👑~ XV : 15 ~👑

494 68 9
                                    

Langit cerah kini bertukar warna. Kemerahan langit yang indah kelihatan menarik sekali menghiasi hamparan langit negara Angin putih. Suasana hingar-bingar yang hadir dari pasar malam di pekan dapat didengari oleh Zarina yang kini bertentang mata dengan gadis comel di hadapanya itu.

"Dayang Aliya?" Soal Zarina sambil mengambil beberapa langkah ke belakang. Wajah gadis yang berada di hadapannya itu kelihatan ketat.

"Bukan kau dah kena tangkap dengan pembantu putera ke? Aku ingatkan aku dah selamat! Kau ni, berani kau lari?!" Marah Aliya berang. Matanya sungguh dipenuhi dendam.

Zarina mengerutkan dahinya sebelum tersenyum sedikit. Gadis ini, memang sudah punya muslihat dari awal lagi sebenarnya. Sejak dia menjejakkan kakinya ke istana ini.

"Nama sebenar tuan hamba... Cik Muda Aleya bukan? Bukan Aliya?" Tanya Zarina sedikit mengejek. Sebutan nama Aleya dan Aliya yang sedikit berbeza itu sengaja dikuatkan.

Walaupun begitu, matanya melilau memandang keadaan istana. Jika ada sesiapa yang dapat dilihatnya, akan dia jerit meminta pertolongan. Hairan, kekosongan kawasan itu seperti disengajakan agar dia ditinggalkan berdua bersama Aliya di situ.

"Ah, putera tak guna! Bongkar nama aku? Depan perempuan ni?" Aliya menggumam namun dapat didengari Zarina. Tangan yang berada di belakangnya itu bergerak-gerak yang mana menarik perhatian Zarina.

Apakah yang disorokkan di belakangnya itu?

"Kenapa... Tuan hamba hadir ke sini?" Tanya Zarina lagi bagi membazir masa. Tetapi hatinya kuat ingin mengetahui asbab kehadiran gadis itu ke negara lain.

"Kenapa? Tuan hamba tidak tahu?" Soal Aliya dalam nada mengejek. Bibirnya menggigil-gigil menahan geram manakala tangannya yang disembunyikan di belakang digenggam kuat. "Kerana hamba terdengar akan perbualan penduduk Lembayung Merah yang mana cinta hati hamba bakal pulang ke Angin Putih dan bakal disatukan dengan seorang bidadari istana!"

Kerutan kelihatan jelas di dahi Zarina. Apakah yang diperkatakan oleh gadis di hadapannya kini? Sungguh mindanya tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku.

"Hah?" Hanya itu yang mampu dikeluarkan dari bibir mungil Zarina.

Bertambah-tambah api kemarahan yang membara dalam diri Aliya. Dia sudah tidak mampu bertahan lagi. Tanpa melengahkan masa, dia menyerang Zarina dengan pisau di tangan. Tangannya laju sahaja hampir menerkam wajah Zarina namun Zarina lebih pantas menahannya dengan memegang tangan Aliya.

"Sebab kaulah, aku tak sempat nak jumpa dengan Putera Shafhan tahu tak?! Aku dah kenal dia dari zaman sekolah pondok lagi masa kami sama-sama belajar di Sahmura Ungu. Sewaktu aku kembali ke Lembayung Merah, aku menunggu lama untuk Angin Putih mencari bangsawan sebagai pasangan sang putera. Tapi- Tapi-"

Zarina menahan tangan Aliya yang memegang pisau daripada menyentuh wajahnya. Apa lagi yang gadis ini mahu bebelkan?

"Tapi dia tak ingat aku!" Laung Aliya lagi.

"Tak, masalahnya tuan hamba umur berapa sewaktu berjumpa dengan tuan putera? Tuan putera itu sendiri melihat wajah orang pun tidak, inikan pula mahu ingat tuan hamba?" Hah, sekali membalas si Zarina, terdiam Aliya.

Aliya mula naik darah. Tangannya ditarik ke belakang agar terlepas dari pegangan Zarina sebelum mara ke hadapan semula. Tidak sempat memproses apa yang berlaku, Zarina terjatuh ke atas lantai namun tangannya sempat menahan tangan Aliya sekali lagi.

"Hamba, sudah berkhidmat lama untuk Angin Putih tanpa mencuri tahu tentang hebahan cerita tentang hamba. Mengapa... Sehingga ke Lembayung Merah, nama hamba disebut?" Soal Zarina sambil menahan tangis. Dia ingin menjadi seorang wanita yang disegani namun jika namanya sudah merata begini, apakah boleh untuk dia berubah?

Pisau yang dipegang oleh Aliya kini berada hanya dalam beberapa inci sahaja sebelum menyentuh wajah Zarina. "Itulah, orang kata, wajah cantik simpan, jangan tunjuk dekat orang!" Aliya meninggi suara.

Nafas Zarina tersekat-sekat kerana kegerunan yang teramat. Mindanya tiba-tiba mengusik satu memori tanpa dipinta. Wajah Shafhan yang sedang tersenyum dengan zikir yang meniti di bibir menghiasi layar mata.

Serta-merta Zarina menggenggam tangan Aliya dengan lebih kuat. "Jika ini caranya untuk mengambil hati seseorang yang mencintaimu Ya Allah, maka aku mengalah dan mengundur diri." Bisik Zarina di situ.

"Jika begitu Cik Muda Aleya... Biarlah hamba tidak jelita daripada dilihat lelaki!" Hambur Zarina kemudian menarik tangan Aliya agar mendekati wajahnya dengan pantas. Pisau yang berada di dalam genggaman gadis itu sedikit menghiris kulitnya pedih.

"Huh?" Segera Aliya menarik tangannya semula. Tindakan berani Zarina membuatkannya terkejut seketika.

Bunyi larian seseorang menghampiri mereka membuatkan Zarina menoleh pantas. Matanya membulat tatkala terlihat sahabat baiknya itu. 

"Aryan! Puting beliung!" Jerit Zarina meminta pertolongan menggunakan bicara rahsianya. Aryan yang memahami akan bicara itu mengangguk faham dan berlari pantas.

Aliya mengerutkan dahinya tanda keliru. "Puting beliung? Aryan-"

Dash!

Tubuh kecil gadis itu dihumban ke dinding sehingga menerbitkan bunyi hentakan. Zarina yang terbaring lelah di atas lantai segera ditarik Aryan agar segera bangkit berdiri. 

"Ina? Awak okey?" Tanya Aryan, risau. Senyuman yang hadir pada bibir Zarina tidak berjaya menenangkannya, kerana goresan pada pipi wanita itu meremukkan hatinya. Darah yang meleleh segera disekanya menggunakan belakang tangan yang bersarung besi.

"Aduh, sakitlah! Besi tu bukannya lembut!" Marah Zarina lantas menepis tangan Aryan.

Sedang mereka leka berbual di situ, Aliya bangkit berdiri walaupun sedikit mengambil masa. Pisau yang terletak tidak jauh darinya terus dicapai.

"Ina..." Suara Aryan merendah. Matanya memandang ke arah belakang Zarina memandangkan Zarina sedang membelakangi dinding.

Aliya menjeling Aryan dengan gelengan kecil sambil tersenyum sinis. Zarina yang membelakanginya itu dipandang.

"Ya?" Sebaik sahaja Zarina menoleh, pandangan matanya terarah pada mata pisau yang betul-betul ditujukan laju ke arahnya. Dia tidak sempat melarikan diri, namun tubuhnya dilindung secara tiba-tiba.

"Ark!" Suara Aryan yang tersekat di kerongkong menggamit Zarina semula ke realiti. Dia mendongak, melihat Aryan yang kini berdiri di hadapannya.

Nafas ditarik kuat, sebelum Zarina menyambut Aryan yang hampir sahaja menjunam ke lantai akibat kejutan pada tubuhnya. "Al- Aliya....?" Dia menyoal dalam nada tidak percaya. 

Sangkanya, Aliya akan tersenyum puas tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Dia menjerit meminta pertolongan sambil menuding ke arah Zarina berkali-kali.

"Tolong! Dayang Ina tikam pahlawan Aryan!"

Zarina menoleh ke arah yang dilihat oleh Aliya. Sekumpulan pembantu istana yang baru hadir sedang melihat dia dan Aryan yang sedang duduk saling berhadapan.

"Ja- Jangan percaya...." Suara Aryan bagaikan tidak mahu keluar. Kepalanya direhatkan di atas bahu Zarina yang sedang menggigil.

Rabiha, Fazia dan Nafiz muncul dari belakang kumpulan itu. Masing-masing menunjukkan riak tidak percaya setelah terlihat Aliya yang bersungguh-sungguh menangis manakala Zarina pula tidak mengeluarkan setitis air mata pun.

"Dayang Ina, kenapa?!"



Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Where stories live. Discover now