Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Hadis

By amirkazuma

345 0 0

Ini adalah pecahan khas daripada penulisan yang berjudul "«al-H̱iṭōb al-Wajīz» yang dikhususkan untuk menyent... More

Dialog Ringkas 1 : Perbezaan Jelas Antara Hadis Dan Sunnah
Dialog Ringkas 2 : Kesabitan Kehujahan Hadis Āḥād
Dialog Ringkas 3 : Bolehkah As-Sunnah Memansukhkan Hukum Dalam Al-Qur^ān?
Dialog Ringkas 4 : Dua Jenis Pentakhrijan Yang Perlu Dijauhi Bagi Para Pentahqiq
Dialog Ringkas 5
Dialog Ringkas 6 : Perselisihan Samā* Al-Ḥasan Daripada *Aliyy Bin Abū Ṭōlib?
Dialog Ringkas 7
Dialog Ringkas 8
Dialog Ringkas 9
Dialog Ringkas 10 : Hakikat Ilmu *Ilal Al-Ḥadīṯ
Dialog Ringkas 11
Dialog Ringkas 12
Dialog Ringkas 13 : Tiada Nama Lain Untuk Manhaj Mutaqaddimin Dan Mutaakhirin?
Dialog Ringkas 14 : Perlunya Pembaharuan Dalam Silibus Muṣṭolaḥ Al-Ḥadīṯ
Dialog Ringkas 15
Dialog Ringkas 16
Dialog Ringkas 17 : Usah Melampau Dalam Mengkritik Hadis
Dialog Ringkas 18 : Cara Berinteraksi Dengan Hadis Yang Tidak Ditemui Asalnya
Dialog Ringkas 19
Dialog Ringkas 20
Dialog Ringkas 21
Dialog Ringkas 22
Dialog Ringkas 23
Dialog Ringkas 24 : Boleh Jadi Yang Sesudahnya Lebih Faqih Daripada Pendahulunya
Dialog Ringkas 25
Dialog Ringkas 26 : Pendugaan Rasional Dalam Ilmu Hadis Adalah Sabit
Dialog Ringkas 27 : Mengapa Ahli Hadis Mendapat Kedudukan Istimewa Pada Salaf?
Dialog Ringkas 28 : Benarkah Para Imam Hadis Menghafal Ribuan Hadis?
Dialog Hadis 29
Dialog Ringkas 30 : Hakikat Mereka Yang Meragui Kemampuan Hafalan Imam Hadis
Dialog Ringkas 31 : Ke Mana Perginya Ratusan Ribu Hadis Yang Lain?
Dialog Ringkas 32
Dialog Ringkas 33 : Penerimaan Hadis Melalui Dapatan Ghaib
Dialog Ringkas 34 : Hakikat Pertentangan Pada Hadis
Dialog Ringkas 35 : Mengapa Adanya Tuduhan Buruk Terhadap Institusi Hadis?
Dialog Ringkas 36
Dialog Ringkas 37
Dialog Ringkas 38 : Banyak Hadis Yang Dihafal, Mengapa Sedikit Dimasukkan?
Dialog Ringkas 40
Dialog Ringkas 41 : Polemik Hadis Pertanyaan Di Mana Allah
Dialog Ringkas 42 : Mengapa Diriwayatkan Hadis Sifat Allah Yang Dhaif?
Dialog Ringkas 43 : Hadis Sifat Tidak Boleh Dibukukan Dalam Satu Judul?
Dialog Ringkas 44
Dialog Ringkas 45
Dialog Ringkas 46
Dialog Ringkas 47 : Jalan Menuju Kepada Kemahiran Ilmu *Ilal al-Ḥadīṯ

Dialog Ringkas 39 : Hipokrit Pengkritik Hadis Dan Kesilapan Metodologi Mereka

6 0 0
By amirkazuma

Dalam berhadapan dengan kritik terhadap ilmu hadis dan institusinya, khususnya bahagian ilmu riwayat, saya selalu sahaja melihat usaha yang kononnya mempraktikkan pembedahan kritis untuk mencari kelompongan yang ada pada ilmu hadis yang dibangunkan oleh para ilmuwan. Hakikatnya, mereka ini sebenarnya telah melakukan hipokrit yang besar yang sebenarnya akan memaparkan sisi hodoh daripada mereka.

Contohnya adalah persoalan yang dilontarkan Phil H. Kamaruddin Amin: "Kerana itu, muncul pertanyaan-pertanyaan historis epistimologis. Sejauh mana kesusasteraan hadis mencerminkan peristiwa-peristiwa yang sebenarnya? Apakah kesusasteraan hadis menyajikan hadis-hadis yang sesungguhnya sebagaimana yang didakwa atau kesusteraan ini tidak lain kecuali hanya sekadar cerminan kepentingan yang muncul pada awal Islam? Dalam istilah yang lebih sederhana, apakah matan hadis mencerminkan kata-kata Nabi atau Sahabat yang sesungguhnya atau hanya merupakan verbalisasi dari masa sesudahnya yang kemudian dianggap sebagai sunnah Nabi? Apakah isnad yang dinisbahkan dalam kesusasteraan hadis untuk menjamin autensititas matan itu merepresentasikan jalur periwayatan yang asli atau hanya merupakan pemalsuan yang baru beredar di kemudian hari? Apakah munculnya sebuah hadis dalam koleksi-koleksi kanonik, iaitu al-Kutub as-Sittah membuktikan historisitas penyandarannya kepada Nabi sehingga penelitian lebih lanjut dianggap berlebihan?". [Menguji Kembali Keakuratan Metode Kritik Hadis, m/s 7, keluaran Penerbit Hikmah dengan sedikit pengubahan teknikal].

Saya yakin Phil H. Kamaruddin Amin bukan termasuk golongan pengingkar, agnostik atau pewaham ilmu hadis. Cuma, saya ingin memfokuskan persoalan yang dilontarkan itu sahaja tanpa menyentuh peribadinya.

Saya katakan, pernahkah soalan ini ditanyakan kepada tamadun lain dalam sistem penjagaan dan pemeliharaan khabar dan riwayat mereka? Mengapa soalan ini ditanyakan secara kritis kepada tamadun Muslim, tetapi tidak pada tamadun lain? Pernahkah mereka tanya soalan yang sama dalam membedah sistem periwayatan tentang tokoh-tokoh terkenal seperti Alexender The Great, Aristotle, Plato, Socrates dan lain-lain? Mengapa kepada Muḥammad bin *Abdullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dihujankan bertubi-tubi soalan kritis, padahal mereka tidak akan membedah seperti itu pada tokoh-tokoh lain?

Itu belum lagi mereka yang mempersoalkan kredibiliti dan integriti para Sahabat -roḍiyallahu *anhum-. Saya katakan, adakah sahabat-sahabat Aristotle itu semuanya berkredibiliti? Begitu juga dengan tokoh-tokoh yang lain. Mengapa kalian mempersoalkan secara kritis terhadap para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- yang menjadi wadah utama dalam sampainya maklumat kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi tidak pada yang lain?

Begitu juga mereka yang meragukan keabsahan khabar jejalur tunggal atas alasan kononnya tidak mungkin ramainya penganut Muslim, tetapi yang disandarkan hanya dengan satu jalur periwayatan sahaja. Saya katakan, mereka sendiri langsung tidak ada satu jalur periwayatan pun dalam membuktikan keabsahan riwayat tentang tokoh mereka pun! Siapa murid yang meriwayatkan khabar tersebut? Siapa murid kepada muridnya sehingga generasi kemudian dapat mengetahuinya secara autentik? Siapa yang menyemaknya? Mereka sendiri gagal untuk mengemukakannya kecuali sekelumit sahaja. Mengapa perlu menaburkan persoalan dan bedah kritis yang mana itu pun akan meranapkan kredibiliti sistem periwayatan dari tamadun lain, bahkan lebih teruk lagi!

Saya katakan, mereka sendiri tidak akan mampu menghasilkan buku persis dengan kitab Muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ beserta contoh dengan menjadikan tamadun selain Muslim sebagai subjek kajian. Mereka sendiri tidak ada tokoh-tokoh dalam bergiat aktif dan menjadi pemimpin besar dalam masyarakat untuk menjaga, menyaring dan melawan pemalsuan khabar seperti Mālik bin Anas, Šu*bah bin al-Ḥajjāj, Yaḥyā bin Sa*īd al-Qoṭṭōn dan pelbagai lagi. Tidakkah mereka merasa malu ketika mengkritiknya?

Usaha mereka untuk merobohkan dan meragui sistem ilmu hadis sebenarnya menampakkan lagi kepincangan dan kelemahan besar dari sisi mereka yang mana mereka gagal membentangkan alternatif atau sisi yang lebih baik daripada apa yang telah dibangunkan oleh tamadun yang lain. Sebab itulah saya selalu sahaja mendapati kritikan terhadap ilmu hadis dan institusinya adalah mereka yang tidak mengerti tentang tradisi ilmu hadis atau sememangnya adalah syaitan yang ada motif jahat terhadap agama Islam.

Saya bukan tidak mengakui adanya kelompongan dan bahagian yang terdedah kepada sisipan yang tidak sepatutnya jika dinilai secara kritis dan dibedah secara tuntas. Akan tetapi, kita perlu beri perhatian kepada dua perkara yang vital supaya kita bersikap adil dalam memberi penilaian kepada tradisi pemeliharaan kesahihan hadis.

Yang pertama adalah jangan cuba menilai sejarah awal Muslim dengan kanta zaman yang jauh lebih banyak kemudahan pergerakan dan perpindahan maklumat. Perantauan jauh pada zaman tamadun Muslim pada kurun yang awal hanya dengan menggunakan unta dan kuda. Kemudian, empayar Muslim telah mencapai jauh dari sebahagian benua Afrika sehingga ke beberapa negara taklukan Parsi.

Oleh itu, janganlah cuba mengkritik metodologi dalam ilmu hadis dengan membentangkan penghujahan yang berteraskan metodologi yang telah mengukuh pada zaman yang dia berada. Posisikan diri seolah-olah berada di zaman tersebut sepanjang membuat penilaian. Tidak ada guna melemparkan kritikan atau melonggokkan persoalan yang berbentuk syubhat, tetapi tidak realistik pada zamannya dan peringkat perkembangannya.

Yang kedua adalah jangan membawa gagasan idealistik, perfeksionis dan berminda utopia dalam membawa kritikan kepada hadis. Kita perlu beringat kepada prinsip tidak sempurna bukan bermakna kita tidak ada yang lebih baik dan prinsip lebih baik ada daripada tidak ada langsung. Jangan kerana ada sedikit bahagian kekurangan, kita mengalpakan bahagian besar yang memberi manfaat secara signfikan kepada tamadun.

Para ilmuwan hadis telah bertungkus-lumus sebaik yang mungkin dengan merantau di pelbagai negara, mencari hadis dari bermacam-macam tokoh, menjaga perolehan mereka serta menganalisis dalam menyemak dan menyaring. Sejarah telah merekodkan dan apa yang kita dapat hari ini adalah hasil penat lelah mereka dalam pemeliharaan ketulenan peninggalan buat generasi terkemudian sehingga para pengkritiknya dapat mengambilnya sebagai modal untuk mencurigai ketulusan dan ketelitian para sarjana hadis!

Hargailah jasa mereka yang hidup di zaman yang merantau jauh pun hanya dengan unta dan kuda dalam menjaga ketulenan khabar dengan menyimpan rekod tentang perawi agar orang ramai mengenalinya dan pelbagai lagi. Ini adalah gerak usaha dan tradisi yang tidak ada pada mana-mana tamadun melainkan ia tidak begitu signifikan sepertimana keberdirian seni ilmu hadis ini sendiri. Ini sesuatu yang tidak akan dapat diingkari oleh sesiapa pun. Mengapa perlu menaburkan syubhat demi merobekkan penghargaan terhadap pejuang yang menjaga keaslian dan ketulenan perkhabaran yang tokoh-tokoh seperti ini tidak ada pada tamadun yang lain?

Saya bertambah hairan lagi yang mengapa tokoh-tokoh yang selain Muslim yang tidaklah melakukan kegiatan sehebat sebegini dan tidak merancakkan tradisinya yang berwarisan sepanjang generasi dipuji melambung, tetapi dengan Muslim yang telah menabur bakti lebih menyerlah dan signfikan, mereka langsung tidak mahu diberikan hak yang selayaknya. Adakah ada kebencian yang terbuku pada Islam sehingga sanggup bersikap sedemikian?

Saya seringkali melihat kritikan terhadap hadis ini seringkali melakukan dua kesilapan tersebut dan sikap hipokrit ini. Namun, mereka ini bijak dengan menyalutkan minda kritis, pembedahan secara tuntas dan bermatlamatkan objektiviti. Sebab itulah apabila kita menjengah kepincangan metodologi mereka ini, kita tidak perlu menghiraukan kritikan mereka kerana itu adalah kritikan mereka terhadap diri mereka sendiri atau tamadun mereka atau masyarakat mereka tanpa mereka sedar.

Maka, berbanggalah wahai umat Islam dengan sistem periwayatan ilmu hadis. Semakin besar usaha untuk merobekkan kepercayaan terhadap ilmu hadis, semakin besar koyakan pakaian mereka sehingga lebih nampak sisi buruk mereka. Mereka ini tidak lebih menajamkan gigi untuk menggigit lidah mereka sendiri. Semakin banyak mereka menyisipkan syubhat terhadap institusi hadis, semakin jelas ketempangan mereka dan semakin menyerlah keunggulan ilmu hadis dan ahlinya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/663412419581935616/dialog-hadis-39-hipokrit-pengkritik-hadis-dan

Continue Reading

You'll Also Like

54.2K 839 11
Kisah 2 : Ayie/Along abg kepada Boy/Naufal. Ada satu rahsia Ayie yang cuba Boy dedahkan. Akibatnya? Makan diri. Dapat ke adik dan abg berbaik semula...
19.4K 615 39
Nathan Louis Gabenor, seorang mangsa buli di sekolah, tidak mempunyai teman dan keluarga, seorang anak yatim piatu dan duduk bersama penjagannya. Nat...
668K 2.5K 14
📣❌🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞❌ THIS IS JUST FOR A SCENE. KALAU NAK BACA MESTI KENA FOLLOW. VOTE AND COMMENT DOWH... JANGAN LUPE SHARE KAT KAWAN-KAWAN KORA...
6.8K 184 13
Hanya cerita tentang dua abang dan adek yang tidak sengaja masuk ke dalam dunia gelap mafia. Xaverio Laurenzo Silvano dan temannya Rafaella Leonorda...