NOXIOUS

By eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43

Part 8

835 93 4
By eiffelynne

"Excuse me. Dik. Bangun."

Suara garau seorang lelaki mengejutkan Hana bangun dari tidur. Matanya terkelip-kelip menahan cahaya  matahari petang yang menusuk terus ke matanya.

"Awak okay tak? Dari tadi awak tidur dekat sini. Risau saya."

Kata lelaki yang memakai tag berjawatan pegawai perpustakaan itu dengan riak wajah yang sedikit bimbang.

"Ummm. Dah berapa lama saya tertidur dekat sini?"

Tanya Hana meraup halus wajahnya yang sedikit sembap.

"Saya pun tak pasti. Tapi dah beberapa kali saya ulang-alik dari pkul 2 tadi sampai sekarang, awak tak bangun-bangun. Awak okay tak ni?"

Mata Hana melirik ke arah jam besar diperpustakaan itu. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 6:15 petang. Lama betul Hana tertidur.

"Saya okay. Maaf buat tuan risau."

Pegawai tadi hanya menganggukkan kepalanya lalu berlalu pergi. Hana pula cuba memikirkan penyebab dia tertidur diperpustakaan itu sambil bangun lalu melangkah pulang ke kolejnya.

"Assalamualaikum."

Pintu bilik Hana dibuka. Kelihatan Awina  sedang duduk belajar dimejanya. Rakan sebiliknya menghadiahkan reaksi pelik disusuli soalan yang makin membingungkan Hana.

"Eh?! Kata balik lambat hari ni?"

"Balik lambat kenapa ye?"

"Kau kata ada assignment urgent nak kena siap. Tengahari tadi kau ada cakap dengan aku. Lupa dah?"

"Hmmm. Entahlah Wina. Aku tengah sakit kepala ni. Tak tahu kenapa. Aku na tidur sekejap. Nanti kalau kau keluar, kejutkan aku ye?"

"Iyelah. Nanti aku kejut. Kau nak ubat tak?"

"Tak. Tak pe. Aku nak tidur je."

Awina mengangguk. Hana naik ke katilnya lalu baring seselesa yang boleh. Matanya dipejamkan. Cuba untuk tidur semula.

***

"Hana!"

Panggil mesra dari seorang lelaki sayup-sayup kedengaran. Hana kenal suara itu. Matanya melilau mencari sekitar taman yang dipenuhi pelbagai jenis bunga itu.

"Papa?"

Dari kejauhan Hana terpandang ayahnya yang membuka depa tangannya. Seorang gadis kecil gigih berlari menyambut pelukan si ayah. Hana tersentuh melihat memorinya semula.

"Wanna see some magic?"

Ayahnya bersuara sambil memegang sekuntum bunga yang masih belum mekar. Hana kecil mengangguk teruja.
Ayahnya tersenyum lembut. Diambil tangan kecil Hana lalu dibawa bersama tangan sasanya menggenggam bunga itu.

"Pegang ni."

Hana kecil tertawa riang mendengar arahan ayahnya.

"Okay. Dah."

Hana kecil teruja dengan aksi ayahnya. Matanya membesar tatkala melihat bunga yang juga memekar saat tangan ayahnya memegang tangannya.

"Haha! Nak lagi! Nak lagi!"

Desak Hana kecil melompat-lompat gembira. Si ayah pula hanya tersenyum lembut.

"Come here."

Hana kecil duduk di atas riba ayahnya yang menghulurkan kuntuman bunga lain.

"Satu hari nanti Hana kena cuba kawal kuasa Hana. Itu satu-satunya cara untuk Hana selamat. Papa nak Hana kuat. Hana kena yakin dengan diri Hana. Okay sayang?"

Hana kecil menggangguk entah peduli atau tidak dengan kata-kata itu. Jari-jemarinya leka membelek bunga kuning kecil yang berada ditangannya.

"My dear Hana. Be strong."

Sayup-sayup suara serta memorinya menjauh seperti dibawa pergi. Hana terkejut.

"No! Papa! No!! Papa, please!! Don't leave me!!"

Jeritan Hana cuma sia-sia. Meskipun kakinya berlari sekuat mungkin untuk mengejar ayahnya, memori itu makin menjauh lalu menghilang. Menjatuhkan Hana ke ruang gelap yang tiada sekelumit pun cahaya.

"Hahaha!!"

Suara mengilai ketawa berulang berkali-kali. Hana menoleh ke kiri dan ke kanan mencari-cari si pemilik suara di dalam ruang yang serba gelap itu.

"Kau bukan gadis biasa-biasa!"

Suara yang sama lagi. Perempuan.

"Siapa kau?!"

Jerit Hana kuat. Air matanya mula mengalir. Kemudian suasana gelap tadi bertukar ke kawasan sekitar kampusnya.

"Iqbal!!"

Hana menoleh saat dia terdengar panggilan panik itu. Dia melihat sendiri bagaimana dia menerpa laju ke arah Iqbal untuk menyelamatkan jejaka itu.

"Apa ni?"

Gumam Hana. Mutiara jernih tadi pantas diseka. Kakinya melangkah ke arah mereka. Hana melihat sendiri ketangkasan dirinya menyerang lawan.

"Huh?!"

Dia tersentak ketika situasi berubah lagi. Gelap.

"Hana!"

Dia pantas menoleh saat mendengar namanya dipanggil dari belakang. Dihadapannya berdiri dirinya sendiri. Tersenyum sinis kearahnya. Yang lebih mengejutkan, sebelah matanya berwarna merah.

"Siapa kau?"

Tanya Hana memberanikan diri. Gadis dihadapannya masih tersenyum sinis lalu bertanya dalam nada menyindir.

"Sampai bila nak lari?"

"Lari?"

Hana yang dihadapannya menggeleng kepala.

"Sampai bila nak lari?"

Soalan yang sama diulang.

"Riverta hestusa."

Gadis tadi menghilang. Kelihatan pula abahnya meletakkan tangan kanannya di atas kepala Hana ketika usianya 11 tahun.

"You broke the whole class windows. Scaring those tiny bits children. Most of them got hurt. You got hurt too, by their mean words."

Hana yang bermata merah melangkah berdiri disebelahnya.

"And then you ran away."

Sinis bunyinya.

"Riverta hestusa."

Sekali lagi abahnya melakukan perkara yang sama dalam usianya 14 tahun.

"What did I do?"

"You suffocate one of your friends and put her in hospital for a week. She said that you're a total freak."

"What?"

"And then you ran away, again!"

Hana memandang dirinya sendiri dengan riak wajah tidak percaya. Air matanya bergenang semula. Anak mata hitam kanannya bertukar menjadi merah. Lalu dirinya yang satu lagi itu lenyap dibawa angin.

"Hana!"

Suara seorang budak lelaki bergema. Tangannya menutup mata Hana dari belakang. Hana terkedu. Perlahan tangan Hana menurunkan tangan itu lalu berpaling. Satu senyuman manis menyambut tolehan Hana.

"Iqbal?"

Wajah Iqbal yang lebih muda dari yang Hana kenal ditatap lama. Keliru dengan apa yang terjadi.

"Aku akan lindungi kau."

Gema kata-kata Iqbal mengembalikan segala memorinya. Semua sekali. Dari Hana masih kecil, bagaimana kuasanya membuatkan orang disekelilingnya tercedera. Bagaimana dia terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagaimana abahnya memadamkan memori-memori pahit bagi melindungi dirinya. Dan bagaimana dia berkenalan dengan Iqbal pada usia belasan tahun dulu.

Iqbal, jejaka yang berjaya melindungi Hana dari menyakiti orang awam dengan kuasanya selama 3 tahun. Iqbal satu-satunya lelaki yang berjaya menenangkan Hana saat kuasanya hampir meledak keluar. Iqbal yang penuh dengan senyuman manis serta usikan-usikan nakal yang selalu menceriakan hari-hari Hana. Iqbal yang juga mempunyai kuasa luar biasa seperti Hana. Bagaimana dia boleh melupakan jejaka itu. Tidak. Persoalan sebenar, kenapa dia melupakan Iqbal.

Tapi Iqbal sekarang lebih dingin dari ais. Kenapa Iqbal tidak langsung berkata apa-apa tentang dirinya. Memandang pun tidak. Seolah-olah langsung tidak mengenali dirinya. Adakan Iqbal juga memadamkan segala memori tentang Hana?

"So sweet. How is he now? Alive and well, I guess?"

Suara itu masih menyindirnya. Setiap patah perkataannya seolah-olah dendam untuk Hana.

"Why did I forget about you?"

Tanya Hana, tangannya menyentuh lembut pipi Iqbal yang masih tersenyum mesra ke arahnya.

"Because you leave him half dead!"

Bergema suara Hana sendiri lantas satu besi panjang menusuk dada Iqbal yang berada tepat dihadapannya. Iqbal memuntahkan darah pekat. Menyeringai senyuman Hana bermata merah yang berada dibelakang Iqbal. Hana terkesima.

"Iqbal! No. No. Iqbal!"

Iqbal yang berlumuran cecair merah pekat itu rebah ke kakinya. Hana yang bukan Hana itu tersenyum sinis.

"Why?!"

Jerit Hana. Menangis meraung semahunya mengejutkan Iqbal yang kaku berdarah diatas ribanya.

"Hana."

Panggilnya lagi. Hana mendongak. Mukanya beriak benci memandang Hana yang separuh mengejek ke arahnya.

"Look at your hands."

Gadis itu perlahan memandang tangannya sendiri. Terhenti jantung Hana. Menggigil tubuhnya melihat tangan yang berlumuran darah dan memegang besi yang menembusi dada Iqbal tadi. Pantas dicampakkan besi itu lalu Hana berlari tanpa tujuan.

"Run! Run again Hana! Run!"

Suara itu mengejek Hana. Sakitnya. Hatinya sakit dengan tindakannya sendiri. Kakinya melangkah laju cuba untuk lari dari semua memori itu. Kemudian kaki Hana berhenti saat dia terpijak lopak air.

Hana batuk beberapa kali. Dadanya sakit. Nafasnya tersekat-sekat. Perit. Pedih. Hana batuk lagi. Mulutnya mengeluarkan air seolah-olah dia sedang kelemasan.

"Hana!"

Gema suara lagi. Tangan Hana pula mula membiru. Badannya terasa sejuk. Hana mula keletihan. Badannya rebah. Lopak air yang pada mulanya kecil kini mula menelan perlahan tubuh kecil itu.

"Hana! Wake up!"

Makin jelas suara itu. Namun Hana cuma membiarkan. Dia terlalu letih. Fikirannya dipenuhi dengan memori silam yang sepatutnya dilupakan. Penglihatannya makin kabur. Akhirnya dia terus membiarkan dirinya ditelan kegelapan.

***

Continue Reading

You'll Also Like

283K 3.1K 31
Kesinambungan dari Kisah Kg. Celah Bedah Siri 2. Pada Pembaca yang baru mengikuti cerita ini, untuk memahami perjalanan cerita ini rujuk bermula dari...
82.5K 618 7
duniaku yg penuh dgn dugaan
533K 36.6K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
220K 1.2K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...