NOXIOUS

By eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43

Part 3

1.1K 116 6
By eiffelynne

Rambutnya yang hitam pekat diikat tinggi. Selendang merah tebal membaluti sekitar lehernya. Hana mencapai beg yang berada diatas meja lalu keluar dari bilik tepat jam 1:45 petang. Kelasnya bakal bermula dalam masa 15 minit lagi. Hana berjalan perlahan melalui tempat yang sama berlakunya pertempuran itu malam tadi. Dia meneliti setiap sudut yang ada.

Sama. Semuanya tiada apa yang berubah. Hana kini berputus asa. Dia mengeluh sendiri. Bibirnya dimuncungkan. Tidak puas hati. Sangkanya jika dia mempunyai bukti, mungkin dia boleh berdepan dengan Iqbal Azeem. Dia boleh bertanyakan tentang hal malam tadi dengan jejaka sedingin ais itu.

Sedang asyik meneliti kawasan, tiba-tiba nada dering telefon bimbit Hana berdering, segera Hana menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan telefon bimbit yang bingit berbunyi. Namun kemudian, panggilan itu mati sebelum sempat Hana mengangkatnya. Hana pelik, nombor yang memanggilnya adalah nombor yang tidak dikenali. Namun kemudian matanya membesar. Jam di telefonnya menunjukkan jam 2:15 petang. Dia sendiri lewat ke kelasnya!

***

Hana tiba di kelas mencungap-cungap. Ketika dia cuba sentuh lalu kad pelajarnya di kotak keselamatan itu, menyala lampu merah tanda dia tidak dibenarkan masuk ketika sesi pembelajaran. Hana terkaku didepan pintu, untuk pertama kalinya dia berdepan dengan situasi yang tak patut dia lalui. Hana tidak pernah lambat ke kelas. Namun hari itu, terjadi atas kecuaian dia sendiri.

"Padan muka kau Hana! Benda dah terang-terang tak jadi apa-apa, gatal nak tengok jugak. Urghh."

Hatinya agak kesal, dia memarahi dirinya berkali-kali sambil berjengket untuk cuba mengintai keadaan di dalam kelas. Namun kemudian pintu itu secara tiba-tiba terbuka sendiri. Muncul pensyarahnya disebalik pintu tersenyum manis ke arah Hana.

"Maaf Prof, saya tak berapa sihat hari ni. Terlajak tidur lepas makan ubat tadi."

"Okay, takpe. Masuklah."

Ringkas arahan Professor Amzar Afhad. Pensyarah bahagian teknologi sistem maklumat itu membenarkan Hana masuk ke kelasnya. Hana mengucapkan terima kasih lalu segera mencari tempat kosong untuk diduduki. Namun matanya hanya tertumpu pada satu-satunya meja kosong yang ada dan ianya betul-betul bersebelahan dengan Iqbal. Hana mengerut dahinya. Sebolehnya dia tidak mahu berjumpa dengan Iqbal selagi dia tidak mempunyai apa-apa bukti berkaitan dgn kejadian malam tadi. Namun begitu, digagahkan dirinya untuk tetap menyusun tapak ke meja kosong itu. Iqbal pula langsung tidak memandangnya sejak dari awal Hana masuk, pandangannya dibuang jauh ke luar tingkap kelas. Usai sahaja Hana duduk di mejanya, pembelajaran disambung semula.

***

Sesi pembelajaran selesai tepat jam 6 petang. Hana menggeliat bagi melepaskan ketegangan badannya akibat duduk terlalu lama. Kertas-kertasnya di masukkan kedalam beg. Bersiap sedia untuk pulang ke kolej. Hana menoleh, melihatkan Iqbal yang sudah siap mengemas melangkah berlalu pergi.

Semasa kelas pertama ketika Hana duduk bersebelahan dengan Iqbal. Iqbal tersangat tenang. Tidak menunjukkan tanda-tanda resah seperti Hana. Manakala Hana, babak-babak pertempuran antara Iqbal dan gadis bermata hitam itu bermain dimindanya berulang-ulang. Tumpuannya langsung tiada untuk kelas petang itu.

Namun pada kelas kedua, Hana berjaya mengembalikan fokusnya semula. Itu pun setelah dirinya tidak lagi duduk bersebelahan dengan Iqbal. Bukanlah Hana takut atau risau dengan Iqbal yang ternyata bersahaja, tapi entah kenapa seperti ada sesuatu yg menghalang bibirnya dari membuka kata. Lalu Hana mengambil keputusan untuk diam dan melupakan sahaja peristiwa yang telah berlalu. Mungkin, itu semua cuma mimpi yang seperti realiti.

Hana menghela nafas lega. Tangannya mengambil beg sandang hitamnya lalu menyusun langkah untuk pulang. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat salji putih masih lagi halus turun menyembah bumi.

***

"Jyeahhhhh! Siap!"

Hana menggeliat sambil tangannya menghempaskan pen ke atas meja.

"Shhhhhhh.."

Satu teguran tegas diterima dari pengawas perpustakaan, Hana pantas menekup bibirnya. Awina cuma ketawa kecil.

"Sorry. Hehe."

Hana menyusun tangan memohon maaf diatas kekuatan suaranya manakala Awina masih lagi tersenyum menggeleng kepala.

"Aku dah siap semua benda. Balik nanti boleh terus tidur. Yay! Hahaha."

Hana separuh berbisik. Dia agak lega setelah kertas cadangan untuk tugasan besar bagi semester itu telah siap. Mata Hana mengerling ke arah jam besar di perputakaan yang menunjukkan jam 8:55 malam.

"Lama lagi ke Wina?"

"Hmmm, ada sikit lagi. Kejaplah. Tunggu aku."

"Aku pergi solat sekejap. Kau dah siap nanti terus kemas then kita pergi makan chicken chop chop. Aku lapar. Bye. Hahaha."

Hana ketawa lalu bangun dan terus melangkah pergi ke surau berdekatan. Selesai sahaja menunaikan solat isyak, dia berjalan semula menuju ke meja tadi. Matanya menangkap susuk Awina yang yang berdiri menunggunya. Awina menoleh ke arah Hana yang mendekat. Tangannya melambai.

"Hana!"

Langkah Hana terhenti. Suara itu! Suara yang sama memanggilnya. Satu garisan biru melintas laju. Melenyapkan Awina yang sedang melambai kearahnya. Hana cuak. Bukan sahaja Awina yang menghilang, namun orang-orang yang berada disekelilingnya turut sama lesap.

Boommmmm!!

Letupan kuat mengakibatkan bangunan atas perpustakaan itu pecah seolah-olah ditembak oleh senjata yang luar biasa. Hana terkejut dan terduduk. Debu-debu beterbangan merata. Hana membuka matanya sedikit sambil menutup hidungnya dengan lengan baju. Kelihatan seorang pemuda bangun perlahan dari tempat runtuhan.

"Tak mungkin!"

Hana bersuara kecil. Terkejut. Mana mungkin seorang lelaki boleh bertahan dengan runtuhan besar itu. Namun lelaki itu kembali dalam posisi bersedia bersama 2 pucuk pistol berwarna perak kehijauan lalu memecut laju keluar dari lubang pecahan bangunan tadi. Hana bangun, kakinya pantas berlari keluar. Emosinya bercelaru, takut dan teruja dalam masa yang sama.

Kakinya terhenti saat anak matanya menangkap bebuli hitam keungguan yang sama pada malam lalu. Namun kali ini sedikit berbeza, Hana seolah-olah dapat melihat dengan jelas gadis disebalik kaca hitam yang menyelubunginya. Tepat dijantung gadis itu, terdapat sebentuk permata berwarna merah menyala. Seolah-olah memanggil-manggil Hana. Tetapi dalam masa yang sama, dia juga dapat melihat aura si penyerang, aura kesedihan dan dendam yang tersangat kuat.

Tiba-tiba satu busur berapi entah datang dari mana laju menyerang gadis itu tadi.

Boommmmmm!!

Deruan angin menerkam kuat ke arah Hana yang masih terpinga-pinga dengan situasi yang berlaku. Pantas Hana mencari tempat perlindungan yang selamat. Kali ini Hana tidak peduli. Dia harus mencari Iqbal. Hatinya yakin, Iqbal akan muncul sebentar lagi. Portal biru yang sama terbuka dimerata tempat. Memuntahkan segala senjata tajam lalu terbang laju kearah orang-orang yang bertindak menyerangnya. Namun satu halilintar berwarna biru turun berselerakan mematahkan segala serangan gadis tadi. Sekali lagi bunyi letupan yang kuat bergema. Asap dan debu merata beterbangan di udara. Pemandangan nyata terbatas.

"Iqbal!"

Hana tersentak. Suara seorang gadis bergema di telinganya memanggil nama yang dinantikan oleh Hana.

"Kita tak dapat kawal dia lagi. Dia makin kuat dari sebelum ni."

Terdengar pula suara seorang lelaki mengah berkata-kata.

"Tapi kita masih tak berjaya keluarkan batu Amordite lagi."

Hana tekun mendengar. Dua lelaki dan seorang perempuan. Masih tidak ada lagi suara Iqbal. Siapa mereka semua? Suara perempuan itulah suara yang Hana dengar sebelum dia kehilangan kesedarannya pada malam sebelum ini.

Ksinggggggg!!

Debu-debu dan asap yang menutupi pemandangan tadi pantas hilang saat bunyi besi berlaga tadi bergema. Muncul Iqbal memecut laju ke arah lawannya bersama bilah pedang hitamnya.

Mungkin tindakan mengejut Iqbal membuatkan gadis bermata hitam itu tidak sempat menyediakan lapisan benteng pertahanan buat dirinya.

"Iyarghhhh!!!"

Iqbal menjerit kuat sambil menusuk kedua pedangnya pada bebuli kaca gadis itu lalu direntap membelah habis benteng pertahanan terakhir gadis itu.

Booommmmm!!!

Percikan api merebak keluar. Letupan besar maha dahsyat berlaku lagi. Iqbal tercampak kuat lalu tubuhnya menghentam tepat berdekatan dengan kawasan persembunyian Hana.

"Iqball!!"

Serentak ketiga-tiga suara bergema. Hana terpaku. Susuk tubuh rakan sekelasnya terbaring tidak sedarkan diri  berada tepat dihadapannya. Gadis yang diserang itu tadi perlahan keluar dari kepompong kacanya. Aura dendam yang ada padanya semakin membuak. Matanya tertumpu tepat ke arah Iqbal yang benar-benar mencabar kekuatannya.

Kali ini kuasanya kelihatan berbeza. Gadis itu mengangkat tangannya tinggi. Di hujung jarinya keluar satu bulatan kecil kebiruan yang kemudiannya membuka 5 bulatan portal besar mengelilingi Iqbal.

Saat portal-portal itu mula bercahaya terang, Iqbal masih tidak sedarkan diri. Hana panik.

"Iqball!!!"

Suara-suara cemas yang memanggil nama Iqbal bergema kuat di telinganya. Gadis kejam itu tersenyum sinis. Dia sudah bersedia untuk melancarkan serangan. Pantas Hana melangkah keluar dari tempat persembunyian. Kakinya berlari kearah jejaka yang terbujur kaku itu. Dia tekad mahu menyelamatkan Iqbal!

Satu letupan kuat bergema lagi.

***
















//--- Nota Penulis --//
Hi guys!! Thank you for voting and reading my story. Well, cerita nie bab awal-awal memang tak banyak dialog sebab saya nak fokuskan tentang keadaan kawasan dan keadaan. Thank you, thank you, thank you for the support for me untuk sambung tulis cerita ni. Put it to your library or reading list so you don't missed any story updates. Thanks guys and selamat berpuasa!

-eiffelynne

Continue Reading

You'll Also Like

279K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
136K 823 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
1.9M 4.3K 24
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
283K 3.1K 31
Kesinambungan dari Kisah Kg. Celah Bedah Siri 2. Pada Pembaca yang baru mengikuti cerita ini, untuk memahami perjalanan cerita ini rujuk bermula dari...