👑~ LIII : 53 ~👑

170 28 3
                                    

Jaguh pantas berlari meninggalkan Damai Kundang dan melalui pohon-pohon yang membentuk hutan di sempadan Angin Putih. Hanya bunyi derapan ladamnya sahaja yang bergema di kawasan hutan tersebut. Nafas kencang Shafhan turut menemani, mulutnya tidak henti-henti berzikir dan berdoa agar mereka yang tinggal di Damai Kundang itu selamat.

Zap! Bunyi sesuatu ditarik membuatkan jantung Shafhan seperti terhenti. Serta-merta Jaguh jatuh ke tanah, menyebabkan dia turut terjatuh dari tunggangannya.

Shafhan segera duduk di atas tanah dan meneliti Jaguh yang meringkik-ringkik kesakitan. Dua kaki hadapannya seperti terikat dengan tali manakala lehernya pula tersangkutnya seutas tali yang berjaya dimasukkan oleh seseorang dari jauh. Nampaknya, ada sekumpulan manusia yang menunggu di dalam hutan itu untuk menyerangnya.

Dua figura muncul di sebalik semak-samun di situ. Shafhan memicingkan matanya bagi melihat dengan lebih jelas. Mereka memakai hud labuh bagi menyembunyikan wajah. Seorang memegang busur panah manakala seorang lagi memegang pedang di tangan.

Beberapa orang lain dapat Shafhan lihat bersembunyi di belakang pohon-pohon yang ada. Merekalah yang menjaga ikatan pada Jaguh agar kuda itu tidak boleh bangun dan melarikan diri. Shafhan sudah mengetap bibir. Dia tidak membawa apa-apa senjata pada ketika itu kerana dia langsung tidak menyangka bahawa peperangan akan terjadi begitu sahaja.

Shafhan sudah mula memasang kekuda, kakinya dipasakkan keras ke atas tanah. 

"Putera jenis apa yang tak bawa apa-apa senjata apabila berjalan-jalan? Bosan..." Salah seorang daripada dua orang figura berhud itu menyatakan dengan suara feminin. Tangannya digerak-gerakkan bagi menunjukkan riak bosan itu. 

"Shafhan sedar bahawa dia tidak ada salah apa untuk diserang. Tapi dia salah, dia tak tahu yang dia dah cemarkan darah raja kita." Seorang lagi pula berkata dalam nada mengejek. Pedangnya dipusing-pusingkan.

Hud yang menutupi kepala dua orang insan itu ditarik ke belakang oleh empunya diri. Kelihatan Tengku Rhaidan dan Tengku Rhaina tersengih melihat Shafhan yang terkejut dengan kehadiran mereka.

"Lama kita tidak berjumpa kan, Shafhan?" Soal Tengku Rhaina dengan suara yang meleret. Kepalanya ditelengkan sedikit.

"Lama tak datang istana dia, teringin juga nak tengok Shahmina." Sambung Tengku Rhaidan pula, tersenyum nakal.

Mendengar nada Tengku Rhaidan yang tidak enak menyebut nama Shahmina itu, Shafhan membara dengan kemarahan. Matanya mencerlung tajam ke arah Tengku Rhaidan sebelum berdiri tegak, menunjukkan bahawa dia tidak mahu berlawan. Namun postur badannya menunjukkan jika tersalah satu langkah oleh mereka, bahaya akan menemani mereka.

"Saudara Rhaidan, saudari Rhaina." Sebut Shafhan, memandang putera dan puteri itu secara bergilir. "Apa yang saudara dan saudari mahukan?" Soalnya.

Tengku Rhaidan dan Tengku Rhaina saling berpandangan. Selepas itu, mereka mencebik dan memandang semula ke arah Shafhan dengan serentak.

"Dia buat-buat tak tahu pula." Menyampah Tengku Rhaina berkata sambil menjeling ke atas.

Shafhan menjongketkan keningnya. Dia benar-benar tidak tahu sekarang ini. Apa yang mereka mahukan? Jika hadir sekadar mahu berbicara tentang hubungan dia dengan Zarina, tidak akanlah sehingga memakai senjata dan pelbagai perkakas lagi pada baju mereka. 

"Tepi!" Satu suara perempuan menjerit di belakang Tengku Rhaidan dan Tengku Rhaina. Bunyi derapan tapak kaki kedengaran sebelum seorang gadis menyelit antara dua orang kembar itu. Hudnya ditarik ke belakang sebelum sepasang mata bundar memandang Shafhan dengan penuh gembira.

"Putera Shafhan!" Seronok Aleya berkata padakala pandangannya jatuh pada putera itu.

"Cik Muda Aleya." Balas Shafhan dengan anggukan sekali. Matanya memandang ke bawah dan dia ternampak sebilah pisau dipegang oleh gadis itu. 

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Where stories live. Discover now