Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]

By Peppermint_Mix

267K 6.6K 195

⚠️ #Rank No.1 in action #Rank No.1 in Cruel #Rank No.2 in perempuansimpanan #Rank No.3 in tuan #Rank No.2 in... More

π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 1
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 2
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 3
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 4
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 5
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 6
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 7
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 8
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 9
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 10
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 11
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 12
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 13
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 14
π—š 𝗨 𝗧 𝗭 | 15
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 16
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 17
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 18
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 19
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 20
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 21
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 22
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 23
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 24
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 25
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 26
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 27
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 28
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 29
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 30
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 31
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 32
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 33
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 34
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 35
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 36
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 37
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 38
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 39
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 40
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 41
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 42
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 43
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 44
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 45
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 46
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 47
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 48
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 49
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 50
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 51
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 52
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 53
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 54
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 55
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 56
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 57
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 58
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 59
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 60
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 61
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 62
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 63
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 64
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 65
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 66
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 67
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 68
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 69
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 70
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 71
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 72
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 73
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 74
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 75
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 76
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 77
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 79
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 80
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 81
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 82
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 83
𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 84 - ENDING

𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 78

1.2K 32 0
By Peppermint_Mix

Nehza merapatkan jaket yang tersarung di tubuhnya. Sejuk malam ini, amat menikam di seluruh tubuhnya yang hanya memakai crop top. Nasib sahaja dia ada membawa jaket, kalau tak mati kesejukanlah jawabnya.
Padahal dia berada di dalam rumah keluarga Zeyn malam ini atas permintaan puan Feroza sendiri. Katanya banyak hal yang dia ingin bualkan dengan Nehza.

Namun Nehza tidak sekali pun ingin membantah malah dia teruja ingin membagikan waktunya dengan puan Feroza, ibu Zeyn.

Hana kelihatan tidak mahu pergi dari Nehza. Katanya dia ingin berada di samping gadis itu, selalu dan selamanya. Kiranya Hana seperti ingin mengalahkan abangnya siapa yang dapat memiliki hati gadis itu. Tetapi tidak dinafikan kalau Nehza sangat menyayangi kedua-dua mereka.

Puan Feroza yang datang membawa satu senyuman manis, disambut oleh Nehza dengan senyuman manisya juga. Encik Noszka dan Zeyn pula sengaja memberikan ruang untuk mereka berbual kerana tidak mahu menjadi penganggu.

"Kamu sangat cantik. Bukan dari wajah sahaja malah keperibadian kamu." itu kata-kata pertama yang puan Feroza berikan membuatkan Nehza malu.

"Auntie-"

"Panggil mama." puan Feroza nampaknya sudah memberikan green light bermakna sudah tidak ada jalan keluar lagi jika Nehza mahu menjauh dari mereka. Ikatan keluarga akan terbina tidak lama lagi.

Nehza mengangguk dan wajahnya kelihatan malu-malu sahaja. Tetapi dalam masa yang sama ada gementar yang menguasai dirinya. Bayangkan sahaja dia seperti sedang menghadap bakal ibu mentuanya. Namun itulah kenyataannya.

"Mama janganlah puji Nehza sangat nanti jadinya malu." Nehza menggaru kepalanya yang tidak gatal membuatkan puan Feroza ketawa kecil.

Puan Feroza lantas mengambil tangan Nehza. "Kamu adalah yang terbaik untuk Zeyn. Terima kasih sebab dah datang dalam hidupnya. Minta maaf juga kalau selama ini mama dah buat satu kesilapan yang besar." Puan Feroza mengelus lembut jari-jemari Nehza bahkan kata maafnya itu diucap penuh keikhlasan dari sudut hatinya yang terdalam.

Nehza tersenyum kecil. "Mama tak salah. Kita cuma diberikan satu ujian yang besar dalam hidup. Kita anggap itu satu cabaran yang harus kita hadapi dan perbaiki apa yang kurang untuk masa hadapan." balas Nehza penuh sopan. Puan Feroza tersenyum lagi melihat betapa dewasanya pilihan anaknya itu yang memang ada ciri-ciri menantu untuknya.

"Dan Nehza juga minta maaf-"

"Nehza tak perlu nak minta maaf. Mama dah lama maafkan cuma itulah perasaan serba salah mama ni masih bermain di dalam minda."

"Terima kasih mama. Tapi mama janji tahu jangan lagi fikir tentang itu. Kita semua pun dah bermaaf-maafan jadi lupakan masa lalu. Ambil yang jernih buang keruh. Sama-sama kita berdoa agar apa yang menanti akan jadi lebih baik dari sebelumnya."

Puan Feroza mengangguk lalu membawa Nehza ke dalam dakapan dengan penuh erat. Zeyn dan encik Noszka yang melihat dari jauh pula hanya tersenyum senang memandang mereka. Betapa bersyukurnya mereka kerana Tuhan benar-benar menjawab doa yang mereka pohon selama ini.

Encik Noszka segera memandang anak terunanya di sebelahnya. Bukan kemain tatapan Zeyn ke arah Nehza ketika itu dan encik Noszka yakin kalau anaknya itu benar-benar mencintai Nehza begitu dalam.

"Tak lama lagi anak papa yang sorang ni dah nak berkahwin. Kamu kena jalankan tanggungjawab yang besar selepas itu. Papa yakin anak papa ni dah bersedia." belakang badan Zeyn terus ditepuk perlahan oleh ayahnya.

Zeyn mengangguk faham. "Papa doakan yang terbaik untuk Zeyn dan Nehza ya." ujar Zeyn penuh komited dalam dirinya. Dia tak akan mensia-siakan wanita yang paling dia cintai itu apatah lagi ingin menyakitkan hatinya. Tidak sama sekali!

Jika dia melanggar janji-janjinya itu maka dia layak diberikan hukuman.

"Papa doakan kamu berdua akan diberikan berkat dan perkahwinan yang tiada perpisahannya melainkan ajal maut datang menjemput kalian." itulah harapan terbesar encik Noszka kepada anak sulungnya. Dia bahagia sekiranya melihat anaknya turut bahagia dan dia juga berharap perkara yang sama pada Hana.

"Terima kasih papa kerana mendoakan untuk kami berdua. Zeyn janji untuk menunaikan segala tanggungjawab Zeyn." dengan penuh tekad kata-kata itu dilafazkan.

Zeyn faham kalau tanggungjawab yang akan dia pikul selepas ini lebih besar, namun dia sudah bersedia untuk menghadapi semuanya. Kini, dia harus menjaga Nehza dan tidak akan pernah menyakitkan Nehza mahupun memberikan luka pada buah hatinya itu.

Sekalipun dia tidak ingin melihat Nehza terluka kerana dirinya lagi, sekalipun dia tidak mahu melihat keperitan di wajah Nehza kerana gadis itu adalah penyeri semangat untuknya. Bila di hadapan paderi nanti, dia ingin membuktikan bahawa tiada yang dapat memisahkan mereka melainkan ajal maut yang datang menjemput.

"Zeyn...mama tahu kamu dah tak sabar nak ambil Nehza. Ni mama nak bagi warning awal-awal, kalau mama dapat tahu kamu lukai bakal menantu kesayangan mama ni awas kamu ya." puan Feroza berkata penuh serius.

"Nehza ingat apa yang kita rencanakan tadi." sambung puan Feroza lagi yang berhasil membuatkan Zeyn tertanya-tanya apa sebenarnya yang mereka rancangkan itu. Nehza pula hanya tertawa kecil melihat muka kekasihnya yang sudah berubah di sana.

"Baik mama, terima kasih sebab dah luangkan masa dengan Nehza. Sampai jumpa lagi." Nehza dan bakal mentuanya itu segera berlaga pipi kerana sebentar lagi Nehza akan pulang. Hana juga ada di situ dan setia berdiri di samping Nehza.

"Hana, nanti princess datang lagi, masa tu princess masak makanan kegemaran Hana tau. Jangan nakal-nakal." hidung anak comel itu dicuit lembut oleh Nehza. Geram pula dengan telatah Hana yang sedari tadi tidak pernah jemu melayannya.

Zeyn pula yang berdiri tidak senang pada saat ini. Tadi ibunya. Sekarang Hana. Tak boleh! Buah hatinya itu hanya untuk dirinya.
Nehza kenal sangat seperti apa Zeyn, tak sah kalau tak pernah tak cemburu.

"Dah...dah...Zeyn yang kacak mengalahkan pelakon bollywood di sini tak boleh diabaikan. Jom sayang balik." boleh naik cemburu kalau hari-hari Nehza hanya melayan ibunya dan adiknya sahaja. Namun Nehza hanya beriak selamba, kan tahu pun siapa suruh bagi pilihan dare pun yang susah-susah belaka.

Mengingat akan hal itu membuatkan Nehza seperti tidak ingin pulang bersama Zeyn. Kalau boleh dia nak tetap bermalam di rumah keluarga Zeyn. Nayalah dirinya malam ini, sepertinya Zeyn akan mengheret dia untuk memaksa dirinya menemani lelaki itu mandi.

"Ma..." Nehza cuba memujuk puan Feroza untuk membantu dirinya namun Zeyn terlebih dahulu merangkul pinggang gadisnya.

"Hana..." lagi Nehza cuba meminta bantuan dari adik Zeyn namun anak kecil itu seperti ketawa mengekek sahaja. Sukalah tu!

"Jangan kasar sangat Zeyn!ingat amaran mama tadi." namun masih sempat puan Feroza memberikan peringatan kepada Zeyn.

"Baik mama. Selama malam!"

🦋

Nehza hanya dapat merasakan detak jantungnya yang berdegup memainkan irama yang hebat saat ini. Dipandangnya sekilas Zeyn yang fokus memandu di sebelah. Gulp. Air liur ditelan. Dia nak buat apa lepas ni? Oh tidak!

"You..." Nehza cuba menggoda Zeyn dengan suara yang meleret manja namun Zeyn masih tetap memandang di hadapan.

"Ni jalan pergi rumah you kan? Awak nak campak saya kat mana malam ni?" mungkin ini soalan bodoh yang pernah dilontarkan oleh Nehza selama ini. Dalam hati, gadis itu memarahi dirinya sendiri. Zeyn masih tetap diam di sana. Kiranya dia sengaja ingin meminta perhatian dari Nehza atas apa yang berlaku di rumah keluarganya tadi.

Namun Nehza masih tidak dapat menangkap sepenuhnya apa yang diinginkan oleh Zeyn yang sebenarnya. Tapi dia tahu kalau lelaki itu ingin dia melakukan sesuatu untuk menebus apa yang telah dia lakukan di rumah itu tadi. Benar-benar jealous!

Nehza mengeluh perlahan. Okey fine! Jangan sampai ulat beluncas yang lama akan kembali! Iyalah Nehza kan hebat dalam permainan ulat beluncasnya.

Sampai sahaja di depan perkarangan rumah milik Zeyn, Nehza keluar mendahului lelaki itu dan berjalan menuju ke arah pintu rumah. Tepat di hadapan pintu dia berdiri seraya berpeluk tubuh persis seorang model pintu. Haha.

Zeyn hanya berdehem dan hanya memandang anak mata Nehza yang juga giat memandang anak matanya. Gadis itu memberikan senyuman sinis namun bagi Zeyn senyuman itu amat menggoda.

"Saya nak lalu." Zeyn cuba mengawal nadanya yang mendatar sahaja. Nehza sempat tergelak.

"Dahlah! Macam ladyboy pula I dengar." ejek Nehza bersahaja. Zeyn mencebik bibirnya. Matanya dikecilkan. Nehza melawan pandangan itu.

"Tapi ladyboy ni juga yang buat seorang Nehza Haura bermimpi di siang hari. Betul tidak?" Zeyn menjongketkan keningnya. Kali ini dia tersenyum mengejek dan membuatkan Nehza tidak puas hati.

"Sebab orang tu sendiri pun dah angau." Nehza berpeluk tubuh sekali lagi. Tidak mahu kalah dengan seorang insan yang bernama Zeyn.

"Betul. Malam ni angau saya lain daripada hari yang biasa. Sayang nak tahu apa?" hujung ayat itu sengaja diperlahankan agar kedengaran lebih menggoda. Nehza masih beriak seperti tidak takut akan godaan Zeyn itu namun hakikatnya bawah lutut dah terasa bergegar.

"Tak nak tahu. Dahlah Nehza nak masuk...nak mandi dan tidur." baru sahaja gadis itu melangkah masuk di dalam rumah namun Zeyn lebih cepat mengangkat tubuh Nehza ala bridal style. Secara drastik gadis itu berteriak kecil namun berjaya didiamkan oleh Zeyn dengan cara mencium pipinya.

"Itu denda. Temankan saya mandi seperti mana yang sayang dah janjikan dalam permainan truth or dare. No excuse. Full stop." Zeyn benar-benar memaksudkan perkataan yang dia ucapkan. Nehza pasrah. Kalau nak melawan pun, ingat dia boleh terbang menembusi atap rumah ni semata-mata nak lari dari Zeyn ke? Kalau boleh dah lama dia buat.

"Kalau iya pun turunkanlah dulu Nehza. Tak beratkah awak nak angkat saya sampai ke langit ketujuh?" sempat Nehza berlelucon. Zeyn tertawa kecil mendengarnya namun dia tetap tidak mahu melepaskan Nehza.

"Sayang berat atau ringan, sama saja. Tak boleh nak lepaskan sayang, nanti mungkir janji pula."

"Eleh! Yakin diri betullah awak ni!"

"Sebab sayanglah saya jadi seperti ini."

"You nak bawa i pergi mana?"

"Bilik mandi."

"HAH!"

Zeyn terkekeh menahan tawa apabila melihat muka Nehza yang sangat cuak apabila mendengar jawapannya. Adoi sayang, siapa je nak mandi dekat bathtub tu, memang tak puaslah untuknya.

"Gurau je. Saya nak bawa thi rak pergi dekat kolam renang. Lebih luas untuk kita berdua meluangkan masa."

"Fine."

Sesampai di kolam renang iaitu private pool di bahagian depan bilik Zeyn, Nehza akhirnya selamat dari kurungan Zeyn tadi. Lelaki itu pula masih tidak mahu duduk diam, dan tetap sahaja dia menarik Nehza mendekat dengannya.

"Jangan lari. Temankan saya mandi sehingga selesai." perintah Zeyn penuh keseriusan di wajah. Itu sudah cukup membuat Nehza ketawa.

"Saya tak buat lelucon di sini sayang."

"Maaf, Nehza cuma ketawa memikirkan bagaimana wajah you yang kacak ini terlihat begitu cuak. Cuak!" sebanyak dua kali Nehza mengulangi perkataan itu sampaikan Zeyn betul-betul mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Nehza dan memeluk erat pinggang gadis itu.

Pasti tidak akan dia lepaskan Nehza malam ini!

"Let's see who's the real world cuak here."  cabar Zeyn lagi. Nehza jadi kecut perut. Alamak. Berada dalam pelukan lelaki itu memang menyenangkan namun memikir apa yang Zeyn ingin lakukan seterusnya membuat dirinya menikus ketakutan.

"Apa you nak buat?" tanya Nehza sedikit berdebar. Ketika itu deru nafas hangat lelaki itu menyapa di gegendang telinganya membuatkan dia hampir terbuai. Tambahan pula aroma-aroma maskulin Zeyn yang boleh saja membuat Nehza pengsan.

Begitu pula dengan Zeyn yang memang setiap hari tidak dapat menahan dirinya melihat keanggunan Nehza. Wangian rambut, aroma tubuh dan badan yang penuh seksi itu amat membuatkan dirinya hampir gila mengingatinya.

Seakan-akan ada satu magnet yang mencuba untuk tidak melepaskan Nehza dari genggamannya. Malah setiap kali mencium bibir Nehza, dia yakin dia mau yang lebih dari itu. Parah juga melihat mata laki-laki lain yang memandang Nehza seperti ingin mengambil gadis itu darinya. Memang tiada yang dapat menafikan, Zeyn cemburu melihat kekasihnya diperhatikan oleh lelaki lain.

"Saya tak tahan pandang sayang."

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
47.6K 694 12
Mengisahkan hidup seorang isteri yang belum mempunyai cahayamata. Sering diabaikan suami disebabkan terlalu sibuk berkerja..demi mencari kemewahan hi...
3.4M 300K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
928K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...