👑~ LIX : 59 ~👑

222 30 7
                                    

Langsir putih yang memenuhi setiap koridor diikat dengan tali berwarna perak. Bunga-bunga pelbagai warna memenuhi kuda-kuda bumbung serta di atas pintu-pintu yang ada. Reben-reben perak sambung-menyambung di siling istana dan dapat dilihat ada di mana-mana sahaja. Tanglung lilin yang malar menghiasi setiap kawasan demi memberi sinar pada hari yang indah itu.

Pintu Istana Angin Putih terbuka luas, menjemput kaum kerabat dan ahli keluarga. Rakyat pula seronok berkumpul di kawasan hadapan istana, tertunggu-tunggu dengan kemunculan mempelai yang bakal mempersembahkan diri mereka di balkoni utama istana. Alunan muzik, selawat dan nasyid memeriahkan keadaan.

"Ina, dah siap ke? Permaisuri Imarah dan Tuanku Shahir dah panggil tu!" Makcik Zakiyah memanggil-manggil sambil mengetuk pintu kamar yang dihuni anaknya itu.

"Kakak Ina! Abang Shafhan dah tak sabar nak tengok kakak Ina!" Serentak Shaima dan Shafiy bersuara sambil meniru aksi Makcik Zakiyah yang mengetuk pintu. Mereka turut sibuk di situ.

"Eh, saya pula?!" Soal Shafhan yang turut berada bersama mereka, berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding. Baju melayu putih yang dikenakan dengan samping hitam itu benar-benar cantik terhias pada tubuh tegapnya. Tanjak putih berkilat menjadi pelengkap penampilannya hari itu.

Oh, jangan lupa dengan keris yang diselitkan pada sampingnya.

"Sabar jap!" Suara Shahmina melaung dari dalam diikuti pelbagai jenis bunyi. Bedebap sana sini seperti ada sesuatu yang terjatuh-jatuh.

"Dayang Fazia, ambil kejap pemerah pipi itu!"

"Kejap tuan puteri. Rabiha, tepi sikit."

"Hei, jangan langgar kerongsang tu! Ha, kan dah jatuh."

"Dah ke belum? Kang nanti saya sendiri keluar. Rakyat sudah menunggu kita!"

"Bukan kita. Awak je, Ina."

Makcik Zakiyah dan Shafhan sudah saling berpandangan. Shafiy dan Shaima pula sudah tergaru-garu kepala masing-masing kerana hairan dengan apa yang berlaku di dalam. 

Bunyi seseorang berlari menarik perhatian mereka yang berada di luar kamar tersebut. Apabila menoleh, terlihatlah Pakcik Zainal yang termengah-mengah menuju ke arah mereka semua. Dia sudah segak bersiap dengan persalinan yang diberikan oleh Tuanku Shahir.

"Ina tak keluar lagi? 10 minit sahaja lagi kemunculan pengantin akan diumumkan." Ujar Pakcik Zainal setelah berjaya tiba di sisi Shafhan. Songkoknya yang telah senget dibetul-betulkan agar terlihat kemas.

Pintu kamar terbuka secara tiba-tiba. Shahmina menjadi orang pertama yang menjengulkan kepalanya ke luar. 

"Sepatutnya, mereka yang tunggu pengantin. Ini kita pula kena siap cepat-cepat. Mana nak cantik?" Bebelnya kemudian membuka pintu dengan lebih luas.

"Niat kita untuk memudahkan rakyat, Shahmina. Mereka sudah menunggu lama. Mungkin ada daripada mereka yang sanggup meninggalkan tugas-tugas penting semata-mata untuk melihat kita. Tidak kurang juga dengan mereka yang bakal menjalani kerja-kerja tertentu setelah acara ini. Ingat, kita fikir orang, orang fikir kita." Pesan Shafhan di situ pada adiknya.

"Yalah, yalah." Balas Shahmina, bergerak ke tepi bagi memberikan ruang untuk mereka yang lain keluar. 

Fazia tersengih sahaja sambil mengembangkan kainnya dan berjalan melintasi Makcik Zakiyah. Shafhan langsung tidak dia pandang seperti tidak menyedari akan keberadaan putera itu. "Jom. Puteri Shahmina ada memberitahu bahawa tuan putera dan puteri perlu memakai lambang baldu Angin Putih. Ayuh!" Ajaknya pada Shafiy dan Shaima yang sedari tadi menunggu di luar. Bahu dua orang kanak-kanak itu ditepuk-tepuk agar mengekorinya.

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Where stories live. Discover now