Bab 49

1.2K 83 6
                                    

Tembakan dilepaskan secara rawak sehingga tingkap kaca di villa itu pecah akibat tembakan dari konco-konco Rayden.

"Siapa selain kau yang ada di dalam villa ni sekarang!bagitahu aku kalau kau nak hidup!" dagu Hana diangkat supaya memandang ke arahnya.

"Kau nak apa dan siapa yang hantar kau?" soalan dibalas dengan soalan. Entah dimana datangnya keberanian Hana ketika itu untuk membalas soalan lelaki yang dia tidak kenali di hadapannya.

"Biadap eh kau pompuan!"

PAP!

Satu tamparan diberikan kepada Hana. Terasa berpijar pipinya ketika itu namun Hana tetap menahannya.

"Aku tak suka perempuan yang tak tahu cara macam mana nak hormat aku!macam kau!" rambut Hana ditarik dan dagunya pula dicengkam kuat.

"Zariel tolong rakam!aku nak ajar perempuan ni secukupnya!"

Zariel hanya akur. Dia mengambil telefon dan mula merakam. Frank pula sudah tersenyum sinis.

Pisau lipat diambil dari poket seluar. Tangan Hana ditarik kasar dan meninggalkan kesan torehan di kulit tangan Hana tanpa belas kasihan.

"Argh!" jeritan Hana kedengaran di villa itu. Sakit yang dirasakannya ketika ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Kau jerit sekali lagi aku tak teragak-agak simbah acid di tangan kau ni!"

Dan untuk kali yang kedua pipi Hana ditampar kuat sehingga hujung bibirnya mula berdarah.

Tiada apa yang dapat dibuatnya selain berdiam diri menahan sakit. Air mata pula ditahan daripada keluar.

Frank terus memaksa Hana melihat ke arah telefon Zariel. "Noah. Hana ada dengan aku sekarang ni dan aku boleh buat apa sahaja dekat isteri kau yang lemah ni. Kalau kau nak isteri kau ni cari aku sampai lubang cacing dan satu lagi kau bernasib baik tau sebab aku tak jumpa anak kau kalau tak dah meninggal budak kecil tu di tangan aku!"

Frank mengukir senyuman sinis untuk kali yang terakhir sebelum Zariel menekan butang off record dan rakaman itu terus dihantar ke telefon Noah.

"Bawa perempuan ni masuk ke dalam kereta!"

Hana sudah meronta-ronta ingin dilepaskan namun mulutnya lantas ditutup dengan kain agar tidak menjerit. "Kau jangan harap terlepas!" dengan penuh sinisnya Zariel berkata.

Chalida mendail nombor telefon datin Evelyn. Tangannya sudah terketar-ketar tatkala terdengar bunyi tembakan di tingkat bawah tadi.

Beberapa saat kemudian panggilannya disambut oleh datin Evelyn.

"Auntie Eve...Hana dalam bahaya. Chalida tak tahu nak buat apa sekarang. Villa kena serang secara mengejut," tersekat-sekat Chalida berkata kerana dia amat takut dan ini adalah kali pertama dia melalui keadaaan seperti sekarang.

"WHAT!Chalida beritahu auntie di mana Chalida sekarang. Apa yang dah jadi dekat Hana?Niel macam mana?" datin Evelyn mengambil tas tangannya sebelum keluar dari office. Langkah dilajukan menuju ke arah tempat parking. Segala kerja di syarikatnya dibiarkan tergelanda dek kerana terkejut dengan satu berita awal pagi ini.

"Chalida ada dengan Niel dekat ruang bawah tanah villa. Tapi...tapi Hana...dia-" Chalida tidak dapat meneruskan ayatnya dan hanya tangisan sahaja yang datin Evelyn dengari selepas itu.

"Chalida tunggu dekat sana."

Panggilan terus dimatikan.

"Nick cepat!villa tak selamat sekarang ni!"


TING!Satu notification terpampang di skrin telefon Noah. Dia yang sedang melihat rekod pesakit ketika itu menangguhkan kerjanya sementara.

Notification dibuka.

Rakaman yang dihantar oleh Zariel, iaitu konco-konco Rayden dibuka.

Volume phonenya yang kuat membuatkan Theo juga turut mendengar rakaman itu.

"Noah. Hana ada dengan aku sekarang ni dan aku boleh buat apa sahaja dekat isteri kau yang lemah ni. Kalau kau nak isteri kau ni cari aku sampai lubang cacing dan satu lagi kau bernasib baik tau sebab aku tak jumpa anak kau kalau tak dah meninggal budak kecil tu di tangan aku!"

Mati-matian dia fikir notification yang dihantar pagi ini menggembirakan namun lain pula yang dihantar. Sungguh luluh hatinya melihat isterinya didera oleh orang lain sedangkan diri dia sendiri belum pernah naik tangan pada Hana.

Apa yang lebih mencabar tahap kesabarannya adalah ayat terakhir dari lelaki yang dia tidak kenali dalam rakaman itu.

"Noah. Kau kena pergi sekarang. Biar aku selesaikan rekod pesakit ni," ujar Theo.

Tanpa menunggu lama Noah terus berlalu keluar dari hospital dengan api kemarahan yang membuak-buak. Tak cukup dengan perkara masa lalu tiba-tiba datang pula malaun yang cuba nak kacau rumah tangga aku. Aku akan cari malaun tu sampai ke lubang cacing.

Sampai sahaja datin Evelyn di villa, alangkah betapa terkejutnya dia melihat semua pengawal di villa itu sedang menahan sakit akibat ditembak. Tingkap kaca villa pula pecah dan kelihatan banyak tompokan darah di atas lantai.

"Nick check bahagian CCTV sekarang!"

"Baik datin."

Tidak lama kemudian kereta Noah mula kelihatan begitu juga kereta Daniella.

"Mumy...Hana di mana?Niel?" tanya Daniella yang kelihatan begitu risau. Melihat sahaja keadaan sekeliling villa dia rasakan seperti ada sesuatu yang terjadi pada Hana.

"Auntie Eve..." panggil Chalida.

Noah lantas mengambil Niel dari dukungan Chalida. "Hana mana?" soalan pertama dari Noah. Kepala anaknya itu dicium. Syukur Niel selamat tetapi bagaimana pula dengan Hana?

"Mereka dah culik Hana. Saya sendiri tak tahu siapa orang tu dan villa diserang secara mengejut,"

"Datin saya dapati semua cctv di villa ini telah dihack!" ujar Nick yang baru selesai memeriksa bahagian cctv villa.

"APA!!"

Api kemarahan semakin membara ketika itu. Siapa yang jalang sangat nak cari masalah dengan The Livingston Family akan kena juga diakhir nanti.

Jangan cabar seorang wanita yang bernama EVELYN LIVINGSTON!






Terima kasih yang setia baca Be My Last Valentine❤
Vote/comment.Kepada yang silent readers tu writer nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca dan setia menunggu😄😊

💙💛💚💜❤💖

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now