Adrian Kiara : Her Guardian A...

By moonlightlavh

5.7M 316K 102K

[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup taj... More

'โœฆ ห‘ ึดAdrian Kiara ห‘ ึดึถ ๐“‚ƒโŠน
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
Moon's TedTalk
A Spin-Off : Zander Mia

17

48.3K 2.7K 293
By moonlightlavh

Zayyan yang memang bekerja di Max Corp itu mengatur langkah ke dalam bilik Adrian.

Tuk Tuk

Zayyan mengetuk pintu bilik dan masuk ke dalam. Adrian berpaling ke arah pintu memandang Zayyan, "Ada apa-apa?"

Zayyan geleng. "Tak. Saja datang, kerja aku dah habis." Balasnya lalu melihat Zander yang sedang duduk melepak di bilik Adrian. Kalau Zander tiada kerja, syarikat Adrian akan menjadi tempat dia tuju.

Adrian menyambung menaip di laptop, macam dia tak tahu perangai kawan-kawan dia. Suka sangat datang bilik dia lepastu duduk borak-borak. Dah banyak kali marah pun masih sama. Suka hati lah nak buat apa, janji tak bising.

"Kau menung apa hah!" Zayyan mendapatkan Zander lalu menepuk bahunya perlahan. Punggung dilabuhkan disebelahnya. Termenung jauh betul si Zander.

Zander memandangnya tajam, "Diam lah Zayyan, pergi buat kerja kau sana."

Zayyan memandangnya pelik, "Kau kenapa ni Zander? Dari tadi kau sampai Max sampai sekarang asyik diam je. Kalau kau ada kerja macam Dree tu aku faham lah." Zayyan menunjukkan ke arah Adrian yang sedang khusyuk menaip di laptop itu. "Ni aku tengok kau dah macam mati kucing kenapa?"

"Tah, kau kena tinggal ke apa?" Soal Harraz lalu gelak kecil.

Oh ya lupa, bukan Zander je ada, semua. Ya haah, semua.

"Eh kena tinggal apanya? Awek pun tak ada! Hahahahaha." Sambung Rafael pula. Sakan yang lain gelakkan Zander. Zander mengetap gigi geram. Si Adrian pula langsung tiada perasan, lansung tak gelak, senyum pun tidak. Sibuk sangat dengan kerjanya itu.

Adrian menutup mata rapat, "Diam boleh tak? Kalau nak bising-bising semua keluar." Adrian berhenti menaip, dia memandang wajah-wajah kawannya yang sedang sibuk melepak di dalam pejabatnya. Entah kenapa semua datang ke sini pun tak tahu.

"Aduh bakal menantu tiger sudah marah lah." Gurau Hayyaz selamba. Lagi kuat yang lain gelak.

Melihat wajah Adrian yang masih lagi tiada ekspresi itu membuatkan mereka semua tiba-tiba diam membatu. Takut!

"Okay...sorry..." Kata Hayyaz sambil menunduk dengan nada merajuk.

Adrian sambung menaip semula di laptopnya.

"Kenapa dengan Rian? Broken ke?" Bisik Rafael kepada yang lain.

"Pasal plan uncle Adam kot." Bisik Zayyan pula.

"Korang rasa dia nak kahwin ke?" Soal Rafael sambil membisik.

"Cuba tanya Zander, dia kan rapat dengan Rian." Bisik Hayyaz lalu memuncung ke arah Zander. Semua memandang ke arah Zander.

"Rian! Kau tahu tak, diorang semua mengumpat pasal-" Laju sahaja Zander mahu mengadu pasal Adrian, si Zayyan menutup mulut Zander. Tak guna betul si Zander ni. Mati katak semua nanti.

Adrian berdengus kasar, "Aku dah kata, aku nak korang diam. Tak faham-"

Pintu dibuka. 

Semua memandang ke arah pintu. Mata mereka tertumpu ke arah seorang perempuan yang memakai kemeja putih dan skirt hitam pendek paras lutut beserta kasut tumit tinggi. Rambut dilepaskan dan perempuan itu tersenyum melihat jejaka-jejaka tampan yang ada dalam bilik itu.

"Hi all! Tak sangka dapat jumpa you guys semua dalam ni."

"Anatasia?" Ujar Harraz perlahan saat melihat perempuan itu masuk ke dalam bilik Adrian. Membulat mata mereka semua.

"Anatasia, kau buat apa dekat sini?" Soal Hayyaz lalu mengjungkit kening. Terkejut mereka semua, sejak bila minah ni balik?

"Bila kau balik?" Tanya Zayyan pula. Rafael? Dia dari tadi sedang syok tengok Anatasia. Cantik betul Anatasia sekarang. Biasalah, playboy of the group.

"I dah lama balik. Rian dengan Zander tak bagitahu you ke?" Jawabnya lalu perlahan-lahan Anatasia memandang ke arah Adrian.

Semua memandang Adrian dan Zander silih berganti pula.

Rafael menoleh memandang Zander, "Bapak ah, sampai hati kau Zander."

"Diam." Zander membalas bisikan itu.

"Kau nak apa datang sini?" Adrian mula menyoal. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul depan dia. Nak kata hubungan mereka baik macam tak ada lah pula.

"I ingat nak datang jumpa you, tapi sebabkan dah semua ada dekat sini, untung besar lah I." Anatasia mula duduk di atas sofa, bersebelahan dengan Harraz. Itu sahaja ruang kosong yang ada.

Adrian memandangnya tajam, "Sejak bila aku bagi kau duduk situ? Kau berambus, aku tak nak jumpa kau."

"Raz, tengok tu, Rian halau I." Anatasia mengadu kepada Harraz yang berada disebelahnya itu, diusapnya peha lelaki itu.

Harraz memegang tangan Anatasia, "First, aku tak suka orang sentuh aku. Second, kalau aku suka pun, kau bukan taste aku. Third, kau bangun sekarang. Kau tak dengar ke Rian cakap apa?" Balas Harraz tegas.

Nampak sahaja mereka semua ni kuat bergurau, tapi kalau time serious, semua muka ketat. Semua garang okay.

"Ish you ni marah-marah pula. Tak chill lah." Balas Anatasia dan kemudian dia bangun, dia pergi ke belakang sofa yang diduduki oleh Zander, Zayyan dan Rafael pula.

"Sayang, tengok tu, Harraz dengan Adrian marah-marah I." Diletaknya kedua belah tangan di leher Rafael yang sedang duduk itu.

Rafael memegang tangan Anatasia itu menggunakan tangan kanannya. "Ye ke baby? Alolololo."

"Haah sayang. Kesian I." Balas Anatasia mengada sambil meletakkan dagunya di bahu Rafael.

"Disebabkan diorang dah kacau baby I, you nak I buat apa? You cakap je." Diusapnya tangan Anatasia yang sedang bermain-main di dadanya itu. Anatasia yang berada di belakang sofa itu dipandangnya.

"Finish them for me please?" Bisik Anatasia sambil memandang ke arah Adrian.

"Sure baby." Rafael tersenyum sinis.

Tangannya yang mengusap tangan Anatasia itu secara automatik memegang erat tangan Anatasia.

Dipulasnya tangannya sampai menyebabkan Anastasia kehadapan sedikit. "Kau dengar sini, sebelum aku finishkan Rian dengan Harraz, aku akan make sure aku finishkan kau dulu. Sedap ni." Rafael mengenyitkan mata kearah Anatasia yang sedang menahan sakit di belakang sofa itu. Wajahnya rapat bersama Rafael kerana tindakan Rafael yang menarik dan memulas tangannya tadi.

"Tak guna betul Raf!" Anastasia menarik semula tangannya. Dia berjalan dan pergi ke arah Adrian pula.

"Nak lagi tak baby?" Rafael sudah tersengih jahat melihat Anatasia begitu.

"Diam Raf, I hate you." Sempat Anatasia menoleh sekejap dan kemudian menyambung berjalan untuk pergi ke arah Adrian.

"I hate you too baby." Balas Rafael sambil tersenyum lebar.

"Aku nak cakap lah, kalau kau masuk kandang singa dekat sini pun kau dah takut, jangan harap kau boleh survive masuk kandang harimau dekat sana. Aku takut kau lari tak cukup tanah je." Kata Hayyaz sambil tersenyum sinis yang berada di atas sofa itu.

"Tiger yang ini sayang I. Kan Dree?"

Adrian memandangnya, dia mengeluh kecil. Haih, penat sungguh. Lepas satu, satu yang datang.

"Kau nak apa Anatasia?" Soalnya mendatar.

"Jom masuk group daddy. Yang you sibuk dengan lelaki tua tu buat apa? Dia dah nak masuk kubur dah."

"Kau cakap elok sikit, silap hari bulan, kau yang aku masukkan dalam kubur nanti." Balas Adrian dingin.

"But baby, buat apa lagi you nak setia dengan dia? You most wanted kot, ramai lagi yang offer lebih dari Adam tu. Daddy I boleh bagi lebih dari apa yang Adam bayar you."

"Aku kerja dengan Adam bukan sebab duit. Jadi sekarang, kau blah. Aku ada lagi banyak kerja kena buat."

"Habistu sebab apa? Sebab Tiger dah mati?" Anastasia gelak kecil, "Tiger dah lama mati lah Dree. Yang you nak ganti tempat dia buat apa?"

Tak sempat Adrian mahu membalas, Anatasia sambung semula, "Oh lupa, bapak you pun dah mati ikut Tiger. Sebab tu lah you pun ikut Shark kan? Nak ikut jejak langkah pengikut setia White Shark yang dah nak masuk kubur tu?" Balas Anatasia yang beserta sindiran.

Makin panas Adrian dibuatnya. Adrian menggempal tangannya, marah. Dadanya turun naik mendengar apa yang dikatakan oleh Anatasia.

"Kurang ajar gila perempuan ni." Kata Harraz perlahan. Yang lain semua sudah boleh lihat wajah bengis Adrian dari jauh.

"Kau kerjakan je minah ni Dree! Nak mampus awal agaknya." Jerit Zayyan dibelakang.

Adrian bangun dari tempat duduk. Habislah kau Anatasia, yang kau cari pasal dah kenapa.

"Mati Anastasia kali ni." Bisik Zander perlahan, sungguh dia kenal sama Adrian.

Adrian pergi ke arahnya, berdiri tepat di hadapannya. Anatasia mengukir senyuman buat Adrian. "So how? You join group daddy okay?"

Adrian mengusap lembut pipi Anatasia. Kemudian, dia memegang wajah Anatasia di dagu dan ibu jarinya mengusap bibir Anatasia. "Boleh."

Anastasia senyum manis di hadapannya. Usapan lembut di bibirnya membuatkan dia terbuai dan dia menutup kedua matanya rapat. Lelaki handsome kut. Rezeki betul.

"Tapi selepas kau mati." Tangan Adrian yang berada di dagunya itu mencengkam kuat leher Anatasia.

"Ah!" Anastasia menjerit kesakitan.

"Aku dah cakap dah." Kata Zander sambil mengeleng kecil.

"Amacam? Nak buat tahlil tak untuk minah tu malam ni?" Balas Harraz pula.

"Boleh gak, aku call yang lain, kata Anatasia kena bunuh dengan Dree." Balas Rafael melawak. Langsung mereka tidak risaukan keadaan Anatasia yang sedang berusaha melepaskan diri daripada terus dicekik oleh Adrian. Dah dia yang cari pasal, memang kena lah jawabnya.

"Le-Lepas lah Dree! Sakit!!!"

"Kau yang mintak. Aku dah suruh kau berambus kau tak nak kan? Ha rasakan."

"D-Dree..." Anatasia masih lagi cuba menarik tangan Adrian dari terus mencekik lehernya tetapi tiada guna, Adrian lagi kuat darinya.

"Perlu ke kita stopkan Adrian?" Tanya Zayyan. Dibuatnya Adrian tidak dapat kawal diri, silap silap mereka bergaduh dengan Tauke pula nanti.

"Relax dulu Yan. Bagi perempuan tu sedar diri sikit. Dia sebut pasal bapak Rian kot tadi." Balas Hayyaz lalu bersandar di sofa, menikmati adegan yang berlaku dihadapan mereka sekarang.

"Kau dengar sini perempuan! Lagi sekali kau datang sini, kau nak cakap kotor pasal Adam atau bapak aku atau Tiger, aku potong-potong lidah kau nanti! Faham?!" Gertak Adrian. Bengis dan menakutkan betul wajahnya apabila sedang marah. Cengkaman lehernya dilepaskan.

Tercungap-cungap Anatasia yang tidak boleh bernafas itu. Pedih betul lehernya, tak guna punya Adrian!

"Berambus! Now!"

"You tunggu Dree, kalau bukan hari ini, maybe someday." Dengan itu, Anatasia terus berjalan ke arah pintu.

"Dan, jika orang itu bukan you, mungkin orang yang you sayang. Just wait and see." Sempat Anatasia menoleh untuk melihat Adrian dan mengugutnya. Tak serik-serik lagi perempuan ni.

"Get lost! Sebelum lagi teruk kau kena!"

Anatasia tersenyum sinis, dia keluar dari bilik itu.

Buka sahaja pintu, seorang lelaki baru sahaja ingin masuk. Anastasia melihat wajah lelaki itu, dia tersenyum, "K."

Continue Reading

You'll Also Like

232K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
5.9K 465 15
// THE BOY NEXT CLASS SEQUEL // โ In a hundred lifetimes, in a hundred worlds, in any version of reality, i'd find you and i'd choose you, My Flower...
453K 33.8K 47
โ†ณ KARYA PERTAMA YANG PENUH DENGAN CACAT CELA โ™ก start : 17 April 2022 โ™ก end : 20 May 2022 WARNING โš ๏ธ โš ๏ธ โš ๏ธ โ†ณ this story is EXTREMELY CLICHE, CRINGE AN...
437K 49.9K 54
[ ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan naman...