Bab 5

2.3K 198 7
                                    

Walaupun sudah berulang kali Daniella berkata bahawa dia ingin menemaninya ke hospital tetapi Hana tetap ingin bersendirian pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kandungannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Walaupun sudah berulang kali Daniella berkata bahawa dia ingin menemaninya ke hospital tetapi Hana tetap ingin bersendirian pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kandungannya. Cukuplah wanita itu telah memberinya tempat untuk bermalam dan rasanya dia tak perlu menyusahkan Daniella berulang kali.

Sedang Hana menunggu nombor gilirannya dia terdengar suara gelak tawa yang tidak jauh dari tempat duduknya dan telah menyentakkan dia yang sedang termenung jauh. Segera Hana berpaling ke arah itu.

"Ala you ni memang nakal lah," ujar Davika dengan manja sekali sambil memegang tangan sasa milik Noah penuh erat.

"Nakal untuk sayang je tak boleh ke?" balas Noah seraya mencubit pipi Davika.

Hana pantas sahaja menundukkan kepalanya ketika Noah dan Davika lalu di hadapannya. Sungguh sakit hatinya melihat kawan baik sendiri yang kini bermesraan dengan suaminya. Apa yang terjadi?adakah Davika telah merampas?mahupun telah menipu dirinya?

Hana menggelengkan kepalanya berulang kali. Noah masih lagi bergelar suaminya kerana lafaz cerai itu mestilah dari mulut Noah dan walaupun tempoh hari ibu mentuanya berkata yang dia bukan lagi isteri Noah namun keputusan mestilah dibuat oleh Noah sendiri.

Keputusan tidak boleh dibuat tanpa Noah lagipun suaminya itu telah disahkan hilang ingatan.

Dan kenapa pula Davika bersama dengan Noah?dia melihat mereka bagaikan pasangan yang bahagia sebentar tadi. Ya Tuhan, kuatkanlah aku untuk hadapi semua ini.

Hana menahan sebak dalam hatinya. Air mata ditahannya dari mengalir keluar. Perasaan cinta dan sayang terhadap suaminya masih tidak hilang walaupun suaminya itu masih belum dapat mengingatinya.

Kalau betul Davika merampas suaminya itu apa pula kena mengena dengan ibu mentuanya yang telah menghalaunya keluar dari rumah tempoh hari?

Bermacam macam soalan bermain di dalam fikirannya ketika itu. Kadang-kadang otaknya sudah memikirkan perkara yang negatif namun diusirnya secepat mungkin.

"Hana Faith Livingston?giliran cik dah tiba sila masuk ke dalam bilik bernombor 7," kata jururawat yang bertugas lalu tersenyum manis ke arah Hana. Eh ni bukan isteri doktor Noah ke?cantiknya. Getus dalam hati jururawat itu.

Hana menganggukkan kepalanya lalu melangkah menuju ke bilik bernombor 7.

Beberapa jururawat yang lalu lalang juga turut memberikan senyuman kepada Hana.

Pintu diketuk perlahan sebelum dibuka.

Doktor Theo memberikan senyuman kepada Hana sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Hana duduklah. Saya tengok Hana ni macam tak sihat. Awak okey tak?" kata doktor Theo, iaitu kawan baik Noah.

Merekalah yang telah menubuhkan T&N Hospital. Walaupun beberapa kali gagal namun usaha mereka yang tidak pernah berputus asa itu membuatkan hospital itu berjaya mereka dirikan dengan semangat kerjasama yang tinggi. Bagi mereka tiada yang mustahil jika seseorang itu percaya akan kebolehan masing-masing serta yakin dan optimistik.

"Saya okey je doktor," balas Hana dan memaksakan dirinya untuk tersenyum.

"Baguslah kalau macam tu. Kandungan dalam perut Hana tu everything is fine. So lepas ni Hana mesti kena amalkan pemakanan yang sihat. Nutrisi yang Hana perlu ambil adalah seperti protien, kalsium,
asam folat, zat besi, magnesium, fosfor dan vitamin A,B6,C, dan D. Di sini saya nak ingatkan juga supaya jangan lupa untuk mengkonsumsi susu kerana susu ini penting bagi kesihatan ibu dan janin kerana didalamnya terkandung asam folat yang berfungsi untuk membantu pembentukan tabung syaraf otak janin, tinggi kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi,"

"Baiklah doktor," balas Hana ringkas. Sememangnya mood dia pagi ini hilang apabila melihat adegan sebentar tadi yang amat menyakitan hati.

"Selain itu emosi juga haruslah stabil dan perlu rehat yang secukupnya. Jika awak ada masalah lebih elok kalau awak lupakan dahulu masalah tu kerana itu akan menganggu emosi awak dan kandungan dalam perut itu lebih penting,"

Theo turut tumpang simpati dengan keadaan Hana. Kesian dia melihat Hana yang terpaksa bersendirian datang ke hospital setiap kali membuat pemeriksaan tanpa suami di sisi.

"Terima kasih doktor atas nasihat itu,"

"Sama sama. Panggil Theo je pun boleh," kata Theo seraya tersenyum.

"Tak apa. Awak kan doktor mestilah kena hormat," balas Hana.

"Its okey. Kita dah lama kenal pun. Panggil saya Theo je,"

Hana hanya menganggukkan kepalanya. Kalau itu yang dia nak baiklah aku ikut je.

Selesai sahaja pemeriksaannya untuk pagi ini, Hana pun berlalu keluar. Perutnya yang masih kempis itu diusapnya perlahan.
Tak sabar nak jumpa anak mama nanti. Bisik Hana dalam hati seraya tersenyum.

Walaupun hatinya sungguh sakit hari ini tetapi kata kata doktor Theo itu sentiasa diingatinya. Kandungan dalam perut ini lebih penting daripada asyik memikirkan masalah yang hanya membuatkan emosinya terganggu. Kesian baby dalam perut ni nanti.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now