Bab 61

1.3K 67 2
                                    

"Mumy, kenapa Hana tak boleh pulang di rumah keluarga Noah?Hana tak ada buat salah apa-apa pun," Daniella memandang wajah ibunya yang masih kelihatan marah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mumy, kenapa Hana tak boleh pulang di rumah keluarga Noah?Hana tak ada buat salah apa-apa pun," Daniella memandang wajah ibunya yang masih kelihatan marah. Perkara inilah yang buat dia tertanya- tanya?tak salah pun kalau Hana berjumpa dengan ibu bapa Noah. Tapi?

"Mumy tak ada kata yang Hana buat salah. Yang mumy nak cuma satu. Tolong jangan sesekali biarkan Hana pulang di rumah keluarga Noah. Cukup dia berada di villa ini dan rumah mereka sahaja," sudah jelas datin Evelyn memberikan arahan.

Kylie Livingston!

Datin Evelyn menggengam erat buku limanya. Kalau tak kerana hari itu perkara ini tak akan terjadi. Its been a long time Kylie, but that's not mean I wouldn't take a revenge.

"Tapi...itu kan ibu bapa mentua Hana takkanlah-"

"Daniella!once mumy said no thats mean no!forever no!undertsand?" kali ini suara datin Kylie kedengaran sedikit tinggi. Apa yang peliknya kalau sebelum ini belum pernah lagi Daniella melihat ibunya berkelakuan seperti hari ini.

Adakah ibu Noah dan mumy bermusuh?tak...tak mungkin!

"Mumy, Daniella cuma nak pesan yang mumy janganlah bertindak terlampau mengikut emosi. Sekarang ni Daniella nak beritahu yang Hana dah cukup kuat hadapi apa yang dia lalui selama ini. Mumy, please jangan buat dia macam ni lagi. She is your daughter. Im also your daughter. Maafkan Daniella kalau ada terkasar bahasa pada mumy tapi niat Daniella baik," Daniella menunduk memandang ke lantai.

Datin Evelyn menghela nafasnya perlahan. "Ini untuk kepentingan Hana dan juga untuk Livingston Family. Sebenarnya mumy tak restukan perkahwinan Noah dan Hana tetapi mumy tahu mumy tak ada hak nak menghalang. Itu keputusan Hana sendiri  memandangkan hari itu Hana sendiri belum kenal siapa ibu kandung sebenarnya,"

Kepala Daniella terangkat secara drastik. "Itu bermaksud mumy tak suka dengan perkahwinan Hana dengan Noah?macam tu ke?" Daniella sudah mulai tertanya-tanya.

Datin Evelyn mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi meninggalkan Daniella yang masih dalam kebingungan.

"TELL me apa yang awak dan mama bualkan tadi sampai dia cakap macam tu. Davika...Davika and always Davika!" tanya Noah namun masih fokus dengan pemanduannya.

"Hottie pie, saya dan mama just berbual tentang masa lalu. Apa yang mama katakan tadi tu memang betul. Davika-" belum sempat Hana habiskan ayatnya Noah sudah pum memintas laju.

"See!always Davika!atau apa yang kamu bualkan tadi ada sesuatu yang saya tidak tahu," Noah masih lagi tidak berpuas hati.

Lama Hana berdiam sebelum satu soalan diberikan kepada Noah. "Awak percaya saya tak?" pandangan terus dialihkan ke luar tingkap kereta.

"Ini tak ada kena mengena dengan soal percaya atau tak," balas Noah dengan nada yang serius.

Memang sangkaannya tepat Noah akan menjawab pertanyaannya seperti itu.

"Apa sebenarnya yang awak nak saya cakap lagi. Saya dah kata yang saya dengan mama hanya bualkan tentang masa lalu!tak ada kena mengena dengan awak pun!kenapa awak berubah sejauh ini dan awak tak puas hati dengan siapa sebenarnya sekarang ini?"

"Saya cuma minta selepas ini jangan lagi kaitkan Davika dalam perbualan kamu!masa lalu tu biarkanlah dah berlalu jangan ungkit lagi. Saya dah bosan dengar cerita yang sama berulang kali dan yang pastinya tentang Davika,"

"Jadi sekarang ni awak nak percayakan kawan yang sanggup tikam belakang berbanding isteri sendiri!Noah please apa yang Davika cakap sampai awak berubah sejauh ini?"

"Kalau saya kata saya lebih percayakan Davika jadi apa masalahnya?" serta merta kereta diberhentikan di tepi jalan.

Tell me this is just a dreams and a lie.

Hana terdiam seketika. Kata-kata suaminya tadi diproses berulang kali cuba mencari kepastian. Noah yang dia kenal dulu bukan lagi Noah yang berada di sebelahnya sekarang.

Tanpa Hana sedari air matanya mengalir perlahan. Dalam masa yang sama kebenciannya terhadap Davika semakin berkorbar-korbar. Apa yang perempuan tu dah buat sampai suaminya berkelakuan sedemikian.

"Buka pintu ni," pinta Hana. Berada dalam kereta suaminya membuatkan hatinya bertambah sakit dan mungkin ada baiknya jika dia keluar mencari ketenangan walaupun hari sudah larut malam.

"Awak nak pergi mana?saya tak akan benarkan awak keluar dari kereta," larang Noah. Niel yang sedang lena tertidur di seat belakang dipandang sekilas. Suami mana sahaja yang ingin membenarkan isterinya bersendiran di waktu malam. Memang taklah dia berkelakuan sekejam itu.

"Kalau saya kata buka. So please buka!awak nak saya guna bahasa alien baru awak faham ke!" bentak Hana. Entah dimana datangnya sifat anginya itu pun dia sendiri tidak pasti.

"Pernah tak awak terfikir keselamatan awak tu dah jadi tanggungjawab saya. Jadi jangan pernah terfikir saya akan biarkan isteri saya bersendirian di larut malam," nada suara Noah kedengaran begitu serius di gegendang telinga Hana.

Sejurus itu kereta Noah mula meluncur laju membelah bahu jalan. Hana mendengus geram.

"Tak payah anggap saya ni isteri awak kalau awak sendiri tak percayakan saya!kalau awak percayakan sangat Davika tu pergilah dekat dia!jadikan dia isteri awak," ujar Hana dengan suara yang berbaur rasa cemburu.

"No need to be jealous," balas Noah ringkas.

"Awak fikir isteri mana yang tak cemburu kalau suami lebih percayakan orang lain!heh malaslah nak bercakap dengan awak ni!"

"Kalau-"

"Stop!saya tak nak dengar apa-apa ayat yang keluar dari mulut awak!" marah Hana. Memandangkan suaranya yang boleh buatkan satu kampung terbangun jadi tak hairanlah Niel yang dibelakang pun terjaga dari tidur lenanya. Nasib baik sahaja budak tu tak menangis.


Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now