👑~ XIX : 19 ~👑

472 71 20
                                    

Hari demi hari berlalu, akhirnya Zarina sudah diberikan keizinan untuk terus berkerja. Aryan yang semakin pulih pula masih berada di kamar rawatan dan boleh meneruskan tugasnya dalam dua hari lagi. 

Sepanjang keberadaan mereka di kamar rawatan, Makcik Zakiyah dan Pakcik Zainal seringkali berulang-alik dari kerja dan istana semata-mata untuk melawat mereka. Oleh kerana Zarina dan Makcik Zakiyah merupakan warga istana, Pakcik Zainal dibernarkan untuk masuk setiap kali mempunyai keizinan.

Tidak lupa juga dengan emak kepada Aryan yang tinggal bersama adik perempuannya di dalam kawasan bandar Angin Putih. Setiap kali mereka hadir melawat, mereka pasti tidak lupa untuk membawa buah tangan untuk Zarina juga. Jika ada kesempatan, mereka akan berbual mesra seperti sebuah keluarga.

Misi mencari bukti dan menyiasat kawasan istana masih diteruskan tanpa pengetahuan para petugas istana termasuklah Zarina sendiri. Hanya mereka yang berpangkat tinggi sahaja yang tahu akan apa yang sedang berlaku di sebalik tabir seperti Tuah, Andika, Dayang Leha dan Pahlawan Rizman.

"Pahlawan Rizman, macam mana dengan keadaan pahlawan Aryan?" Soal salah seorang daripada pengawal yang menjaga pagar istana menyoal prihatin.

Pahlawan Rizman yang sedang menunggang kuda dan menuju ke arah pagar ke kawasan luar, menoleh pantas ke arah pengawal tersebut. "Dia semakin pulih. Pahlawan Aryan baik-baik sahaja, jangan risau." Tuturnya selaku ketua bagi semua pahlawan.

Selepas mendapat anggukan daripada pengawal yang menjaga pagar, Pahlawan Rizman meneruskan perjalannya ke luar kawasan istana. Barangkali ada tugasan besar yang harus dilakukan di sekitar Angin Putih.

"Pahlawan Rizman sudah berangkat keluar?" Soal Shaima dan Shafiy yang muncul bersama Zarina.

Kedua orang pengawal itu berpaling pantas ke arah hadirnya dua suara kecil tersebut. Serta-merta mereka membetulkan posisi dan menundukkan sedikit kepala mereka.

"Benar sekali, Putera Shafiy dan Puteri Shaima." Jawab mereka serentak, sopan sekali.

"Sebenarnya, baginda berdua ingin memberikan hasil tangan istimewa kepada Pahlawan Rizman namun tidak sempat pula." Ujar Zarina lalu mendapat anggukan faham daripada dua orang pengawal tersebut. "Apa kata tuan putera dan tuan puteri beri juga kepada para abang pengawal?" Sarannya pula.

Perlahan-lahan, Shafiy dan Shaima beralih dari belakang Zarina dan menuju ke arah dua orang pengawal itu. Setiap seorang daripada mereka mendapat seketul kek cawan. 

"Hmm?" Pelik mereka meneliti makanan itu.

"Itu kek cawan, hasil tangan tuan putera dan tuan puteri bagi setiap petugas istana." Terang Zarina dengan senyuman.

Segera mereka menunduk hormat sekali lagi dengan riak wajah terharu. "Junjung kasih duhai tuan putera dan tuan puteri!" Ucap mereka serentak.

"Oh, dayang Ina sudah mula berkerja?" Soal salah seorang daripada pengawal tersebut setelah bangkit berdiri daripada tunduknya.

Zarina tersenyum senget. "Tuan hamba rasa?" Soalnya sambil bercekak pinggang. Lagaknya masih dilakukan seperti biasa meskipun dia tahu bahawa seluruh warga istana masih berwaspada dengannya.

"Pastilah sudah mula bekerja! Jika tidak, tidak dapat kita lihat bidadari istana pagi-pagi macam ini!" Jawab pengawal seorang lagi pula. "Ini bermakna, Dayang Ina tidak bersalah kerana sudah dilepaskan daripada gantungan kerja." Sambungnya lagi.

Akhirnya, kedua-dua pengawal itu memandang satu sama lain sebelum mengangguk ke arah Zarina dengan senyuman lebar. Hati mereka berbunga-bunga tatkala sedar bahawa mereka sedang bercakap dengan seorang wanita yang diminati ramai jejaka itu.

Zarina membalas senyuman mereka dengan anggukan bersemangat. "Baiklah, hamba pergi dahulu. Semoga tuan hamba berdua dicucuri rahmat tuhan sentiasa." Ujarnya lalu berjalan pergi bersama Shafiy dan Shaima.

'Allahu, malunya...' Bisik hati Zarina setelah membelakangi dua orang pengawal itu. Ada pula mereka bangkitkan tentang dia digantung kerja. Apalah nak jadi.

"Kakak Dayang Ina, selepas ini mahu memberikan kek cawan ini kepada siapa?" Tanya Shaima sambil melihat beberapa ketul kek cawan yang terdapat dalam bakul yang dibawanya.

Zarina membuat gaya berfikir. Tidak lama kemudian, wajah-wajah yang tidak disangka muncul di fikirannya. "Sudah beri pada bonda serta ayahanda? Puteri Shahmina dan Putera Shafhan?" Balasnya dengan soalan.

"Belum!" Balas kedua beradik itu serentak. Wajah mereka berseri-seri bagaikan teruja untuk memberikan hasil mereka itu kepada ahli keluarga mereka.

Namun begitu, Zarina berasa menyesal pula menyoal sedemikian. Hal ini demikian kerana, dia tidak mahu bertemu denga mana-mana ahli keluarga Diraja terutamanya Shahmina. 

"Jika begitu... Errr...." Zarina mula tidak keruan mencari alasan. Matanya melilau ke sana dan ke sini sehinggalah matanya tertancap pada seorang dayang yang memakai selendang sutera.

"Dayang Aliya!" Panggil Zarina tanpa segan-silu.

Aliya yang sedang enak melihat bunga-bunga yang terhias di sekeliling dinding istana segera menoleh. Wajahnya tampak hairan apabila musuhnya yang memanggil. "Hah?"

"Tolong bawakan tuan putera dan tuan puteri bertemu dengan insan yang dipinta, ya! Terima kasih!" Jerit Zarina kemudian meminta Shafiy dan Shaima agar mengikuti Aliya. Belum sempat dua orang kanak-kanak itu membalas, Zarina sudah melarikan diri terlebih dahulu.

Shafiy dan Shaima pantas berlari-lari anak ke arah Aliya yang terpinga-pinga di situ. Seketul kek cawan diberikan kepada Aliya.

"Kakak Dayang Aliya belum dapat lagi, bukan?" Tanya Shaima kemudian dijawab dengan aggukan daripada Aliya bersama senyuman manis.

"Ayuh teman beta bertemu dengan bonda dan ayahanda!" Ajak Shafiy pula seraya menarik kain milik Aliya. Mahu tidak mahu, haruslah dia mengekori dua orang kanak-kanak itu atas faktor status dan hormat.

Kawasan yang dilalui oleh Zarina tadi dilirik Aliya. Sungguh, dia berasa hairan dengan kejadian yang tiba-tiba ini.

'Apa muslihat perempuan tu? Tiba-tiba sahaja bercakap dengan aku.' Getus hatinya.

°°°°°°°°°°

Taman yang sentiasa dilawati menjadi tempat buat Zarina melepaskan lelah. Nafasnya yang turun naik akibat panik dan tekanan semakin lama semakin berkurangan. Jiwanya cuba ditenangkan dengan melihat segala tanaman yang ada. Kerusi kosong yang terletak berdekatan menjadi sasarannya.

Dalam diam itu, Shafhan yang berada tidak jauh daripadanya sedikit tersentak seketika tadi apabila terlihat seorang dayang istana sedang berlari-lari ke arah taman. Dia yang berada di situ untuk menguatkan hafalan segera mencari pohon untuk bersembunyi.

Melihatkan kawasan taman yang disangkanya sunyi, Zarina menekup wajahnya dengan kain pakaian lalu menjerit sendiri. Jeritannya tidak kuat, namun masih boleh ditangkap oleh insan yang sedang bersembunyi.

Sungguh, hati Shafhan terkesan dengan segala yang menimpa Zarina. Dia sedar bahawa wanita itu hidupnya tenang dan damai, sebelum dia pulang ke istana ini.

Tanpa berkalih dari tempatnya, Shafhan bersandar pada batang pohon lalu meneruskan hafalannya dengan perlahan. Mata dipejam agar bait-bait kalimah yang disebut dapat dihayati sepenuh hati.

Suara merdu Shafhan dapat didengari oleh Zarina meski tidak jelas. Serta-merta gadis itu menekup mulutnya. Sedar akan jeritannya tadi, dia terus menutup wajah malu menggunakan selendang. Walaupun begitu, dia tidak mahu beralih dari tempatnya.

Akhirnya, dua orang insan yang maklum akan kehadiran satu sama lain, meluangkan masa bersama walau berjauhan dan berjarak. Tanpa sedar, kedua-duanya seperti menyalurkan kekuatan buat satu sama lain agar terus kuat dalam menjalani hari-hari yang akan datang.

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?Where stories live. Discover now