👑~ XXXIII : 33 ~👑

293 46 2
                                    

Kuda yang ditunggang meringkik setiap kali Aryan melalui kawasan hutan tertentu yang berada tidak jauh dari kawasan pekan Angin Putih. Aryan berasa ragu-ragu dan tidak sedap hati lalu mengintai sedikit ke dalam. Ada sesuatukah yang berada di sana?

"Assalamualaikum. Ada sesiapa di sana? Hamba Pahlawan Angin Putih. Jika ada perlukan bantuan, hamba boleh membantu." Ujarnya dengan penuh tegas dan sopan agar tidak menakutkan sesiapa yang berada di sana.

'Ke aku bercakap dengan haiwan je sebenarnya ni?' Soalnya di dalam hati apabila tiada sesiapa yang membalas panggilannya itu.

Kepala kudanya yang putih itu diusap-usap perlahan kemudian dia meninggalkan kawasan tersebut dan memusatkan tujuannya ke istana semula. "Jelita, laparkah?" Soalnya pula pada kudanya itu.

Bagaikan memahami, kudanya itu menggeleng kecil. Aryan agak terkejut dengan balasan itu namun tersenyum nipis. "Nampaknya Jelita kesan sesuatulah tadi kan? Akan Aryan usulkan pada pihak istana." Jelasnya seperti berkata-kata dengan seorang manusia.

Jelita meringkik lagi lalu melajukan langkahnya ke istana.


°°°°°°°°°°


"Buku apa lagi yang Dayang Ina ini beli?" Soal Fazia seraya mendekati Zarina yang baru sahaja melangkah ke luar dari Kedai Buku Aksara yang sering dikunjugi mereka.

 "Jangan dipersoalkan." Balas Zarina sambil memeluk bakulnya. Dia berpaling ke arah lain agar Fazia tidak dapat melihat apa yang dibeli. Biarlah dirinya sahaja yang tahu. 

Rabiha yang sekadar menonton perbuatan mereka menggeleng-gelengkan kepalanya. Setiap kali Fazia mendekat, setiap kali itu Dayang Ina menjauh. Rabiha tahu apa yang dibeli Zarina namun malas mahu mengambil kisah.

"Sudahlah itu, ayuh kita ke istana cepat. Nanti kena bebel dengan Dayang Leha, habis kita. Di istana sana itu dipenuhi kerabat pula itu. Kita tidak boleh mengelat dan lepas tangan." Tegur Rabiha yang sudah pun melangkah ke hadapan dahulu, meninggalkan sahabat-sahabatnya di belakang.

"Tak sempat Dayang Leha bebel, Rabiha dah buat dulu." Bisik Fazia yang mana mengundang tawa Zarina. Rabiha menjeling ke belakang seketika sebelum kembali menghadap ke hadapan.

Ringkikan kuda yang tidak jauh dari mereka mengejutkan ketiga-tiga wanita itu. Kelihatan Aryan sedang bergerak laju mengarahkan kudanya itu dan ini.

"Huish, kenapa Jelita laju sangat tu? Kalau salah duduk, mahu terpelanting si Aryan tu." Tutur Zarina, pelik. Ada sesuatu yang mendesak berlakukah? Tetapi mengapa dia seorang sahaja?

Zarina memerhati keadaan sekeliling. Ada juga beberapa orang pahlawan yang meronda namun mereka tenang sahaja. Pandangan pelik mereka pada Aryan turut diperhati Zarina.

"Wah, laju sungguh pahlawan Aryan berkuda. Hati-hati semua." Suara seorang penduduk Angin Putih yang berada di pekan tersebut membuatkan semua di situ berjaga-jaga. Gadis-gadis muda yang sedang galak berbual lantas melajukan langkah mereka ke sisi jalan utama.

Apabila mendapat peluang, Jelita laju sahaja berlari tanpa menghiraukan jeritan Aryan yang terkejut. Namun Aryan tidak menyuruh Jelita memperlahankan lariannya kerana dia sedar, ada sesuatu yang asing yang hanya dapat Jelita kesan.

Kerutan dahi dapat terlihat jelas pada wajah Zarina. Jika Jelita berperwatakan begitu, nampaknya ada sesuatu yang telah berlaku.

"Ayuh kita ke istana cepat." Ajaknya lalu berjalan laju diikuti Rabiha dan Fazia. Hud di belakang mereka ditarik agar menutupi kepala. 


°°°°°°°°°°


Para pengawal dan petugas istana yang berada berdekatan dengan perkarangan istana benar-benar terkejut apabila pagar dibuka pantas dan seekor kuda putih sedang berlari laju ke dalam. Untuk menghentikan lariannya, bunyi geseran pada lantai menunjukkan betapa kuatnya ladam kuda itu mencengkam lantai.

"Jelita, pergi ke kandang dahulu ya. Biar Aryan menghadap mereka yang berkenaan." Tutur Aryan pada Jelita kemudian menepuk belakang kuda itu. Segera kuda putih tersebut menghilang dari pandangan, menuju ke tempat asalnya.

"Pahlawan Aryan ini, berbicara seperti boleh sahaja membawa Jelita ke dalam sekali." Tegur seseorang tidak jauh darinya. Sebaik sahaja Aryan menoleh, maka terlihatlah Makcik Zakiyah sedang tersenyum penuh terhibur.

"Hahah, maaf Dayang Zakiyah. Hamba ada tugas mustahak, disebabkan itulah tidak hamba fikir betul-betul sebelum berbicara. Pinta diri dulu ya." Sopan Aryan berkata kepada emak sahabatnya itu. Dia menundukkan kepala sedikit kemudian berlari ke dalam istana.

Makcik Zakiyah mengerutkan dahinya sambil lirikan matanya mengikut langkah Aryan yang seperti tidak sabar untuk bertemu seseorang. Atau dia ingin ke tandas sahaja sebenarnya?

Bunyi larian yang secara tiba-tiba hadir dari arah pagar membuatkan Makcik Zakiyah terkejut sekali lagi. Dia berpaling ke arah datangnya bunyi tersebut.

"Astaghfirullahalazim. Apa ini para dayang berlari-lari?" Tegurnya seperti emak-emak. Tiga orang dayang yang bertutup dengan hud itu dilihatnya dengan wajah kecewa disertai gelengan kepala.

"Maaf mak, orang mahu jumpa Aryan sekejap." Salah seorang insan yang berhud itu berkata kepadanya. Terkejut bukan kepalang Makcik Zakiyah apabila mendengar suara itu.

Belum sempat dia membalas kata-kata tersebut, tiga orang dayang itu sudah melangkah ke dalam istana terlebih dahulu. Sudah kenapa hari ini semua orang tergesa-gesa sahaja? Lagi terkejut apabila salah seorang dayang yang berlari itu anaknya sendiri.

Aduhai, apalah nak jadi.

Dia berdoa di dalam hati agar tiada apa-apa yang berlaku kerana ahli keluarga kerabat diraja dari pelbagai negara terdapatnya di dalam istana yang satu ini. Jika apa-apa yang berlaku, Angin Putih pula yang bakal dipersoalkan.

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Where stories live. Discover now