Bukan Dia Tapi Aku (C)

Von aisyaiya

295K 13.4K 1.4K

Love , love. What is love without you? Mencintai kamu adalah satu mimpi yang indah bagiku , siang dan malam... Mehr

BDTA | 00
BDTA | PROLOG
BDTA | 1
BDTA | 2
BDTA | 3
BDTA | 4
BDTA | 5
BDTA | 6
BDTA | 7
BDTA | 8
BDTA | 9
BDTA | 10
BDTA | 11
BDTA | 12
BDTA | 13
BDTA | 14
BDTA | 15
BDTA | 16
BDTA | 17
BDTA | 18
BDTA | 19
BDTA | 20
BDTA | 21
BDTA | 22
BDTA | 23
BDTA | 24
BDTA | 25
BDTA | 26
BDTA | 27
BDTA | 28
BDTA | 29
BDTA | 30
BDTA | 31
BDTA | 32
BDTA | 33
BDTA | 34
BDTA | 35
BDTA | 36
BDTA | 37
BDTA | 38
BDTA | 39
BDTA | 40
BDTA | 41
BDTA | 42
BDTA | 43
BDTA | 44
BDTA | 45
BDTA | 46
BDTA | 47
BDTA | 48
BDTA | 49
BDTA | 50
BDTA | 51
BDTA | 52
BDTA | 53
BDTA | 54
BDTA | 55
BDTA | 56
BDTA | 57
BDTA | 58
BDTA | 59
BDTA | 61
BDTA | 62
BDTA | 63
BDTA | 64
BDTA | 65
BDTA | 66
BDTA | 67
BDTA | 68
BDTA | AKHIR
BDTA | Special Chapter - 1
BDTA | Special Chapter - 2
BDTA | Special Chapter - 3
BDTA | Special Chapter - Last

BDTA | 60

4K 187 17
Von aisyaiya

Adakah kehadiran dia yang aku
nanti-nantikan?
---

"Home sweet home!"

Haykal tarik senyuman nipis melihat Qisya yang begitu gembira. Pipi pucat adiknya dicuit geram. "Sukanya dia ya."

Pagi ini Qisya sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah memandangkan Qisya sudah sembuh. Cumanya yang perlu dipulihkan adalah ingatan Qisya.

Haykal yang hantar Qisya pulang ke rumah hari ini memandangkan Fareez habis syif pada waktu malam. Haykal tidak melepaskan peluang itu untuk berbaik semula dengan adiknya demi menebus kesilapan lalu.

"Mestilah Qisya suka. Duduk kat hospital lama-lama tak boleh buat apa-apa pun, kalau setakat baring je kat rumah pun boleh baring." rungut Qisya.

Haykal menggosok lembut kepala Qisya. Banyak akal pula adiknya. Baring kat rumah dengan kat hospital tu lain sungguh la adikku.

"Qisya pergi naik atas lepas tu berehat. Tunggu suami Qisya balik. Along nak balik dah ni."

"Eh eh. Along nak pergi mana? Along tak tinggal sekali dengan Qisya?" soal Qisya.

Dia fikir kalau ini rumah keluarganya, pasti mereka adik-beradik tinggal sekali. Sama seperti dahulu waktu mereka tinggal bersama.

"Adik tu dah kahwin sayang, along pun dah kahwin. Takkanlah kita berdua nak tinggal serumah macam dulu lagi?"

Qisya mengeluh hampa. "Along tak boleh temankan Qisya ke? Qisya takut."

"Takut apa? Takut dengan Fareez?"

Qisya angguk laju. Entah kenapa dia rasa takut dengan suami sendiri. Seolah-olah bukan Fareez yang dia mahu jumpa setelah dia sedar dari koma.

"Fareez tu suami adik. Adik sendiri yang pilih Fareez sebagai suami, kenapa nak takut dengan dia pula?"

"Qisya rasa ada benda tak kena dengan Fareez."

Jauh di dalam hati Qisya , dia merasakan Fareez itu bukan seseorang yang dia rindukan selama ini. Tapi mungkin rasa ini hadir kerana dia tidak mempunyai satu memori pun tentang Fareez. Mungkin juga, kerana mustahil dia tak rindukan suami sendiri.

"Semua yang adik rasa sekarang hanya mainan perasaan adik je. Along tengok Fareez tu biasa je, dia suami yang baik dan bertanggungjawab. Along approve Fareez jadi suami adik. " balas Haykal.

Dalam hati Haykal, berbagai-bagai perasaan bercampur baur. Takut kalau-kalau adiknya dapat menghidu permasalahan dan hubungan tegang mereka sebelum Qisya hilang ingatan.

"Entahlah, Qisya pun tak tahu kenapa Qisya rasa macam tu. Sejujurnya, kali pertama Qisya buka mata Qisya nampak along kan? Sejujurnya Qisya rasa yang Qisya dah lama tak jumpa along sedangkan doktor Emir cakap Qisya tak sedarkan diri cuma 2 minggu aje. Kenapalah eh rindu Qisya pada along membuak-buak?" ujar Qisya lagi.

Pelukan pertama yang Qisya dapat adalah dari Haykal dan pelukan yang erat itu menggambarkan seolah-olah mereka sudah lama tidak bersua muka.

"Qisya tak sihat lagi sayang, sebab tu Qisya rasa yang bukan-bukan. Jangan risaulah, semuanya akan baik-baik saja."

"Fizikal Qisya dah sihat tapi ingatan Qisya sahaja yang bermasalah sekarang ni. Qisya takut dengan diri Qisya yang tak ingat sebahagian memori ni. "

Qisya takut di atas kelemahannya ini, ada orang lain yang bijak mengambil kesempatan atas dirinya. Dia sendiri tidak dapat kenal siapa kawan dan siapa lawannya sekarang .

"Kenapa Qisya nak takut? Selagi keluarga Qisya ada di sisi Qisya, kami semua akan bantu Qisya dapatkan memori Qisya yang hilang." balas Haykal untuk menenangkan Qisya.

Namun sebenarnya jauh di sudut hati Haykal dia kalau boleh tidak mahu Qisya ingat semula. Bagaimana dengan dirinya nanti? Adakah Qisya pula akan membencinya sama seperti dia membenci Qisya dahulu?

Haykal pandang wajah tenang adiknya. Dia berdehem sedikit sebelum melontarkan soalan.

"Macam mana kalau memori tu buat Qisya sakit? Qisya masih nak ingat?"

Qisya angguk. "Qisya nak. Mungkin memori Qisya yang sakit itu boleh memberi Qisya satu pengajaran dalam kehidupan Qisya. Qisya nak ingat semua tentang Qisya."

Air liur yang ditelan terasa pahit. Buat kesekian kali, Haykal mohon.

'Permudahkanlah jalanku untuk mendapatkan kemaafan dari adikku, ya Allah.'

"Apa khabar dengan Qisya, abang?" soal Puan Syafira sambil menatang dulang yang berisi satu jag air kopi panas untuk minum petang mereka sekeluarga.

"Fareez ada telefon abang pagi tadi beritahu menantu kita tu dah boleh balik harini."

"Jadi Qisya dah balik rumah ke abang? Dengan siapa?" tanya Puan Syafira lagi.

"Haykal." balas Encik Raid sepatah. Kaca matanya yang hampir melurut di pucuk hidung dibetulkan sebelum tangannya menuang air kopi itu ke dalam piring kecil.

Kata orang, kalau nak air panas cepat sejuk, kena guna cara macam ini.

Telefon Puan Syafira bergetar lagi di atas meja. Puan Syafira hanya mengerling sekilas telefonnya tanpa ada niat untuk mengangkat panggilan.

Hana dan Hani sudah saling berpandangan. Encik Raid hanya menggeleng melihat tindakan isterinya.

"Umi, Hani nampak telefon umi tu tiga kali dah berdering. Kenapa umi tak nak angkat?"

"Biarlah. Kalau panggilan tak penting umi tak nak angkat. Malas." selamba Puan Syafira membalas.

"Bukan panggilan penting apanya, abang Fareez yang telefon umi." sanggah Hani.

Senyap. Puan Syafira tiada balasan.

"Umi masih marahkan abang Fareez?" soal Hana.

Masih senyap.

"Fareez ada bagitahu abang yang dia dah pujuk Fira dengan macam-macam cara tapi Fira masih dingin dengan dia. Kenapa Fira layan anak kita macam tu?" Encik Raid mula bersuara.

"Abang kena ingat yang menantu kita tu gugur dan masuk hospital kerana dia. Sekarang, menantu kita dah hilang ingatan. Mesti Fareez seronoklah kan sebab Qisya tak ingat apa yang Fareez pernah buat pada dia."

Hampir tersedak Encik Raid yang sedang minum kopi apabila mendengar balasan isterinya.

"Ya Allah, umi. Kenapa cakap abang Fareez macam tu sekali?"

"Apa umi cakap tak betul ke? Haykal dan Fareez, dua-dua ambil kesempatan atas kelemahan Qisya sekarang." Ternaik sikit suara Puan Syafira membalas.

Hilang keayuannya hari ini.

"Abang tak ajar Fira berdendam dengan anak sendiri. Cukuplah Fira, cukup. Budak berdua tu bukan ambil kesempatan tapi dia orang cuba nak tebus kesalahan atas layanan teruk dia orang dulu pada Qisya. Tambahan lagi Fira kena faham yang bukan Fareez punca kita hilang cucu kita, Fira tak dengar ke yang pihak polis sendiri beritahu kereta Qisya terbabas tengah jalan raya tu sebab kecuaian dia sendiri? Tiada unsur khianat ke apa, memang Qisya yang cuai. Mana tangnya salah Fareez dalam hal ni?"

"Fira tak berdendam pada dia orang, abang. Cuma bila Fira ingat balik apa menantu kita lalui disebabkan mereka, Fira rasa geram sangat. Kalau bukan Fareez tu melayan sangat si Areesya tu, tak adanya perempuan jahat tu dapat peluang sakitkan hati Qisya."

Anak tak anak, kalau dah buat silap tu tetap kena tegur.

Encik Raid mengeluh panjang. Dia menyandar tubuh pada sofa lalu melingkar tangan di bahu isterinya.

"Fira, anak lelaki kita pun tengah sedih hilang anak dia. Depan mata dia sendiri dia tengok Qisya accident, kereta berpusing tiga kali, dia yang tanam janin anak dia, dia yang bersengkang mata jaga isteri dia. Layak ke Fareez dihukum seorang diri sedangkan Qisya pun ada sembunyikan rahsia dari Fareez? Pendek cerita dua-dua bersalah, tapi pointnya di sini kita bukan nak tunjuk salah siapa. Sebagai ibu bapa, kita kena bagi semangat pada anak menantu kita."

"Jangan kata Fira je geram, abang pun geram juga dengan perangai Fareez. Tapi benda dah lepas kan, so jangan ungkit lagi. Anak kita tu dah menyesal dengan apa yang dia buat."

"Tiada seorang manusia dekat dunia ni yang tak buat salah dalam hidup dia. Setiap orang pasti akan buat silap dan kadang-kadang kesilapan itu perlu untuk memberi pengajaran dan mematangkan kita. Umi janganlah berterusan hukum abang Fareez dan abang Haykal, sekurang-kurangnya mereka dah sedar dengan kesilapan yang mereka dah buat. " tambah Hana menasihati.

"Betul cakap Hana tu. Kalau bukan kita yang bagi sokongan pada abang Fareez dan abang Haykal untuk berubah, siapa lagi? Kita kan keluarga mereka. " ujar Hani pula.

Encik Raid angguk tanda setuju. Puan Syafira masih lagi mendiamkan diri. Wajah ayunya terserlah kesedihan dan kerisauan yang amat.

"Anak kembar kita pun lagi matang dalam hal ini. Kita sepatutnya berdoa supaya Allah lembutkan hati Qisya untuk terima mereka semula nanti. Buatnya Qisya berterusan minta cerai pada Fareez, tak ke menangis anak kita tu?"

"Jangan lah sampai cerai. Fira sayang menantu kita tu." kata Puan Syafira. Tak sanggup dia harus melepaskan menantu yang sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.

"Abang harap Fira tak ikutkan perasaan lagi. Hal rumah tangga anak jangan kita sebagai ibu bapa ni masuk campur, kecuali kalau mereka betul-betul memerlukan kita." tegas Encik Raid.

Harus ingat, apa yang sedikit sebanyak menyumbang kepada penceraian suami isteri? Tak lain tak bukan campur tangan mertua.

Qisya leka memerhatikan butir-butir bintang yang menghias dada malam sedang mengerdip cantik. Fikirannya jauh terbang, pelbagai soalan sedang bermain di fikiran.

"Sayang."

Panggilan Fareez menyedarkan Qisya dari lamunan.

"Abang." Baru sahaja Qisya ingin memusing tubuhnya menghadap Fareez, niatnya terbantut apabila Fareez sudah memeluk pinggangnya erat dari belakang.

"Buat apa dekat luar malam-malam ni? Tak sejuk ke?" lembut Fareez bertanya. Dagunya direhatkan di atas bahu lembut isterinya.

"Tak. Qisya rasa rindu nak duduk dekat luar santai-santai macam ni."

Fareez disapa hairan. "Dulu Qisya jarang duduk luar waktu malam sayang, nak rindu apanya hm?"

"Ya ke? Qisya tak ingat." nada suara Qisya sudah perlahan.

Dia sangka rasa rindu ini mungkin salah satu perkembangan positif tanda ingatannya makin pulih. Rupanya tidak.

"Tak apa, slow-slow ingat. Jangan paksa diri." Fareez memujuk.

"Abang dah makan?"

Fareez geleng. "Belum, abang tak ada selera nak makan kalau Qisya tak temankan abang."

"Mengada lah abang ni."

Mereka masing-masing ketawa. Fareez hanya senyum mendengar ketawa Qisya. Entah sejak bila bunyi ketawa dan suara Qisya adalah melodi indah di telinganya yang dia mahu dengar sepanjang masa.

Rindunya dia pada saat mereka mula-mula berkahwin dulu. Masing-masing masih malu dengan satu sama lain tapi masih mahu mencuba untuk mencambahkan rasa cinta di dalam hati.

"Boleh Qisya tanya sesuatu?"

"Boleh sayang, tak perlu minta izin abang pun."

"Abang sayangkan Qisya kan?"

"Apa punya soalan lah tu. Qisya sendiri tahu jawapannya. Bukan setakat sayang, tapi abang cintakan Qisya sangat-sangat."

"Kalau betul abang sayangkan Qisya, boleh tak Qisya nak minta sesuatu nanti?"

"Mestilah boleh. Abang janji abang akan tunaikan semua permintaan sayang." yakin Fareez berkata.

Qisya geleng. Tangan Fareez yang melingkar pinggangnya disentuh lembut.

"Abang janganlah berjanji. Qisya takut Qisya akan meletakkan harapan yang tinggi pada janji-janji abang. Kalau suatu hari nanti abang tak dapat tunaikan janji abang, Qisya takut Qisya akan rasa kecewa." ujar Qisya perlahan.

Yang paling sakit itu ialah apabila dia berjanji tapi dia mungkiri.

"You can count on me, dear. Kalau semua pasal Qisya, abang akan tunaikan. Qisya nak minta apa? Rumah? Kereta? Tanah?" soal Fareez lagi.

Qisya menolak laju. Dia bukan perempuan materialistik begitu.

"Qisya pun mampu nak beli semua itu. Qisya nak simpan satu permintaan tu pada abang nanti. Bila tiba masanya, kalau Qisya minta sesuatu Qisya harap abang akan tunaikan."

Simpan saja satu permintaan itu untuk kegunaan di masa dia perlukan nanti.

Lambat-lambat akhirnya Fareez mengangguk juga untuk mengiyakan.

"Kalau permintaan Qisya itu boleh buat Qisya bahagia, abang sanggup tunaikan. Asalkan Qisya bahagia. "

"Lepaskan Qisya, boleh?"

"Ha?!" Terkejut beruk Fareez mendengarnya.

"Maksud Qisya, lepaskan tangan abang ni. Kan abang belum makan lagi, jomlah Qisya temankan."

"Ha okey." Fareez tarik nafas lega.

Mereka berpimpin tangan turun ke bawah.

Sama seperti dahulu, saat masing-masing beri peluang untuk jatuh cinta..

Namun dalam situasi berbeza. Jika dulu mereka berpimpin tangan dalam keadaan hati masih belum terpahat cinta, kini hati mereka sudah berbunga-bunga dan sarat dengan cinta yang makin bercambah.













Permintaan yang nampak je kecil tapi teka lah Qisya minta apa nanti? 🥹

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

67.7K 2.5K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...
67.9K 3.8K 54
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
54.7K 1.7K 54
kehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa ban...
7.2K 478 76
○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjika...