43|BLUE WOLF

Depuis le début
                                    

Leader terus mengangkat wajahnya lalu tersenyum nipis melihat tingkah laku perempuan itu. Perangai perempuan itu tidak pernah berubah semenjak waktu perkenalan singkat lalu. Tidak sangka pula mereka berdua sudah berkawan rapat.

"Sorry ganggu" ujar Leader yang masih menyandarkan tubuh belakangnya di pintu keretanya.

Aurora terjongket keningnya.

"Sejak bila Mr Daniel pandai cakap sorry ni? Selalunya tak kisah sahaja" balas Aurora. Leader menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa ya? Dia pun tidak tahu kenapa dengan dia hari ini.

"Lupakan. Kau dah habis kerja kan? Jom ikut aku " Leader sudah berdiri tegak. Aurora berkerut dahi.

"Pergi mana?" soal Aurora hairan.

"Adalah, rahsia" balas Leader.

"Sejak bila ye Mr Daniel ni pandai berahsia pula? " Aurora mula meletakkan jari telunjuknya di dagunya kemudian diketuk perlahan, curiga.

"Stop panggil Mr Daniel. Panggil je lah Leader, senang" ujar Leader yang tidak suka nama sebenarnya di sebut.

"Kenapa tak suka panggil nama sebenar? " soal Aurora hairan. Leader terdiam seketika. Pandangannya teralih seketika pada beberapa buah kereta yang keluar dari tempat parking kereta ini.

"Tak ada sebab cuma banyak kenangan pahit. Sudah lupakan, aku malas nak fikirkan benda ni" Leader memandang wajah Aurora. Perempuan itu masih merenungnya. Seketika kemudian, perempuan itu membalas.

"Baiklah encik Leader!" balas Aurora dengan sengihan di bibirnya. Mungkin Aurora cuba mencari suasana ceria kembali. Dia tidak tahu apa yang Leader telah tempuhi jadi lebih baik dia tidak bertanyakan apa-apa lagi. Leader tersenyum nipis.

"Encik tua sangat lah, panggil abang Leader. Kan sedap bunyinya tu-" usik Leader pula. Aurora terdiam seketika. Leader pula ketawa jahat dalam hati.

Krikkk krikk

Bunyi cengkerik datang menyinggah.

"Cepatlah masuk sebelum aku culik kau" Leader terus masuk bahagian pemandu, enjin di hidupkan. Aurora terus masuk sebelah tempat pemandu. Dalam diam, Aurora tersenyuman malu. Hatinya pula bagaikan berbunga-bunga. Entahlah, sudah lama dia simpan perasaannya setelah kejadian tempoh hari. Dia hanya mampu menyimpan kata-kata hatinya itu.

Leader mencuri pandang wajah perempuan itu di sebelahnya, bukan senang nak melihat wajah blushing itu. Macam tomato! Nak gigit je rasanya pipi perempuan itu.

Akhirnya, mereka berdua bergerak pergi dari situ.

🔱🔱🔱

"Abang Lucas! " Nix mula terjerit kecil saat kehadiran Lucas datang ke markas itu. Lucas yang sudah keluar dari kereta itu kebingungan melihat Nix melambai-lambai ke arahnya dari tingkap atas, tingkat kedua.

"Kenapa? " balas Lucas yang masih mendongak memandang ke arah Nix.

"Cepatlah sini! " arah Nix. Lucas terus masuk ke dalam melalui pintu utama. Kelihatan beberapa orang bawahnya yang sedang makan mengelilingi meja bulat besar itu.

"Kerja yang Elton bagi dah settle ke? " soal Lucas saat teringat pesanan dari Elton. Disebabkan Elton ada hal, terpaksa lah dia datang ke sini sorang diri melihat keadaan markas ini.

"Sudah" balas Ozgue. Lucas mengangguk kecil.

"Tak apa korang buat hal korang, aku naik atas jumpa Nix kejap" pesan Lucas. Ozgue hanya menghantar pandangan kelibat Lucas menaiki anak tangga itu. Kemudian dia sambung makan kembali. Masing-masing kelaparan setelah menyelesaikan kerja yang di berikan oleh Elton itu, cuma kerja itu agak berat sedikit. Nasib baiklah mereka pulang dengan selamat.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Où les histoires vivent. Découvrez maintenant