Adrian Kiara : Her Guardian A...

By moonlightlavh

5.7M 317K 102K

[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup taj... More

'โœฆ ห‘ ึดAdrian Kiara ห‘ ึดึถ ๐“‚ƒโŠน
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
Moon's TedTalk
A Spin-Off : Zander Mia

27

48.8K 2.7K 137
By moonlightlavh

Kiara melihat rumah banglow milik tok abahnya dari luar tingkap kereta Audi milik Adrian.

"Keluar lah, kau nak tunggu apa? Nak tunggu aku bukakkan pintu untuk kau baru nak keluar?"

Mendengar bebelan dari Adrian disebelah membuatkan dia menoleh melihatnya, "Ye ye nak keluar lah ni."

Baru sahaja mahu membuka pintu kereta, Kiara memandang Adrian semula, "Rian, kejap." Kiara memegang lengannya membuatkan tindakan Adrian untuk membuka pintu juga turut terbantut.

"Apa lagi?"

"Thank you Rian sebab dah jaga I seminggu," Kiara senyum, "I ikhlas ni cakap thank you, senyum lah sikit." Pintanya lembut.

Senyum? Ha ha ha. Wajah beku yang dilemparkan adalah.

Terus Adrian membuka pintu dan ingin keluar.

"Eee si bisu ni!" Jerit Kiara saat Adrian sudah keluar dari kereta, "Kerek betul lah boyfriend kau ni Nia!"

Kiara keluar dari kereta dan mereka berdua masuk ke dalam rumah saat Mak Piah membuka pintu buat mereka.

"Yang lain ada di ruang tamu Kie."

Kiara mengangguk dan mereka berdua berjalan masuk ke arah ruang tamu.

Semua mata tertumpu ke arah Adrian dan Kiara saat bayang-bayang mereka mula menyapa.

"Lah, tahu pula balik. Ingat lepas wasiat tu dibaca kau dah tak reti nak balik." Terus berapi kembali hati Marina saat melihat Kiara.

"Oh ya, macam mana pula lupa nak balik kan? Dah semua harta jadi milik dia sekarang." Sambung Marina.

Kiara hanya memandang sahaja Marina tanpa menjawab apa-apa.

"Asal? Kau nak halau aku dari rumah ni pula sebab rumah ni atas nama kau? Sebab segala aset suami aku atas nama kau? Macam tu?" Kata Marina lagi.

"Mak, Kiara baru je balik. Tak boleh ke tanya dia okay ke tak. Ni tak, terus marah marah." Sampuk Luqman ditepi.

"Tanya sihat ke tak?" Marina tergelak kecil, "Mestilah sihat Luq. Dia dah kaya raya sekarang! Silap hari bulan, kita ni yang dihalaunya!" Lantang betul si Marina ini bercakap.

Tanpa banyak cakap, Kiara terus ke arah Luqman dan Dahlia terlebih dahulu untuk menyalam tangan mereka.

Setelah itu, Kiara dan Adrian mengambil tempat duduk. Kiara duduk disebelah Farrel dan Adrian disebelah Luqman.

"Uhm..." Nia memandang Adrian dan Kiara silih berganti, "Kenapa you bawa Kiara balik? You tahu ke Kiara duduk mana selama ni?" Soal Nia depan semua orang.

Semua tidak tahu ke mana Kiara menghilang buat tujuh hari ini. Yang tahu hanya Farrel dan Luqman sahaja, itupun kerana Luqman yang meminta Adrian untuk berbuat demikian.

Bukan dia tidak mahu menumpangkan Kiara saat maknya bergaduh dengan Kiara kerana wasiat dibaca itu cuma dia rasakan ia tidak sesuai jika Nia dan Kiara duduk dalam satu rumah kerana wasiat itu ada menyatakan berkaitan Kiara dan Adrian untuk berkahwin. Nanti bermasam muka pula mereka berdua.

"Kiara duduk rumah Adrian." Laju sahaja Luqman membalas bagi pihak mereka berdua.

"A-Apa??? Kie duduk dengan Rian?" Nia menoleh memandang Kiara, "Kau duduk rumah Adrian ke Kie?"

"A-Aku..."

Marina tiba tiba sahaja gelak jahat, "Nia Nia, kau tak nampak lagi ke? Dia tu perampas! Lepas dia rampas harta dari kita sekarang ni dia nak rampas Adrian dari Nia pula. Tak nampak lagi ke?"

"Luq yang suruh mak. Mak jangan nak main tuduh Kiara macam tu."

"Ah! Kau masih lagi nak bela dia Luq? Dia ni-"

"Maktok, papa, mommy." Terus Kiara memotong Marina. "Kiara dah fikir masak-masak tentang wasiat tok abah." Kiara memandang Nia, "Nia, kau tak perlu risau. Aku tak akan ambil Rian dari kau." Kiara memandang semua yang berada disana, "Kiara akan make sure yang semua dapat bahagian masing masing even without marrying Adrian. Itu keputusan Kiara." Terus Kiara bangkit dari situ.

"Kau ingat aku nak percaya ke cakap kosong kau Kiara? Tah tah kau suka kan?!"

Kiara berhenti dan pusing memandang Marina. Tak sempat Kiara mahu menjawab, Adrian sudah mencelah. "Like you said before, semua harta sudah jadi milik Kiara. Bahkan rumah ni pun dah jadi milik Kiara. So nasihat Rian, apa kata aunty duduk diam-diam before Kiara halau aunty. Takut aunty takde tempat tinggal je nanti."

"Kurang ajar!" Marina menepuk sofa dan terus bangun dari tempat duduk.

Adrian juga turut bangun, "Sorry aunty." Adrian berjalan selangkah demi selangkah ke arah Marina, "Adrian tak suka kalau aunty layan Kiara macam tu depan Adrian. Do it bila Adrian takde depan mata because if you do it infront of me, I'm on her side. Ini tugas Rian, harap aunty faham."

"Uncle, aunty Dahlia, Rian balik dulu." Adrian berjalan keluar dari situ dan dia buat tidak endah sahaja sama Kiara saat dia melepasinya.






"Ada tak? Jumpa?" Soal Adrian saat dia masuk sahaja ke dalam bilik pejabatnya.

Hayyaz, Zayyan dan Rafael ketiga-tiganya memusing badan memandang Adrian yang baru sampai di Max Corp.

"Tak jumpa weh fail biru tu." Jawab Zayyan sambil mengambil tempat duduk di sofa. Penat betul main hide and seek dengan fail ni.

"Eh, siapa suruh kau duduk? Cari sampai dapat." Arah Adrian.

Zayyan memandangnya tidak puas hati, "Aku dekat sini dari maghrib tadi kau tahu tak? Solat pun aku belum."

"Solat apa? Solat pun kau tak tahu..." Kata Rafael perlahan dihujung bilik.

Mata Zayyan terus tertumpu ke arah Rafael, "Kau cakap apa?"

"Takde apa. Mana ada aku cakap apa-apa." Rafael mengeleng kepala.

Adrian memandang Hayyaz, "Mana Zander dengan Harraz?"

"Can't detect. Sorang tutup phone, sorang lagi tak angkat call." Balas Hayyaz yang masih mencari fail biru tua di dalam rak almari kerja Adrian.

"Can't detect? Dorang pergi mana?" Adrian berkata sendirian.






"Harraz, kau cepat boleh tak?"

"Sabar lah, yang drivenya aku bukan kau. Banyak pula cakap." Balas Harraz geram. Dah lah ajak buat projek last minute, lepastu nak bising bising pula. Call Adrian kang baru tahu.

"Ha dah sampai, pastu nak buat apa?"

Zander melihat rumah besar yang betul betul dihadapannya, "Bapak besar sia rumah dia. Dia dulu duduk Dubai jadi bapak ayam ke apa?"

Harraz mengeleng kepala, "Ha dah lah. Cepat, nak buat apa sekarang?"

"Kita pecah masuk rumah dia."

"Kau nak ajak aku jadi perompak pula ke apa ni?"

"Eh Raz, kau dengar je boleh tak?" Balas Zander, banyak pula cakap dia ni.

"Kalau kena tangkap dengan Keith macam mana?"

"Lawan ah, apa lagi." Balas Zander lalu membetulkan topi yang dipakai.

Baru sahaja Zander mahu keluar dari kereta namun Harraz sempat memegang tangannya, "Weh, kita tunggu je lah Hayyaz jumpa maklumat pasal group Dragon tu. Tak payah lah sampai kita nak pecah masuk rumah dia."

Zander menepis tangan Harraz, "Kau dah apahal? Sejak bila kau jadi penakut ni? Dah ah, jom!"

Harraz dengan berhati-hati membuka pintu rumah Keith. Zander pula sekejap-sekejap memandang belakang, takut ada orang perasan.

Klak!

Harraz berjaya membuka pintu rumah itu, terus laju Harraz dan Zander masuk ke dalam. Pintu ditutup perlahan.

Harraz melihat ruang tamu rumah itu, "Besar gila," Dia memandang Zander dibelakang, "Mana dia dapat duit banyak ni? Bukan dulu time dia group dengan kita, dia stay dekat condo yang korang berdua share tu ke?"

"Kau tanya aku macam lah aku tahu." Zander menjulingkan matanya ke atas. "Jom naik, kita kena cepat sebelum dia perasan."

Harraz mengangguk.

Perlahan-lahan Zander dan Harraz menaiki tangga.

Mereka masuk ke dalam satu bilik, Harraz membuka pintu bilik itu perlahan-lahan. Membulat mata Zander melihat isi dalam bilik itu, "Gila babs...Ini bilik dia?"

"Sejak bila dia ada duit banyak ni?" Harraz masuk dan melihat sekeliling.

"Yang tu kita pikir kejap lagi, sekarang ni kena cari bukti pasal group Dragon. Cepat." Bisik Zander.

Mereka mula menggeledah bilik Keith.

Keith pula yang baru habis mandi itu terdengar bunyi bising dari bilik persalinannya. Dia yang hanya beralaskan robe itu perlahan-lahan menuju ke depan.

Dia ternampak ada dua orang lelaki yang memakai serba hitam. Seorang memakai topi dan seorang lagi tidak. Kedua-duanya juga turut memakai pelitup muka bewarna hitam.

"Jumpa tak Raz?" Bisik Zander.

Harraz geleng, "Tak ada do, tak jumpa."

Keith pula hanya memerhati dari jauh. Raz? Harraz ke yang tak pakai topi tu? Fikir Keith sendirian.

Perlahan-lahan Keith menjatuhkan kotak tisu dengan sengaja.

Terjungkit bahu Zander dan Harraz. Terus pantas Zander mengalihkan pandangan memandang Harraz, "Buat kerja tu diam sikit tak boleh ke?"

Harraz memandangnya tidak puas hari, "Bukan aku lah. Kau lah yang bising."

"Mana ada aku. Aku tak jatuhkan apa apa." Bisik Zander semula.

Harraz berkerut dahi, "Habistu siapa?"

Tak sempat Zander mahu menjawab, dia sudah disepak dari belakang. Harraz menoleh kebelakang. Shit! Macam mana Keith ada dekat rumah pula ni!

Harraz mula membantu Zander dan mereka tiga mula berlawan.

Dua lawan satu nampak macam dua yang akan menang tapi...macam tidak.

Dicekiknya Harraz dari belakang menggunakan lengannya dan kaki kanannya menyepak perut Zander lagi sekali saat Zander datang mendekat, "Siapa korang semua ni hah?!"

Harraz berjaya melepaskan diri dengan menumbuk perut Keith menggunakan sikunya.

Zander bangun dan mula berlawan dengannya. Tumbukan demi tumbukan tapi satu pun tidak kena kerana Keith melawan balik dan mengelak. Sementara itu, Harraz mengambil peluang untuk mencari bukti lagi.

"Aku tanya, korang siapa?!" Keith mula menggengam kedua tangan Zander dan menguncinya. Dua tumbukan padu hinggap di perut Zander. Tak cukup dengan itu, Zander ditendang di tempat yang sama.

Zander jatuh ke atas lantai. Keith menghampiri Harraz yang berada di laci, diseretnya baju Harraz dan Harraz dengan pantas menolak tangan Keith.

Harraz dengan cepat bangun dan menumbuk Keith di pipi kiri.

Keith tidak mengalah, dia menyepak lutut kanan Harraz dan Harraz jatuh ke bawah. Keith mencangkung dan baru sahaja ingin menumbuk wajah Harraz, Zander dari belakang menariknya.

Keith pula yang terbaring di lantai. Baru sahaja Zander mahu menumbuk wajahnya, Keith terus membutang mata, "Zander???!"

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 35.7K 40
| 2020 | 18+ PREVIU 35 BAB NOVEL | PDF CRIME ACTION ROMANCE
651K 55.2K 30
(On Hold) Cerita manis tanpa cornflakes. Blurb di dalam.
1.7M 34K 14
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...
2.3M 169K 51
# 2nd UNDER HE SERIES: โ€ขTunku Niel Nathaniel ๐ŸŽญ ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, T...