👑~ I : 1 ~👑

2.1K 104 5
                                    

Al-kisah sebenarnya, Zarina merupakan seorang dayang di istana milik Tuanku Shahir, di negara aman yang bernama Angin Putih. Dia seorang yang sangat riang dan rajin menyapa semua insan yang merupakan warga istana.

Baik raja, permaisuri, putera dan puteri, tukang masak, para dayang mahupun pengawal istana, pasti akan disapanya. Wajah mulus bak mutiara itu sering menjadi tatapan mata mereka.

Diam-diam ubi berisi, Zarina seorang yang sudah berpunya. Berpunya dengan siapa? Berpunya dengan watak kegemaran dialah!

"Aduhai tuan hamba, hamba berasa sedih sekali." Ujarnya pada hari itu sambil memegang penyapu dengan penuh menawan.

Rabiha, sahabat istananya yang sentiasa berada di sisi, pasti akan bertanya dengan penuh risau. "Mengapa? Tuan hamba disakiti?"

Gelengan kecil diberikan oleh Zarina sebelum meletakkan penyapu ke dinding. "Tiada apalah. Hamba mahu ke pasar, mahu ikut?"

"Tidak mengapa. Pergi sahajalah. Hamba akan tinggal di sini untuk menyudahkan kerja." Ujar Rabiha dengan senyuman manis.

Zarina mengangguk faham. Dia mula berjalan ke arah pintu besar istana. Bakul kecil yang terletak di atas sebuah almari, dia ambil.

Senyuman nipis diberikan kepada para pengawal yang menjaga pintu istana. Pengawal-pengawal tersebut membalas senyuman itu lalu membuka pintu besar itu untuk dilepasinya.

Apa yang istimewa tentang Zarina ini, dia mampu untuk keluar dan masuk istana sesuka hati. Bukan apa, dia seorang yang sangat baik dan rajin membantu orang. Maka dengan itu, dia tidak memerlukan kebenaran kerana warga istana percaya, dia bukan calang-calang dayang untuk melarikan diri.

Zarina tersenyum manis. Dia menarik nafas dalam sebelum suaranya yang merdu mula menyanyi. "Andai, hidup ini-"

"Sudah-sudahlah tu menyanyi anakku, oi!" Tegur Makcik Zakiyah, tukang kebun istana yang sibuk memotong daun.

"Alah mak, orang nak nyanyi pun tak boleh!" Zarina mencebik. Potong stim? Ya!

Ketawa Makcik Zakiyah dibuatnya. Dia tersengih sebelum berkata. "Bebas ya kau cakap-cakap macam ini? Kuajo!"

Pelukan kecil diberikan kepada emaknya oleh Zarina. "Yalah mak, orang saja je. Bosan tau dok cakap bahasa istana sepanjang masa. Mak nak dengar orang cakap gini, 'Bonda, bonda boleh jangan kacau Ina? Ina bosan dengar bebelan bonda setiap hari.'" Ajuk Zarina sambil membuat gaya gedik. Makcik Zakiyah menggeleng tanda geli.

Bidadari istana? Huh, jangan diharap dengar oleh ahli keluargnya. Sesungguhnya, dia bagai jauh panggang dari api!

"Nak cakap tu, perlahan sikit. Kau tu baru keluar pagar istana. Boleh jadi pengawal kat sebelah sana tu boleh dengar kau." Kata Makcik Zakiyah yang sibuk memotong dahan semak yang berada di sekeliling pagar istana.

Keluhan kecil diberikan Zarina. Sungguh, dia bosan!

"Nanti masuk pekan, orang masih kena gunakan bahasa sopan ni."

"Dah ini lingua franca negara kita. Kau nak cakap Inggeris dengan raja ke?!"

"Apa bising-bising di luar sana itu?" Dua orang pengawal muncul di sebalik dinding yang menutup pandangan mereka daripada pagar utama istana.

Makcik Zakiyah laju sahaja memotong dahan-dahan yang ada manakala Zarina pula, hanya berpura-pura sedang menghidu bunga.

"Bising? Bising apa ya? Tuan pengawal mendengar apa?" Soal Zarina dengan lembut sekali. Acah-acah terkejut sikit.

Serta merta larian yang sedang dilakukan oleh para pengawal itu terhenti. Mereka tersengih-sengih seraya menggaru belakang leher mereka yang entah gatal entah idak. Merah wajah mereka menahan malu.

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Where stories live. Discover now