Adrian Kiara : Her Guardian A...

By moonlightlavh

5.7M 317K 102K

[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup taj... More

'โœฆ ห‘ ึดAdrian Kiara ห‘ ึดึถ ๐“‚ƒโŠน
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
Moon's TedTalk
A Spin-Off : Zander Mia

23

48.9K 3.1K 677
By moonlightlavh

Dia menghampiri Kiara dan Keith yang sedang berbual. "Kiara." Satu barisan nama itu disebut oleh Adrian.

Terus Kiara dan Keith berpaling apabila suara garau menyapa dari belakang. Keith terus bangun dari bangku apabila lelaki itu ialah Adrian, "R-Rian."

Adrian pula tidak endahkan Keith dan terus mengambil tempat duduk disebelah Kiara. "Kiara, jom balik."

Kemudian, Keith yang berdiri itu duduk semula apabila dengar Adrian berkata begitu, "Uhm Rian, aku nak bawa Kiara keluar sebenarnya kejap lagi."

Kiara pula dari tadi berasa hairan, Macam mana dua orang ni boleh kenal each other? Fikirnya sendirian.

Adrian hanya mencerlung wajah Keith itu setajam-tajamnya, Semak betul.

"Kiara, dengar tak apa aku cakap? Jom balik." Kata Adrian lagi.

Si Kiara ini pula masih diam, Adrian punya tahap kesabaran pula senipis kulit bawang. "Aku cakap sekali je Kiara, kalau kau tak bangun, aku heret kau keluar dari kubur."

"Rian, apa kau ni? Cakap elok elok tak boleh ke?" Balas Keith apabila melihat Adrian langsung tidak menjaga adabnya ketika bersama Kiara.

Adrian mengalihkan pandangan memandang Keith, "Kau diam. Kalau tak, badan kau yang aku heret masuk kubur."

Keith memandang Kiara disebelah, Adrian itu tidak diendahkan. "You nak I teman you? Pergi makan, nak?"

Kiara memejam mata rapat dan bangkit dari situ. Nanti si mamat airport dengan Adrian ni bergaduh pula. "Okay fine jom balik."

Adrian senyum sinis kepada Keith. Dia bangun lalu memakai kaca mata hitamnya semula dan terus meninggalkan Keith dan Kiara dibelakang dan berjalan keluar terlebih dahulu.

Sebelum meninggalkan kubur itu, Kiara sempat berpaling ke arah Keith, "Sorry, I balik dulu."

Cepat-cepat Kiara mengatur langkah ke arah Adrian yang sudah jauh beribu batu, takut kena marah lagi.

Kiara memandang wajah dua orang lelaki yang turut ada sekali disitu bersama Adrian saat kakinya sudah melangkah keluar dari tanah perkuburan.

"Masuk." Kata Adrian saat mata Kiara masih lagi ralit memandang Harraz dan Rafael.

"Kita handsome sangat ke Raz?" Bisik Rafael disebelah.

"Tah. Tak berkelip tengok kita." Balas Harraz.

"Kiara." Panggil Adrian lagi. Kiara menoleh melihat Adrian yang sudah lama di tepi pintu kereta.

"T-Tapi, I naik kereta I."

"Nanti Raf uruskan. Kau balik dengan aku." Balas Adrian.

"Tapi Rian-"

"Kau nak aku heret kau masuk kereta pula ke? Masuk." Kata Adrian lagi.

Kerana takut, Kiara hanya mengikut sahaja cakap Adrian. Kiara masuk ke dalam kereta dan Adrian memandang Rafael, "Kereta dia bawa balik rumah aku." Katanya dan terus masuk ke dalam kereta.

Adrian menekan pedal minyak dan mula bergerak keluar dari tanah perkuburan.






Keadaan dalam kereta itu hanya diam. Adrian fokus memandu, Kiara pula langsung tidak membuka topik untuk bicara.

Kiara melihat simpang jalan yang diambil oleh Adrian, Nak pergi mana ni? Soalnya dalam hati apabila jalan itu bukan ke rumah tok abahnya.

Kiara memandang Adrian disebelah, "Adrian, kita nak pergi mana?"

"Balik." Balas Adrian sepatah. Matanya masih tertumpu di atas jalan raya.

"Balik mana? Ini bukan jalan nak pergi rumah tok abah I kan?"

"Balik rumah aku."

Membulat mata Kiara, "Apa you cakap? Rumah you?" Terus dia mengeleng, "Tak nak. Dah kenapa I nak kena balik rumah you?"

Adrian memandang Kiara sekilas, "Kau nak kena maki lagi dengan maktok kau ke? Nak kena pukul dengan dia?"

"Kalau macam tu, hantar I dekat rumah papa. Tak perlu sampai nak bawa I balik rumah you."

Adrian senyum sinis, "Kenapa? Kau takut?"

Kiara geleng, "Tak, I tak takut tapi I tak suka."

Adrian menghela nafas berat, "Semua harta sekarang ni jatuh ke atas tangan kau, kau ingat papa dengan mommy kau tak ada perasaan ke? Kau rasa dorang tak terkilan ke dengan wasiat tu?"

Kiara diam.

"Jangan banyak tanya, kau ikut je aku."

Tak lama kemudian, Kiara bersuara lagi, "Rian."

Kiara membetulkan posisi duduk dan memandang Adrian, "You tahu ke pasal wasiat tok abah tu?"

Adrian mengeleng perlahan dan Kiara menyambung, "Kita tak akan kahwin kan?"

"Kau ingat aku nak ke kahwin dengan kau?"

Kiara menjeling dan kemudian memandang depan semula. Kiara mengeluh, "Tapi Rian...Kalau kita tak kahwin, family I tak akan dapat harta."

Adrian pula hanya diam, dia juga buntu.

"I minta maaf kalau I susahkan you. It's okay, hantar je I dekat rumah tok abah. Lagipun, I dah biasa kena marah, you tak perlulah risau."

Kiara memandang Adrian semula apabila Adrian hanya diam dan tidak membalas, "Dengar tak I cakap apa? Hantar I balik rumah tok. I tak nak susahkan-"

"Kau ingat aku buat semua ni sebab kesian dekat kau ke?" Adrian memandang Kiara, "Aku buat semua ni sebab kerja aku, tak payah nak berangan yang aku simpati dekat kau." Balasnya dan fokus semula ke pemanduan.

Sedikit sebanyak, kata-kata Adrian itu menguris hati kecil Kiara.

Kiara angguk perlahan dan duduk dengan diam semula. Kata-kata yang keluar dari mulut Adrian itu hanya akan menyakitkan hati, lebih baik dia diam.






Kereta dipakir dan Kiara melihat rumah banglow dihadapannya sekarang, cantik dan besar.

Adrian keluar dari kereta dan terus Kiara mengikut.

Kiara hanya berdiri di luar dan Adrian sudah membuka kasut ingin masuk ke dalam rumah.

"Nanti kau tidur dekat atas. Pilih je mana-mana bilik." Kata Adrian dan langkah diatur ke dapur.

Puan Khatijah yang berada di dapur itu datang menghampiri anak sulungnya, "Rian? Tadi kata nak bawa Kiara balik?"

"Ni ha," Adrian menoleh, "Kiara?" Adrian lihat sekeliling. Patutlah dia cakap tadi tak ada siapa yang menjawab, Kiara tak masuk lagi rupanya.

"Ha? Mananya dia?" Soal Puan Khatijah lagi.

Adrian meraup wajahnya, "Kiara!!!!"

Terkejut uminya disebelah, "Eh Rian, dah kenapa jerit jerit ni?"

Adrian tidak endahkan Puan Khatijah dan memanggil Kiara lagi, "Kiara masuk!!!"

"Tak nak!!!!" Jerit Kiara diluar rumah.

Adrian menutup kedua matanya geram. Menyusahkan betul lah budak ni. "Kejap mi." Adrian mengatur langkah ke arah pintu utama rumahnya kembali.

Dia memandang Kiara di depan pintu, "Aku suruh masuk kan? Kau tak faham ke?"

"Tak nak. You nak kena tangkap basah ke suruh I masuk rumah you? Tak tahu dah halal haram?"

Adrian menahan diri dari marah, dia mengeluh berat, "Aku kata masuk Kiara."

"Tak nak lah. I nak balik!"

"Aku kata masuk!" Tengking Adrian.

Terdiam Kiara dibuatnya. Adrian menghampiri Kiara saat melihat eksprasi wajah Kiara berubah, "Masuk, umi aku ada dekat dalam." Katanya perlahan dan lembut sedikit dari intonasi yang tadi.

Kiara angguk dan masuk ke dalam. Adrian mengeleng kepala melihat perangai degil Kiara dan menutup pintu.

Kiara menyalam tangan Puan Khatijah dan Adrian melabuhkan punggung di atas sofa.

"Adrian dah bagitahu aunty pasal apa yang jadi. Kiara duduk je sini buat sementara waktu ya?"

Kiara geleng perlahan, "Tak apa lah aunty. Kiara boleh je balik rumah tok abah balik, Kie tak nak susahkan aunty."

"Bukan susahkan mak aku, kau susahkan aku ada lah." Sampuk Adrian dihujung.

"Adrian." Tegur Puan Khatijah. Adrian pula buat-buat tidak dengar.

"Jom, aunty tunjuk bilik."

"T-Tapi aunty, baju pun Kie tak bawa."

"Tak apa, guna je barang Mel, mesti Mel bagi punya. Jom kita naik." Balas Puan Khatijah ramah dan Kiara hanya mengikut sahaja.

Saat Kiara dan Puan Khatijah sudah hilang dari pandangan mata, Adrian mengambil telefon bimbit dan menghubungi uncle Luqman, "Adrian dah bawa dia balik rumah Rian. Lepas beberapa hari nanti Rian bawa dia balik rumah uncle Adam."

Luqman yang mengarahkan Adrian untuk menjaga Kiara buat sementara waktu. Dengan perasaan marah Marina terhadap Kiara, Luqman takut apa-apa akan jadi pada anak buahnya.

Luqman pula rasa ia bukan cadangan yang baik untuk membawa Kiara balik ke rumahnya apabila salah satu kandungan wasiat abahnya ialah Kiara perlu berkahwin dengan Adrian.

Luqman tidak mahu Nia berjumpa dengan Kiara buat sementara waktu, lebih baik jika memberi mereka ruang buat diri mereka terlebih dahulu; tak mahu Nia bergaduh dengan Kiara kerana Adrian.






"Adrian dah jumpa Kiara?" Farrel duduk disebelah papanya.

"Dah, Kiara pergi kubur tadi."

Farrel angguk faham, "Laju Rian jumpa, dah sangkut dengan Kiara ke dia tu?" Farrel ketawa kecil.

"Rel, apa cakap macam tu. Kalau Nia dengar macam mana?" Balas Luqman perlahan sambil melihat sekeliling, takut Nia ada di ruangan tamu rumahnya itu.

"No like seriously pa, Adrian kena kahwin dengan Kie. Kalau tak, satu sen duit tok abah pun kita tak dapat. Farrel bukan hadap duit tok abah cuma papa tak nampak lagi ke? The reason why tok abah buat wasiat macam ni sebab dia memang nak Kiara kahwin dengan Adrian."

"Tapi Nia macam mana? Rel tak kesian dekat Nia?" Soal Luqman, memikirkan anak bongsunya.

"Listen here pa, letak tepi pasal harta tok abah. Kita dapat harta ke, tak dapat harta ke, pasal wasiat tok abah ke apa ke, kalau tak ada wasiat pun, Rel memang setuju dengan tok abah. Kiara perlukan Rian. Hidup Kiara dalam bahaya sekarang. Kita tak tahu berapa banyak musuh arwah tok dengan arwah uncle Aariz ada. They can be everywhere pa. And that's why tok abah jaga Kiara and simpan Kiara sampai tak banyak orang kenal and tahu pasal Kiara bila uncle Aariz meninggal. Ramai tahu nama anak Arriz is Kiara but tak ramai tahu muka Kiara macam mana, Kiara sekolah mana and so on."

Farrel menyambung, "And now that tok abah dah takde, Kiara will be the next target. Just see how kawan-kawan tok abah datang time pengebumian and tahlil haritu, semua sibuk kacau Kiara, nak jumpa Kiara."

"Farrel cakap macam ni bukan sebab nak harta, but I think Kiara memang patut kahwin dengan Rian. About Nia, nanti lama-lama dia terima lah tu."

"Fikirkan safety Kiara juga pa, dia tak tahu apa apa pasal family kita. Dia tak tahu her own identity. Dia tak tahu siapa uncle Aariz dan tok abah yang sebenarnya. Kesian dekat dia."

Continue Reading

You'll Also Like

441K 50.2K 54
[ ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan naman...
651K 55.2K 30
(On Hold) Cerita manis tanpa cornflakes. Blurb di dalam.
1.5M 82.8K 89
[ first malay fiction ] โค๏ธ โ™กBOOK 1โ™ก "Naufal, kamu akan berkahwin bulan depan dengan gadis pilihan papa dan mama. No excuse." "WHAT?! NAUFAL KENA KAHW...
3M 171K 63
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...