Bab 29

2K 127 0
                                    

Semenjak Hana tidak ada di villa Daniella hanya banyak mendiamkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Semenjak Hana tidak ada di villa Daniella hanya banyak mendiamkan diri. Dia masih belum berpuas hati dengan jawapan pengawalnya yang mengatakan mereka langsung belum menjejaki keberadaan Hana. Ini sudah hampir seminggu namun jejak adiknya masih belum dapat dicari.

"Miss Daniella saya rasa Hana ada sebab kenapa dia keluar dari villa ni. Kelmarin saya perasan akan perubahan Hana semasa dia balik dari T&N hospital. Tapi saya tidak bertanya apa sebab. Mungkin kita boleh buat meet up dengan suami Hana," cadang Nick.

"Aku rasa mungkin ini ada kena mengena dengan family Noah. Tak apa lepas Theo balik nanti aku minta tolong dia untuk suruh Noah pergi di sini. Nick teruskan kerja korang. Selagi Hana belum dijumpai selagi tu aku nak kamu cari dia," ujar Daniella yang bernada penuh serius.

Nick mengangguk sebelum berlalu menuju ke bilik perjumpaan pengawal. Selaku ketua bodyguard dia harus bertanggungjawab. Kehilangan Hana juga membuatkan dia berasa kehilangan seseorang di dalam hidupnya kerana dia menganggap Hana seperti adik beradiknya sendiri.

I promise I will find you as soon as possible. Saya janji saya akan lindungi awak walau apapun yang akan terjadi.


***

Datin Evelyn Livingston mengukir senyuman ke arah Chalida, iaitu anak kawan baiknya.

"Lepas ni Chalida kena tinggal dengan auntie Evelyn selepas papa dan mama pergi outstation.Chalida jangan buat hal pula ya," ujar datin Madilyn lembut.

Chalida memuncungkan bibirnya. Malas sebenarnya dia nak tinggal di rumah kawan mamanya tapi dia terpaksa. Bukan ada orang yang aku rapat pun dengan family kawan mumy tu.

"Hm...okeylah," balas Chalida dengan nada yang malas. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia bersetuju.

"Chalida janganlah macam ni. Papa dan mama pergi sekejap je tak lama pun. Lepas papa dan mama balik dari oversea mama akan janji yang mama akan uruskan perjumpaan Chalida dengan Noah," kata datin Madilyn bersungguh-sungguh.

"Dah berulang kali mama cakap macam ni tapi masih tak buat. Chalida terpaksa menaruh harapan tapi disebabkan mama yang selalu sibuk kerja macam ni lah yang terjadi sampai sekarang Chalida sendiri tak tahu apa-apa berita tentang Noah!" balas Chalida dengan geram.

"Mama sibuk sangat sayang. Chalida kena faham keadaan mama. Urusan syarikat tidak pernah habis sana ada sini ada. Macam mana mama nak ambil masa free?" ujar datin Madilyn cuba untuk mencari alasan lain.

Datin Evelyn pula sudah meminta diri untuk memberikan ruang kepada mereka untuk berbincang tentang hal mereka. Dia tidak mahu menganggu urusan keluarga itu jadi ada baiknya kalau dia pergi dulu.

"Waktu umur Chalida 9 tahun Chalida dah berjanji yang Chalida nak jadi isteri Noah apabila kami dah besar dan impian masing masing sudah tercapai. Sekarang ni umur Chalida dah 25. Berapa lama lagi Chalida nak tunggu ma?" ujar Chalida dengan perasaan yang amat kecewa.

Datin Madilyn mengeluh. Dia bukannya tak tahu yang anaknya itu sudah bertahun lamanya menaruh harapan pada Noah tapi itulah Noah sudah pun berkahwin. Dia sengaja tidak mahu memberitahu anaknya tentang itu kerana takut Chalida yang akan tersakiti.

"Mama ni memang selalu macam ni kan sama je dengan papa!tak pernah faham apa yang Chalida rasa. Chalida takut kalau Noah dah ada seseorang dalam hidupnya dan Chalida takut kalau dia tertunggu Chalida begitu lama dan dia cari kebahagiaan dia sendiri!" bentak Chalida.

Datin Madilyn terdiam. Maafkan mama sayang tapi mama tak akan pernah beritahu Chalida perkara yang sebenar.

Chalida berlalu pergi bersama dengan tangisannya. Semua orang tak pernah faham perasaan aku. Mungkin mereka anggap aku ni macam tak ada hati dan tak wujud.

Datin Evelyn menuju ke arah datin Madilyn sebaik sahaja melihat Chalida berlalu pergi.

"Tak apa nanti dia okeylah tu. Hari sabtu ni kau dah nak berlepas kan?tak perlu risau aku akan pastikan Chalida dalam keadaan selamat," kata datin Evelyn.

"Terima kasih Evelyn. Kalau ada apa-apa yang terjadi call je. Chalida tu kadang kadang berperangai. Tapi aku harap dia tak buat apa-apa perkara yang tak diingini lepas ni,"

Datin Evelyn menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.

"Tak akan ada yang terjadi. Chalida tu baik orangnya. Aku yakin," balas datin Evelyn.

Datin Madilyn hanya mengangguk. Dia berharap agar Chalida dapat menerima semua jika dia mengetahui hal sebenar.
Mungkin jodoh dia dan Noah tidak kuat. Suatu hari nanti Tuhan pasti mempertemukan anaknya seseorang seperti Noah.




Watak baru lagi😯

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now