Adrian Kiara : Her Guardian A...

By moonlightlavh

5.7M 317K 102K

[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup taj... More

'โœฆ ห‘ ึดAdrian Kiara ห‘ ึดึถ ๐“‚ƒโŠน
01
02
03
04
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
Moon's TedTalk
A Spin-Off : Zander Mia

05

58K 3.4K 346
By moonlightlavh

"Sampai bila awak nak layan Kiara macam tu?" tanya Tuan Adam memandang kolam renang dihadapannya. Dia sangat kesal dengan perbuatan isterinya itu.

"Sampai saya mati," balas Puan Marina dibelakang.

Tuan Adam berpusing badang menghadap Marina. "Dia tak pernah salah Marina. Humairah pun sama. Apa yang awak benci sangat dengan Humairah sampai awak nak libatkan Kiara?"

Puan Marina memandang wajah suaminya tidak percaya. Boleh lagi dia bertanya? "Apa dia dah buat? Awak dah lupa ke apa? Humairah buat anak sulung saya tak dengar cakap saya. Dan yang paling teruk, dia ialah punca anak saya mati. Dan kalau awak lupa, anak saya mati juga kerana cucu kesayangan awak tu!"

"Marina, apa yang berlaku bukan salah Humairah, dan bukan juga salah Kie." Sudah berkali-kali dia ingatkan namun hati isterinya masih degil dan keras.

"Suka hati awak lah nak cakap apa. Kalau saya cakap pun, awak still akan menangkan cucu awak tu."

"Jangan sampai satu hari, Kiara tu tengok muka awak pun dia tak sanggup." Marina bercakap dengan sinis di wajahnya. Kalau rahsia mereka terbongkar, dia pasti Kiara tak akan boleh terima mereka semua.

"Maksud awak?"

"Kalau dia tahu siapa awak yang sebenarnya, rasanya dia boleh terima? Kalau dia tahu yang satu keluarga rahsiakan daripada dia tentang family dia sendiri, rasanya dia masih lagi akan tinggal dengan kita?" tanya Puan Marina dengan sinis.

"Awak jangan memandai nak bagitahu Kiara," balas Tuan Adam dingin.

"Tengok lah macam mana. Tapi kalau budak tu sakitkan hati saya, jangan marah saya kalau saya terlepas cakap nanti."





Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik tidur tok abahnya. Dia lihat Tuan Adam sedang baring di atas katil. "Tok... jom makan."

"Tak apa, tak ada selera lagi. Nanti tok abah makan."

Kiara duduk di atas katil. Dia mengeluh kecil. "Ala please tok, nanti tak ada tenaga kalau tak makan."

Tuan Adam memandang wajah Kiara. Mata turun melihat tangan cucunya yang dibalut kerana luka. "Tok abah minta maaf pasal maktok tadi."

"Bukan salah sesiapa pun. Memang salah Kiara." Balas Kiara sambil senyum. "Dah lah, jom kita makan. Kie tolong tok abah turun okay?" Kiara menolong Tuan Adam sewaktu menuruni anak tangga.

"Tuan, ada orang datang." Kata Mak Piah yang datang menghampiri mereka.

"Siapa?"

Mak Piah hanya diam, tidak tahu bagaimana mahu beritahu, sudahlah Kiara ada disitu. Dia kematian kata-kata bila Tuan Adam menyoal.

"Siapa Mak Piah?" Soal Kiara pula.

Melihat Mak Piah yang hanya diam tidak membalas itu membuatkan Adam tahu siapa yang datang ke rumahnya pada waktu malam-malam begini.

Tuan Adam berpaling memandang Kiara. "Kie, Kie pergi makan dulu. Nanti tok abah datang."

"Siapa yang datang? Tok abah tahu ke?" Tanya Kiara lagi.

"Kawan tok abah, tadi dia ada call kata nak jumpa."

Kiara mengangguk. "Oh okay, nanti tok abah join Kie dinner okay?"

"Ye."

Kiara pergi kehadapan, ke arah ruangan makan dan terus Adam memandang Mak Piah, "Piah, macam biasa, jangan bagitahu Kiara."

"Baik Tuan."






"Kenapa kau datang sini? Nak apa?" Kata Tuan Adam dingin sambil berpeluk tubuh.

Seorang lelaki cina ketawa kecil, "Haih, ajal sudah dekat pun mahu banyak cakap lagi ka?"

Tuan Adam hanya memandang lelaki itu dengan pandangan kosong. "Aku tak ada masa nak layan kau Tauke. Cakap cepat, kenapa kau dekat sini."

Tauke atau nama sebenarnya Tan, menarik senyuman penuh makna. "Kenapa? Kau takut dengan cucu kau? Apa tu nama dia... Ha Kiara!"

"Lagi sekali aku tanya, kau nak apa?" Kini suaranya berubah keras, dia tiada masa mahu layan lama-lama.

"Wo wo wo, jangan marah-marah Shark, kita kawan-kawan ma. Mana boleh fight-fight. Kau jaga aku, aku jaga kau." Balas Tauke lalu menepuk bahu Tuan Adam.

"Habistu yang kau datang sini malam-malam dah kenapa? Aku nak makan pun susah."

Tauke bersandar di salah satu kereta milik Tuan Adam. "Company anak angkat kau tu dah susahkan aku."

Adam mengerut dahi, "Siapa anak angkat aku?"

"Adrian Muqriz." Balas Tauke dengan senyuman sinis di bibir.






Zander masuk ke bangunan gah di tengah-tengah kota Kuala Lumpur itu. Pekerja yang bekerja di Max Corp itu menundukkan sedikit wajahnya apabila Zander berjalan masuk.

Dengan pantas Zander memulas tombol pintu bilik Adrian, "Rian, kita ada masalah."

Adrian memalingkan wajahnya memandang Zander yang baru sampai itu, "Kenapa kau datang sini? Masalah apa?"

"Kapal kita yang dekat Russia tu." Balasnya lalu mengambil tempat duduk di atas kerusi berhadapan Adrian.

"Kenapa dengan kapal kita?"

"Kapal kita langgar dengan kapal Tauke."

"What?" Adrian yang sedang duduk itu terus duduk secara tegak. "Macam mana boleh langgar? Tauke tahu ke tak ni? Rosak teruk?"

"Aku tak tahu detail tapi tadi Rafael call kata memang kita rugi besar."

Adrian meraut wajahnya menggunakan kedua tapak tangannya. Haih sudah lah ada kerja di Dubai, ini kena selesaikan kerja di Rusia pula. "Call Hayyaz sekarang, kata aku nak jumpa."






"Aku panggil Hayyaz je, yang kau berdua ada dekat sini kenapa?" Kata Adrian saat dia melihat Rafael dan Harraz turut serta.

"Hehe saja, aku lapar." Rafael tersengih seperti kambing lalu mengambil tempat duduk disebelah Zander.

Adrian menjongket kening. "Habistu? Kau ingat rumah aku restoran ke?" Soal Adrian memandangnyanya sebal.

Harraz membuat muka. "Aku dengan Raf nak teman je. Itu pun salah."

Adrian hanya menjeling mereka berdua dan beralih memandang Hayyaz, "Tolong checkkan Hayyaz. Aku nak by tomorrow kau dah tahu siapa yang kacau business aku dekat sana."

Membulat besar iris Hayyaz. "Tomorrow? Kau gila ke Rian? Ingat benda ni main type-type dalam laptop je ke?"

"Kau buat je lah, apa masalahnya?" balas Adrian tiada nada.

"Kau dah lah baru tahu harini pastu kau nak aku settlekan malam ni juga. Cuba kau tengok jam sekarang, dah pukul dua pagi-"

"Apa kata kau buat je kalau kau tak nak mati malam ni." Harraz mencatas kata-kata Hayyaz. Nanti ada juga yang kena marah pula.

"Nanti kalau Rian dah angkat sniper dia, aku tak tahu apa-apa." Ugut Rafael pula, sengaja lah tu mahu takutkan si Hayyaz.

"Haih ye lah ye lah!" Balas Hayyaz tidak puas hati.

"Dah kalau macam tu, semua pergi balik kecuali Hayyaz, aku nak-"

"Erm, Rian." Terus Rafael memotong kata-kata Adrian.

"Hm." Balas Adrian mengangkat kening.

"Mel mana Mel?" Rafael melihat disekeliling rumah banglow Adrian itu.

"Kalau kau rasa macam nak kena tembak dengan sniper aku, kau tanya lah lagi." Balas Adrian sambil memandangnya.

Sakan Hayyaz menggelakkan Rafael. Itulah, cakap dia lagi. "Silap-silap kepala kau yang kena dulu sebelum aku!"

Adrian beralih memandang Hayyaz. "Kau diam, sambung buat kerja kau."

"Aku buat esoklah, Rian. Dah pukul dua pagi kot." Hayyaz mencuba nasib lagi. Mana tahu Adrian bagi pelepasan.

"No," balas Adrian pendek. Dia tidak main-main kalau berkaitan kerja.

Hayyaz akhirnya mengalah. Haih, terpaksalah juga dia buat kerja malam ini.

"Rian."

"Apa lagi?" Dia menutup kedua matanya rapat, haish banyak betul mulut kawan dia semua ni. Tak tenteram mahu buat kerja.

"Aku nak girlfriend." Rafael tiba-tiba menukar topik. Dah bosan agaknya asyik bincang pasal kerja.

"Habistu? Kau nak aku buat apa?"

"Girlfriend kau single tak?"

"Kau memang nak mati free eh malam ni Raf?" Soal Harraz apabila Rafael tanya soalan bodoh dekat Adrian. Kalau apa-apa jadi, malas dia mahu tolong nanti.

"Kalau dia single pun, aku tak kan bagi dia date dengan orang macam kau."

"Asal pula?"

"Kau memang lah nak Nia, Nia nak ke dengan kau?" Adrian memandangnya atas bawah. Yang lain semua sudah sakan gelakkan Rafael mendengar balasan sinis dari Adrian itu.

"Okay lah okay, yang sepupu dia lagi seorang tu? Apa nama dia?" Soal Rafael lalu menyandar pada sofa.

"Tah." Adrian terus membuka iPadnya, sudah malas mahu melayan rakan-rakannya itu.

"Kau tahu kan apa nama dia? Cakap lah! Aduhmak nak berahsia pula!" Rafael menjelingnya kasar.

"Aku tanya ni! Apa nama dia?" Rafael membaling bantal ke arah Adrian. Boleh pula buat tidak dengar.

Adrian sudah menutup kedua matanya rapat. "Ada yang nak kena tumbuk juga nanti kejap lagi ni." Katanya perlahan.

"Sharelah, hehe." Rafael sengih tidak bersalah.

"Kiara." Balas Adrian perlahan dan fokus semula dengan iPad di tangan.

"Ha apa?" Rafael kerut dahi.

"Kiara."

"Kau cakap kuat sikit boleh tak? Ada emas ke apa dalam tu? Aku tak dengar lah gila." Balas Rafael geram. Cuba cakap bagi jelas.

Mata Adrian menoleh memandang Rafael. Kawannya itu dipandang tajam. "Kau blah sekarang. Bising jelah aku nak buat kerja! Keluar! Semua keluar!"

"Ish kau lah ni Raf! Aku baru nak tidur sini!" Kata Harraz tidak puas hati. Kalau bukan sebab Rafael, mesti dia tidur sini malam ini.

"Dia kata Kiara lah. Kau lain kali korek telinga!" Marah Zander pula.

"Lagi sekali korang buat bunyi, sorang-sorang aku kurung dekat bilik bawah." Adrian mengambil semula iPad dan menyambung semula kerjanya.

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 169K 51
# 2nd UNDER HE SERIES: โ€ขTunku Niel Nathaniel ๐ŸŽญ ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, T...
263K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
3M 171K 63
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...
355K 29.3K 38
[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 3 ] Prequel of Keith's life before Adrian Kiara Kehilangan demi kehilangan. Akhirnya hidup jejaka itu berubah. Sunyi. Ge...