Bab 20

2.1K 147 4
                                    

Kuala Lumpur International Airport

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kuala Lumpur International Airport

Tepat jam 10:00 pagi Noah dan Davika telah pun tiba di KLIA. Sepanjang dalam perjalanan Davika hanya memaut lengan Noah bagaikan tidak mahu melepaskan lelaki itu.

Noah pula tidak berapa sihat sejak mereka pulang dari hotel Le Dali Hotel Restaurant semasa berada di France. Wajahnya juga kelihatan agak pucat tetapi dia hanya memaksakan dirinya supaya tidak membuat Davika berasa risau akannya.

Disebabkan terlalu memaksakan diri untuk mengingati seseorang di fikirannya telah membuatkan kepalanya berasa sungguh sakit tambahan pula baru sahaja keluar dari pesawat tadi.

"You tak sihat lah I tengok. Awak
jangan paksakan diri awak tu. Jom kita pergi hospital sekarang ni juga," kata Davika. Keadaan Noah ketika ini sungguh membuatkan dia risau apatah lagi melihat Noah yang seperti tidak bermaya.

Noah menahan kepalanya yang semakin berdenyut sakit. Keadaan di sekeliling juga dilihatnya bagaikan berputar.

"Noah...I call your mum right now. Please bertahan sekejap," Davika mengambil telefonnya di dalam tas tangannya. Contact datin Kylie dicari sebelum button call ditekan.

"Dear...Im sorry kalau hari ni saya banyak menyusahkan awak," Noah hanya memaksakan dirinya untuk berkata walau hakikatnya dia berasa dirinya terlalu lemah ketika ini.

"Noah its okey. Yang penting-" belum habis Davika berkata Noah sudah rebah di atas lantai lapangan terbang dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

"Noah!Noah!awak dengar saya tak?please...please Noah...you have to be strong," jerit Davika tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling. Air matanya mengalir deras saat itu.

Datin Kylie yang baru tersedar telefonnya berbunyi lantas sahaja menyambut panggilan dari Davika itu.

"Kamu dah sampai-" ayat datin Kylie dipotong laju oleh Davika di corong telefon.

"Noah...dia...pengsan di lapangan terbang sekarang. Maafkan Davika ma..." tersekat sekat Davika menuturkan ayatnya ketika itu.

Orang yang lalu lalang di lapangan terbang itu membantu Davika menghubungi ambulans. Beberapa minit kemudiaan kedengaran bunyi siren menuju ke arah KLIA.

Datin Kylie sungguh risau akan keadaan anaknya. Dia tidak menyangka akan dapat berita buruk awal pagi hari ini.

"Dato, datin. Tuan Noah pengsan di lapangan terbang sebentar tadi. Sekarang ambulans dalam perjalanan bawa tuan Noah ke T&N hospital," kata pengawal yang menjaga keselamatan dalam villa itu.

Dato vincent sungguh terkejut. Segala kerjanya dibiarkan tertangguh. Yang dia risaukan sekarang ini adalah anaknya.
Dia dan datin Kylie tidak menunggu lama. Mereka terus menuju ke dalam kereta yang dipandu oleh pengawal peribadi mereka.

Theo laju sahaja menuju ke tingkat bawah villa apabila dia dihubungi oleh pekerja di T&N hospital bahawa Noah pengsan sebaik sahaja sampai di Kuala Lumpur International Airport.

Bukan kemain terkejut lagi dia mendapat berita itu sampaikan semua yang difikirnya tadi hilang serta merta.

Kelibat Hana dicari di sekitar kawasan villa itu. Dia perlu memberitahukan Hana tentang perkara ini.

"Theo..." panggil Hana apabila perasaan yang lelaki itu seperti mencari seseorang dalam keadaan seperti risaukan sesuatu.

"Hana kita kena pergi hospital sekarang ni. Noah pengsan di lapangan terbang baru sahaja tadi. Kita doakan agar tiada apa-apa yang buruk berlaku," kata Theo. Dia faham apa yang dirasakan Hana sekarang ni.

Kalau orang lain risaukan Noah. Hana pula lima kali ganda lebih risaukan keadaan suaminya ketika itu.

"Jom Hana...kita pergi di hospital sekarang ni. Dont worry. Saya tahu yang awak takut kalau bertembung dengan family Noah. But do this for your husband. Jangan fikirkan yang buruk berlaku just think the positive one," kata Theo cuba menenangkan Hana walaupun dia sendiri yang tidak tenang saat ini.

Hana pasrah apa yang berlaku hari ini. Apapun yang terjadi dia doakan agar Noah kuat menghadapi semuanya. Dia tidak kisah kalau bertembung dengan keluarga suaminya asalkan dia dapat melawat Noah.

***

Datin Kylie mundar mandir di depan wad yang ditempatkan oleh Noah. Dia sungguh berdebar menunggu keputusan dari doktor begitu juga dengan yang lain.

Semua kakitangan di dalam hospital itu juga turut risau akan Noah. Maklumlah hospital itu milik Noah dan juga Theo.

Apabila Hana sampai di hospital dia terus menuju ke wad yang ditempatkan Noah dan Daniella juga turut menemaninya. Theo pula meminta diri untuk bertugas kerana dia ingin membantu doktor yang lain untuk merawat Noah.

Datin Kylie begitu terkejut dengan kehadiran Hana tetapi tidak bagi dato Vincent. Baginya kehadiran Hana itu adalah sesuatu yang wajib.

Davika pula sudah menjeling sekilas ke arah Hana. Sungguh dia tidak selesa melihat kehadiran Hana di hospital ketika itu.

Mata datin Kylie terhenti apabila dia terpandang ke arah perut Hana. Disebabkan Hana tidak sempat menggantikan baju tadi perutnya yang mula membesar itu sudah ketara jika dilihat dengan betul. Kalau orang yang sudah berumur mereka akan tahu yang dia berisi.

Hana pregnant?fikir datin Kylie dalam hati. Dato Vincent juga perasan akan perut Hana itu dan dia yakin itu adalah anak Noah.

Davika hanya buat tidak tahu. Mesti dia sengaja guna pakaian wanita mengandung ni yelah sengaja nak minta perhatian dari parents Noah. Katanya dalam hati berbaur rasa cemburu.

Pintu wad dibuka oleh Theo Pandangan datin Kylie terus beralih ke arah Theo bersama dengan seorang doktor dan seorang nurse.

"Macam mana keputusan dia?"

Theo mengukir senyuman. Semua mereka terus menghembuskan nafas lega.

"Jangan risau. Tak ada apa-apa yang teruk sangat. Noah seorang yang kuat dan keadaanya ada sedikit perubahan dari sebelumnya. Dia pengsan ada kena mengena dengan suhu di France semasa dia berada di sana dan sebaliknya dia hanya perlu rehat yang secukupnya," terang doktor Theo.

"Syukurlah tidak ada apa-apa yang teruk terjadi. Boleh kami masuk sekarang?" tanya dato Vincent.

"Ya boleh silakan," kata doktor Theo penuh hormat.

Hana turut berasa lega saat ini. Terima kasih Tuhan kerana telah memakbulkan doaku.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now