👑~ XVI : 16 ~👑

472 67 5
                                    

Pakaian besi yang berada di tangan, Zarina peluk perlahan. Dirinya bersandar pada dinding berdekatan dengan bilik rawatan yang mana terletaknya Aryan yang sedang dirawat. Pakaian besi itu Zarina tilik depan dan belakang. Perisainya hanya terletak di hadapan, tidak asing lagi apabila tikaman itu melukakan Aryan di belakang.

Kepalanya sakit, matanya pedih. Meski tidak mengeluarkan air mata, hatinya merintih kesedihan. Entah mengapa, dia bagaikan kaku dan kelu. Ya, dia terlalu terkejut terhadap apa yang baru sahaja berlaku.

"Ina?" Suara Rabiha mengejutkan Zarina. Sebaik sahaja pandangan mata mereka bertembung, Zarina lantas berlalu pergi dengan pakaian besi milik Aryan di tangan. Dia tidak sanggup untuk bertemu dengan mereka yang lain setelah apa yang terjadi.

Bagaikan sudah tiada kekuatan, Zarina terduduk sendiri di atas lantai istana. Matanya sedikit berpinar, memberi isyarat bahawa dia akan hilang sedar pada ketika itu. Sekali lagi dia cuba untuk bangun, akan terjatuh jua selepas itu. 

"Huh?" Itu sahaja yang mampu diungkapkannya. Sebelum dia sempat jatuh sepenuhnya ke atas lantai, Rabiha sudah menyambutnya terlebih dahulu.

"Ina? Ina? Jawab panggilan saya. Awak okey tak?" Soal Rabiha, tanpa menggunakan bahasa baku-nya itu. Tangannya laju memegang dahi Zarina. "MasyaAllah panas!" Adunya sebelum pantas meminta pertolongan.


°°°°°°°°°°


"Ayahanda, tentang berita itu... Benarkah?" Tanya Shafhan pada Tuanku Shahir yang sedang sibuk menilik sebuah buku. Berdirinya putera sulung di hadapan bapanya, meminta penjelasan tentang berita yang didengari di setiap penjuru istana.

Tuanku Shahir mengeluh kecil seraya menggelengkan kepala. "Ayahanda tahu, berita itu tidak benar sama sekali. Apa ayahanda akan mengahwinkan anakanda dengan seorang yang berperangai seperti itu? Masakan Dayang Ina yang sudah lama bekerja di sini, akan mencederakan sahabatnya sendiri?" Balasnya panjang lebar bagai sedang menahan api amarah.

Sungguh, rasa untuk mencari dalang di sebalik kejadian itu membuak-buak. Namun, dibiarkan dahulu kerana dia tahu, akan mereka temui juga dalam masa terdekat.

"Jadi, benarlah yang ayahanda berkenan dengan Dayang Ina?" Shafhan bertanya lagi. Kepalanya yang tidak gatal digarunya perlahan.

"Mengapa? Anakanda tidak berkenan?" Jawab Tuanku Shafhan dengan soalan. Senyuman senget dapat dilihat terhias di bibirnya. 

Shafhan segera melirik ke arah lain sebelum menggosok tengkuknya pula. "Bukan macam tu, ayahanda. Shafhan tidak kisah tetapi... Shafhan... Astaghfirullah... Err, Shafhan..." Kini, pertuturan Shafhan sudah bagaikan sebuah robot yang bakal habis bateri. Dia tersekat-sekat sendiri.

Terus sahaja Tuanku Shahir tertawa kuat. Aduhai anakandanya yang seorang ini, malu tidak bertempat. Ada-ada sahaja.

"Sejak Shafhan pulang ini, pelbagai benda aneh telah terjadi di dalam istana. Lumpur di kamar mandi milik Shahmina, kalung Shahmina hilang, dan sekarang ini Aryan ditikam. Namun, semuanya pasti berkait dengan Dayang Ina. Bagaikan mengetahui yang kepulangan kamu ini atas sebab perkahwinan, apakah kamu ada memberitahu sesiapa tentang itu?" Nada Tuanku Shahir kini bertukar serius. 

Lekas Shafhan menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Dia sendiri tidak pasti tentang perkara itu namun, rasa bersalah pula bertandang di hati. Sekiranya dia tidak pulang, pasti kehidupan wanita itu tidak menjadi sebegini, bukan?

"Shafhan, ayahanda tahu apa yang kamu fikirkan. Ingat, susah dan senang, semua Allah yang beri. Jangan salahkan diri kamu. Ayah yang minta kamu pulang ke sini maka, bukan kamu yang harus dipersalahkan. Faham?" Tegas Tuanku Shahir bersuara. Terangguk-angguk Shafhan mendengarkan kata-kata bapanya itu.

Tok! Tok!

Dua orang yang berada di dalam bilik itu segera menoleh ke arah pintu. Terjengul kepala Permaisuri Imarah di muka pintu dengan sengihan. Kemudian, dia segera memohon maaf kerana mengganggu sesi perbualan dua beranak itu.

"Tidak mengapalah, bonda. Silakan masuk, jangan tercegat di sana." Ajak Shafhan, penuh santun. Bibirnya terukir senyuman manis.

Permaisuri Imarah melangkah ke dalam lalu melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi empuk. Riak wajahnya kekok, pelik jika dipandang.

"Bonda? Bonda baik-baik sahaja? Ada sesuatu yang ingin diberitahukah?" Shafhan membuat tebakan dan, sungguh mengena sasaran.

Anggukan laju daripada Permaisuri Imarah membuatkan alis Tuanku Shahir bertaut. Apa lagi yang sudah terjadi?

"Dayang Ina rebah di tengah jalan sebentar tadi. Tubuhnya terasa amat panas. Bonda rasa, dia terkejut sangat sehingga demam. Mujur sekali pada ketika itu dia bersama Dayang Rabiha, dan bonda bersama Dayang Leha sedang berjalan ke arah bilik rawatan." Terang Permaisuri Imarah. Wajahnya terlihat kesal.

Tuanku Shahir menongkat dagu. Janggutnya diusap perlahan menunjukkan bahawa dia sedang berfikir. Matanya melilau ke segenap arah, mencari punca idea.

"Astaghfirullahalazim. Semoga Dayang Ina cepat sembuh." Doa Shafhan perlahan, disertai senyuman kecil Permaisuri Imarah.

"Baiklah. Apa pula yang terjadi pada Dayang Aliya?" Soal Tuanku Shahir sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Permaisuri Imarah mendiamkan diri seketika lalu menjawab. "Dia berada di kamarnya, ditenangkan oleh dayang dan pembantu istana yang lain. Riaknya seperti trauma terhadap apa yang terjadi. Tidak habis-habis menangis sahaja dari tadi." 

"Trauma..." Tuanku Shahir menggumam. "Di tempa kejadian, hanya Dayang Aliya, Dayang Ina dan Pahlawan Aryan sahaja bukan yang berada di  situ? Namun, bukankah sebelum itu telah ayahanda arahkan seluruh warga istana untuk berada di dewan utama setelah tidak dapat mengesan Dayang Ina? Kita tidak sempat bertanya ke manakah Dayang Ina pergi ketika dia menghilangkan diri sewaktu dia mengejar sehelai kain sidaian?"

"Uish, mana ayahanda tahu ni?"

"Dayang Fazia cerita." Balas Tuanku Shahir pada Shafhan. "Lagi pun, masa itu ayahanda ada dengar tentang pencerobohan. Sebab itulah ayah arahkan semua bergerak ke satu tempat atas faktor keselamatan. Tetapi mengapa Dayang Aliya berada di tempat lain?" Dia mula membuat spekulasi sendiri.

Shafhan memegang dagunya tanda berfikir. "Mengapa pahlawan Aryan berada di bangunan tersebut?" Soalnya pula.

"Dia diarahkan oleh ketua pahlawan untuk meronda di bangunan itu. Para pengawal pula diarahkan untuk ronda di bangunan sebelah. Ayahanda sebenarnya lega, sebab pahlawan ada di dalam istana. Jika diceroboh, boleh diharap untuk berlawan. Pengawal istana kita, tidak sekuat mereka." Tutur Tuanku Shahir lagi. Matanya tajam melihat anak lelaki dan isterinya itu.

Apabila tiada sesiapa yang mahu bersuara, suasana ditelan sepi. Hanya gantungan jam di dinding sahaja yang memeriahkan bilik itu.

Sehinggalah, Permaisuri Imarah bangkit dari duduknya. Selendang yang terletak di bahunya dibetulkan agar cantik terhias pada tubuh. Kain pakaiannya pula ditepuk-tepuk.

"Haih, jika dibincangkan begini sahaja memang tidak akan habis. Kita harus cari bukti, dan lihat dengan lebih dalam lagi. Sudahlah, bonda mahu ke bilik rawatan. Sudah ada dua pesakit di sana yang harus dilawat. Bonda pergi dulu, Assalamualaikum." Kata Permaisuri Imarah lalu keluar dari bilik tersebut, meninggalkan seorang bapa dan anak lelakinya.

Tuanku Shahir mengangguk faham. Tidak lama kemudian, dia menoleh ke arah Shafhan yang sedari tadi berdiri tegak di hadapannya tanpa lelah. 

"Jadi kamu, ada mahu buat apa-apa tidak? Wanita itu, masa depan kamu." Ujar Tuanku Shahir, sedikit mengejek.

Shafhan berdiam seketika. Seperti mendapat idea bernas, dia tersenyum gembira.

"Tuah dan Andika kan ada. Baiklah, misi bermula ya ayahanda."


Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Where stories live. Discover now