Bab 50

1.5K 74 2
                                    

Rayden tersenyum penuh kemenangan sebaik sahaja melihat rakaman yang dihantar oleh Frank. Tak lama lagi keluarga kau akan jadi lebih teruk Daniella, kau jangan nak main-main dengan aku. Bisik dalam hati Rayden.

Dendam dan dendam. Itu sahaja yang dia fikirkan sehingga Davika turut terlibat dalam rancangannya.

Frank masuk ke dalam bilik kerja Rayden. Tangannya yang mempunyai kesan darah itu dilap menggunakan tuala kecil.

"Kau buat apa dekat isteri Noah tu?" tanya Rayden. Jangan dibunuh sudah!

"No hal lah bro. Aku just ajar dia macam mana nak hormat orang itu je," balas Frank lalu mengukir senyuman sinis.

"Whatever aku tak kisah asalkan kau tak bunuh dia sudah. But, one more thing Davika akan mulakan lakonan dia malam ni dan kau kena berlakon juga," ujar Rayden.

"Bro. Apahal sampai nak berlakon bagai ni?kau ingat ni drama ke apa. Bunuh je lah si Hana tu. Habis cerita dan tak payah susah-susah lagi,"

"Kita buat perlahan demi perlahan tak fun pula kalau terus main bunuh-bunuh ni. Lagipun Davika kata dia nak Noah semula sebelum tiba hari valentine. Kalau plan dia tak berjaya serta merta Hana akan jadi mangsa. Kau nak bunuh Hana selepas itu pun aku dah tak kisah,"

"Mantap sungguh plan saudara kau ni en?kalau macam tu aku setuju dengan plan tu. Lagipun valentine day ni tak lama lagi," kata Frank.

"Guys Im back!"

Pandangan terus dialihkan ke arah Davika yang baru sahaja sampai.

"So how?pompuan tu ada kat mana sekarang?" tanya Davika.

"Benz dah bawa dia pergi di tempat persembunyiaan ruang bawah tanah. You dont have to worry aku yakin rancangan kita ni memang akan berjaya. Aku dah agak dari awal lagi," kata Rayden.

"Lepas ni target kau Daniella kan?kalau lakonan aku malam ni akan berjaya kita gunakan Daniella sebagai ugutan. Hana tu lemah. Senang je aku nak hasutkan fikiran dia tu!ada kawan pun tak pandai nak kenang budi. Stupid!bagus mati je!"

"Relax Davika. Kita buat slow-slow jangan terlalu terburu-buru. Apa yang penting malam ni kau mesti berjaya dengan lakonan kau tu!" kata Rayden.

"Yes!aku tahulah!This is me Davika!"

HANA ditolak masuk ke dalam kereta. Dari jauh Rayden menganggukkan kepalanya memberikan isyarat kepada Frank dan Benz untuk memulakan rancangan.

Hana memandang kawasan sekelilingnya yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan hanya terdapat sebuah banglo mewah di kawasan itu.

Frank lantas menutup mata Hana menggunakan kain kerana takut jika Hana menghafal jalan yang digunakan mereka sekarang.

"Kau diam!kalau kau jerit siap kau!" amaran diberikan kepada Hana.

Kereta pun mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan Rayden yang tersembunyi dari bandar.

"Davika kau boleh mula sekarang!" ujar Rayden sambil membantu Davika memasukkan bagasi ke dalam keretanya.

"Takkan kot aku kena jalan kaki. Lenguh lah kaki aku macam ni. Lagi-lagi bawa bagasi tu!" rungut Davika.

"Kalau kau nak rancangan ni berjaya kau buat apa yang aku suruh. Tapi kalau kau nak rancangan ni gagal teruskan buat apa yang ada dalam fikiran kau sekarang ni!so choose which one you want?" kata Rayden. Kadang-kadang geram juga dia dengan perangai Davika yang tak pernah lari dari sikap cerewet.

"Fine!fine!" anak mata dijulingkan ke atas. Menyampah.

Frank meletakkan keretanya di bahu jalan. Benz pula mula memainkan peranan selepas itu. Mereka kena berlakon malam ni seperti apa yang telah dirancang oleh Davika dan Rayden.

Hana ditarik keluar dari kereta lalu tubuhnya ditolak begitu sahaja sehingga terjatuh di atas tar jalan. Tiba-tiba fikirannya kembali terimbas di mana dia pernah mengalami situasi yang sama ketika datin Kylie menghalaunya keluar dari rumah.

"Hana oh Hana. Kau nak tahu tak hari ni hari apa?" kata Frank sambil membelek-belek pistol yang dipegangnya.

Hana melihat keadaan di sekelilinya. Sungguh dia takut saat ini dan hanya doa sahaja yang menjadi sumber kekuatannya sekarang.

"Baiklah aku tak suka buang masa. Hari ni adalah hari kematian kau. Aku tentukan sebab aku yang akan bunuh kau malam ni. Kau nak tahu tak Hana?kakak kau pun akan mati tak lama lagi begitu juga dengan ibu kau. Ayah kau pula ada di hospital sekarang. Keadaan dia kritikal sangat atau lebih senang disebut nyawa-nyawa ikan. But dont worry aku tak akan kacau anak kau dan suami kau selagi kau-"

"Hey stop it!" jerit Davika dari jauh. Hana memandang ke arah kanan. Davika?

"Ceh perempuan ni nak jadi hero konon. Benz tolong isikan peluru dalam pistol ni," ujar Frank tetapi semua itu hanyalah lakonan tanpa Hana ketahui.

"Davika!run!" Hana sudah risau dengan keselamatan Davika. Dia tidak mahu disebabkan dia ada orang yang kehilangan nyawa.

"Kalau korang tak lepaskan dia sekarang. Aku tak teragak-agak buat laporan polis sekarang!"

"Polis?hahaha...tak sempat sayang. Nyawa kau dulu yang akan melayang sebelum sempat kau-"

Belum sempat Frank menghabiskan ayatnya Davika lantas merebut pistol yang dipegang oleh lelaki itu. Hana pula hanya menjadi pemerhati diantara Davika dan Frank.

"Now go!or I will shoot both of you!"

Frank dan Benz berpura-pura menjadi seperti orang yang ketakutan dan mereka terus beredar dari situ.

Davika lantas membuang pistol itu dan segera membantu Hana berdiri. Tubuh Davika didakap erat oleh Hana.

"Davika...aku tak tahu nak cakap apa...kau dah banyak bantu aku. Kalau kau tak ada tadi mungkin aku dah tak ada dalam dunia ni," ujar Hana dengan air mata yang laju nengalir membasahi pipi.

Baguslah kalau kau tak ada dalam dunia ni kan aman hidup aku selama lamanya. Bisik dalam hati Davika dan senyuman sinis disembunyikannya ketika itu.

"Its okey Hana. Kita kan kawan. Aku pun terkejut juga tadi. Takpe lupakan semua tu kau dah selamat pun sekarang ni," belakang hana terus diusap perlahan oleh Davika namun tanpa Hana sedari bibir Davika mengukir senyuman sinis ketika itu.




Hiprokit😣😣

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now