👑~ Warga Istana ~👑

333 31 6
                                    

Hai warga istana! Assalamualaikum! Akhirnya kalian semua berjaya mengakhiri cerita ini bersama dengan penulisnya. Siapa yang bersama dari tahun 2020, hamba benar-benar kagum!

Ini bukanlah kali pertama hamba menulis cerita cinta, namun ia merupakan kali pertama hamba menulis secara rasmi di bawah genre ini. Selama ini, hamba hanya menulisnya secara suka-suka dan tidak profesional. Sekarang ini, hamba sudah mula mahir dalam membuat ayat dengan lebih baik dan sudah memiliki novel fizikal. Jadi, harapnya apa yang hamba lakukan adalah yang terbaik.

Junjung kasih buat semua yang masih setia! Hamba sayangggg sangat dekat kalian semua. Terima kasih kerana vote, comment dan berinteraksi dengan hamba. Seronok sangat!

HTBL merupakan hasil penulisan yang sangat memenatkan sebab tak biasa dengan genre ini. Hamba kan penulis fiction fantasy, jadi agak janggal nak tulis cerita macam ini. Romance from A to Z, rasa macam nak nangis!

Tapi itulah, comment kalian membina. Rasa macam seronok nak tulis, kelakar pun ada. Harap kalian enjoy sepanjang melalui perjalanan bersama watak-watak HTBL. Hamba doakan agar kalian semua dikurniakan rahmat daripada Ilahi.

Baiklah, itu sahaja. Selamat tinggal! Hamba pinta diri dulu.

Semoga bertemu di lain cerita. InsyaAllah.


Yang ikhlas, 

Haninay.

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz