••


Hampir genap seminggu, Shanina masih dalam proses belajar menjadi pembantu peribadi dengan Kak Ida. Tak disangka kerja ni seronok.

Nina keluar dari pantri dengan dulang bersama secawan coklat panas. Dia bawa ke bilik Encik Ilham yang masih belum tiba. Coklat panas diletak atas meja dan dia berlalu keluar.

Tiba - tiba Encik Ilham muncul dan mereka bertembung di muka pintu.

" Assalamualaikum, selamat pagi Encik Ilham ". Sapa Nina dengan senyuman.

" Waalaikumussalam, selamat pagi juga ". Sapa Zafirul balik.

Nina beri laluan. Dia bergegas ke meja kerjanya dan ambil buku nota yang tercatatnya semua jadual kerja Encik Ilham. Dia masuk balik ke bilik bossnya.

" Encik Ilham, hari ni encik tak busy sangat. Encik tak ada meeting dengan mana - mana klien. Oh! pukul 3 petang nanti encik ada meeting untuk bincang pasal projek yang dengan kerjasama... Nilam.. Corporation ". Kata Nina. Mukanya menjadi berkerut bila terbaca nama syarikat yang paling dia anti.

Bila dia pandang Encik Ilham, lelaki itu menatapnya tanpa berkelip.

" Encik? Encik Ilham? ". Nina menegur tapi lelaki itu tetap begitu. Dia petik jari depan wajah Encik Ilham dan barulah lelaki itu tersedar.

" Ermm.. sorry pukul berapa tadi? ". Soalnya.

" Pukul 3 petang encik ada meeting tentang projek yang dengan kerjasama Nilam Corporation tu ". Ulang Nina. Nasib baik boss, kalau tak dah kena lepuk.

Lelaki itu mengangguk faham.

" Kenapa company kita mesti bekerjasama dengan Nilam Corporation? ". Soal Nina. Dia tak sukalah.

" Kenapa, tak boleh ke? ". Soal Zafirul balik.

Bukan tak boleh, tapi masalahnya sekarang, aku ni PA kau. Dah tentunya kalau kau kena jumpa Dato' Zainal aku kena ikut sekali,  Gumam Nina dalam hati. Kalau dia luah pun, bukan boleh bagi jaminan yang dia tak perlu ikut setiap kali mesyuarat.

" Saya tahu, mesti awak tak suka sebab yelah awak PA saya. Dah tentunya kalau saya kena jumpa Dato' Zainal, awak kena ikut sekali. Betul tak? ". Ujar Zafirul lalu tersenyum.

Nina terbeliak. Okay, entah kenapa dia rasa, Encik Ilham menyeramkan sekarang ini.

" Saya nak tanya satu soalan. Apa yang Dato' Zainal dah buat sebenarnya? Kalau tak ada sebab, mesti awak tak berhenti kerja ". Zafirul tetap memandang wanita di depannya.

Nina teragak - agak untuk beritahu.

" Di-dia.. dia.. raba saya ". Ungkap Nina perlahan.

Zafirul menarik nafas panjang. Dia mengangguk perlahan. Fikirnya, Nina tak tahan melihat perangai tak senonoh Dato' Zainal rupanya lelaki tua itu dah melebih. Memang siaplah kau!

" I'm sorry for asking. Awak ikut jelah. Don't worry, saya akan jaga awak ". Kata Zafirul dengan senyuman.

Nina mengangguk dengan muka pasrah. Dia minta diri untuk keluar. Sampai di mejanya, dia duduk. Nina mengeluh.

" Nak jaga aku ehh.. ". Nina tersenyum sendiri.

" Ish! Apa ni? ". Nina tersedar dari angan - angan. Cepat - cepat sedarkan diri. Setia dengan Zafirul Nina, setia!

***


Dia berpeluk tubuh. Sesekali dia mengerling pada lelaki di hadapannya yang selamba menikmati makanan. Kenapalah dia perlu hadap Emir untuk hari ni? Ini semua angkara papanya yang aturkan date!

Kononnya nak berjumpa untuk bincangkan sesuatu. Sampai saja, dia terserempak dengan Emir. Hish! Bodohnya kau ni Aulia.

" Tak nak makan ke? ". Emir menyoal.

Aulia diam. Masih bersilang tangan dan wajahnya ketat jelas menunjukkan yang dia sedang marah.

Emir mengelap mulutnya dengan tisu.

" Esok dah ke Sabah, kan? Seminggu dekat sana. Kalau boleh balik cepat sikit eh, nanti abang rindu ". Ujar Emir.

Aulia terbeliak. Dia menjeling dan buat muka menyampah.

Emir perasan reaksi Aulia itu.

" Lia ni, abang nak sweet. Lia buat muka macam tu pula ". Kata Emir dengan nada sedih.

Aulia menjeling ke atas. Gedik!

" Tak akan pak ngah buat date untuk kita pun, Lia nak marah? ". Soalnya lagi.

" Mesti abang komplot dengan papa, kan? Lepas tu buat - buat tak tahu ".

" Taklah. Abang memang tak tahulah. Lagi pun, abang tak boleh keluar jauh sangat dari hospital. Takut ada emergency ke apa. Abang datang sini pun sebab papa Lia kata ada hal penting nak bincang ". Jelas Emir.

Memang betul. Dia tidak boleh keluar jauh dari hospital walaupun sekarang memang waktu rehat dia. Takut jika berlaku kecemasan, dia boleh bergegas ke sana.

" Lia tak akan jumpa abang kalau tak ada hal penting, ". Kata Aulia.

" Tapi abang memang nak jumpa Lia sebab ada hal penting nak cakap. Pasal Ainnur ".

Aulia pandang Emir.

" Abang dah ambil keputusan untuk jadikan Ainnur keluarga angkat abang ". Kata Emir dengan senyuman.

Aulia terdiam. Bukan sebab tidak percaya dengan keputusan Emir, tapi dia was - was.

" Ikhlas ke? Atau cuma nak tarik perhatian Lia supaya Lia nampak abang ni manusia mulia? ". Sindir Aulia terus.

" Ini keputusan abang. Lagi pun, abang anak tunggal. Mama pun suka sebab dia akan dapat anak perempuan. Abang tak minta Aulia pandang abang sebagai manusia mulia ". Tutur Emir lembut.

" Kenapa tak hantar ke rumah anak yatim? ". Soal Aulia lagi. Hatinya tetap berbisik yang Emir tidak ikhlas langsung.

" Abang tak rasa hantar ke rumah anak yatim selamat. Sebab orang yang kejar Ainnur tu kita tak tahu siapa. Diorang boleh je cari kalau diorang nak. At least, dengan abang dia selamat. Ada mama and papa yang jaga ". Jelas Emir tenang menjawab soalan Aulia.

" Abang gerak dululah. Bil biar abang yang bayar. Oh yeah, esok dah pergi Sabah, kan? Kirim salam dekat maksu dengan paksu. Bye honey ". Emir bangun dan lesap entah ke mana.

Malas Aulia nak perhati gerak dan langkah Emir. Aulia merengus bila terngiang suara Emir memanggilnya 'honey' sekejap tadi.

" Ingat aku cair ke? ". Aulia pergi dari situ. Malas nak berlama di situ. Makanan yang papanya pesankan kan pun, dia tak sentuh.

***


Malam itu, Zafirul sudah berjanji dengan yang lain untuk keluar lepak di sebuah dataran. Hanya berborak biasa dan segala perkembangan terkini.

" Dah seminggu, macam mana? ". Tanya Zafry. Soalan diajukan buat Zafirul.

" Macam mana apa? ". Soal Zafirul balik.

" Pasal PA kesayangan kaulah ". Imran membalas.

" Okay je".

" Okay, okay juga. Kau kena hati - hati sikit sebab Nina pernah cakap yang muka kau familiar ". Ujar Ashraf.

" Familiar dengan siapa? ".

" Dia tak tahu. Tapi setiap kali dia tengok muka kau, dia kata macam kenal ". Jawab Ashraf.

" Macam manalah dia boleh tak perasan kau, kan? ". Farhan ketawa kecil. Tak ada bezakan pun wajah Zafirul yang sekarang ini dengan penampilannya yang berkaca mata hanya supaya Nina tak dapat kenalpasti dirinya.

" Beragaklah kau, dah berapa tahun Nina tak menatap wajah teman lelaki kesayangannya ni. Memang taklah dia kenal ". Balas Ashraf.

Zafirul hanya diam. Habis bila seorang dah tanya lepas itu ada tukang jawab, dia nak cakap apa lagi?

" Tapi, aku peliklah. Kenapa kau tak nak terus terang je? ". Soal Farhan lagi.

Zafirul memasukkan tangannya ke dalam jaket hoodnya.

" Aku takut Nina lari bila nampak aku. Yelah, aku dah tinggalkan dia. Tak cakap apa - apa pun. At least bila aku buat macam ni.. aku bolehlah curi hati dia balik ". Kata Zafirul.

" Tapi kau tipu dia. Kau curi hati dia balik sebagai Encik Ilham, boss dia. Bukannya sebagai Zafirul, boyfriend dia ". Zafry beri pandangan.

Ashraf meletakkan tangannya atas bahu Zafirul.

" Aku setuju. Kalau rahsia ni terbongkar, sama je. Dia lari juga. Paling tak pun, dia akan tampar kau dulu, dia marah kau lepas tu baru dia lari ". Ujar Ashraf. Sempat dia bergurau.

" Tahulah aku nak buat macam mana, ". Putus Zafirul. Semua mengangguk kalau rakan mereka sudah kata begitu.

" Aulia macam mana? Jadi ke dengan Emir? ". Soal Zafirul pula.

" Entahlah. Dia tak bagi kata putus lagi pasal tarikh nikah apa semua ". Jawab Imran.

Aulia sememangnya berkeras. Jika ada antara ahli keluarganya yang bangkitkan perkara ini, memang dia tak akan teragak - agak putuskan pertunangan walau dengan apa cara sekali pun.

" Tapi, aku tak akan terkejut kalau satu hari nanti Aulia buka hati untuk Emir ". Kata Farhan.

" Ehh, ap-apa hal pula weh? ". Soal Ashraf terkejut. Yang lain juga begitu. Boleh berlaku ke?

" Emir dah berubah. Korang pun tahukan? Sekarang ni dalam proses ambil hati Aulia- ".

Imran gelak kecil dan memintas.

" Aulia tak akan suka Emir. Hati dia dah macam batu lah ".

" Aku cakap je. Ini ramalan aku. Lagi pun kalau arwah ada sekarang ni, memang tak ada peluang lah si Emir tu ".

Semua diam. Kerinduan pada seorang lagi rakan mereka menerpa di hati. 

" Aku tak sempat nak jumpa arwah dulu ". Ujar Zafirul sedih. Yelah, dalam dibelenggu masalahnya, mana sempat untuk dia jumpa sesiapa.

" Kitaorang pun ". Zafry mengeluh. Kali terakhir di sekolah dulu sebelum Danish bertindak tidak hadir ke sekolah.

Sampai sekarang, masih menjadi tanda tanya kenapa Danish bertindak memutuskan hubungan dengan Aulia dan berperangai pelik.

***


Sampai di Kuala Lumpur International Airport, kereta diparking. Adam Zarith membantu mengeluarkan bagasi Aulia dan diserahkan pada kakaknya.

" Erm.. erm.. erm.. ".

" Apa? ". Tanya Aulia bila Adam terkulat - kulat.

" Nanti beli ole - oleh ehh? ". Pinta Adam sambil tersengih.

" Tengoklah kalau ingat ". Aulia bergurau.

Adam tarik muka.

" Tinggalkan sorang - sorang nanti, tahulah ". Adam berkata perlahan.

" Apa dia? ". Soal Aulia bila dengar suara perlahan adiknya.

" Tak, have fun dekat Sabah. Sampaikan ciuman manja dan rindu Adam dekat baby ". Jawab Adam.

" Dahlah akak pergi dulu. Bye ". Adam bersalam dengan Aulia.

Aulia menarik bagasinya masuk ke dalam. Dia mendapatkan tempat duduk. Ada lagi 30 minit sebelum penerbangannya. Sebuah buku novel dikeluarkan dari beg tangannya. Saat Aulia menyelak helaian, ada sekeping polaroid terselit.

Gambar kegemarannya itu ditatap. Memang dia akan selit gambar itu kalau dia sedang membaca mana - mana buku.

Kata - kata Nina menerpa.

" .... I hope miracle things gonna happen ".

Aulia menggeleng. Tak akan ada benda ajaib berlaku melainkan kalau dia masih hidup. Rantai tangan pemberian arwah disentuh. Ya, dia pakai sejak dulu. Tiada siapa yang bertanya. Ini saja hadiah yang paling dekat dengannya.

Gambar itu diselit semula. Aulia sambung pembacaan.












To Be Continued
Kerana Cinta

Continue Reading

You'll Also Like

7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
190K 20.3K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...
1.9M 86.7K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
15.4K 1.4K 14
Series 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tahun berlalu dengan pantas. Setelah tumpas...