Bab 35

2.2K 119 1
                                    

Noah mendukung Niel sambil mencium pipi anaknya itu berkali kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Noah mendukung Niel sambil mencium pipi anaknya itu berkali kali.

"Anak daddy ni mesti hensem bila besar nanti. Lepas tu comel ikut mumy. Kan sayang?" ujar Noah sambil mengenyitkan matanya.

"Noah. Boleh saya tanya awak satu soalan?" tanya Hana dengan wajah yang serius. Soalan Noah tadi langsung tiada mood untuk dijawab.

"Boleh sayang. Soalan apa?"

"Kenapa awak ada dekat sini?macam mana awak tahu yang saya ada di sini dan kenapa awak tak bersama dengan Davika?bukankah dia isteri awak?"

Hana sengaja bertanya soalan seperti itu kerana dia ingin tahu sejauh mana suaminya itu sudah pulih.

Noah meletakkan Niel di tempat tidur dengan perlahan lahan. Kepala anaknya itu diusap lembut sebelum mengambil tempat duduk di hadapan isterinya.

"Sayang kata tadi satu soalan je kan?dah terlebih rasanya bilangan soalan yang sayang nak bagi ni. Tapi tak apa saya akan jawab semua," kata Noah lalu tersenyum.

"Kalau awak rasa boleh jawab then just go on," balas Hana.

"Saya ada kat sini sebab saya tak nak biarkan sayang terbeban dengan semua masalah ni. Susah atau senang saya nak pertahankan segala masalah ini demi keluarga kita. Saya tahu yang Davika tak pernah pun hadir dalam hidup saya malah dia lebih kepada orang luar. I only have you and only you in my life. Sayang saya nak kita kembali seperti dulu. Saya tak nak kehilangan awak buat kali yang kedua cukuplah saya dah buat awak terluka selama ini. Im so sorry honey...saya tak berniat pun buat awak terluka kerana keadaan tidak mengizinkan,"

Tangan Hana dipegang sebelum diciumnya dengan penuh lembut.

"Awak...dah...dah ingat siapa saya ke?" ujar Hana yang meminta kepastian. Dia membiarkan Noah yang masih memegang tangannya.

Dengan perlahan lahan Noah mengangguk. "Sayang. Awak tak perlu lagi nak menjauh dari saya. Walau macam mana sekali pun saya dah pernah janji yang saya tak akan tinggalkan orang yang saya sayang dalam hidup saya. And its you honey," kata Noah dan kali ini dahi Hana pula menjadi mangsa ciumannya.

Senyuman langsung tidak terukir di bibir Hana. Dia tahu kalau dia gembira sekali pun keadaan tidak akan pernah berubah.
Lagipun dia masih ingat apa yang dikatakan oleh datin Kylie tempoh hari dan dia takut kalau Noah pula yang terluka disebabkan dia.

"Noah...saya tak sanggup tengok awak terluka-" ayat Hana terhenti sebaik sahaja dipintas laju oleh Noah.

"Saya lagi tak sanggup tengok sayang lalui semua ini seorang diri. To be honest saya sanggup terluka asalkan dapat buat sayang bahagia dari segala derita. Saya tak akan pernah tinggalkan awak lagi dan saya nak jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah. Apa apa masalah selepas ni biar saya selesaikan semuanya," kata Noah.

"Macam mana kalau mama awak tahu bila kita dah bersama. Saya takut keadaan akan menjadi lebih teruk." Hana berkata dalam hati kerana dia tidak berani mengungkapkan kata-kata itu kepada Noah.

Noah membawa Hana ke dalam dakapannya apabila sedar yang isterinya hanya berdiam diri dari tadi.

"Kenapa sayang pergi jauh sampai di sini?" kali ini Noah pula yang bertanya.

"Mama awak tak benarkan saya bersama dengan awak sebab dia nak khawinkan awak dengan Davika. Mama awak nak saya pergi jauh kalau saya nak awak sembuh. Dia kata kalau saya tak pergi dia akan pastikan awak tak akan ingat saya. Saya ikut arahan mama awak sebab saya tak nak kehilangan awak Noah," terang Hana dengan penuh sebaknya.

Air mata mengalir dengan deras kerana dia terlalu penat berhadapan dengan semua masalah. Dia bersabar pun demi Niel dan bersyukur dengan kehadiran anaknya itu yang banyak mengajarnya untuk menjadi seorang yang tabah.

"Shh...sayang please dont cry. Hubby awak kan ada kat sini. Kalau Niel nampak mesti dia sedih tengok sayang menangis. Pasal mama tu biar saya uruskan tapi buat sementara waktu ni saya nak luangkan masa dengan sayang sebelum kita balik di Malaysia. Trust me everything will gonna be fine. Dah jangan lagi nangis tak comel dah muka sayang ni. Smile please..." kata Noah sambil mengesat air mata isterinya.

"Okey. Saya tak nangis dah," ujar Hana lalu menayangkan senyuman manisnya.

"Kan kalau macam ni setiap hari hubby awak ni tak perlu lagi letak gula dekat minuman ke apa sebab hari hari tatap muka sayang yang manis ni. I love you honey. Only you," bisik Noah di tepi telinga Hana dengan suara yang menggoda.

"Kalau macam tu lepas ni kalau saya buat minuman untuk awak saya tak letak dah gula biar awak minum tak ada rasa. Awak kata tadi kan dah ada isteri yang manis kat depan ni," kata Hana seraya tersenyum jahat.

"Tak ada gula tak apa. Asalkan dapat yang ini." Noah mencium bibir Hana sekilas lalu dengan pantasnya dia menjauhkan jaraknya dengan Hana. Silap hari bulan nanti aku kena bagi tamparan paling sweet pula haha.

"Noah!awak ni!"

Hana menahan geram. Nasib sayang kalau tak aku bagi suami ni makan penyapu biar kenyang haha.

"Thanks honey. That was a sweet kiss ever!" Noah mengenyitkan matanya.



Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now