Bab 42

1.5K 93 0
                                    

Datin Kylie mendail nombor telefon Noah setelah semua kerja di pejabat sudah diselesaikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Datin Kylie mendail nombor telefon Noah setelah semua kerja di pejabat sudah diselesaikannya.

Beberapa saat kemudian panggilan pun dijawab.

"Noah. Kenapa kamu tak beritahu mama yang kamu dah pulang dari Thailand?jadi macam dengan Hana?" sengaja datin Kylie bertanya. Dia ingin tahu sejauh mana anaknya itu menipunya.

Noah menaham geram di dalam hati.

"Kalau mama nak telefon Noah sekadar untuk tanya tentang ini baik tak payah. Banyak benda lagi yang Noah nak uruskan daripada buang masa bercakap tentang ini," ujar Noah lembut namun kedengaran nada suaranya yang seperti malas nak menjawab.

"Noah tipu mama-"

Tit....

Noah terus mematikan panggilan. Malas sebenarnya dia hendak bercakap dengan ibunya. Bukan sebab tak hormat tetapi ibunya itu yang tidak pernah putus asa mahu memisahkan dia dengan isterinya. Semakin dilayan mungkin semakin teruk jadinya nanti.

Datin Kylie meletakkan kasar telefonnya di atas meja. Tak guna!ini semua mesti disebabkan Hana!tunggu kau!

Noah pun masuk ke dalam villa tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Chalida yang bersandar di pintu ruang tamu.

Chalida?apa dia buat dekat sini?

Chalida memberikan Noah satu senyuman manis.

"Lama tak jumpakan?" tanya Chalida.

"Awak buat apa dekat sini?" soalan dibalas dengan soalan.

"Mama suruh tinggal di sini buat sementara waktu. Mama kata lepas dia dah pulang dari oversea mama akan uruskan perkahwinan kita tetapi saya tahu itu semua hanyalah sebuah mimpi apabila awak dah mungkir janji," kata Chalida namun senyuman masih lagi terukir di bibirnya.

"Chalida saya tahu saya salah tapi kenapa sekarang baru awak muncul?" tanya Noah dengan nada yang serius.

"Noah awak bukannya tak tahukan yang saya pergi belajar di luar negara. Awak dah janji dengan saya yang awak akan tunggu saya tapi sebaliknya awak pula yang mungkir janji," balas Chalida.

Noah melepaskan tawanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Chalida itu.

"Chalida saya tak pernah pun berjanji dengan awak. Tapi awak yang berjanji dengan saya yang awak nak jadi isteri saya. Masa tu saya tak cakap pun yang saya akan janji untuk berkahwin dengan awak. Saya rasa bersalah sebab saya dah bagi awak satu harapan palsu kerana awak terlalu berharap,"

"Noah...apa awak cakap ni!awak memang ada janji saya ketika itu dan saya masih ingat semuanya," Chalida sudah merasakan sakit di hatinya seperti tidak tertanggung lagi.

Noah menggelengkan kepalanya. "Chalida tolong jangan tipu diri awak sendiri," balas Noah.

Flashback

Chalida berlari kembali menuju ke arah Noah. Ketika itu mereka baru berusia 9 tahun.

"Noah...saya janji yang saya nak jadi isteri awak bila kita dah besar nanti. Awak tunggu saya tau!" ujar Chalida dengan air mata yang mengalir deras membasahi pipinya.

Noah tersenyum. "Saya akan tunggu awak balik dari Australia," balas Noah.

Chalida mengangguk perlahan. Sungguh sedih apabila terpaksa meninggalkan Noah,
jirannya yang paling dia rapat.

"Chalida...kita dah nak bertolak ni nanti terlambat pula," ujar datin Madilyn.

Noah mengesat air mata Chalida yang hanya dianggapnya kawan baik dan tidak lebih dari itupun. Namun tidak sangka pula Chalida sudah lama menaruh harapan padanya dan Noah tidak berani mengatakan hal yang sebenar yang dia tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap Chalida.

"Your mum is calling. Im okey Chalida. Just go," ujar Noah.

Chalida meningggalkan Noah dalam keterpaksaan. Dalam hatinya dia tidak sanggup sebenarnya berpisah dengan Noah namun dia terpaksa pergi demi masa hadapannya.

End Flashback

"Chalida...saya anggap awak hanyalah kawan baik saya dan tidak lebih dari itu. Saya minta maaf kalau awak terluka dan saya mohon sangat lupakan apa yang terjadi selama ini," ujar Noah.

Chalida tidak membalas apa apa sebaliknya dia terus berlalu meninggalkan Noah. Dia tidak mahu berlama lama berdiri di hadapan Noah kerana perkara itu hanyalah memalukan dirinya sendiri.

Menaruh harapan pada orang yang tidak pernah pun mempunyai perasaan terhadap kita adalah satu perkara yang paling menyakitkan hati.

Hana menghentikan langkahnya apabila dia melihat Chalida yang berlari naik tangga dengan keadaan yang menangis.

"Chalida...are you okey?"

Chalida tidak membalas malah dia melajukan langkah menuju ke biliknya. Hana yang berasa simpati dengan Chalida mengikuti gadis itu dari belakang.

"Just leave me alone!" marah Chalida apabila melihat Hana yang masuk ke dalam biliknya.

"Chalida. If you have problem just share it to me," ujar Hana penuh lembut.

Chalida berdiam lama sebelum dia bersuara.

"Can you just leave me alone?" ujar Chalida separuh marah.

Hana mengangguk sebelum dia keluar. Pintu bilik Chalida ditutup perlahan dan sempat dia melihat Chalida yang menangis teresak esak.

"Biarkan je dia tu. Selama dia tinggal di villa ini pun dia kerap menangis sampai Daniella sendiri pun tak faham apa sebenarnya masalah dia," kata Daniella.

"Kesian dia mesti berat masalah dia. Hana cuba nak bantu dia tadi tapi dia nak Hana tinggalkan dia sendirian,"

"Lama lama okeylah dia tu. Kita doakan yang baik baik sahaja. Jomlah pergi makan. Akak ingat nak panggil Chalida untuk makan malam sama sama tapi lepas nampak dia menangis tadi tak jadi terus akak nak bawa dia," ujar Daniella.

"Yelah mungkin Chalida perlukan masa. Jomlah kak,"

Mereka pun bersama sama menuju ke dapur untuk makan malam. Kelihatan Theo sudah pun berada di meja makan dan Noah pula yang sedang menyuapkan Niel bubur.

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now