Adrian Kiara : Her Guardian A...

By moonlightlavh

5.7M 317K 102K

[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup taj... More

'โœฆ ห‘ ึดAdrian Kiara ห‘ ึดึถ ๐“‚ƒโŠน
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
Moon's TedTalk
A Spin-Off : Zander Mia

35

57.7K 3.1K 914
By moonlightlavh

★彡 𝐭𝐡𝐞 𝐝𝐫𝐞𝐞 𝐟𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲'𝐬 𝐨𝐮𝐭𝐟𝐢𝐭 𝐢𝐧 𝐢𝐭𝐚𝐥𝐲 彡★

Kiara memandang kesemua wajah kawan kawan Adrian yang turut ada di meja makan. Mereka juga memandang Kiara. Dari semalam Kiara tak tahu yang mereka juga ada di Itali.

Kiara toleh memandang Adrian disebelah, "Rian..." Panggilnya meleret seperti biasa.

Adrian memandangnya dan menunggu ayat yang seterusnya.

"Kenapa dorang ada sekali? Kata kita berdua je."

Zander yang duduk betul betul dihadapan Kiara itu mengetap gigi geram. Aku dengan minah ni dari haritu lagi tak ngam.

"Eh Kiara, kau ni banyak songeh kan? Suka hati lah Rian nak bawak kitaorang sekali pun, kau ingat Rian sayang kau sorang je ke? Dia sayang kitaorang juga lah." Balas Zander yang memang dari haritu tidak puas hati dengan Kiara.

Kiara memandangnya dengan tajam, "Eh mamat rambut serabai, you boleh diam tak? I cakap dengan Rian bukan you."

Mahu sahaja Rafael dan Zayyan mengelakkan Zander. Kurang asam punya Kiara, dia tak tahu ke tu style messy hair macam kat tiktok tu.

Harraz pula yang duduk disebelah Zander itu sudah tersengih jahat, berani juga Kiara ni sama Zander.

"Eh kau-"

"Zander." Panggil Adrian sepatah.

Zander mengecilkan matanya saat memandang suami isteri Itu, "Eee nasib kau bini Adrian kalau tak, haish!"

Kiara menjelingnya, sibuk je nak ikut dia lunch dengan Adrian.

"Macam mana kerja you dekat Cyrez? Best jadi CEO?" Keith yang duduk disebelah Hayyaz itu bertanya kepada Kiara.

Kiara alihkan pandangan melihat Keith, "You tahu I jadi CEO Cyrez?"

"Well, you kan isteri Rian, mestilah kitaorang tahu." Balas Zayyan pula.

Kiara senyum, "Okay je cuma banyak benda lagi kena belajar. And sometimes penat."

"Penat...penat buat apa..." Kata Harraz perlahan tapi cukup kuat untuk satu meja itu dengar.

"Rian...Tengok mamat hoodie tu." Kiara memuncung ke arah Harraz.

Adrian yang dari tadi diam itu mengeluh. "Korang kalau nak cakap dengan Kiara boleh tak cakap elok elok? Lidah tu nak aku potong ke?"

Hayyaz sudah mengetap bibir, lawak pula tengok Zander dengan Harraz kena marah sebab Kiara. Selalunya pasal kerja.

"Tak masalahnya, bini kau ni-"

"Bini aku bukan bini kau, jadi diam." Potong Adrian laju.

"Lah mengaku bini...Ingat tak tahu dah ada bini. Ingatkan asyik ingat dekat ex girlfriend." Balas Zander pula, sengaja mahu menyindir Adrian depan semua. Lagi lagi mahu Kiara dengar.

Keith merenung Zander tajam, Kau apahal? Kata Keith kepada Zander tanpa mengeluarkan sebarang bunyi hanya mulut yang bergerak apabila ekspresi wajah Kiara sudah berubah.

Zander pula hanya menjeling ke arahnya. Buat buat tak nampak.

Kiara bangun dan dengan laju Adrian memegang tangannya, "Nak pergi mana?"

"Ladies." Dengan itu Kiara terus berlalu pergi dari meja dan ke arah bilik air.

Adrian memandang orang orangnya yang juga turut ada di dalam restoran itu. Dia memberi isyarat dengan ekor mata untuk mengikut Kiara dan tunggunya sehingga dia habis ke bilik air.

"Kau apahal sia Zander? Dia terasa kau tahu tak?" Kata Hayyaz saat pergi sahaja Kiara dari meja itu.

"Kau kalau ye pun sakit hati dengan dia, tak payah lah nak cakap macam tu depan dia, kesian lah dekat dia." Bidas Zayyan pula.

Zander memandang mereka semua, "Tak masalahnya yang korang nak backup dia sangat apahal? Dia bini korang ke?"

"Kau takde adab ke?" Kata-kata Adrian itu membuatkan Zander berpaling melihat Adrian.

"Aku tak nak dengar lagi korang gurau kasar dengan Kiara macam tu. Faham?" Dingin saja tutur katanya. Itu saja sudah cukup buat yang lain takut.

Yang lain mengangguk faham. Zander pula geram. Ish, tak habis habis nak menangkan bini dia yang manja macam budak enam tahun tu.






Adrian dan Kiara berjalan dihadapan manakala kawan kawan mereka yang lain dibelakang.

Kiara angkat muka memandang Adrian, "Rian, sejuk la."

"Lepastu nak apa?"

"Nak pegang lengan boleh?"

Tak sempat mahu jawab, Kiara sudah pegang, "Thanks Rian." Lengan Adrian itu dia pegang erat, kepalanya juga turut dilentokkan di bahu Adrian.

"Eeeee geramnya aku tengok minah tuuuu." Kata Zander geram dibelakang yang sedang melihat adegan mesra ketua mafia kumpulan White Shark bersama isteri tercinta.

"Movie ni jarang dapat tengok, dengan Nia pun takde tau episode macam ni." Kata Rafael pula.

"Ala Rian terpaksa je tu." Ujar Harraz pula.

"Eh korang ni memang tak puas hati dengan dia ke apa?" Keith memandang mereka, dari tadi ada saja nak cari gaduh dengan si Kiara.

"Biasalah, si Raz dengan Zander jealous sebab Rian tak pernah peluk dorang macam tu." Jawab Rafael lalu tergelak kecil.

Adrian memandang Kiara dengan ekor matanya. Suka betul Kiara dapat berjalan begitu dengan dia. Kalau dulu, ada saja nak cari gaduh dengan dia.

"Kiara." Adrian memanggil.

"Ya Rian?" Jawab Kiara dengan matanya yang masih melilau melihat sekeliling.

"Lepasni kita jumpa kawan aku tau."

Terus mata Kiara tertumpu ke Adrian, "You ada kawan dekat sini? Siapa?"

Adrian angguk, "Kawan business aku." Bohongnya.

"Laki ke perempuan?" Soal Kiara ingin tahu.

"Lelaki." Balas Adrian sepatah.

"Siapa?" Soal Kiara lagi.

"Kalau cakap pun bukan kau kenal."

"Ye lah siapa?"

"Kau ikut je lah." Banyak pula soalannya. Kalau cakap nanti terkejut pula.






Kiara memandang rumah yang berada di depannya. Besar gila.

Ini istana ke rumah? Adrian kata nak pergi rumah kawan dia tapi apa yang ada di depan mata bukan rumah. Ni mansion! Palace! Damn, siapa kawan Adrian ni?

"Dree." Seorang lelaki tinggi, handsome, tegap datang menghampiri mereka berlapan. Ya, dengan kawan kawan Adrian sekali datang.

Lelaki itu peluk dengan Adrian sekejap. Pelukkan dilepaskan dan matanya  memandang wajah kawan Adrian yang lain, "Welcome Dree and the gang." Kata lelaki itu lagi.

Adrian toleh memandang Kiara disebelah, "Kie, ini kawan aku...kawan business."

Kiara senyum ke arahnya dan lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat, "Ayyash, Ayyash Haider."

"Kiara, Kiara Aariz." Kiara menghulurkan tangannya dan masih tersenyum manis. Kacak sungguh kawan Adrian ni.

"Ayyash! È molto tempo che non ci si vede!" Kata Zander lalu memeluk tubuh lelaki berbadan tegap itu.
translate : ayyash! long time no see!

Ayyash senyum, "Ahh, è a causa di Adrian, non prendertela con me." Balas Ayyash melawak lalu menunjukkan ke arah Adrian.
translate : ahhh, tu salah adrian, jangan tanya aku.

Adrian mengangkat kening, "Mi scusi?" Mahu salahkan dia pula. Dia banyak kerja di KL mana, boleh main tinggal je kerja. Dia dekat sini pun sebab Kiara ajak.
translate : excuse me?

Ayyash ketawa kecil.

Kiara memandang mereka semua, kejap mereka tahu cakap Itali? Dia pula satu habuk tak faham.

Sewaktu di meja makan, Kiara terperasan Keith hanya mendiamkan diri sahaja, tidak pula banyak cakap. Kemudian dia alihkan pandangan memandang kawan kawan Adrian dan Adrian, mereka semua sedang sibuk berborak dengan Ayyash Haider.

Oh wait. Sebentar.

Kiara lihat semula wajah Ayyash dan Keith. Kenapa...Kenapa muka mereka ada iras iras?
Wajah Ayyash Haider memang seperti orang Itali tetapi ada seperti campuran orang putih juga pada masa yang sama.

Wajah Keith pula hm...Oh jap! Muka Keith juga seperti orang Itali. Kenapa dia baru perasan? Tetapi Keith tidak seperti mat salleh. Kejap, pening.






Saat Keith melepasi pembantu pembantu di dalam rumah itu, mereka semua menunduk sedikit ke arahnya. Lagi laju pergerakkan Keith, haish dekat sini pula nak tunduk-tunduk. Tadi dia minta diri kerana mahu ke tandas sebentar.

Tiba- tiba, tangan ditarik dari belakang.

"My baby brother."

Keith toleh.

Ayyash senyum, "How are you boy? Good?"

Keith tolak perlahan tangan Ayyash ke bawah, "Don't make it obvious Yash. Nanti Dree nampak."

"Scared of Dree?" Ayyash tergelak kecil, "Our family is more than all the mafias in KL K."

Ayyash menyambung, "All bowed to me."

"All bowed to you in Italy, dekat KL semua tunduk dekat Dree." Jawab Keith.

"But you guys dekat kawasan I sekarang K."

Keith hanya diam, tidak membalas.

"But whatever it is," Ayyash menepuk bahu Keith, "I miss you."

Keith senyum, "I miss you too, is everything fine?"

"Will be much more better if you join me."

"I'm belong to Dree. And I want to." Balas Keith statik, masih tetap dengan pendirian yang dibuat olehnya sejak lima tahun lepas.

"Fine, I'm not going to force you."

Keith angguk, "Aku pergi dulu nanti baru kau datang." Kemudian Keith beredar dari situ.

"Sampai bila Keith?"

Persoalan Ayyash dari belakang membuatkan Keith berhenti.

"Sampai bila kau nak berpura-pura? Sampai bila kau nak bohong pasal identiti kau? That you are part of the Haider's."

Keith toleh memandang Ayyash, "I hate that title Ayyash. He killed mother."

Ayyash berjalan perlahan mendekati Keith, "He is our father K."

"No longer when mother died because of him." Balas Keith yang masih tidak mahu mengalah.

"K but-"

"You're lucky, mommy is still with you but mother? He abandoned mother and left her. He left her and let her die alone Yash. And I can't forgive for what he did to mother." Kemudian Keith toleh kehadapan semula dan ingin pergi ke arah meja makan semula.

"Mommy rindu you."

Terhenti lagi pergerakan Keith.

Keith toleh dan senyum, "Tell her that I miss her too."






Setelah penat seharian keluar, Kiara terus merebahkan badannya di atas katil. "Aaaa!" Tangan didepakan, "Aaa bestnya dekat sini."

Adrian takde, dia dalam bilik air jadi Kiara golek golek dulu, nanti Adrian datang dah tak boleh nak golek golek.

"Mama, Kie happy sangat sekarang. Rian bawak Kie jalan jalan." Katanya sendirian.

Kiara mencapai telefon di tepi meja, nak update Instagram lah. Walaupun Instagram hanya...hanya 50 orang.

50 orang? Haah, tok abah pada mulanya tidak benarkan dia bermain apa apa media sosial tetapi setelah sesi pujuk memujuk, dapat lah Kiara ada akaun sosial media. Itu pun tok abah tetapkan limit, hanya beberapa orang tertentu sahaja yang boleh tahu akaun media sosialnya.

Nama akaun media sosialnya juga tidak dibenarkan menggunakan nama pertama. Diletaknya nama alannaadam sebagai nama username dengan pengikut hanya 50 orang. Lainlah Mia, Mia famous...hm, nak famous juga.

Adrian keluar dari bilik air setelah habis mandi, "Kiara."

"Hm?" Sahutnya tanpa memandang Adrian. Dia masih ralit sedang edit gambar yang tadi diambil.

"Tolong aku kejap." Balas Adrian yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Buat lah sendiri, Kie tengah edit gambar ni."

"Kau nak melawan cakap aku pula ke sekarang ni?"

"Ish!" Kiara meletakkan telefon ditepi dan kepala perlahan lahan diangkatkan memandang Adrian, "Ha nak suruh tolong apa-"

Masyallah. Makhluk apa yang dekat depan mata dia sekarang ni?

"Ambil deodorant dalam beg aku." Balas Adrian yang masih sibuk mengeringkan rambut.

Kiara tidak berkelip memandangnya. Adrian keluar dengan hanya tuala di pinggang dan adegan mengeringkan rambut Adrian itu sungguh seksi. Mama daddy, Kiara tak kuat lah ada suami handsome macam Rian ni!

"Oi kau dengar tak? Aku suruh ambil deodorant dekat tepi tu." Kini baru Adrian memandangnya.

"H-Ha? Apa tadi?"

"Tak cukup dengan suka susahkan orang, pekak pula tu." Kata Adrian perlahan. Last last dia sendiri yang ambil deodorant itu.

Kiara dengar je apa yang Adrian cakap cuma...Cuma dia tak kisah pasal hal tu, sekarang ni apa yang dia kisah ialah free show depan dia sekarang ni.

Adrian memandang Kiara apabila rasa diri diperhatikan, "Yang kau pandang aku macam tak pernah pandang orang kenapa?"

Terus pandangan dialihkan, "Mana ada." Dia geleng. Terus dia mencapai telefonnya kembali.

Adrian mengeleng, ada ada je lah si Kiara ni.

Adrian pergi semula mengambil tshirt untuk dipakainya.

Kemudian, Kiara letak kembali telefon di tepi, mahu curi curi pandang.

Adrian mengambil tshirt dan saat mahu menyarungkan baju itu, terus Kiara berkerut dahi. "Apa tu?"

Adrian yang sedang memakai baju itu menoleh memandang Kiara. "Apa?"

Kiara bangun dan berjalan ke arah Adrian, Adrian pula hanya melihat sahaja.

"Asal?" Soal Adrian saat Kiara sudah berdiri benar benar dihadapannya.

Baju Adrian diangkatkan sedikit, manakala Adrian terdiam seribu bahasa dengan tindakan Kiara.

"A-Apa ni Rian?" Menggigil sedikit tangan Kiara saat mahu menyentuh perut berketak Adrian.

"K-Kenapa dengan perut you? K-Kenapa berjahit?" Kiara usap lembut bahagian itu.

Adrian pula kaku saat badannya disentuh oleh tangan lembut Kiara, "S-Siapa buat ni?" Tanya Kiara lagi. Agak gagap sedikit percakapannya kerana pertama, dia memegang badan Adrian dan kedua, dia sendiri takut melihat bekas jahitan itu. Bukan lah panjang mana pun, ada lah dalam tiga sentimeter tetapi perempuan lemah lembut seperti Kiara tidak biasa dengan itu semua.

Kiara mendongak memandang wajah tampan Adrian, "Siapa buat?"

Adrian memegang tangan Kiara dan meletakkannya ke bawah, T-shirt yang dipakai dibetulkan semula. Kemudian matanya tertumpu ke Kiara, "Luka time aku kecik kecik dulu." Bohong Adrian.

Kiara membuat muka sedih, "Kesiannya you," Bahagian itu diusap lembut oleh Kiara dan kali ini berlapik dengan baju Adrian, "Nanti I belikan skin care untuk hilangkan parut okay?"

"Takpe-"

"Mana boleh takpe takpe, kalau tak letak ubat nanti tak hilang. Nanti tak handsome lah suami Ki-"

Kiara berhenti. Dah jauh sangat ni, nanti Adrian kurang selesa pula. Ya lah Adrian kan cakap yang Kiara tak boleh nak jatuh hati dekat dia.

"Aku nak tidur."

Kiara angguk. Kedua-dua Adrian dan Kiara berjalan ke arah katil, nak tidur. Penat harini jalan seharian.

"Rian..."

Baru sahaja mahu lelap Kiara sudah panggil. Haih. "Ya."

"I nak tanya boleh?"

"Apa?"

"Apa Nama Keith?"

Berkerut dahi Adrian, "Asal tanya pasal dia?"

"Saja." Balasnya selamba, "Apa nama dia?" Soalnya lagi.

Adrian terus tutup mata, tak nak jawab.

Kiara memegang tangan Adrian, "Eh Rian I tanya ni. Apa nama dia?"

Tiada jawapan.

Tangan Adrian digoyangkan, "Riannnn, apa nama dia?"

Adrian menarik tangannya, "Ish kau diam boleh tak? Aku nak tidur lah." Kacau betul lah Kiara ni.

Kiara tidak mengalah, tangan Adrian digoyangkan lagi, "Riannn jawab laaa! Apa nama diaa?"

"Ish!" Adrian membuka mata, "Nama dia Keith lah apa lagi!"

"Ye lah apa nama panjang dia?"

Adrian berdengus geram, "Mana lah aku tahu." Adrian kembali tutup mata.

"Ish takkan lah tak tahuuuuu." Kiara merapatkan lagi dirinya dengan Adrian. "Riaannn cepatlah, apa nama dia?"

"Eh yang kau sibuk sangat pasal lelaki lain kenapa? Suka hati dia lah nama dia nak apa sekali pun."

"Lah yang you nak marah I cakap pasal Keith dah kenapa? Biarlah cakap pasal Keith."

Adrian mengecilkan matanya, "Eh kau ni memang suka menjawab kan?

"Haah suka."

Adrian berdengus geram, "Dah bye aku nak tidur."

"Ish Rian apa nama dia?"

"Aku kata Keith tu Keith lah. Habistu takkan lah kathrina pula!" Balas Adrian geram.

Kiara tergelak. Kan dah kata, walaupun beku tapi tetap boleh buat Kiara ketawa.

Lama sedikit Kiara mula baring secara tegak. Adrian pula memang dari tadi mengiring memandangnya.

"Cuma kan...you tak perasan ke yang muka Keith dengan Ayyash tadi macam serupa. Macam ada iras."

Adrian yang masih belum tidur itu hanya mendengar Kiara membebel dan bercakap seorang diri.

"Macam..."

"Macam adik beradik."

Terus Adrian membuka matanya semula, "Apa kau cakap?"

Terus Kiara mengiring menghadap Adrian, "Kan? Betul kan I cakap? Dorang ada iras. Sebab tu I tanya nama penuh Keith."

"Dah lah apa benda kau merepek malam buta ni. Tidur tidur."

"Ala tapi-"

"Aku kata tidur, kalau tak kau tidur luar."

Terus laju Kiara mengangguk, "Okay okay, Kie tidur."

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
1.7M 35.7K 40
| 2020 | 18+ PREVIU 35 BAB NOVEL | PDF CRIME ACTION ROMANCE
1.1M 40.3K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...
1.4M 17.4K 8
[COMPLETED] "You don't know me well."