Bab 65

1.3K 69 4
                                    

Davika memandang ke kiri dan ke kanan cuba memastikan tiada orang yang berdekatannya dengannya sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Davika memandang ke kiri dan ke kanan cuba memastikan tiada orang yang berdekatannya dengannya sekarang. Apabila yakin keadaan selamat barulah dia mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi Rayden yang entah sudah lama dia tidak tahu apa-apa perkembangan  saudaranya itu.

"Ada apa kau call aku pagi-pagi ni?" suara garau Rayden kedengaran di corong telefon.

"Ray, aku nak kau hack balik cctv villa The Livingston ni. Datin Evelyn dah tukar baru dan aku rasa kawalan keselamatan di villa ni semakin lama semakin ketat. Aku nak minta tolong itu je lepas tu yang lain biar aku yang buat sendiri," ujar Davika namun dia memperlahankan suaranya takut kalau ada sesiapa yang mendengar perbualannya di telefon bersama Rayden.

"Kau ni bercakap macam berbisik. Kau ingat aku dapat dengar secara jelas ke?"

Davika membentak geram. "Aku nak kau hack balik cctv villa The Livingston. Dengar tak?ke kau ni pekak!"

Rayden mengukir senyuman sinis. "Sekarang ni kau jangan lagi suruh aku buat ini buat itu. Aku pun ada kerja lain. Selama beberapa minggu ni aku tenang je sebab kau tak cari aku tapi bila kau cari aku balik hmm...aku rasa kau blah je lah dari villa tu. Kau tak dapat satu sen pun di sana," kata Rayden dengan nada separuh mengejek.

Davika terpana seketika. Siapa yang bagi lelaki ni makan racun. Dan apa sebenarnya yang tak kena dengan beruk ni?

"Kau dah kenapa Rayden?kau ingat tak rancangan ni siapa punya?kau jangan kata yang kau dah move on. Kau ni terlalu menyusahkan!sekejap betul sekejap tak betul!" geram pula Davika saat ini. Kalau Rayden berada di hadapannya sekarang sudah tentu dia bagi penampar dekat lelaki tu.

"Aku menyusahkan?kau yang menyusahkan aku tau tak?ayah kau tu dah meradang. Semua kesalahan dia letak dekat aku.
Cakap aku ni tak pandai jaga saudara sendiri. Cakap aku ni lelaki tak guna. Dia fikir anak kesayangan dia kena culik dan aku beritahu dia yang kau berada di villa The Livingston. Apalagi memanglah ibu kau tu pun mengamuk teruk dan padanlah muka kau kena halau di rumah nanti,"

"Kau!Rayden!" Davika menggengam buku limanya. Apakah dia telah diperbodohkan oleh lelaki itu selama ini?

"Yes, akulah Rayden. Kenapa?" sinis sahaja Rayden berkata.

"Kau perangkap aku selama ni kan?kau buat rancangan ni dan akhirnya semua ni aku yang terkena. Rayden kau memang tak guna!I will not forgive you with this!never!"

"Akhirnya, kau dah buka mata kau seluas-luas. Untuk pengetahuan kau miss Davika aku sebenarnya nak jadi waris harta ibu kau tu memandangkan dia lebih sayangkan aku dari anak dia sendiri. Aku nak ibu kau tengok kau sentiasa buruk di depan matanya. Aku nak buat kau merana. Kau nak tahu kenapa?kau penyebab aku hampir mati 15 tahun yang lalu. Masih segar di dalam ingatan aku kau sengaja tolak aku dari atas feri. Kau tahu sampai hari ini aku fobia air hanya disebabkan perempuan tak guna macam kau!" kasar sahaja nada suara Rayden ketika itu.

Davika tidak terkesan sedikit pun dengan kata kata Rayden sebaliknya senyuman sinis di bibir sentiasa terukir. Ya, memang betul dia pernah membuatkan Rayden hampir mati dibawa arus air di laut hanya kerana cemburu melihat ibunya yang lebih memberikan perhatian kepada Rayden berbanding dirinya.

"Dan akulah orang yang paling gembira ketika itu kalau kau mati di tangan aku!Kalau kau kata aku ni perempuan tak guna kau juga lelaki tak guna!sentiasa nak diberikan kasih sayang dari kedua dua insan yang bergelar ibu. Tapi kau tersilap langkah, kau juga dah rampas kebahagian aku dari dulu sampaikan ibu aku lebih sayangkan kau berbanding anak sendiri!mulai sekarang ni kau jangan anggap aku ni saudara kau!anggap aku adalah musuh dalam cengkaman kau!"

"Musuh dalam cengkaman?wow!
I like this words. Davika kalau dulu kau pasang niat nak aku mati di tangan kau tapi sekarang jangan sampai aku TERbunuh kau pula,"  panggilan terus dimatikan oleh Rayden.

Davika mengenggam penumbuknya. Ugutan itu bukan menakutkan dia tapi buat dia tercabar. Baguslah!namun dia yang lebih pintar dari lelaki itu dan mustahil dia tak jatuh di tangan seorang perempuan.

Davika segera berlalu pergi. Aku akan hapuskan kau Rayden!No matter what aku tetap tak akan kalah di tangan kau!

Datin Evelyn keluar dari tempat persembunyian. Apa yang dibualkan Davika dan Rayden di telefon tadi dia dengar.

Davika kamu memang pintar tapi malang kepintaran tu kamu gunakan untuk memperbodohkan diri kamu sendiri.

Datin Evelyn menggelangkan kepalanya. Memang tepat tekaannya Davika datang di villa ni hanya dengan satu rancangan.
Ingin jatuhkan siapa?Hana?Noah?maaf, ini kawasan The Livingston Family siapa suka cari pasal jangan pula diberi nahas di akhirnya.

Davika?datin Marlinda?

Tak sangka sampai sekarang nama Marlinda tu masih wujud didengarinya. Semakin lama semakin datin Evelyn rasakan Davika ini seperti satu petunjuk yang memberitahu keluarganya bahawa The Livingston berada dalam bahaya.

Namun satu sahaja yang mereka harus tahu yang datin Evelyn tak akan mudah menyerah selagi dia boleh pertahankan The Livingston Family walaupun suaminya tidak berada di sampingnya.

SEMUA INI DISEBABKAN PERKARA LALU!

Dia akan pastikan tiada siapa lagi yang berani menjatuhkan keluarganya dan itu janji dia kepada suaminya.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now