NOXIOUS

By eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43

Part 6

961 91 4
By eiffelynne

Hana melangkah menuju ke biliknya setelah dia selesai membersihkan diri. Tualanya mengusap lembut rambut hitam yang masih kebasahan.

"Hana!"

Langkah Hana terhenti. Matanya melirik perlahan ke arah Awina yang bermasam muka memandang ke arahnya.

"Kau pergi mana semalam? Aku tunggu lama tau. Malam pun tak balik. Dah petang baru muncul. Call pun tak angkat. Text tak reply. Chat tak online."

Bulat mata Hana. Dia langsung lupa tentang Awina pada malam itu yang menunggu dirinya.

"Errr, aku ada hal penting dengan errr kawan kelas aku. Aku tak sempat nak bagitahu kau. Sorry Wina. Aku tak sengaja laa. Aku tak ada niat nak tinggalkan kau macam tu aje."

"Haish, kalau ye pun penting. Bagitahulah dulu. Buat aku risau aje. Sepanjang malam aku cari kau. Kau tidur mana?"

"Aku tidur dekat, err blok Meranti. Bilik kawan aku tu lah. Sorry Wina, aku tak sengaja. Lain kali aku bagitahu kau dulu. Sorry."

"Hmmm, ye lah. Malam ni aku nak pergi library lagi. Nak ikut tak?"

"Tak kot. Aku nak lepak kat bilik aje. Letih semacam laa harini."

"Okay, dah lah. Aku nak mandi lepas tu siap-siap. Bye."

Awina berlalu membawa tuala mandinya. Hana menghela nafas lega. Sangkanya Awina akan terus memarahi dirinya, namun hanya teguran seketika yang diterima. Hana mencapai telefon bimbitnya. Jarinya menyentuh permukaan telefon bimbitnya lalu matanya menatap nombor asing yang meninggalkan panggilan tidak berangkat. Tangannya mendail semula nombor tersebut.

Tuttt tutt tuttt tutt

Lama Hana menunggu, namun panggilan tidak berjawab. Hanya operator sahaja yang bersuara. Hana meletakkan semula telefon bimbitnya diatas meja.

***

Sudah seminggu sejak kejadian hari itu. Hana mengelakkan diri setiap kali Iqbal cuba menghampirinya. Hana juga jarang menghadirkan diri ke kelas. Dia membuat keputusan untuk tidak lagi mencampuri urusan mereka mengenai batu Amordite itu. Hana tekun menyiapkan tugasan yang dikirim rakan sekelasnya petang tadi. Sesekali matanya menatap permandangan luar bilik yang hitam pekat. Cuaca pula semakin sejuk. Hana mencapai selimutnya yang berlipat kemas di atas katil. Selesai berselubung, dia kembali menyambung kerjanya. Namun matanya terhenti melihat ke luar tingkap biliknya. Satu susuk tubuh lembaga hitam sedang memerhati ke arahnya. Selepas perjumpaan tempohari, kerap kali Hana terpandang lembaga yang sama. Seolah-olah dirinya sedang diperhatikan.

Knock knock

"Hmmm?"

Hana pantas menoleh memandang ke arah pintunya.

Knock knock knock

"Siapa tu? Masuklah."

Jerit Hana mengalihkan badannya menghadap ke pintu biliknya yang diketuk. Pen ditangannya diletak perlahan. Lama Hana menunggu, akhirnya masih tiada siapa yang membuka pintu biliknya. Hana bangun, berjalan menuju ke arah pintu lalu dibuka luas. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan mencari si empunya tangan yang mengetuk. Sunyi tiada sesiapa. Pintu ditutup semula lalu hana melangkah menuju ke mejanya. Hana kembali memandang orang yang masih berdiri dan memandang tepat ke arah Hana dari luar tingkap biliknya. Mata Hana dikecilkan untuk melihat si empunya badan yang berselubung dengan kain hitam di kesamaran malam.

Bunyi telefon bimbitnya memeranjatkan Hana. Tertera diskrin nama "Abah" sedang memanggil, pantas Hana menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Hana."

Jelas kedengaran suara yang disayangi itu dihujung talian.

"Walaikumsalam abah. Abah sihat?"

"Abah sihat. Jangan risau. Hana macam mana?"

"Hana okay. Cuma biasalah sibuk dengan paperwork, assignment semua ni."

"Hmmm, ye lah. Hana jaga diri dekat sana. Ingat pesan abah."

"Iyee, Hana tau. Abah jangan risau, okay?"

Mata Hana kembali melirik keluar tingkap. Mencari kelibat misteri tadi. Namun ia sudah menghilangkan diri.

"Hana?"

"Eh, ya abah?"

"Dengar tak abah cakap apa tadi?"

"Haa, dengar. Abah jangan risau. Kan Hana dah cakap tadi."

"Okaylah, abah nak sambung kerja abah. Nanti kalau ada apa-apa lagi, abah call. Hana jaga diri, okay? Assalamualaikum."

Putus talian setelah Hana menjawab salam bapanya. Jaket tebalnya dicapai lalu pantas disarungkan ke badan seiring dengan kakinya yang laju melangkah keluar. Entah kenapa hatinya meronta ingin tahu siapa yang berselubung dengan kain hitam tepat memandang ke arah biliknya tadi. Bawah sinar lampu malam, Hana terus mencari.

***

Mata tajam Iqbal masih terus memerhati dari atas menara air. Cahaya bulan samar-samar menembusi awan-awanan yang berarak perlahan. Iqbal menghela nafas kecil. Fikirannya melayang kembali ke hari dia diselamatkan oleh Hana.

"Hana."

Bibirnya menyebut lembut nama itu.

SHINGGGGGG!!!!!!!

"Arghhh!!"

Iqbal memegang kepalanya yang perit menahan bunyi bingit yang teramat kuat. Badannya sedikit hilang kawalan. Lututnya rebah menahan kesakitan. Ketika bunyi bingit itu hilang, satu cahaya merah muncul disebalik pepohon tidak jauh dari tempatnya. Iqbal pantas mengumpul kekuatannya semula lalu pantas menuju ke arah cahaya itu.

"Apa tadi tu?"

Iqbal melajukan langkah walaupun kepalanya masih terasa sedikit perit. Kemudian kakinya berhenti tidak jauh dari cahaya itu.

Mata Iqbal tidak beralih tetap fokus kearah cahaya merah yang terang menyala. Melihatkan satu situasi yang agak luar biasa. Bibirnya terpacul satu nama.

"Hana?"

***

"Tunggu!"

Hana berlari mendapatkan orang misteri itu tadi. Lembaga hitam itu masih terus berlari seolah-olah memanggil gadis itu untuk terus mengejarnya. Hana mengangkat tangan kanannya, bersedia untuk membaca mentera yang akan memberhentikan orang misteri yang seringkali memerhatikan biliknya.

SHINGGGGGG!!!!!!!

"Arghhhh!!!"

Hana jatuh tersungkur. Tangannya memegang kepalanya yang perit menahan bunyi bergelombang tinggi itu. Lembaga berselubung kain hitam tadi berdiri teguh tidak jauh dari Hana. Cuma memerhati.

'Macam mana dia boleh buat macam tu tanpa buat apa-apa!'

Kata hati Hana melihatkan dia hanya berdiri kaku tapi mampu menjatuhkan Hana. Namun Hana tidak mengalah. Tangan kanannya di letakkan di lantai.

"Insendier!"

Satu bulatan cahaya magis berwarna merah muncul bagi mematikan langkah lawannya. Hana bangun perlahan namun masih sedikit longlai akibat kesan bunyi sebentar tadi.

"Siapa kau?"

Tanya Hana memandang tepat ke arah lawan. Dia melangkah mendekatinya.

"Phismateus."

"Ha?"

Bulatan magis Hana hilang begitu saja lalu tangannya melibas ke depan menerbangkan Hana kebelakang. Hana tidak dapat mengawal dirinya yang laju melayang. Iqbal pantas bertindak menyambut Hana lalu membawanya pergi.

"Iqbal?"

"Kau gila ke apa?"

Marah Iqbal.

"Apa? Dia dah menghendap aku dekat seminggu tau!"

"Urghhh. Tunggu sini."

Iqbal mendengus lalu pantas mengejar lembaga misteri tu. Hana bangun semula untuk melihat apa yang terjadi.
Iqbal membuka tapak tangan kanannya lalu muncul pedang hitam berkilat lalu dihayun kuat ke arah lawan.

"Oculus."

Bilah Iqbal berjaya mencantas tubuh lawannya. Namun hanya senyuman sinis dihadiahkan setelah mentera itu dibaca sebelum dia lenyap seperti kabus. Iqbal berdiri lalu menyisip pedangnya ke pinggang.

"Iqbal! Mana dia?"

Hana bersuara apabila dia sampai tepat dibelakang Iqbal. Jejaka itu cuma mengangkat bahu. Telefon bimbit Iqbal berbunyi. Dia mengeluh terlebih dahulu sebelum menjawabnya.

"Hello? Ya. Tak ada siapa pun dekat sini. Hmm. Okay."

"Hmmm. Thanks sebab selamatkan aku. Aku balik dululah. "

Hana memulakan langkahnya.

"Woah, not so fast. Your reckless attack cause me trouble. Now aku kena report this mess dekat HQ. Kau ikut aku."

"What?! Hey, aku tak mintak pun kau masuk campur."

"Urghh. Ikut je lah. Aku tak ada masa laa nak bertekak dengan kau."

"No! I'm going back! Bye!"

Hana pantas membelakangi Iqbal namun pemandangannya beralih pula pada Azra yang menghalang laluannya.

"Hai!"

"Ehhhh?! Macam mana? Bila? Ehhhh?!!"

Hana agak terkejut dengan kemunculan Azra secara tiba-tiba. Namun kemudian kelihatan Hafiz dan Arman berjalan menuju ke arah mereka.

"Please come with us."

Rayu Azra memegang erat tangan Hana.

"Fine. Jomlah."

Azra tersenyum mesra manakala Iqbal membuat muka menyampahnya dengan kedegilan Hana.

***

"Iqbal. You know how things work over here. Never use your power without the time circle."

Marah Professor Irfan. Iqbal hanya diam. Tidak menjawab, tidak membantah.

"Time circle tu apa?"

Bisik Hana kepada Azra yang duduk disebelahnya.

"Hmmm. Time circle tu lingkaran supaya tak ada manusia biasa yang boleh nampak kuasa kita. Dan tak akan membahayakan mereka. Yang boleh buka time circle cuma Arman seorang je."

Hana mengangguk faham.

"And you! Do not fight without opening the time circle. If you do not wish to join us, then don't use your power at all."

Professor Irfan menunding jari ke arah Hana. Kerjanya malam itu bertambah gara-gara beberapa orang pelajar melihat Hana dan Iqbal menggunakan kuasanya tanpa mereka sedar.

Pintu kaca terbuka. Melangkah tiga pasang kaki masuk ke dalam ruang mesyuarat itu. Hana memandang wajah orang-orang yang baru tiba, Professor Ammar, Miss Amal dan juga,

"Abah?"

***

Continue Reading

You'll Also Like

364K 3.5K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
533K 36.6K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
283K 3.1K 31
Kesinambungan dari Kisah Kg. Celah Bedah Siri 2. Pada Pembaca yang baru mengikuti cerita ini, untuk memahami perjalanan cerita ini rujuk bermula dari...
387K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...