Datuk or Dato'?

By atulaisy_ckk

2.3M 75.6K 1.4K

Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya un... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
Bukan update
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
Not update
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28, BAB 29, BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
Not update
BAB 35
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
Instagram 📷
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
Special Chapter: Can I Kill Him?
Rindu....
PART 2: CAN I KILL HIM
PART 3: CAN I KILL HIM?!
CAN I KILL HIM 😈
❤ CKK❤

BAB 36

47.2K 1.3K 10
By atulaisy_ckk

"Sayang nak pergi mana?" tanya Ray yang menutup mukanya dengan bantal akibat silauan lampu.

"Erm, nak balik rumah." Takut-takut aku jawab. 

"Hah!" terduduk Ray. Aku pula terkejut dengan reaksi yang menjerit sebegitu.

"Ray, izinkan?"

"Nak buat apa balik rumah? Habis budak-budak yang masih tidur pun sayang nak bawa sekali ke?"

Jelingan tajam Ray membuatkan aku menggigit bibir takut dan gelisah. Dia bangun dari katil. Kakinya mendekati aku yang berdiri di depan cermin dan kaki aku pula terpaku disitu memerhati badannya yang mengancam. Six pack dia dah ibarat roti kentang yang dikeluarkan panas-panas dari oven. Wah, rasa nak ngap sahaja. 

"Sayang, asyiknya." bisik dia ditelinga. Aduhai, Aira asyik sangat sampai tak sedar yang dia dah dekat sangat. Dekat depan mata dan dekat di hati. 

Bibirku diragutnya lembut. Selepas beberapa minit kami lemas dalam kucupan, badannya aku tolak. Nafas diambil dalam. "Tak mandi lagi cium-cium kita." Aku mengesat bibirnya dengan tisu basah bila kelihatan gunci merahku melekat dibibirnya.

"Balik kepada soalan abang, kenapa sayang nak balik rumah? Please stay sini. Abang tak puas hati lagi luangkan masa dengan kembar 4." pujuknya.

"Please. Sekejap sahaja Aira balik dengan budak-budak tu." 

"Sayang, budak-budak kan masih tidur. Tak akanlah sayang sampai hati nak kejut diaorang semata-mata nak balik sekejap."

"Entah-entah sayang balik sana terus tak datang sini balik." tambahnya lagi.

"Hah, abang ada idea. How about abang follow sayang?" tanyanya pula.

Boleh tu memang boleh. Tapi aku tak nak lah si bunga tu cara pasal kembar 4 tu. Buatnya dia hasut budak-budak tu biar jadi mak tiri diaorang. Tak ke aku kecewa. Walaupun, hati ni masih ragu untuk berikan peluang kepada si pakcik ni. Tapi, aku masih cintakan dia dan ingin hidup bersama dia sebagai satu keluarga yang lengkap. Semestinya, kembar 4 pun dah mula selesa dengan abah mereka.

"Abang, jaga budak-budaklah kalau macam tu." kataku.

"Alaaa. Please, sayang. Kalau tak, abang akan ingat sayang akan bawa diri lagi tinggalkan abang dengan kembar 4. Dulu mungkinlah abang boleh jaga diri lagi sebab diri sendiri. Tapi, kalau abang dengan budak-budak. Sayang tak kesiankan kami ke?" drama sudah Ray.

"Ok, satu syarat."

"Anything for you, sayang." pinggangku dipeluk dan bahuku diletakkan dagunya.

"Melur tak dibenarkan sekali untuk dekat dengan Ariffin, Ariffudin, Iman dan Intan."

"Hahahahahahahahahaha." ketawa Ray bila dengar syarat isterinya. Kes cemburu semalam tak habis lagi ke semalam. 'Sayang, sayang.' bisik hati Ray.

"Abang...." aku geram sangat. Lantas, mencubit perutnya. Mengaduh sakit. Padan dengan muka.

"Ok. Sayang, jangan risau. Hal anak-anak saya dah tanggungjawabkan pada Wati. Awak lupa yea? Siapa yang biasa saya suruh siapkan anak-anak?"

"Haah lah." baru aku perasan.

"Sayang abang ni cemburu kan?" pipi aku dicubit. 

"Mana ada. Dah-dah, pergi mandi. Nanti budak-budak bangun mereka nak ikut pula." Aku menolak tubuhnya masuk ke dalam bilik air. Tangan aku tak dilepasnya.

"Jom, teman abang mandi sekali." Kenyit mata menggoda pula Ray.

"Dah abang. Cepat. Sayang bagi abang 30 minit sahaja. Kalau sayang dah hilang, faham-fahamlah." ugutku. Tapi, tangan masih tidak lagi dilepaskan. 

"Tu lagi buat abang nak sayang teman abang dalam bilik mandi." jawapan dia buat aku tercekik. 

"Ok. Take your time." Akhirnya, aku mengalah. Baru sudah mandi, nak mandi lagi sekali lagi. Memang sengaja membuang tabiat dan membazir air.

Kini, kami di dalam kereta. Penat melayan manja si abah kembar 4 ni. Macam-macam ragam sebelum keluar tadi. Minta dipakaikan bajulah, minta dipakaikan stoking, minta dipilihkan kasutlah. Aduhai. 

"Sayang, kenapa mulut tu muncung macam itik?" Ray mengacau isterinya. Tapi, hanya dibalas dengan jelingan. Jelingan itu bagai menggoda dia. 

"Kita nak pergi mana?" Masih senyap. Geram. Ray merampas kunci kereta Estimaku dan memandu.

"Sayang...." Ray memanggil isterinya mendayu-dayu.

"Pergi rumah Aira." Aku memasukkan alamat di GPS Estima. Ray terus memandu. Suasana antara kami senyap.

Ray memikirkan bagaimana ingin membuat isterinya bercakap dengannya. Terbit satu idea dan senyuman nakal di bibir jejaka itu. Punat radio ditekan. Kemudian, dipusing. Semakin lama, volume semakin tinggi. Mata Aira dah memandang ke arah jari Ray yang bermain di punat radio.

"Ray, awak buat apa?" merajuk sangat isterinya bila panggilan manja mereka sudah bertukar. Tapi, Ray pula mengambil jalan dengan mendiamkan diri.

"Ray, rendahkan volume radio."

"Ray."

"Ray!"

"Ok, fine. Abang." senyuman menang terbit dibibir Ray.

"Iye sayang."

"Rendahkan volume radio, please." Ray memusingkan punat radio arah berlawanan. Maka, radio pun sudah pada volume yang rendah.

"Thanks." tambah Aira.

"Most welcome, sayang." 

Kereta Estima terparkir di garaj rumah Aira. Terlihat kelibat Gayah yang sedang sibuk dengan taman bunga miliknya dan Aira. Mereka sama-sama ada minat terhadap bunga seperti ros, orkid dan banyak lagi. Asyik sungguh sampai tidak sedar kehadiran Aira dan Ray.

"Terkejut mak kau terbalik minta menantu." melatah Gayah.

"Girl, sejak bila melatah ni?" Aku dah terbahak-bahak gelak dengan Ray. Comel sungguh Gayah.

"Eh, tuan." Gayah menunduk hormat apabila nampak Ray.

"Woi, kau sekarang ni partner aku. Bukan orang suruhan pakcik ni." kata aku.

"Kau ni, aku dah kerja dengan tuan Rayyan dari umur 15 tahun. So, untuk buangkan perkataan tuan tu susah." jelas Gayah.

Sebenarnya aku tahu sahaja. Tapi, sengaja. Suamiku sudah membantunya dari segi kewangan sewaktu sekolah dahulu selepas dia kehilangan ibu bapanya pada usia muda. Aku pula ambil keputusan dengan menyeludup dia pergi ke luar negara tanpa pengetahuan Ray. 

"Jom, masuk. Aku dah bancuhkan tepung wafel." ajak Gayah.

"Wahh, sedapnya. Kalau kembar 4 tahu mummy diaorang buat wafel mesti berebut nak." 

"Mummy?" suara Ray keluar akhirnya.

"Yup. Aira suruh boys dengan girls panggil Gayah as mummy diaorang. Sebab waktu Aira sibuk dengan kelas dan urusan butik pasti Gayah yang jaga dan uruskan mereka." beritahu aku kepada Ray.

"Tuan tak kisahkan?" Gayah bertanya kerana dia masih sedar akan kedudukan dia antara bekas majikannya. Hanya dulu menumpang senang Dato Sri Paduka Putera Rayyan dan kini pula menumpang isteri tuannya.

"Ish, kenapa pula kau cakap macam tu?" aku menepuk bahu Gayah lembut. Geram. Walaupun Ray tidak setuju pun, aku akan juga menyuruh kembar 4 membahasakan Gayah sebagai mummy diaorang.

"Gayah, saya tak kisah pun. Malah, saya rasa berterima kasih sebab awak menjadi teman isteri saya susah dan senang sepanjang 4 tahun di negara orang. Sepatutnya saya yang berada di sisi isteri saya sepanjang dia mengandungkan kembar 4. Malah, saya rasa berbangga bila tengok awak sudah pun menjadi rakan perniagaan isteri saya dalam menaikkan nama XOXO's di Malaysia dan juga di negara luar. Saya juga dapat tahu yang urusan XOXO's diluar negara semua diuruskan awak dan isteri saya hanya usahakan yang di Malaysia sahaja." terharu pula dengar luahan Ray.

"Amboi, tuan. Karangan sangat. Saya tak meminta balas apa pun. Cukuplah tuan dan Aira bersatu semula menjadi keluarga bahagia kerana Ariffin, Ariffudin, Iman dan Intan perlukan ibu dan abah mereka. Tanpa, tuan dan Aira mereka tidak akan merasa kasih sayang dari ibu dan abah mereka." kata Gayah.

"Sebenarnya, Gayah." Aku menyumbatkan mulutku dengan wafel buatan Gayah yang sedap. 

"Sebenarnya..." 

"Macam mana ye nak cakap." 

"Cakap pakai mulut, sayang." Ray mencubit bibirku. 

"Tahulah. Tapi, Aira takut Gayah marah kalau Aira cakap pasal ni."

Gayah memandang aku, "Aira, kau cakap je lah. Aku tak marah."

"Janji?" tanya aku.

"Aku janji."

Nafas ditarik dalam. "Sebenarnya, aku buat keputusan untuk duduk dirumah Ray dengan budak-budak tu."

Tubuhku dipeluk Gayah, "Alhamdulillah. Alhmdulillah, Aira. I'm happy for you."

Terkedip-kedip mataku memandang Ray. "Thanks, sayang." ucap dibibirnya. Aku tersenyum.

"Kau tak marah ke?" tanya aku bila Gayah melepaskan aku dari pelukannya. 

"Tak. Aku happy dengan keputusan kau. Kau berhak bahagia lepas kau bawa diri 4 tahun lepas." kata Gayah. Tapi, aku tidak sampai hati tinggalkan Gayah sendiri dalam rumah ini.

"Apa kata kau ikut aku pindah sana?" tawarku tanpa bincang dengan Ray.

"No, thanks. Rumah kau ni biar aku yang jaga. Lagipun, sayang tinggalkan taman bunga kita tu. Butik dengan rumah ni pun tak jauh sangat." jelas Gayah. 

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Aku okey. Believe me." Gayah meyakinkan aku.

Aku yang tidak mahu memaksa mengalah. "Maknanya, sayang nak balik rumah sebab nak packing barang sayang dengan barang kembar lah ni?" tanya Ray.

"Yes. Baru nak surprisekan abang tapi ada orang tu mengada-ngada merajuk kata kita nak bawa diri. Terpaksa jugalah diangkut." 

"Takut kau lari lagilah tu." kata Gayah. Mereka bertiga menjamu selera sambil berbual-bual. 

-CKK-

Don't forget to vote and comment. Please enjoy it.

Continue Reading

You'll Also Like

39.7K 2.9K 37
[ 17 | COMPLETE romance - sweet ] *unedited* Sweet Blue, kisah antara Aidan Naufal si jejaka dingin dan Nisa Sharifah si gadis lurus bendul. "Kal...
858K 35.4K 46
Sinopsis Thantophobia ? Pang! Terkedu Nilofar saat pipinya kebas ditampar Tan Sri Muhaimin. "Aku tak nak lagi tengok muka kau dalam rumah ni. Keluar...
467K 13.2K 46
First Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak...
6.8K 612 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...