Adrian Kiara : Her Guardian A...

By moonlightlavh

5.7M 317K 102K

[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup taj... More

'โœฆ ห‘ ึดAdrian Kiara ห‘ ึดึถ ๐“‚ƒโŠน
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
Moon's TedTalk
A Spin-Off : Zander Mia

72

58.1K 3K 277
By moonlightlavh


"Tapi...Bos kata target kita Adrian? Kenapa sekarang bertukar Kiara?"

Tauke yang sedang berdiri dihadapan anak buahnya itu mengeleng kepala geram. Boleh pula dia tanya soalan yang macam tu.

Kepala anak buahnya itu ditunjal, "Kau ni memang lembab kan?"

Laju kepalanya digosok, "S-Sorry bos."

Tauke menghembus nafas, "Memang lah target kita Adrian. Sebab tu kita buat semua ni."

Lagi seorang anak buahnya bersuara, "Tapi bos bawak Dree sampai ke France-"

"That's the point." Potong Tauke. "The only way untuk buat Adrian datang dekat kita adalah dengan gunakan Kiara.

"Kita sentuh hak dia, he will coming like a lightning." Sambung Tauke.





Kiara yang dari tadi hanya mengelamun kembali ke alam nyata bila telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Telefon diatas meja itu diambil dan skrin telefon dipandang.

Rian Bisu 🐊💗

"Tau tau je Kie tengah fikir pasal Rian." Telefon diletakkan semula, "Tapi Kie tak nak cakap dengan Rian."

"Siapa suruh pergi France?" Kiara berpeluk tubuh.

"Boleh tahan juga ya ego Kie." Sapaan Mak Piah dari belakang mengejutkannya. Terus Kiara berpaling.

"Eh Mak Piah."

Mak Piah datang bersama dulang di tangan. Ada cucur udang bersama teh tarik.

"Wahhh, untuk Kie ke ni?"

Mak Piah angguk, "Minum petang. Nak?"

Kiara angguk, "Mestilah!" Terus tangannya mencapai cucur udang lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Sedap?"

Kiara angguk lagi menandakan ya.

"Oh ya Mak Piah," Teh tarik dituang buatnya dan Mak Piah, "Kie ingat nak balik rumah Rian. Nak tidur sana."

"Hah? Tidur sana? Rian tahu tak? Dah bagitahu Rian? Kan Rian suruh Kie tinggal sini sementara Rian tak ada."

"Ye tidur sana. Ye dia tak tahu. Ye tak bagitahu lagi. Ya Rian suruh tinggal sini sementara dia tak ada tapi Kie nak balik. Cukup tak jawapan Kie?"

"Eish budak ni!" Bahu Kiara dipukul perlahan, "Orang cakap betul betul, dia cakap main main."

"Aduuuu," Kiara menggosok bahunya, "Sakit lah Mak Piah!" Cebik Kiara.

"Eleh, sikit je Mak Piah pukul. Mengada!"

"Sampai hati Mak Piah! Kie bagitahu Rian-" Kiara berhenti manakala Mak Piah pula sudah senyum seribu makna.

"Ha! Ha! Rindu laki lah tu!"

Kiara memandang tempat lain, cuba menyorokkan wajahnya yang sudah merona merah.

"Mana ada!" Sempat Kiara jeling manja sebelum tangkai cawan dipegang dan mencicip sedikit teh tarik panas.






Kiara sudah siap mengemas pakainnya. Seperti yang dikatakan tadi, dia mahu balik semula ke rumah Adrian.

Beg bagasinya dibawa turun perlahan lahan.

"Betul ni nak balik? Tak nak stay sini?" Mak Piah meminta kepastian.

Kiara angguk lalu tangan yang sudah berkedut sedikit itu dia pegang lalu menyalamnya, "Ya. Nanti Kie balik sini balik before Adrian sampai. So, tak ada lah rahsia terbongkar. Mak Piah jangan memandai nak bagitahu Rian pula tau."

"Tapi kalau-"

"Rian will never know if Mak Piah tak bukak mulut." Kiara potongnya.

Mak Piah jeling. "Ergh. Suka hati lah."

Kiara senyum, "Okay lah, Kie balik dulu. Lusa Kie datang balik okay? Bye!"

Baru beberapa langkah, bunyi bising dari atas menghentikan langkah Kiara. Dia berpusing, "Apa tu Mak Piah?"

Mak Piah geleng tanda tidak tahu, "T-Tak tahu."

Terus Kiara berlari naik ke atas. Mencari punca bunyi itu berlaku.

"P-Piah!"

Terus laju Kiara berlari naik ke atas apabila suara Marina kedengaran.

Pintu bilik tok abah dan maktoknya dikuak, "Ya Allah! Maktok!"





"Kie balik dulu. Kalau apa apa jadi dekat maktok, Mak Piah bagitahu ya?"

Sempat lah juga tadi Kiara membantu Marina yang terjatuh bilik air akibat tergelincir. Nasib Mak Piah cepat menghubungi doktor. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi.

"Kie tak nak tengok maktok?"

Kiara senyum tipis, "Maktok bukan suka pun kalau Kie ada. It's okay, just call me if keadaan maktok serius. Asalamualaikum Mak Piah." Tubuh Mak Piah dipeluk beberapa saat sebelum dia mengatur langkah keluar dari rumah itu.

Hilang sahaja kereta Kiara dari pandangan mata, Mak Piah berjalan naik ke atas untuk membawa bubur yang tadi dia masak buat Marina.

"Puan, jom makan sikit. Saya ada masak."

Marina membuka mata perlahan lahan. Tubuh disandarkan di birai katil lalu memicit pelipis dahinya.

Dia melihat sekeliling, "Kiara mana?"

"Dah balik Puan. Katanya nak tidur rumah dia dengan Adrian."

Perlahan lahan dia angguk, "Oh."

"Kenapa Puan? Nak apa apa?"

Marina geleng, "Tak ada apa."





Kiara masuk ke dalam rumah.

Kosong.

Sunyi.

Sepi.

Diam.

Dia menghembus nafas berat. Begnya diletakkan ditepi dahulu sebelum dibawa naik ke atas.

Kunci didalam poket seluar dibawa keluar.

Kunci spare yang dia buat iaitu kunci bawah tanah bilik Adrian.

Nasib dia ada buat lagi satu memandangkan kunci yang sebenar Adrian sudah ambil semula.

Bilik bawah tanah Adrian dituju.

Perlahan lahan dia buka bilik itu.

Berair matanya saat melihat separuh dari senjata dalam bilik itu sudah hilang.

"Rian betul betul tak kisah pasal Kie."

"Kie cakap jangan pergi, Rian pergi juga."

Air mata disekat dari terus jatuh. Dia keluar dari bilik itu, dia naik ke atas.

Pintu bilik tidur Adrian dibuka dan kelihatan bilik itu kemas seperti biasa.

Matanya tertumpu kearah kotak kelabu diatas meja Adrian.

Baby Kie

Diatas kotak kelabu itu, terukir nama panggilannya yang diberikan oleh Adrian.

Melihat kotak itu didepan mata membuatkan dia semakin rindu sama Adrian. Entah bagaimana keadaannya sekarang. Entah dia selamat atau tidak. Entah dia sihat atau tidak.

Lama Kiara hanya pegang dan tenung kotak itu.

Tak tahu jika dia mahu buka atau tidak.

Dia ambil keputusan untuk membuka kotak itu.

Penutup kotak dibuka perlahan lahan dan matanya tertumpu ke arah gelang silver kristal yang cantik beserta kad kecil di dalam yang tertulis,

Happy birthday baby Kie Dree

Baru dia teringat yang hari jadinya lagi tiga hari. Dia sendiri tidak sedar yang hari jadinya akan datang. Tak sangka yang Adrian ingat. Lagi tidak sangka yang Adrian tahu bila hari jadinya.

Dia senyum sambil menutup semula kotak itu lalu kotak kelabu itu dibawa ke dada, seakan akan memeluk.

"Terima kasih Rian." Katanya sambil air mata jatuh ke pipi.

"Baby Kie suka."






"Dree."

Adrian yang sedang termenung jauh diluar itu mengalihkan pandangan memandang kebelakang apabila namanya dipanggil.

"Farrel dah sampai, dia dekat bawah." Sambung Zander, menjadi penghantar maklumat.

Adrian angguk, jaket hitam yang dipakai dibetulkan lalu ingin berjalan keluar dari situ.

"Kau okay ke?"

Soalan dari Zander memberhentikan langkahnya, "Do I look like I'm not?" Dingin dia membalas.

"Kau nampak terganggu. Selalunya kau tak macam ni."

"Aku okay." Balasnya tanpa nada dan menuruni anak tangga manakala Zander setia disebelah.

"Esok kita dah start, aku tak nak kau macam ni sebab fikirkan Kiara. Trust me, dia okay je kat sana."

Adrian hanya diam, sambung berjalan.





"Ini alamat dia, Tasya tahu kan nak buat apa?"

"Tahu," Anatasia tersenyum lebar. "Tak sabar nak tengok macam mana dia react."

Continue Reading

You'll Also Like

441K 50.2K 54
[ ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan naman...
2.3M 169K 51
# 2nd UNDER HE SERIES: โ€ขTunku Niel Nathaniel ๐ŸŽญ ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, T...
1.7M 35.7K 40
| 2020 | 18+ PREVIU 35 BAB NOVEL | PDF CRIME ACTION ROMANCE
1.5M 82.8K 89
[ first malay fiction ] โค๏ธ โ™กBOOK 1โ™ก "Naufal, kamu akan berkahwin bulan depan dengan gadis pilihan papa dan mama. No excuse." "WHAT?! NAUFAL KENA KAHW...