Bab 3

2.5K 207 2
                                    

Kipas yang ligat berpusing itu membuatkan tidur Hana terganggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kipas yang ligat berpusing itu membuatkan tidur Hana terganggu. Dia perlahan-lahan bangun dan saat ini dia dapat merasakan seluruh badannya sungguh sakit. Apatah lagi di bahagian pinggangnya seakan akan mahu patah pun ada juga.

Hana memandang di sekeliling ruang bilik di mana dia berada sekarang.Aku dekat mana?tak mungkin aku di kampung sebab bilik yang aku duduk sekarang ni amat berbeza dengan bilik aku di kampung.

Jantungnya semakin berdegup kencang. Dia takut kalau dia diculik tapi dalam masa yang sama dia merasakan dirinya berada dalam keadaan yang selamat. Dia di mana sebenarnya sekarang ini?

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Seorang perempuan yang membawa dulang makanan tersenyum manis ke arah Hana.

"Dont worry saya orang baik. Semalam saya cuba selamatkan..." Daniella terhenti seketika. Dia tidak tahu panggilan apa yang sesuai untuk dia gunakan untuk memanggil gadis di hadapannya sekarang.

"Panggil Hana je," ujar Hana perlahan.

Daniella tersenyum. "Saya cuba selamatkan Hana dari diculik dan nasib baiklah tak ada apa-apa yang terjadi. Cuma selepas tu Hana pengsan?" kata perempuan yang Hana sendiri pun tidak kenali tapi nampak dari luar dia kelihatan baik.

"Terima kasih sebab dah selamatkan saya. Saya tak tahu macam mana nak balas kebaikan akak dan maafkan saya kalau saya menyusahkan," rasa bersalah mula bertandang di dalam hati Hana.

"Sebelum tu nama saya Daniella. Hana panggil akak pun boleh je. Tak apa, Hana tak menyusahkan pun sebab saya gembira dapat bantu orang. Hana perlu rehat yang secukupnya sebab Hana perlu jaga kandungan dalam perut Hana tu," ujar Daniella seraya tersenyum manis.

"Ma...macam mana akak dapat tahu yang saya mengandung?" tanya Hana begitu terkejut.

"Akak ada doktor peribadi. Semalam akak suruh dia rawat keadaan Hana dan dia bagitahu akak yang Hana mengandung masuk seminggu. Husband Hana tahu ke yang Hana mengandung?" tanya Daniella.
Sebenarnya banyak perkara yang Daniella ingin tahu saat ini kerana dia begitu kasihan melihat keadaan Hana.

Air mata Hana mengalir deras saat mendengar pertanyaan Daniella itu. Daniella lantas memeluk tubuh Hana. Mesti ada sesuatu yang berlaku pada dia yang membuatkan dia melalui keadaan seperti ini. Bisik dalam hati Daniella.

"Hana you have to be strong. Just ceritakan pada akak. Saya sudi dengar dan bersedia untuk membantu Hana," belakang Hana diusapnya lembut.

Hana memang perlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya saat ini dan dia menceritakan segala-galanya pada Daniella. Entah kenapa dia merasakan dia selesa apabila meluahkan segalanya kepada Daniella, orang yang baru sahaja dia kenali.

Daniella turut tumpang simpati dengan apa yang dilalui oleh Hana. Tidak sangka begitu kejam ibu mentua Hana sehinggakan Hana dibuang dari keluarga.

"Saya tak tahu apa yang akan terjadi pada anak saya nanti bila suami saya tak ada di sisi saya," terhinjut-hinjut bahu Hana menahan tangis ketika itu.

Kenapa saat hampir dia dan Noah mencapai kebahagiaan untuk membina sebuah keluarga datang pula masalah yang menjadi punca penghalang kebahagiaan itu.

"Hana saya yakin suatu hari nanti suami Hana dapat mengingati Hana semula. Tuhan itu maha adil kerana dia yang merancang segala ujian yang diberikanNYA terhadap manusia. Kita doakan sama-sama agar ingatannya kembali pulih. Tentang anak dalam kandungan Hana itu biar saya yang uruskan semua keperluan. Tanya sahaja apa yang Hana perlukan saya akan sedia membantu," Daniella mengukir senyuman.

Hana sungguh terharu terhadap layanan Daniella yang begitu baik. Dia bersyukur kerana Tuhan hantarkan seseorang untuk membantunya saat dia berada dalam kesusahan.

"Terima kasih akak sebab dah banyak bantu Hana. Suatu hari nanti saya akan balas kebaikan akak seperti mana akak bantu saya. Saya minta maaf kalau saya terlalu menyusahkan akak,"

Hana tidak tahu macam mana dia nak balas jasa Daniella sedangkan dia tidak punya apa apa. Duit tak ada apatah lagi harta. Memang sungguh malang nasibnya. Betullah apa yang Davika katakan tempoh hari yang dia hanyalah perempuan kampung malang.

Daniella menggelengkan kepalanya seraya tersenyum. "Hana anggap je semua ini sebagai hadiah dari saya kerana Hana bakal menjadi ibu tak lama lagi. Saya tak perlukan apa-apa kerana saya bantu dengan seikhlas hati saya. Tak sabar rasanya ada budak dalam villa ni tak adalah sunyi macam keadaan sebelum ini," kata Daniella dengan gembira yang tak terkata. Mesti mama pun gembira juga dengar berita ni.

Hana lantas memeluk Daniella sekali lagi. Dia akan tetap membalas jasa Daniella suatu hari nanti dan dia tidak akan pernah melupakan orang yang berada di sampingnya ketika dia berada dalam kesusahan.

Tentang Davika, dia sudah pun maafkan apa yang sudah berlaku. Tetapi dia masih inginkan jawapan dari mulut Davika sendiri tentang kesalahan yang dia lakukan sehinggakan Davika sendiri yang memutuskan hubungan kawan mereka.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now