Bab 10

2.3K 189 5
                                    

Hana memandang Nick yang tengah fokus memandu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hana memandang Nick yang tengah fokus memandu itu.

"Awak dah berapa lama bekerja di villa milik Daniella?" tanya Hana yang mulai dilanda kebosanan.

"Dah hampir 8 tahun saya bekerja di villa tu. Miss Hana kena jaga kesihatan lepas ni untuk baby dalam perut tu," Nick sempat memberikan pesanan kepada Hana.

Aku teringin juga suami sendiri beri pesanan seperti itu tapi apakan daya aku yakin semua itu tidak akan pernah terjadi.

Hana hanya mengangguk. Dia segera membuang pandang ke luar cermin kereta.
Fikirannya kembali teringat dimana waktu pertama kali dia bekerja sebagai pembantu rumah di villa keluarga Noah.

Noah. Lelaki itulah yang berjaya memikat hatinya kerana sikap Noah berbeza dari lelaki yang lain. Dia suka akan setiap cara perwatakan lelaki itu yang menyebabkan dia terjatuh hati pada Noah.

Fikirannya ketika itu siapalah dia yang inginkan lelaki full package seperti Noah dibandingkan dengan gadis kampung yang tidak mempunyai apa-apa sepertinya. Memang jauh bezanya bagaikan langit dengan bumi.

Tetapi sangkaan aku ketika itu salah. Noah juga mempunyai perasaan terhadap aku dalam diam. Semakin lama aku pula berasa seperti bukan pembantu dalam rumah itu kerana Noah berulang kali melarang aku membuat kerja itu ini.

Layanan ibu bapa Noah juga amatlah baik walaupun status mereka tinggi namun tidak pernah sekali pun mereka meninggikan diri.

Tapi...

"Miss Hana?awak ada mana mana nak singgah ke?" tanya Nick tiba-tiba membuatkan Hana tersentak.

"Saya nak pergi kedai alat keperluan baby. Boleh tak?" kata Hana. Teringin pula dia nak tengok item baby yang comel comel tu hehe.

"Boleh tak ada masalah. Ini memang tugas saya sebagai pembantu," balas Nick.

Kereta BMW diletakkan di tempat parking kereta. Hana membuka seatbelt sebelum keluar dari perut kereta begitu juga Nick.

Hana tidak bertanya kenapa Nick mengikutinya kerana dia tahu apa tugas seorang bodyguard.

Nick mengikuti Hana dari belakang sambil matanya memandang ke kiri dan kanan.
Dia ingin memastikan Hana berada dalam keadaan yang selamat kerana Daniella sudah memberitahukannya yang keselamatan Hana berada dalam bahaya.

Hana menapak masuk ke dalam kedai yang menjual keperluan anak.

"Miss Hana dah tahu ke apa gender baby tu?" tanya Nick.

"Awak rasa apa?girl or boy?" sempat lagi Hana berteka teki.

"Boy?"

"Wah pandainya awak teka. Macam mana awak tahu Nick?" kata Hana.

"Haha saya pun tak tahu just main teka je tak sangka pula betul. Kalau macam tu saya hadiahkan miss Hana baju untuk baby tu. Pilihlah mana-mana yang miss suka," Nick tersenyum.

"Tak payahlah Nick. Menyusahkan awak-" ayat Hana terhenti apabila Nick memintas.

"Its okey. Saya ikhlas miss Hana," kata Nick sekali lagi.

Hana tetap menggelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu biar saya yang pilih baju baby tu," kata Nick lagi. Dia mula memilih baju bayi lelaki dan pantas sahaja Hana menahan tangan Nick.

"Nick...its okey. Saya just nak tengok barangan baby ni," ujar Hana.

Tapi Nick tetap juga tidak mendengar kata- kata Hana itu. Selepas dia membuat pembayaran di kaunter dia terus menghulurkan plastik berisi pakaian bayi itu kepada Hana.

Hana terpaksa juga mengambil plastik itu.

"Saya ikhlas. Anggaplah itu hadiah dari saya,"

"Thank you Nick. Saya janji saya akan balas kebaikan awak ni suatu hari nanti," balas Hana. Dalam keadaannya seperti ini dia bersyukur kerana Tuhan hantarkan orang-orang yang baik kepadanya. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

"No problem. Jomlah kita balik nanti risau pula kalau miss Daniella tak nampak miss Hana di rumah," kata Nick sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

Davika mengibas-gibas tangannya akibat kepanasan. Geramnya aku dengan Rayden ni. Boleh pula suruh aku tunggu dekat luar kedai kalau ya pun suruhlah aku tunggu dalam cafe ke restaurant ke ini tak. Patut pun tak ada perempuan yang suka dekat dia sebab tak gentle langsung.

Davika melilaukan matanya memandang di sekeliling kawasan. Dia ingin mencari kelibat Rayden namun matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang amat dia kenali. Hana?

Davika mengamati wajah Hana. Sah itu memang Hana!lalu dia melihat lelaki yang berjalan beriringan dengan Hana di sebelah.

Terbit satu senyuman sinis. Tak sia-sia aku berdiri di tempat yang panas ni dapat juga aku ambil bukti nak tunjukkan kepada datin Kylie.

Davika mengeluarkan telefonnya lalu mengambil gambar Hana dan Nick secara senyap sebanyak lima kali.

Nick memperlahankan langkahnya. Hana juga turut membuat perkara yang sama. Aik tadi bukan kemain lagi laju berjalan sekarang dah slow pula.

"Nick ada yang tak kena ke?" tanya Hana sambil melihat di sekitar kawasan.

"Tak ada apa-apa. Everything is fine," tipu Nick padahal dia perasaan akan seorang perempuan yang mengambil gambar dia dan Hana tadi. Dia ni tetap peka dengan keadaan sekeliling walaupun tengah bercakap kerana itu personalitinya cukup sesuai dengan profesion yang dipegangnya.

Nick memandang Davika yang turut memandang ke arahnya. Hana pun ikut memandang ke arah yang dipandang oleh Nick.

"Okeylah jom teruskan,"

Hana hanya mengikut arahan Nick tanpa sebarang suara.

Aku tak expect. Hana ni dah ada teman lelaki maksudnya bapa yang akan menjaga kandungan dalam perut dia tu. Yalah dia kan sentiasa diberikan kasih sayang tengoklah dia still bahagia walaupun dah terpisah dengan Noah. Teka Davika dalam hati.

Aku tak sabar nak report dekat datin Kylie!

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now