ALYSAβœ”οΈ

By _ccaahh_

894K 36K 1.5K

Hilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih mud... More

Bab1πŸ₯€
Bab2πŸ₯€
Bab3πŸ₯€
Bab4πŸ₯€
Bab5πŸ₯€
Bab6πŸ₯€
Bab8πŸ₯€
Bab9πŸ₯€
Bab10πŸ₯€
Bab11πŸ₯€
Bab12πŸ₯€
Bab13πŸ₯€
Bab14πŸ₯€
Bab15πŸ₯€
Bab16πŸ₯€
Bab17πŸ₯€
Bab18πŸ₯€
Bab19πŸ₯€
Bab20πŸ₯€
Bab21πŸ₯€
Bab22πŸ₯€
Bab23πŸ₯€
Bab24πŸ₯€
Bab25πŸ₯€
Bab26πŸ₯€
Bab27πŸ₯€
Bab28πŸ₯€
Bab29πŸ₯€
Bab30πŸ₯€
Bab31 πŸ₯€
Bab32πŸ₯€
Bab33πŸ₯€
Bab34πŸ₯€
Bab35πŸ₯€
Bab36πŸ₯€
Bab37πŸ₯€
Bab38πŸ₯€
Bab39πŸ₯€
Bab40πŸ₯€
Bab41πŸ₯€
Bab42πŸ₯€
Bab43πŸ₯€
Bab44πŸ₯€
Bab45πŸ₯€
Bab46πŸ₯€
Bab47πŸ₯€
AN

Bab7πŸ₯€

19.6K 817 15
By _ccaahh_


Hilman POV

Aku tersenyum senyum melihat gambar Alysa yang masam mencuka yang sempat aku ambil senyap senyap sewaktu berada di Pavillion dua hari lepas.

Haih Alysa Alysa. Muka masam macam ni pun cantik comel. Apa la yang kau dah buat dengan aku ni? Aku dah rasa macam gila bayang dengan kau ni tau tak?

Macam mimpi pula rasa Alysa dan aku sudah pun menjadi kawan. Tak sabar pula aku nak bertukar status daripada kawan kepada kekasih kepada Alysa.

Bukan aku tak hormat Alysa sebagai tunangan orang tapi aku kenal Izham tu dah lama. Dari zaman sekolah menengah dulu.

Semua pasal perangai Izham tu ada dalam poket aku ni. Memang Izham tu langsung tak sesuai dengan Alysa.

Depan Alysa baik belakang Alysa macam setan. Aku ingatkan Izham dah berubah lepas jumpa perempuan sebaik Alysa tapi perangai masih sama macam dulu.

Apa la yang kau tak puas lagi Izham? Dah dapat perempuan sebaik secantik Alysa tu pun kau boleh buat perangai lagi. Aku menggelengkan kepala.

Jadi dari nanti Alysa terseksa dengan Izham baik la aku buat sesuatu untuk batalkan perkahwinan dorang berdua.

Walaupun aku ni kaki perempuan tapi kalau dah dapat Alysa memang tak ada la aku nak cari lain.

Aku jadi kaki perempuan pun sebab aku nak cuba buang rasa sayang dekat Alysa ni. Tapi jumpa la banyak perempuan lain pun memang hati aku ada dekat Alysa juga.

"Ha tengok apa tu senyum senyum." Iphone yang berada di tangan terus jatuh ke peha sebab terkejut.

"Ish akak ni terkejut la Man." Aku mengurut ngurut dada sambil buat muka terkejut memandang kak Helena. Kena la berlakon sikit.

"Terkejut ke adik akak ni? Sorry ye adik manja." Kak Helena memandang aku sambil tangannya mengusap kepala aku.

Aku memang manja dengan kak Helena. Memandangkan kami cuma dua beradik dan aku pula anak bongsu. Memang menjadi jadi la aku ni manja. Bukan dengan kak Helena sorang dengan mummy dan daddy pun aku manja.

Manja manja aku pun tak bermakna aku buka perniagaan menggunakan modal daripada daddy. Aku memang usaha sendiri langsung tak usik duit daddy dan mummy.

Dari zaman sekolah lagi aku cuba cari kerja sambilan secara senyap untuk kumpul duit buat perniagaan kecil kecilan.

Tak sangka pula perniagaan kecil kecilan aku dapat sambutan yang sangat menggalakkan dan terkenal di seluruh negeri dengan begitu cepat.

Hasil daripada perniagaan aku kini aku dah pun ada 6 buah kedai sendiri di negeri negeri yang berlainan.

Sehingga kini perniagaan aku sangat begitu stabil walaupun ada juga kadang kadang masalah yang mendatang. Biasa la perniagaan mana yang tak akan melanda masalahkan?

Semuanya yang aku dapat semua dari hasil titik peluh aku sendiri langsung tak gunakan dan usik duit dari daddy atau mummy langsung.

Aku juga rasa bangga dengan diri sendiri dalam kesibukkan menguruskan perniagaan aku masih lagi boleh bahagikan masa untuk belajar sehingga ke tahun akhir tanpa sangkut satu subjek pun.

Itu la syarat dari daddy dan mummy semasa aku meminta izin hendak buka perniagaan sendiri. Kena sambung belajar baru boleh buka syarikat. Daddy dan mummy memang pentingkan pelajaran dari segala benda.

"Yela. Heh jangan usik kepala Man la. Rosak rambut Man nanti." Aku tepis tangan kak Helena dari terus menerus merosakkan rambut aku.

Kak Helena ni memang suka sangat usik usik rambut aku ni. Tau tak rambut aku ni aset aku? Kang nanti rosak dah tak lawa.

"Suka hati la. Tu Man tengok apa tadi tu? Bukan main lagi tersenyum senyum."

"Dont touch my phone!!" Aku menjerit sedikit kuat. Kelang kabut aku ambil iphoneku yang jatuh di tepi sofa apabila melihat tangan kak Helena sudah hendak mencapainya.

"Man gelabah sangat ni dah kenapa? Tengok porn ke?" Aku jeling kak Helena yang ketawa dengan tajam sebelum aku lock iphoneku.

"Mana ada la. Jangan nak buat fitnah. Kalau nak tengok porn tak adanya Man bodoh sangat nak tengok dekat living room ni. Baik tengok dalam bilik ada privacy." Beragak la sikit. Jahat jahat aku ni pun jarang la aku nak tengok video lucah.

Lagipun dalam video tu pun aset yang tertayang tu banyak yang fake. Dari tengok video baik la buat real punya yang dah sah sah tak fake. Tapi real punya kena la kahwin dulu baru boleh buat.

Ish kau ni Man tak betul ke apa ni? boleh pula fikir pasal aset ni depan akak kau. Ini kalau dia tau ni mahu tak memasal kau kena pukul dengan dia. Aku ketawa di dalam hati.

"Yela yela saja je akak nak usik. Akak tau Man tak layan sangat benda benda gitu." Kak Helena mencuit lenganku sebelum melabuhkan punggungnya di tepi aku.

Tahu pun aku tak berapa nak layan benda benda macam tu. Tak pasal pasal aku yang ala ala sesuci umat ni kena tuduh.

"Ni dah terlajak Man ada dekat sini akak nak tanya macam mana haritu keluar dengan Alysa? Man boleh ke proceed sponsorship tu?" Aku tegakkan badan menghadap kak Helena. Maklum la bab bab macam ni memang la kena serius walaupun bercakap dengan kakak sendiri.

"Boleh je tapi lepas Lysa betulkan proposal tu la. Banyak betul salahnya. Cuba bagitau Man macam mana Man nak sponsor dah kalau banyak sangat salah dekat nilai budget." Bila ingat balik apa yang Alysa kata pasal proposal tu buat sakit hati aku je.

Suka hati je si Azlan tu tuduh aku macam macam. Padahal dia yang dah terang terang salah. Tak akan la aku nak pejam mata je hal hal berkaitan kewangan macam tu.

Mesti la kena ambil tahu. Duit kut semua benda tu. Aku cuma tak nak nanti ada yang makan duit haram bila ada lebihan duit dari tajaan. Tak pasal pasal menjawap nanti dekat akhirat.

"Itu la akak dah agak dah. Man tak akan saja saja tolak proposal tu kalau tak ada benda yang tak kena. Nasib baik la menjadi juga Alysa nak jumpa Man lepas akak basuh cuci otak masing masing masa meeting haritu."

Ini yang bagusnya dan kelebihan bila orang tak tau yang kak Helena ni sebenarnya kakak aku. Kalau la satu Universiti tu tahu siapa kak Helena ni dengan aku memang semua tak berani la nak kutuk aku depan kak Helena.

"Thanks kak because of you Man dapat keluar berdua dengan Lysa." Aku cubit pipi kak Helena sambil ketawa kecil.

Sebab kalau bukan kak Helena la aku tak mungkin ada peluang untuk keluar berdua dengan Alysa.

"Man jangan macam macam. Akak tolong sebab akak kesian dorang tak dapat sponsorship duit. Bukan tolong jadi cupid. Man kena ingat Alysa tu dah jadi tunang Izham tau. Dah nak kahwin pun dorang lagi 4 bulan. Tak baik sailang tunang orang. Dia tu dah jadi milik orang lain." Hilang terus senyuman di bibirku apabila kak Helena mengingatkan aku tentang status Alysa.

"Kak dalam 4 bulan macam macam boleh jadi. Tunang pun boleh putus la." Sedangkan orang dah kahwin pun boleh berpisah inikan pula cuma bertunang.

4 bulan tu lama la macam macam benda boleh jadi dalam masa 4 bulan. Lagi lagi dengan perangai Izham tu. Aku tak rasa la mereka berdua sempat naik pelamin. Aku berani jamin. Aku berkata di dalam hati.

"Man cari la orang lain. Lupakan jela Alysa tu. Ramai lagi perempuan lain dekat luar sana. Jangan la dok terkejar kejarkan hak milik orang lain tu."

"Akak tak faham la. Hati Man ni cuma ada dekat Lysa. Mata Man ni cuma nampak Lysa sorang. Tak ada orang lain. Faham tak? Man kenal Iz tu macam mana. Dia tak layak untuk Lysa." Tegas aku membalas

"Habistu Man baik sangat ke nak bergandingan dengan Lysa? Man pun lebih kurang je kaki perempuan." Aku mengeluh keras. Mata memandang kak Helena yang bertentangan mata denganku.

"Dah la Man malas nak gaduh dengan akak. Cakap dengan akak ni buat hati Man panas je." Perasaan marah yang membuak dalam hati cuba aku kawal dengan sebaiknya. Aku terus bangun dari dudukku.

"Man akak bukan apa. Akak cuma bagi nasihat je. Akak tak nak Man buat benda entah apa apa nak dapatkan Lysa tu." Jeritan kak Helena aku biarkan sepi tidak menjawap.

Lagi aku menjawap lagi panjang jadinya nanti. Dah tak pasal pasal bergaduh teruk kang.

Aku jalan laju mendaki tangga untuk naik ke atas masuk ke bilik. Nak naik lift ke tingkat 3 pun aku rasa tak sanggup nak tunggu memandangkan lift dekat rumah ni terletak berhampiran dengan ruang tamu.

Nanti kang berbakul bakul lagi kak Helena nasihatkan aku. Aku tau la apa yang aku buat. Tak adanya aku sanggup nak sakitkan hati Alysa. Semua benda yang bakal aku buat semuanya untuk kebaikkan dia juga nanti.

"Hai anak mummy laju je jalan ni nak kemana?" Mummy menegurku apabila berselisih ketika mendaki tangga.

"Bilik." Sepatah aku membalas.

"Aik kenapa ni? Gaduh ke?"

"Mummy tanya la akak tu. Malas Man nak cakap. Cakap pun buat Man ni tambah sakit hati je." Terus aku meninggalkan mummy.

Hati aku yang tengah membara ni nak kena kita kawal dengan sebaiknya sebelum lagi bertambah tambah membara.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
336K 11.6K 49
[COMPLETE] > ** π“π„ππ†πŠπ” π€πŠπˆπ… πƒπ™π”π‹πŠπˆπ…π‹πˆ - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
232K 15.3K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
580K 23.9K 78
[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang dokt...