👑~ XX : 20 ~👑

481 67 20
                                    

"Shahmina Iqlil, kenapa kamu macam badmood?" Tanya Tuanku Shahir sewaktu mereka sekeluarga meluangkan masa bersama di dalam sebuah kamar yang dicipta khas buat ahli keluarga Diraja sahaja. Sesama mereka, menggunakan bahasa istana bukanlah satu kepastian.

Shahmina yang berwajah masam sambil membaca buku terus sahaja menoleh ke arah ayahandanya dengan cebikan. Jelas dirinya kelihatan terasa jengkel terhadap sesuatu. 

"Bukan apa ayahanda, Shahmina sebenarnya rasa rimas dengan budak perempuan baru tu." Ujar Shahmina, jujur dari hatinya.

"Budak perempuan baru?" Tanya Shaima dengan suara comelnya. Terkedek-kedek dia berlari ke arah Shahmina lalu duduk di sebelah kakaknya itu.

Shahmina mengangguk kecil sebagai jawapan. Rambutnya dibetul-betulkan seketika lalu menjawab dalam nada jengkel. "Alah, Dayang Aliya kan namanya? Mengada-ngada betul gayanya."

"Mengapa kamu rasa begitu?" Soal Permaisuri Imarah dengan senyuman nipis. Benar, dia juga sedar akan perwatakan gadis itu namun dia masih muda, maka dibiarkan sahaja. Lambat-laun, seorang dayang bakal dikeluarkan dari istana ini tidak lama lagi.

"Shahmina selalu nampak dia berjalan sesuka hati dia ke mana-mana. Kadangkala, suka benar menegur Tuah dan Andika mengikut sukanya tanpa formaliti. Meski sesama dayang pun, dapat kita lihat mereka berbual dengan sopan sekali. Sebagai contoh, Dayang Ina dan Dayang Rabiha. Mereka itu sahabat baik tetapi tidak pernah Shahmina dengar mereka berkata 'saya awak' di dalam istana." Balas Shahmina. 

"Tetapi bukankah kakak Dayang Aliya itu baik?" Shafiy pula bertanya. Bibirnya tersenyum-senyum kecil.

Shahmina mendengus geram. Segera dia berpaling daripada menghadap keluarganya. "Baik? Sekurang-kurangnya Dayang Ina tidak menggedik dengan orang lain."

"Shahmina cemburu saja tu." Tutur seseorang dari sebuah meja yang terletak di hujung kamar tersebut. Lantas semuanya berpaling ke arah datangnya suara itu.

Shafhan tersenyum senget sambil menongkat dagu. "Macam ana tak tahu yang Shahmina minat dengan Tuah, Andika dan mana-mana lelaki kacak." Katanya lagi tanpa berlapik.

"Shafhan ini....!" Shahmina sudah meninggi suara.

"Abang. Jangan panggil ana Shafhan kecuali kita di luar, ya?" Tegur Shafhan, sedikit rimas. 

Shahmina menjelirkan lidahnya ke arah Shafhan. "Tidak kira. Mahu panggil Shafhan juga." Dia menjawab kemudian berpeluk tubuh.

Keluhan kecil terbit di bibir Shafhan tanda mengalah. Dia menyambung bacaannya tanpa gangguan sesiapa di hujung kamar itu. 

"Tentang kecurian kalung dan kes kamar mandi Shahmina itu kan, tiada sesiapa yang mahu siasatkah?" Shahmina bersuara lagi. "Dayang Ina itu, sudah boleh berkerja. Sewaktu dia digantung, tidak ada apa-apa kes pun yang kena dengan Shahmina." 

"Shahmina syak Dayang Ina dalang segala yang berlaku. Tentang Pahlawan Aryan itu pun..."

"Shahmina, sudahlah itu." Potong Tuanku Shahir dengan lembut. "Kita masih belum ada bukti." Tegasnya pula.

Bagi menyatakan protes, Shahmina merengus lagi. Buku yang dibaca sudah diletakkan ke tepi, tangan yang disilangkan ke dada pula dibawa ke pinggang. 

"Jika dibabitkan dengan Dayang Ina, asyik Shahmina sahaja yang salah." Dia berkata keras. 

Shafiy yang sedang fokus mengira di buku tulisnya sekadar menjulingkan mata ke atas. "Habis itu kakanda Shahmina, ada buktikah yang kakak Dayang Ina itu salah? Banyak betul merungut. Bising sajalah." Bersuara juga dia akhirnya atas dasar geram.

Dari kejauhan, Shafhan sudah menutup wajah dengan buku yang dibaca. Tawanya tertahan-tahan agar tidak terhambur keluar. Jangan main-main dengan Shafiy, dia itu bijak. Apabila di luar kamar ini sahaja sifat kebudak-budakannya itu dikeluarkan.

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Where stories live. Discover now