The Dark Assassin [C]

Par purple_rea

19.2K 1.9K 158

Kebolehan yang dimilikinya bukanlah sesuatu yang dipinta, tetapi hanyalah satu kebetulan dan satu bala buat d... Plus

Prolog
Bab 1:The Injured Owl
Bab 2:Annoying
Bab 3:Don't Play With Me
Bab 4:The Owl Spirit
Bab 5: Lust and Nightmare
Bab 6: The Hunters and A Girl
Bab 7: Bar Tragedy
Bab 8: Identity
Bab 9: Offer
Bab 10: Visit the Castle
Bab 11: Old Friend
Bab 12: Svaadria De Rais & Zenrys Eden
Characters
Bab 13: An Accident
Bab 14: Invitation
Bab 15: The Party
Bab 16: Cynthia's Fiance
Bab 17: Roger The Old Man
Bab 18: Jelousy
Bab 19: The Bid Event at Falcon's Residence
Bab 20: Shopping With The Twin
Bab 21: Failed Plan
Bab 22: New People in The Group
Bab 23: Future Plan
Bab 24: Mission
Bab 25: Sylvan Need to Know
Bab 26: In Disguise
Bab 27: Target 1 - Falcon Residence
Bab 28: News
Bab 29: Next Target's Info
Bab 30: Target 2 - Roland Deliaz
Bab 31: Just For A Moments
Bab 32: Celebration Plan
Bab 33: The Night of Celebration
Bab 34: Rescue Mission
Bab 35: Illusion Play by Mind
Bab 36: Hatred
Bab 37: Everything Just Like The Plan
Bab 38: Emilia's Residence
Bab 39: Ryuu's Death Case
Bab 40: Unwell
Bab 41: Let Them Know
Bab 42: Treason
Bab 43: Discuss
Bab 44: Determination Of A Prince
Bab 45: Sylvan and Lisa's Story
Bab 46: It Should Work As Plan
Bab 47: Unexpected Provocation
Bab 48: This Is Nonsense
Bab 49: Welcome Home, Cynthia
Epilog I
Epilog II

Bab 50: New Life

309 21 1
Par purple_rea


Masa berlalu dengan pantas.

Hukuman ke atas Franz telah diputuskan atas perbincangan ramai setelah semua kesalahan dibacakan di dalam mahkamah.

Dengan adanya bukti-bukti yang kukuh atas setiap kesalahan yang dilakukan, Franz tidak dapat menafikan semua kesahalan yang dibacakan.

Setelah perbincangan itu, Franz dijatuhkan hukuman mati dan ia juga telah dipersutujui oleh Sylvan dan Emilia yang mewakili keluarga diraja.

Sehari sebelum hari hukuman dijatuhkan, Emilia mengambil keputusan untuk melawat pak ciknya itu.

"Pak cik." Emilia memanggil Franz.

Wanita itu langsung tidak berasa kasihan melihat keadan tidak terurus lelaki itu.

Franz mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke arah Emilia.

Lelaki itu tiba-tiba tersenyum sendiri apabila melihat kehadiran Emilia di depan selnya.

"Victoria."

Riak wajah Emilia yang tadinya tenang, terus berubah serius apabila lelaki itu menyebut nama ibunya.

"Kau datang juga akhirnya. Aku rindukan kau, Victoria." Franz berkata dengan air mata mengalir di pipinya.

Emilia tidak berkata apa. Dia mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh pak ciknya itu.

"Maafkan aku, Ria. Kau sendiri pun tahu yang aku sangat sayangkan kau. Tapi kenapa kau pilih Felix dan bukannya aku?" Franz bertanya seolah-olah yang berdiri di depannya itu adalah wanita yang sangat dirindui dan dicintainya.

"Kalau aku jadi bonda aku pun, aku tak akan pilih lelaki gila macam kau, pak cik," kata Emilia, serius.

Franz memandang Emilia dengan pandangan keliru. Air mata lelaki itu tidak berhenti dari membasahi pipinya.

Melihat pada keadaan Franz, Emilia membuat keputusan untuk segera keluar dari situ.

"Dengan keadaan pak cik sekarang, saya tak rasa kita dapat berbual seperti biasa."

Emilia berdiri.

"Selamat tinggal, pak cik." Emilia menundukkan kepalanya, memberikan penghormatan yang terakhir buat satu-satunya abang kandung ayahandanya.

Keesokan harinya, seperti yang telah ditetapkan, Franz dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Hukuman itu tidak dilakukan secara umum, malah di dalam penjara itu juga. Ini kerana ia adalah permintaan Sylvan yang masih mempunyai sisa rasa hormat terhadap ayah kandungnya.

Dan sejak dari perjumpaan di antara Emilia dengan Franz semalam, wanita itu berubah menjadi diam dan sering termenung sendiri.

Irwin yang melihat keadaan isterinya itu, mula berasa risau. Emilia juga langsung tidak memberitahunya apa yang berlaku terhadapnya, maka tidaklah Irwin bertanya lebih.

Irwin menghampiri Emilia yang sedang duduk termenung di balkoni bilik.

"Sayang." Irwin memeluk Emilia dari belakang.

Emilia terkejut.

"Irwin. Maaf, aku tak sedar dengan kehadiran kau." Emilia berkata perlahan.

Irwin duduk melutut di depan Emilia. Tangan isterinya digenggam dan diusap lembut.

"Fikirkan apa? Ada apa-apa yang berlaku ke semalam dekat dalam penjara tu?" Irwin bertanya dengan nada risau.

Emilia mengukirkan senyuman kecil. Dia tahu yang si suami risau dengan perubahan tingkahnya.

"Tak ada apa pun. Cumanya semalam, bila aku tengok pandangan mata pak cik, aku terkenangkan memori lama. Pandangan mata dia sama macam mata ayahanda." Emilia berkata jujur.

Sejujurnya, Emilia sendiri terkejut melihat pandangan mata itu semalam.

Pandangan itu sangat redup. Ia penuh dengan kasih sayang dan keikhlasan dan pandangan itu hanya dapat dilihat apabila Franz memanggil nama ibunya, Victoria.

Dari pandangan itu juga, Emilia dapat melihat bertapa dalamnya cinta Franz terhadap bondanya.

"Hah. Kalau aku tahu benda ni akan terjadi, aku tak akan benarkan kau berjumpa dengan dia semalam." Irwin meluahkan kekesalannya.

Emilia mengusap kepala Irwin.

"Bukan salah kau pun. Lagipun, aku sendiri yang berdegil nak berjumpa dengan dia." Emilia memujuk lembut.

Irwin tersenyum melihat senyuman Emilia. Dia kemudiannya mengucup kedua-dua belah tangan Emilia.

"Aku cintakan kau, Cynthia," ucap Irwin sambil menatap mata Emilia dengan penuh keikhlasan.

"Aku pun cintakan kau." Emilia menunduk dan mencium dahi Irwin.

Hati Irwin berbunga gembira melihat si isteri bertingkah seperti biasa semula.

*****

Beberapa bulan kemudian

Setelah semua urusan diaraja selesai, Irwin dan Emilia membantu Sylvan untuk mengukuhkan kedudukan lelaki itu sebagai raja yang baru.

Semua urusan luar dan dalam kerajaan dapat diselesaikan dengan mudah dengan bantuan pasangan itu.

Bukan itu saja, keadaan Emilia juga semakin sarat dan Irwin selalu memastikan agar isterinya itu mendapatkan rehat yang secukupnya.

Sifat romantik dan keprihatinan Irwin terhadap Emilia menjadi perbualan orang ramai.

Bukan itu saja, status Emilia sebagai Cynthia Eldos, anak kepada Raja Felix dan Permaisuri Victoria turut didedahkan kepada umum bagi memastikan keselamatan wanita itu.

Semua urusan mereka berjalan dengan lancar dan mudah sehinggalah masa untuk melahirkan tiba.

Irwin berdiri di depan bilik yang menempatkan Emilia.

Lelaki itu sangat gelisah mengenangkan isterinya yang sedang bertarung nyawa di dalam sana.

Lelaki itu tidak senang duduk dan asyik saja berjalan mundar-mandir di depan bilik itu.

Irwin tidak berseorangan di luar bilik itu. Dia ditemani oleh Sylvan, Reina dan Raina. Semua merisaukan keadaan Emilia yang sudah enam jam berada di dalam sana.

"Berapa lama lagi ni?" Irwin bertanya dengan riak risau.

Semua tidak mampu menjawab dan hanya mampu menggelengkan kepala.

Setelah lapan jam menunggu, mereka tiba-tiba terdengar tangisan bayi dari dalam bilik.

Irwin yang terkejut terus terdiam dan hatinya disapa dengan rasa terharu.

Sylvan menghampiri Irwin dan menepuk bahu lelaki itu dengan senyuman di bibir.

"Tahniah, Irwin," ucap Sylvan.

Irwin mengesat air matanya yang bertakung di mata.

Pintu dibuka dari dalam.

Lisa berdiri di depan muka pintu dengan senyuman di bibir.

"Jemput masuk, semua." Lisa menjemput semua yang setia menunggu untuk masuk melawat.

Irwin menghampiri katil dan menatap wajah Emilia yang kelihatan pucat dan sangat penat. 

Irwin duduk di sisi Emilia, di atas katil.

Emilia yang tadinya memejamkan mata, terus membuka matanya dan memandang tepat ke arah Irwin.

"Irwin." Emilia memanggil nama suaminya dengan suara yang serak.

Irwin tersenyum dengan mata yang berkaca.

Lelaki itu menunduk dan mencium dahi Emilia dengan penuh kasih.

"Irwin, Emilia." Lisa memanggil.

Pasangan itu memandang ke arah Lisa. Kedua-dua mereka tersenyum saat melihat sepasang kembar yang didukung oleh Lisa dan pembantu wanita itu.

Irwin membantu Emilia untuk duduk dan memastikan wanita itu dalam keadaan selesa.

Pasangan kembar itu diserahkan kepada pasangan itu.

"Hai, sayang. Ni papa awak." Irwin berkata pada si anak perempuan yang ada di dalam dukungannya.

Bayi perempuan itu membuka matanya dan memandang wajah ayahnya.

Melihat mata comel anaknya itu membuatkan Irwin mahu menangis terharu.

Emilia yang mendukung anak lelaki mereka hanya mampu memandang wajah anaknya yang nyenyak tidur.

"Kau dah ada nama untuk anak-anak kita ke?" Emilia bertanya perlahan, tidak mahu mengejutkan si anak yang sedang tidur.

"Irene Clover dan Erdian Clover," kata Irwin sambil memandang Irene dengan penuh kasih.

Emilia tersenyum senang mendengar nama itu.

"Hai, Irene." Reina dan Raina menyapa si bayi perempuan.

Irene memandang kembar itu dalam keadaan mengantuk.

"Tahniah, Thia. Aku tumpang gembira dengan kau." Sylvan mengucapkannya dengan hati yang senang.

"Sylvan, sini." Emilia memanggil lelaki itu untuk menghampirinya.

Sylvan akur dan berdiri di sisi Emilia.

Emilia menghulurkan anak lelakinya pada Sylvan.

Dalam keadaan teragak-agak dan ragu-ragu, Sylvan mengambil bayi itu dan mendukungnya.

"Kau nak aku buat apa ni?" Sylvan bertanya keliru dengan riak cuak di wajah. Dia sangat takut untuk memegang bayi itu dengan lebih lama dan mahu segera menyerahkannya pada Emilia semula.

"Apa pendapat kau tentang Erdian?" 

Mendengar persoalan itu, Sylvan memandang wajah bayi lelaki itu.

Bayi itu membuka matanya dan menampakkan matanya yang berwarna biru.

Sylvan memandang mata itu dan tersenyum sendiri.

"Dia sangat comel," ucap Sylvan jujur sambil mengusap pipi kemerahan Erdian.

"Thia, boleh ke kalau aku nak jadikan mereka sebagai putera dan puteri kerajaan?" Sylvan bertanyakan pendapat Emilia dengan pandangan penuh mengharap.

Emilia memandang Irwin untuk mendapatkan pendapat dari suaminya itu.

"Saya okey je dengan keputusan tuanku. Cumanya, saya nak anak-anak saya diperkenalkan kepada umum setelah mereka dewasa sedikit. Itu pun kalau tuanku tak kisah," kata Irwin, memberikan pandangannya.

Sylvan mengangguk setuju.

Sejujurnya, raja itu mempunyai perancangan masa depan buat pasangan kembar itu dan dia juga sudah membuat perancangan dalam diam mahu menyerahkan semula takhtanya kini kepada keluarga kecil itu apabila tiba masanya.

Dengan lahirnya pasangan kembar itu, maka kini lengkaplah keluarga kecil Emilia.

Emilia berasa sangat bahagia dengan kehadiran suami dan anak-anaknya di sisi. Dia juna berasa gembira kerana diberikan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak kepada lelaki yang sangat dicintainya.

Emilia memegang perutnya yang sudah mengempis.

"Sayang, mama janji akan menjaga dan membesarkan adik-adik kamu dengan baik. Mama minta maaf sebab tak mampu melahirkan kamu ke dunia. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup mama walaupun hanya untuk sementara," ucap Emilia di dalam hati buat anak pertama yang pernah dikandungkannya sebelum ini.

"Thia! Kenapa ni?" Irwin menggelabah apabila melihat air mata yang mengalir di pipi isterinya.

"Aku sangat bahagia, Irwin." Dalih Emilia yang sebenarnya berasa sedih mengenangkan anak pertamanya.

Irwin mencium dahi Emilia dengan lama.

"Aku pun bahagia dan berterima kasih sebab kau sudi mengandung dan melahirkan anak-anak aku. Aku sayangkan kau sangat-sangat," ucap Irwin penuh keihklasan.

Pasangan itu berkongsi senyuman bahagia.

Saat bahagia itu akan dikenang sepanjang hidup mereka.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
176K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
480K 1.2K 17
Mula mula