Don't Play with Her! [🔰]

By HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... More

This Girl
Step-Family
Walking on the Street
Meet with 6 annoying guys?!
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Her Past
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
New Plan
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
The Reason Why...
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos
Chaos (Part 2)
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
The Game is Begin
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
Right Over Here
Play Victim

I Know Your Intention

494 60 15
By HarruTsubasa05

"Jadi lepasni kau ada kelas apa pula?" Tanya Ais kepada Gempa setelah sebaik sahaja mereka bertujuh selesai menghabiskan makanan mereka untuk tengahari itu.

"Aku? Mmm... kelas ekonomi? Kalau tak silap la. " Gempa menjawab sambil menghabiskan air coklat panasnya.

"Pukul berapa?"

"30 minit lagi. Tapi aku rasa baik aku bergerak sekarang. Sebab aku malas nak bersesak-sesak dengan pelajar lain."

"Awalnya. Kau yakin kau tak nak lepak dan berborak dengan kitorang dulu?" Taufan bertanya sembari memandang ke arah Gempa dengan pandangan yang berharap. Dia tahu yang dia sebenarnya telah kehabisan idea untuk berbual dengan Gempa tetapi dia tidak mahu melepaskan peluang untuk lebih rapat dengan Gempa. 

Entah. Rasanya dia lebih suka kalau Gempa ada bersama-sama mereka.

"Tak kot. Sorry... Aku rasa baik aku gerak sekarnag. Anyway, hari ni aku balik dengan pemandu keluarga aku sendiri. Jadi tolong jangan tunggu aku atau tiba-tiba jemput aku, ya? Aku tak nak tiba-tiba timbul berita pasal aku rapat dengan korang nanti."

"Seriously? You literally sit with us to eat lunch together. Dekat tempat awam pula tu. Takde pula aku nampak yang orang tiba-tiba gosip tentang ni?"

Kedengaran Halilintar membantah dengan geram. Dia tidak suka bila dia atau rakan-rakannya rapat dengan seseorang dan ia menjadi satu tanda soal ataupun topik perbualan di mulut orang lain. Tak boleh ke mereka tu semua sibuk dengan hal sendiri dan jangan jaga tepi kain orang lain? Hambar sangat ke hidup tu sampai sibuk nak masuk campur pasal orang lain?

Namun daripada membalas jawapan Halilintar sebentar tadi, Gempa hanya memutarkan bola matanya lalu berlalu pergi dari situ. Dia malas nak ada di sana lama-lama. Nanti kalau ada yang jenis mulut banyak nampak masalah pula. Lagi-lagi kalau ada yang tahu sebenarnya ayah Gempa ni bermusuhan dengan mereka berenam. Naya nanti dia. Mulut orang ni bukannya dia boleh tutup pun. Jadi untuk mengelakkan semua itu berlaku maka baik dia mengelak.

💖✨💖✨💖✨💖

"Gempa."

Masih tinggal 25 minit untuk kelas Gempa bermula dan tiba-tiba sahaja namanya dipanggil oleh seseorang dari arah belakang. Gempa tau yang dia kenal suara itu tetapi dia lupa siapa empunya suara tersebut. Jadi sebaik sahaja dia menoleh, Gempa melihat Solar sedang berjalan menghampirinya sambil tersenyum kecil dan tidak terkecuali dengan cermin mata visor berwarna orennya.

"Ya? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Yang lain tau ke?" Gempa bertanya dengan kening yang berkerut. Hairan macam mana dia boleh tak perasan yang dia sedang diekori oleh Solar sedangkan dia sudah berada di pertengahan jalan ke dewan kuliahnya.

"Tak. Aku senyap-senyap blah dari diorang tadi. Ah, boleh aku pinjam masa kau kejap? "

Gempa memandang Solar buat beberapa detik sebelum akhirnya dia mengangguk setuju. "Ok. "

💖✨💖✨💖✨💖

"Aku dengar ura-ura yang adik tiri kau datang cari pasal. "

Solar membuka topik perbualan antara mereka selepas sebaik sahaja dia dan Gempa mengambil tempat duduk di kawasan taman universiti tersebut. Gempa yang pada awalnya rasa tenang kerana dapat menikmati dan melihat keadaan taman yang indah nian itu serta-merta berubah emosi kepada menyampah apabila nama adik (lah sangat) tirinya disebut.

"Cepat ya berita tu sampai dekat kau? "

"I'm the king of this palace. I know everything. "

Gempa memutarkan bola matanya dan berdecih kesal. Dia pun mengalihkan pandangannya ke segenap tempat di dalam taman itu sebelum menjawab Solar semula.

"Ya. Tapi aku tak bermaksud untuk mulakan pergaduhan. Aku cuma nak jaga maruah diri aku dan tak nak orang nampak yang aku ni lemah. Itu je. Dan kau boleh tanya Blaze kalau kau tak percaya. "

Solar tersenyum simpul sebelum mengangguk.

"I trust you, don't worry. Aku cuma nak dapatkan kepastian saja. "

"Ok. Jadi itu saja? "

"Yes. Dan aku nak minta maaf jugak sebab tak bagitau kau awal-awal tentang adik tiri kau tu kat sini. Bukan aku berniat nak permainkan kau ataupun sengaja nak kau dibuli, aku cuma nak kau tahu yang kau akan dijamin keselesaan dan keselamatan bila kau belajar di sini. "

"Oh ya? Dan macam mana kau akan pastikan semua tu? "

Gempa memandang dan membalas tatapan Solar dengan mata yang tajam dan mengejek. Dia tahu lelaki di hadapannya itu hanya sekadar ingin mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Gempa bukan seorang gadis yang mudah termakan kata-kata manis seperti itu untuk masuk dalam perangkap lelaki macam Solar.

"Di dalam universiti ni ada sebanyak lebih kurang 40 ke 50 orang lebih pensyarah. Dan 2 per 5 daripada mereka mengurus dan mengajar course yang sama. Jadi? Kenapa mesti aku berada dalam dewan kuliah, waktu kuliah dan pensyarah yang sama dengan Suzy? What? You think I'm stupid? Kau ingat aku tak tahu yang kau hanya nak buat aku terseksa dengan situasi ni sebab kau dah rancang bila aku termakan dengan kata-kata kau tadi tu, aku akan sentiasa berharap dengan kau. Lepastu, kau akan mula ambil kesempatan ke atas aku. "

Gempa mengambil begnya dan mengangkat buku-buku bahan belajarnya sebelum dia berdiri semula untuk beredar. Dan sebelum beredar, Gempa sempat meninggalkan beberapa ucapan kepada Solar.

"Aku bukan perempuan macam tu. Dan aku takkan sesekali jadi macam tu. Because I know... All inside you including the other's head is to get the position in my father's company. But don't worry. I won't let that happen. Terima kasih untuk keprihatinan kau tapi aku tak nak. Jumpa lagi. "

Setelah itu, Gempa pun berlalu pergi dari situ dengan langkah yang cepat kerana ingin mengejar waktu kuliah dan ingin segera berada jauh dari Solar. Manakala Solar pula walaupun hanya ditinggalkan begitu sahaja tetapi senyuman tetap terukir manis di wajahnya. Menyembunyikan 1001 perasaannya di dalam hati.

"Haa... Fuck. Ni lagi susah dari jangkaan aku."

💖✨💖✨💖✨💖

"Baiklah, sekian itu sahaja dari kuliah kita pada hari ini. Saya akan hantarkan beberapa contoh assignment yang akan awak kerjakan pada minggu depan. Saya harap awak semua dapat belajar dan bersedia dengan setiap assignment, kuiz, kerja kursus dan peperiksaan yang akan diadakan nanti. Terima kasih. "

Bunyi bising meja dan kerusi yang bergerak bergema di dalam dewan kuliah dan diikuti pula dengan suara-suara kecil para pelajar yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakan mereka sambil bersiap sedia untuk keluar dari dewan kuliah. Gempa juga tidak ketinggalan untuk bersiap-siap dan mengemas barang-barangnya. Dia tidak mempunyai kawan atau sesiapa yang dia kenal hari itu tetapi dia tidak peduli. Ada kawan ataupun tidak, hidup dan mati tetap berseorangan. Maka tanpa menunggu masa yang lama lagi, dia pun cepat-cepat keluar dari dewan kuliah sambil menghidupkan semula telefonnya.

Di luar bangunan kuliah, Gempa memeriksa layar skrin telefonnya untuk melihat mesej daripada pemandu peribadinya yang katanya akan menjemputnya pulang di hari itu. Selepas dia mendapati lokasi yang diberikan oleh pemandu itu, dia pun segera membuka langkah untuk pergi ke arahnya. Namun sebaik sahaja dia hampir mendekati lokasi tersebut dan ternampak serta terdengar sesuatu yang menjengkelkan, langkahnya serta-merta terhenti.

"I DON'T CARE ABOUT HER! JUST TAKE ME HOME FIRST! "

Dari jauh Gempa dapat mendengar suara Suzy yang sedang menjerit-jerit dan memarahi pemandu peribadinya yang hanya mampu menundukkan kepalanya dan terus memohon maaf.

"Maafkan saya, Cik Muda. Tapi saya hanya mengikut arahan Tuan Amato. Beliau ingin saya menjemput Cik Muda dan Cik Gempa bersama-sama untuk mengelakkan risiko kena serang oleh musuh-musuhnya. "

"Hey! Aku pun tuan kau, ya?! Kenapa kau nak ikut sangat arahan Papa?! Aku keluar dari kelas aku sejak 10 minit tadi lagi! Perempuan tu boleh je kan tunggu kau datang balik lepas hantar aku?! Aku tak kira, aku nak kau hantar aku balik sekarang jugak! Baik kau lakukannya sekarang sebelum aku call Papa!"

"Cik Muda... Jangan macam ni. Saya cuma nak menjalankan tugas sahaja. Saya tak bermaksud untuk mengingkar arahan Cik Muda... "

"Aku tak peduli! Disebabkan kau aku kena tunggu lama kau tau tak?! "

Gempa sudah mula menyampah dengan situasi tersebut. Dia cuma ingin cepat pulang dan berehat kerana penat seharian duduk dan belajar berjam-jam, tetapi nampaknya dia takkan dapat hidup tenang selagi perempuan itu tak hilang dari hidupnya.

"Kenapa kecoh-kecoh ni? "

Serentak kepala Suzy dan pemandu tadi menoleh dan mendapati Gempa sedang mendekati mereka berdua. Suzy berdecih kesal manakala pemandu tadi pula memusingkan badannya dan menunduk hormat ke arah Gempa sambil menyambut kepulangannya.

"Cik Gempa, selamat pulang. Cik Gempa sudah selesai kelas? Saya akan segera hantar Cik Gempa dan Cik Muda ke rumah. "

"..." Gempa tidak membalas melainkan hanya mampu memejamkan matanya dan mendesah panjang.

"Tak. Tidak perlu. Saya ingin awak hantar Suzy sahaja pulang ke rumah. "

"Eh?! C-Cik Gempa pula macam mana? "

"Saya akan pulang dengan kawan saya. Tak mengapa. Awak pulanglah dan biar saya beritahu ayah sendiri mengenai hal ini. "

"Eh, jangan macam ni Cik Gempa! Kalau tuan besar marah nanti macam mana? "

"Jangan risau. Saya akan pastikan kerja awak tetap kekal dan awak pun selamat. Sudaah, sebaiknya awak cepat hantar Suzy itu pulang sebelum ayah saya marah kerana pulang lewat. "

"B-baiklah, Cik Gempa. Saya faham. "

Tanpa membuang masa lagi, pemandu itu pun segera masuk ke dalam kereta mahal itu tanpa membantah. Meninggalkan Gempa dan Suzy yang terpinga-pinga dan berasa jengkel akan sesuatu.

"Seriously? Kenapa dia dengar cakap kau dan jadi orang pekak dengan aku? "

"Dia tak pekak Suzy. Dia cuma ikut arahan ayah. Dan kau kena ingat, dia bekerja untuk aku dan bukan kau. Jadi memang patutlah dia lebih dengar arahan aku berbanding kau."

Suzy mendengus. Dia kemudiannya pun masuk ke dalam kereta dan menghempas pintu dengan kuat sekali sehingga bergoncang kereta tersebut kerananya. Sebelum berangkat pergi, Suzy sempat menjelirkan lidahnya dan mengangkat salah satu tangannya untuk menunjuk jari tengah kepada Gempa. Gempa sudah tentunya sedikit terkesan akannya namun disebabkan sia-sia sahaja untuk memarahi gadis tadi, dia pun diam sahaja dan melihat kereta yang sepatutnya dia naiki itu berlalu pergi dari sana.

"Haaa... Hidup ni tak boleh jadi lagi teruk ke?"



TO BE CONTINUE(?)
.
Yaayy chapter baru! 😆
.
Ani tak faham, Ani tau cerita ni akan panjang tapi kenapa la Ani lambat giler nak update hshshshssh sorryyy 😭🤣

Continue Reading

You'll Also Like

42.7K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
NITRO By af12344

Fanfiction

144K 8K 68
Mengisahkan seorang ejen tekno bernama Ali yg merupakan seorang ejen yg sgt lemah. Dia sering dibuli, dihina dn dicaci olh rakannya termasuklah Alici...
124K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
2.8K 473 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...