Bab 9

2.2K 189 1
                                    

Daniella memberhentikan keretanya di hadapan bangunan T&N Hospital yang gah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daniella memberhentikan keretanya di hadapan bangunan T&N Hospital yang gah itu.

"Nanti Nick akan datang ambil Hana. Lepas Hana dah buat check up terus tunggu Nick disini. Just wait him here okey," kata Daniella. Terbit rasa risau akan keselamatan Hana ketika itu.

Hana tersenyum lalu mengangguk. "Dont worry Hana akan tunggu Nick dekat sini.
Terima kasih sebab dah hantar Hana. Maaf sebab menyusahkan mesti akak lambat datang kerja kan?" kata Hana dengan penuh serba salah.

"Tak menyusahkan. Dont worry akak ni suka bantu orang. Jaga keselamatan ya. Kalau ada apa apa just call me. Tunggu kejap," Daniella mengambil kad kredit di dalam dompetnya lalu diberikan kepada Hana.

"Kalau Hana nak beli apa-apa guna je kad kredit ni. Simpan untuk Hana akak bagi," ujar Daniella dengan penuh ikhlas.

"Tak apa. Itu akak punya simpan je. Hana rasa lebih menyusahkan bila setiap hari guna duit orang lain. Akak simpan je kad kredit tu," tolak Hana dengan lembut.
Baginya dia terlebih menyusahkan Daniella jika memgambil kad kredit itu. Wanita itu sudah banyak membantunya seperti mereka itu bukan orang asing sahaja.

Menumpang di rumah Daniella sudah cukup baginya inikan pula menggunakan kad kredit Daniella memang berlipat ganda menyusahkan namanya.

"Hana just take it. Im fine. Akak bagi dengan ikhlas hati. Hana tak pernah pun menyusahkan akak. Just take it. Mulai hari ini kad kredit ni milik Hana. So just take it..." Daniella terus memasukkan kad kredit itu ke dalam tas tangan Hana.

Hana mengeluh. Dia tidak tahu macam mana cara dia nak balas jasa Daniella yang terlalu banyak membantunya.

"Hana minta maaf sangat pada akak. Hana terlalu menyusahkan akak," ucap Hana lagi dan entah sudah keberapa kali dia berkata ayat yang sama.

Daniella mengusap perlahan bahu Hana. "Hana anggaplah semua ini hadiah dari akak lagi. Hana tak pernah menyusahkan akak malah akak rasa gembira dapat bantu Hana. Okeylah akak dah nak gerak ni sekali lagi akak nak pesan yang jaga keselamatan Hana. Lebih lebih lagi Hana tu dah berbadan dua," pesanan Daniella itu cukup membuatkan Hana merasakan seperti Daniella seorang yang sangat protective.

"Terima kasih kak. Hana sentiasa dengar pesanan akak tu. Maaf kalau Hana buat akak terlambat,"

"Its okey no problem. Goodbye and take care ya,"

Hana mengangguk lalu melambaikan tangan ke arah Daniella.

Tidak lama kemudian kereta Marcedes benz itu pun bergerak meninggalkan kawasan hospital.

Hana melangkah masuk ke dalam hospital dalam keadaan yang tergesa. Baru dia sedar yang appointmentnya adalah pada pukul 8:00 pagi kini jam sudah pun menunjukkan angka pukul 7:50 pagi.

"AUCH!"

Hana lantas memegang kepalanya apabila terlanggar badan seseorang.

Perlahan lahan dia mendongak memandang individu tersebut. Terasalah diri ini pendek saat ini.

Secara automatik mata Hana tak berkelip. Dia begitu terkejut apabila melihat Noah yang berdiri tegak di hadapannya. Wajah yang amat dirinduinya selama ini ditatap seketika.

"Err...miss Im really sorry. Saya tak sengaja," kata Noah yang berasa serba salah. Dia tahu dia yang salah sebab terlalu fokus dengan ipadnya sehingga terlanggar dengan gadis yang berada di hadapannya sekarang.

Suara ini. Ya suara ini jugalah yang amat dirinduinya. Oh god help me.

"Miss..." panggil Noah sambil melambaikan tangannya di depan Hana. Aik sakit sangat ke aku langgar sampai tak bergerak sedikit pun.

"Ya saya?err..saya...saya minta maaf," Hana yang baru tersedar terus mengalihkan pandangannya ke tepi.

"Saya yang patut minta maaf. Sebagai tanda maaf saya erm...sebelum tu boleh saya tahu nama miss siapa?" tanya Noah.

"Faith," balas Hana menggunakan nama keduanya itu. Dia sebenarnya tidak mahu mendedahkan identitinya yang sebenar kepada Noah.

Manalah tahu suaminya itu tiba-tiba rasa seperti pernah mendengar nama Hana dan dia paksakan diri untuk mengingati nama itu. Siapa yang menderita?bukankah Noah sendiri.

"Erm I have to go now. Saya dah terlambat," Hana terus berlalu meninggalkan Noah tanpa sempat lelaki itu berkata.

Cukuplah hanya beberapa minit melihat wajah dan mendengar suara suaminya. Itu pun sudah cukup untuk dia melepaskan rindu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memeluk tubuh suaminya itu tapi apakan daya silap hari bulan makan penampar agaknya dia.

Hana hanya mampu bersabar. Mungkin bukan sekarang dia boleh kembali bersama dengan suaminya tapi dia percaya suatu hari nanti dia pasti akan kembali bersama dengannya.

Noah seakan akan tersedar sesuatu. Kenapa muka Faith sama dengan muka perempuan di dalam gallery phone aku?

Namun dia segera melupakan hal itu sebelum kepalanya semakin bertambah sakit.

Noah menuju ke keretanya dan meluncur laju menuju ke syarikatnya yang terletak beberapa meter dari hospital milik dia dan Theo itu. Banyak lagi kerja yang perlu dia uruskan di syarikatnya itu dan semakin sibuklah dia minggu ini.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now