Bab 16

2K 155 13
                                    

Terbuntang mata Theo apabila Noah menghubunginya bahawa dia dan Davika pergi di France untuk honeymoon trip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Terbuntang mata Theo apabila Noah menghubunginya bahawa dia dan Davika pergi di France untuk honeymoon trip.

"Kau pergi honeymoon?berapa hari?asal tak beritahu aku?boleh juga aku teman pergi airport," suara Theo kedengaran sedikit terkejut. Sihat ke sakit Davika ni. Tetiba sahaja bawa Noah pergi honeymoon dah buang tabiat ke apa dia.

"Tak lama mana pun just two days sebab banyak lagi kerja yang perlu aku uruskan di syarikat. Di hospital pun takkanlah aku nak biarkan kau buat kerja seorang kan?sorry sebab aku tak bagitahu kau awal-awal," kata Noah di corong telefon.

"Its okey. Aku faham. By the way lepas kau dah balik dari France aku nak jumpa kau. Ada hal penting yang perlu aku beritahukan. Jangan lupa tau, call aku bila kau dah sampai supaya aku boleh set masa," kata Theo. Dia rasa bersalah pula kalau dia terus menerus menyembunyikan hal sebenar dari pengetahuan Noah.

"Okey aku akan call juga. Aku dah nak off ni sebab flight kami tinggal beberapa minit lagi,"

"Baiklah tuanku, ole-ole jangan lupa tau. Coklat pun boleh juga," balas Theo. Kedengaran tawanya meletus di corong telefon.

Noah hanya menggelengkan kepalanya. "Yelah...yelah...aku ikhlas bagi nanti. Aku dah nak off ni,"

"Alright,"

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Noah dan Davika menaiki Aerotrain untuk ke Gate. Mereka terlebih dahulu melihat sign board gate dimana yang akan mereka pergi.

Sampai sahaja di entrance kapal terbang, seorang pramugari menyapa mereka berdua dan memeriksa boarding pass sebelum menunjukkan ke tempat duduk mereka.

"Thank you," ucap Davika dan Noah.

"Your welcome mr,mrs," balas pramugari itu berserta satu senyuman yang manis.

Sebelum kapal berlepas semua penumpang disarankan untuk memberikan perhatian ketika safety briefing ditunjukkan oleh tiga orang pramugari.

Dalam masa beberapa minit kapal yang mereka naiki pun mula berlepas.

"Awak okey tak?kenapa sejak tadi saya tengok awak macam risaukan sesuatu," tanya Noah. Davika menyandarkan badannya di tempat duduk penumpang.
Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Tak adalah. I cuma nervous. Sebenarnya I belum biasa lagi naik kapal thats why you tengok I macam risau je," kata Davika.

"Its okey dear. Im here. Kalau awak nervous just close your eyes and keep think that I will stay by your side sepanjang kita berada dalam pesawat ni. Dont worry everything will gonna be fine," kata Noah tersenyum. Dia cuba untuk menenangkan Davika ketika ini.

"Thanks hubby. Kalau macam tu I tidur je lah. Nak mimpi you dulu hehe," Davika menayangkan sengihannya.

"Ada ada je wife saya ni. Siang hari pun sanggup nak mimpi hubby dia. Bertuah encik suami awak ni tau," kata Noah sambil tersenyum.

"Hubby I ni memang bertuah pun," balas Davika seraya melentokkan kepalanya di atas bahu Noah.

Betapa bahagianya kalau begini selama lamanya. Tapi aku tahu ini semua hanya sementara dan aku sendiri juga yang akan terkena semuanya di akhir nanti. Bisik dalam hati Davika.


***

"Sorry...sorry saya tak sengaja," Rayden membantu gadis yang dia tidak sengaja terlanggar berdiri. Nasib baiklah tak kuat sangat.

"Its okey bukan salah encik pun. Mungkin saya yang terlampau leka dengan phone tadi sampai tak sedar yang encik juga lalu disini," ujar Hana.

Senyuman Rayden mati. Kecilnya dunia tak sangka aku jumpa semula perempuan ni yang hampir aku nak culik tempoh hari. Yelah muka cantik biarkan jalan jalan seorang di tengah malam lepas peluang menyesal nanti. Getus dalam hati Rayden.

"Awak tetap lembut walaupun orang buat salah dengan awak kan?You are trully kind hearted. By the way my name is Rayden and you?" Rayden menghulurkan tangan tanda salam perkenalannya.

"Saya Hana," balas Hana dan dia teragak agak untuk menyalam tangan lelaki yang berdiri begitu segak di hadapannya. Looks like I've seen his face before this. But where?

"Nice name just like her owner. Sudi tak kalau kita berkenalan lebih rapat?em I know this sound look so weird but saya ikhlas nak berkawan orang berhati baik macam awak ni," ujar Rayden saja dia nak pancing. Begitulah taktik yang digunakannya untuk menambat hati wanita jelita.

Daniella terkejut melihat Rayden yang sedang berbual dengan Hana. Nasib baiklah dia sampai awal untuk menjemput Hana di hospital kalau tak entah apa kejahatan yang Rayden akan buat pada Hana.

"Hana...jomlah balik," panggil Daniella. Dia langsung tidak memandang wajah Rayden ketika ini. Baginya lelaki itu hanya membuatkan dia naik darah.

"Saya pergi dulu," pinta Hana. Dia pun terus berlalu menuju ke arah Daniella.

Rayden mulai berasa pelik.Setahu aku Daniella tak pernah ada kawan bernama Hana. Atau Hana ni adik Daniella?kejap lagi aku akan selidik siapa Hana ni sebenarnya. Bisik dalam hati Rayden.

"Apa Rayden cakap dekat Hana tadi and macam mana korang boleh berbual?" tanya Daniella yang mula membuka bicara.

"Kami tak sengaja berlanggar tadi lepas tu dia kata nak berkenalan dengan Hana. Akak kenal ke siapa Rayden tu?" kata Hana yang perasan Daniella seperti tidak suka bertembung mata dengan Rayden tadi.

Daniella menghela nafas sebelum dia menceritakan yang Rayden pernah hadir dalam hidupnya tetapi dia tidak memberitahu Hana sebab kenapa dia memutuskan Rayden.

Bersambung....

Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now