Bab 27

1.9K 136 4
                                    

Pada pagi itu Daniella berasa sungguh hairan sepertiya keadaan pagi ini ada sesuatu yang dirasanya pelik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pada pagi itu Daniella berasa sungguh hairan sepertiya keadaan pagi ini ada sesuatu yang dirasanya pelik. Ini dah pukul 7 pagi tapi kelibat Hana aku langsung tak nampak. Selalunya dia bangun seawal pukul 6 tapi tak ada pula aku nampak dia.

"Dear. Whats wrong?ada yang tak kena ke?" tanya Theo apabila dia perasan yang isterinya mundar mandir di depan pintu bilik Hana.

"Hana. Dia ada checkup pukul 8 pagi ni tapi saya hairanlah saya tak nampak dia sejak tadi. Awak ada nampak dia ke?" ujar Daniella yang mulai risau.

"Tak ada pula saya nampak dia pagi ni. Cuba dear ketuk pintu bilik dia," balas Theo. Dia juga sudah mula risau. Hana tu sudahlah berbadan dua.

"Hana...Hana ada kat dalam tu ke?" panggil Daniella sambil mengetuk pintu bilik Hana.

Sunyi dan langsung tiada balasan.

Daniella memandang Theo. Mukanya sudah berubah.

"Hana..." giliran Theo pula yang memanggil Hana namun masih juga tiada balasan.

Daniella berlari mendapatkan kunci pendua di biliknya. Perasaan risau dia saat ini dah tak boleh bawa bincang. Siapa yang tak risau kalau dia diamanahkan oleh ibu bapa untuk menjaga adiknya itu. Kalau ada apa apa yang terjadi pada Hana dia tak akan memaafkan dirinya sendiri.

Tangan Daniella begegar saat dia membenamkan anak kunci. Degupan jantungnya pula tak usah ditanya ketika itu.

Sebaik sahaja tombol pintu dipulas. Keadaan di dalam bilik itu kosong seperti dahulu ketika Hana belum lagi menjadi penghuni di dalam bilik itu.

"Hana...Hana..." air mata Daniella sudah mengalir dengan derasnya.

Theo pula mencari Hana di seluruh ruang bilik itu. Mana dia pergi tak mungkin dia keluar dari villa ni secara diam diam.

"Dear. Its okey just think positive.
Kita doakan dia supaya sentiasa dalam keadaan selamat. Mesti dia ada sebab kenapa dia keluar dari villa ni. Dont worry awak rehat dulu. Saya uruskan bodyguard untuk cari Hana," bahu isterinya diusap lembut.

"She is pregnant. Dia tak boleh pergi seorang diri dalam keadaan seperti itu. She is my little sister and I cant lose her for a second time dan mama pula akan pulang dalam minggu ini untuk berjumpa Hana. Saya tak tahu apa nak jawab nanti," Daniella sudah buntu. Dia takut dan risau pada masa yang sama. Kehilangan Hana dirasakan seperti kehilangan nyawa sendiri.

Entahlah apa yang akan terjadi kalau berita ni sampai di pengetahuan ibu.

"I'm with you. Saya sentiasa ada untuk awak. Dont be scared sebab semua ini bukan disengajakan dan kita tak minta pun ia terjadi. Awak rehat dulu ya,"

Daniella hanya akur. Dia cuba untuk bertenang namun dia tidak boleh. Baginya semua ini adalah disebabkan dia.


***

Berita kehilangan Hana tersebar di T&N Hospital. Semua kakitangan di dalam hospital itu sudah mula risau akan keselamatan Hana begitu juga pekerja Noah di syarikatnya.

Dato Vincent terus mengarahkan pengawalnya untuk mencari Hana di seluruh kota. Dia yakin ini mesti ada sebab kenapa Hana hilang.Bukan hilang tapi pergi jauh dari sini.

Theo berlari menuju ke arah Noah yang baru keluar dari hospital.

"Noah aku nak minta bantuan dari kau cari Hana sekarang juga. Maksud aku perempuan yang ada di dalam gallery phone kau. Dia hilang mungkin dari semalam lagi," ujar Theo.

Noah terkejut. Tanpa banyak soal dia hanya akur. Mereka tidak menunggu lama dan misi pencarian pun bermula.

Dari pagi sehinggalah petang tidak ada seorang pun yang dapat menjumpai Hana.

Datin Kylie duduk begitu santai di sofa. Senyuman sinis terukir di bibirnya.Tak sangka begitu ramai yang ambil berat akan perempuan tu.

Buat penat je kaki korang nak cari perempuan tu bukan dia ada kat sini pun tapi di negara orang lain. Kesian.

Davika menghubungi Noah. Dia tak akan sama sekali benarkan Noah juga turut mencari Hana. Lebih baik dia fikirkan tentang diri aku daripada buang masa nak cari perempuan tu.

"Theo berhenti kejap. Give me 5 minutes aku nak angkat call," kata Noah. Panggilan dari Davika disambut.

"Hye sayang...kenapa tak call I sejak I pergi kat Sabah. You tak rindu saya ke?"

Davika sudah mula berperangai. Gedik betul perempuan perampas ni. Bisik dalam hati Theo. Dia dapat mendengar suara Davika kerana Noah memasang speaker call.

"Mestilah rindu. Sorry sebab tak call awak. Terlupa pula. Janganlah sedih ya. How are you there dear?" tanya Noah.

"I miss you too but dont worry sekarang ni I balik. Syarikat saudara I terpaksa dihentikan buat seketika kerana ada masalah dalam bangunan tu jadi kena perbaiki dulu. So I can go home today. Boleh tak awak jemput I di airport?" ujar Davika.

"Really?ya sure. Lepas ni saya pergi jemput awak di airport. Jaga diri elok elok and Im waiting you dear," balas Noah.

"Thank you hubby. I off dulu okey. Jumpa awak di airport nanti,"

"See you there too dear,"

Panggilan dimatikan.

"Theo aku rasa aku nak pergi jemput isteri aku. Maaf sebab tak dapat bantu kau lepas ni," kata Noah.

Davika kali ini aku tak akan biarkan kau ambil kesempatan dekat suami Hana. Bisik dalam hati Theo. Geram rasanya bila kawan baik dia dipermainkan di depan mata sendiri. Kalau perkara ni dibiarkan terus begini apa pula yang akan terjadi pada Hana dan anak mereka?

"Noah. Aku terus terang sekarang ni. Aku dah tak kisah kalau kau masih belum pulih ke apa. Tapi aku tak nak kawan baik aku dipermainkan!Davika sebenarnya bukan isteri kau yang sebenar. Dia hanyalah isteri palsu kau yang menggantikan tempat isteri sebenar kau. Gambar perempuan yang kau tunjukkan aku di telefon kau tempoh hari itu adalah Hana Faith Livingston.
Dia isteri sebenar kau. Hana atau Faith kedua-duanya nama dia," terang Theo yang terus straight to the forward.

Noah terdiam, terkejut, terkaku dan dalam masa yang sama dia kecewa dan sungguh sakit hati.

Patut pun selama ini Davika tak tidur sebilik dengan aku dan papa pula selalu bad mood kalau ada Davika di villa rupanya dia hanyalah isteri palsu aku.

"Maafkan aku sebab tak beritahu kau dari awal tentang perkara ni," ujar Theo dan terserlah wajah bersalahnya di sana.

"Aku okey Theo kau tak salah," balas Noah tapi di lubuk hatinya dia sedang menahan sakit yang teramat. Perlahan lahan dia terduduk lemah di atas tanah. Tangan digenggam penuh erat. Apakah aku sengaja diperbodohkan dengan penipuan itu?

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now