Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]

By Peppermint_Mix

271K 6.6K 195

โš ๏ธ #Rank No.1 in action #Rank No.1 in Cruel #Rank No.2 in perempuansimpanan #Rank No.3 in tuan #Rank No.2 in... More

๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 1
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 2
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 3
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 4
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 5
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 6
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 7
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 8
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 9
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 10
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 12
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 13
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 14
๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 15
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 16
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 17
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 18
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 19
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 20
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 21
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 22
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 23
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 24
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 25
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 26
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 27
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 28
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 29
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 30
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 31
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 32
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 33
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 34
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 35
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 36
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 37
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 38
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 39
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 40
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 41
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 42
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 43
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 44
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 45
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 46
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 47
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 48
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 49
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 50
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 51
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 52
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 53
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 54
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 55
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 56
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 57
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 58
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 59
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 60
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 61
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 62
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 63
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 64
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 65
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 66
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 67
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 68
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 69
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 70
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 71
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 72
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 73
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 74
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 75
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 76
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 77
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 78
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 79
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 80
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 81
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 82
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 83
๐† ๐” ๐“ ๐™ | 84 - ENDING

๐—š ๐—จ ๐—ง ๐—ญ | 11

4.7K 126 2
By Peppermint_Mix

"Pa..." rindu. Sepatah perkataan itu sahaja yang dia rasakan saat ini. Melihat wajah ayahnya setelah lama tidak berjumpa sudah dapat mengubati perasaan rindu di dalam hati. Yelah, masing-masing sibuk dengan pekerjaan mana ada masa untuk mereka berjumpa. Disebabkan hari ini, encik Noszka baru dapat pulang semula ke tanah air setelah 5 tahun berada di tanah Mesir, Zeyn Ezdan sudah berjanji untuk bertemu dengan ayahnya di rumah.

Pulang sahaja dari tempat kerja, dia terus straight to the point ke rumah di mana dia membesar selama 20 tahun lamanya. Ketika umurnya masuk 21 tahun, di sana bermulanya dia dan ibubapanya jarang bertemu. Kini dia sudah berumur 27 tahun dan masih ada kesempatan untuk bertemu dengan ayahnya semula.

Anak beranak itu terus melepaskan rindu mereka masing-masing. Pelukan yang begitu erat bersama dengan belaian kasih sayang penuh diberikan kepada anak terunanya ketika ini.

Masing-masing air mata hampir sahaja mengalir keluar namun masih mampu untuk ditahan. Biasalah kalau lelaki mereka tak nak tunjukkan diri mereka ni menagis di depan orang yang mereka sayang, bukan malu tetapi bagi mereka lebih baik menangis dalam diam agar mereka tidak mengecewakan orang yang mereka sayang.

"Look at you now, my son. Semakin matang dilihat dan sudah pastinya makin kacak pula. Papa masih ingat waktu kamu kecil dulu, kamu masih rendah ketika itu. Papa mesti nak dukung kamu kemana pun kamu nak pergi. Tapi sekarang ini kamu lebih tinggi dari papa. Mungkin kamu dah boleh angkat papa dah dengan badan athletic macam ni."

Zeyn tertawa perlahan. Dia menepuk perlahan bahu ayahnya.

"Papa pun mana kurangnya. Makin fit pula Zeyn tengok. Yelah, papa dari dulu tak pernah tak aktif pergi gym itu yang Zeyn pun ikut. Panas pula di sini, mari pa kita duduk di luar sana."

"Yelah...banyak pula yang papa nak tahu tentang Zeyn sekarang. Sebelum tu, Hana macam mana? Papa bukannya nak halang Zeyn untuk bawa Hana ke sini cuma itulah, anak kecil itu akan pasti bertanya di mana mama. Lagipun mama kamu akan pulang ke sini dalam masa 3 bulan. Masa itu, bawa Hana datang ke rumah."

Bukan diabaikan namun dia tahu yang Hana seorang anak kecil yang pandai berfikir dan akan menjadi dewasa jika dibesarkan dengan cara yang bukan dididik dengan penuh manja. Ini kerana, isterinya pun mendidik anak-anak mereka penuh berdikari dan matang namun kasih sayang itu tidak akan pernah hilang.

Zeyn mengangguk faham, dia pernah melalui semua ini dan baginya pasti ada kebaikan apabila Hana sudah dewasa nanti. Lagipun kalau dia yang menjaga adiknya itu, dia pasti tidak akan mengabaikan adiknya walau apapun keadaan yang akan menimpah mereka.

🦋


Doktor Kim sedang ralit mencatat sesuatu di laptopnya. Ini ada kaitan dengan keadaan yang dihadapi oleh Nehza, gadis cantik dan seksi yang pertama kali dilihatnya seumur hidup. Yelah, kerana doktor Kim adalah seorang yang kuat bekerja keras sehinggakan nak ambil tahu pasal keadaan di luar pun dia tak ada masa. Apalagi nak bercinta dengan mana-mana gadis. Memang tidaklah jawabnya.

"Hurm..."

Dia segera berhenti dari menaip. Keluhan Nehza itu membuatkan dia tersedar dari fokusnya tadi. Doktor Kim segera bangun dari kerusi dan menuju ke arah Nehza yang berusaha untuk bangun dari katil.

"Cik...cik perlahan-lahan ya," ujar doktor Kim penuh lembut. Gadis itu hanya menghadiahkan satu jelingan malah tangan doktor Kim ditepisnya laju.

"Who are you? Macam mana I boleh ada kat hos-. No!this isn't hospital. Ni rumah! Penculik!arghh!tolong!tolong!" jeritan Nehza yang kuat bak speaker itu membuatkan encik Noszka dan Zeyn terkejut walaupun mereka ada di tingkat bawah sekarang.

"Keluar sekarang!keluar!you nak buat apa dekat I ha? Keluar! somebody help me!" jerit Nehza lagi dan tidak pernah berhenti membuang segala peralatan yang dilihatnya di atas meja. Jarum, ubat dan segala benda dibuangnya sahaja asalkan terkena ke arah lelaki yang masih bertahan berdiri di hadapannya.

"Cik, cik bawa bertenang. Saya doktor dan saya yang merawat cik tadi. Cik hanya pengsan setelah sampai di sini. Saya doktor peribadi tuan Noszka. Beliau yang menyuruh saya untuk merawat cik. Saya tak ada niat jahat selain membantu untuk merawat cik." terang doktor Kim.

Nehza tersedar secara drastik. Matanya liar melihat sekeliling ruang yang kelihatan seperti ruangan bilik wad. Alamak!gadis itu menekup mulutnya dengan perasaan penuh terkejut.

Aduh!

Kepala ditoleh ke tepi cuba untuk menyembunyikan perasaan malu ketika ini.
Doktor Kim kembali tersenyum melihat Nehza yang sudah bertenang mungkin dia sudah tersedar. Yelah, dia pengsan tadi mana tidaknya dia tak terkejut tengok sekeliling lagi-lagi dia belum pernah ke sini.

"It's okey, saya faham. Awak terkejut sebentar tadi. Anggap je semua ini salah saya sebab tak terus terang dari awal." doktor Kim menayangkan senyuman sehingga menampakkan giginya yang tersusun bersih.

"Can I -"

"Kim...apa dah-" terhenti ayat encik Noszka melihat lantai ruang kesihatan di dalam ruamhnya sudah bersepah dengan alat-alatan hospital. Lagaknya macam baru ada pencuri masuk ke dalam ruangan itu. Nehza pula sudah mula cuak apabila pemilik rumah mewah itu bersuara.

"Tak ada yang terjadi. Maaf tuan, ni salah saya yang buatkan cik ni terkejut. Tapi apapun keadaan cik ni sudah kembali pulih." ujar doktor Kim. Encik Noszka sekadar mengangguk dan tidak marah sekalipun.

Dia memandang Nehza dan gadis itu sudah pun tersenyum kecil ke arahnya. Encik Noszka juga tidak keberatan untuk membalas senyuman itu. Lega sedikit hati Nehza melihat senyuman dari pemilik rumah mewah ini.

"Syukur kamu sudah pulih. Sebelum tu, siapa nama kamu?maaflah kerana terpaksa membawa kamu ke rumah ini untuk diperiksa kerana saya secara kebetulannya ingin pulang ke rumah. Lagipun doktor Kim ada."

Nehza angguk faham. Tak apa, yang penting mereka semua baik kerana sudah membantu orang yang sememangnya tidak layak untuk dibantu pun.

"Nehza. Tak apa encik, bantuan encik ni I...sa...saya amat hargainya. I eh saya nak...nak ucap terima kasih sebab dah bantu saya. Jadi berapa kos yang perlu saya bayar sebagai ganti rugi?" ujar Nehza.

Ah!sudah!dahlah dia ni tak biasa menggunakan saya, apapun dia terpaksa juga 'bersaya-saya' sekarang ini. Lagi satu nahaslah dia kerana terpaksa membayar ganti rugi sebanyak dua kali ganda. Rip for you Nehza.

Encik Noszka menggelengkan kepala. "No it's okey. Anggap ini salah kami sebab dah buat kamu terkejut begini. Tak perlu bayar apa-apa lagipun kami bantu dengan ikhlas. Nehza, just call me encik Noszka. Nice to meet you by the way,"

"Tapi banyak sangat ni benda yang pecah. Nanti rugi pula encik Noszka, lagipun saya tengok semua benda ni mahal. Encik Noszka dan doktor pun dah tolong saya, tak patutlah kalau bagi percuma saja." Nehza rasa bersalah pula jika tidak membalas sepersen pun dengan mereka yang telah membantu dia.

Doktor Kim dan encik Noszka masih menggelengkan kepala. Nampaknya mereka benar-benar tidak menginginkan apa-apa sebagai balasan. Jarang dia melihat orang seperti mereka pada zaman ini. Selalunya dia akan disuruh membayar walaupun masalah itu kecil sahaja.

"Kami ikhlas membantu. Nehza tu baru sahaja pulih, kamu kena banyak berehat. Kalau kamu tidak keberatan, rehat sementara di rumah ini pun tak mengapa. Nanti anak saya akan tolong hantarkan kamu pulang. Bahaya pulang seorang diri malam macam ni." dari segi pertuturan, dapat dilihat yang encik Noszka memang seorang ayah yang baik.

What?dah malam ke?

"Er...tak, tak apa encik. Saya boleh pulang sendiri. Segan pula saya kalau anak encik hantarkan saya pulang. Lagipun mungkin rumah saya tak jauh dari sini." Nehza cuba menyakinkan encik Noszka namun encik Noszka masih ingin membantunya dan terpaksalah Nehza mengalah.

Encik Noszka segera mencari Zeyn di tingkat bawah. Nehza mengeluh perlahan. Macam mana nak balas kebaikan encik Noszka ini?
I dahlah tak berduit, hm. Tak apa I percaya I boleh balas semuanya suatu hari nanti.

"Doktor...I sakit apa ya?kenapa badan I macam rasa panas betul ketika itu. The heat is almost killing me. " akhirnya Nehza bertanya juga.

"It's a long story dan saya masih mencari tahu puncanya. Cuma, cik Nehza kena tahu yang cik Nehza keracunan minuman. Sejenis minuman...sebelum tu saya nak tahu apa minuman terakhir yang cik Nehza minum?"

"Buble black tea."

Doktor Kim angguk dan mencatat sesuatu di kertas. Dia kembali memandang Nehza yang turut sama memandangnya. Cantik, desis dalam hati doktor Kim. Walaupun dengan solekan tebal namun dia dapat mengagak yang Nehza memang mempunyai paras rupa neutral.

"Can I get your number? Sebab lepas ni saya akan call Nehza untuk jumpa semula saya di sini. Mungkin dalam masa tiga hari selepas ini. It's really important, supaya Nehza tahu tahap kesihatan Nehza."

"Sure you can."

Yelah doktor Kim yang merawatnya jadi sudah pastilah dia perlu memberikan nombor telefon miliknya untuk memudahkan dia membuat temujanji dalam masa yang sama.

"Doktor I nak tanya. Pengsan tu tak akan mempengaruhi kulit di wajah I kan?masa I sakit dan pengsan tadi, bakteria tak akan hinggap dekat kulit muka I kan?kulit muka I tak akan berubah kan? everything is fine right?"

Bertubi-tubi soalan lucu yang keluar dari mulut Nehza membuatkan doktor Kim terpaksa menahan tawanya daripada terhambur. Sedangkan dari tadi, Zeyn Ezdan sedang menjenguk mereka dari pintu luar. Bila dengar soalan Nehza, Zeyn tidak sangka pula yang IQ Nehza terlalu buruk baginya.

"Kau pernah sekolah tak?kalau boleh dengan soalan kau sekali ini bawa masuk ke tadika."

Nehza pantas mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara itu. Suara yang garau tapi kedengaran smart di situ. Namun masih ada perasaan tercabar apabila mendengar kata-kata itu.









#Jangan lupa untuk tekan butang vote. Sambil baca sambil tu bagilah sokongan kepada author hanya dengan vote sahaja pun dah bersyukur.

Terima kasih,💜

Continue Reading

You'll Also Like

60.7K 3.9K 51
" ๐ˆ ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐š๐ฒ ๐ˆ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
3.5M 307K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
867K 85.7K 73
COMPLETED โœ”๏ธ BLURB โMaaf maaf, itu je yang kau tahu?โž - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
1.6M 52.3K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...