BAB 42

4.3K 138 28
                                    

MENGIKUT arahan Tan Sri Razip, Zariq membawa Mya pergi ke rumah nendanya di Cameron Highland. Pada awalnya dia rasa tidak patut membawa Mya ke kediaman nendanya tapi dah kalau abahnya membuka arahan beri ke tak nak ikut mesti kena ikut juga.

Puan Radiah iaitu nenda ibu kepada Tan Sri Razip memang tinggal di Cameron Highland. Ingat lagi sewaktu dia masih kecil rajin benar abahnya membawanya dan Zahra pulang ke Cameron Highland. Udara pun sejuk nyaman pula tu memang sesuai lah untuk dijadikan honeymoon.

4 jam memandu dari Kuala Lumpur hingga ke Cameron Highland sungguh memenatkan. Mujur hari ini hari kerja tak adalah sesak sangat bumi Cameron Highland ini kalau tidak nak sampai ke sini pun ambil masa berjam-jam.

Akhirnya mereka selamat sampai di kediaman nenda di Tanah Rata. Udara sungguh sejuk berkabus agak tebal. Tidur di Cameron Highland ni tak perlu pakai aircond atau kipas memang sedia sejuk nak mandi pun sejuk.

Zariq memandang ke arah Mya yang terlentok elok di kerusi sambil ternganga sedikit mulut. Macam dia pula yang memandu kereta. Adalah sekali dua Mya menawar mahu memandu jika dia letih memandu dia hanya mengangguk kepala tapi jangan harap lah dia nak biarkan Mya memandu walaupun Mya ada lesen kereta. Bukan apa dia tidak harapkan perempuan memandu jika dia ada di dalam kereta sekali. Seriau.

"Mya bangun kita dah sampai ni"kejut Zariq sambil membuka seatbelt.

"hm dah sampai?"soal Mya dengan mata terpejam celik.

Mengarut betul mata dia ni kata nak temankan Zariq memandu apalah akhir sekali boleh pula dia bantai tidur sampai ke Cameron Highland. Sudah lah dari Kuala Lumpur tadi hujan punya lebat mata pun terus derhaka.

"haah dah sampai jom turun"

Zariq keluar dari perut kereta dahulu dan Mya mengikut kemudian. Matanya tertangkap ke arah sebuah banglo 2 tingkat yang berkonsepkan rumah di luar negara ada halaman yang luas.

Mya menggosok lengannya yang terasa sejuk itu. Nasib baik pakai sweetshirt tak adalah sejuk sangat dia. Tiba-tiba rasa cintakan bumi Cameron Highland datang menerpa dirinya. Kan seronok kalau tinggal dekat sini berbanding tinggal dekat Kuala Lumpur.

"you jom masuk"ajak Zariq sambil menolak 2 bagasi milik mereka berdua ke pintu.

"nenda awak ada ke tak dekat rumah pintu pun berkunci ni"tanya Mya kepada Zariq.

Itulah akibat datang jauh-jauh ke Cameron Highland tak beritahu dulu. Entah nenda Zariq ada ke tidak tak tahu main terjah je. Buatnya tak ada dekat rumah pergi kemana-mana sia-sia je mereka datang jauh kemari kerana mahu berjumpa dengan nenda Zariq. Mereka boleh je tempah bilik hotel yang berdekatan dengan rumah nenda Zariq.

"ada kot kejap eh"

Zariq menolak bagasi mereka ke tepi lalu berjalan ke belakang rumah. Kadang kalau pintu hadapan kunci mesti nendanya ada di belakang rumah.

"Assalammualaikum nenda oh nenda"

"Waalaikummusalam Suria kau pergi tengok siapa yang datang tu"kata satu suara yang tidak asing ditelinga Zariq.

Sah nenda di dalam! Zariq menguntum senyuman.

Pintu belakang rumah dibuka dan perempuan yang membuka pintu itu terpaku melihatnya berdiri di hadapan pintu.

"Ya Allah Amsyar!"

Terus tubuh Zariq dipeluk oleh wanita sebaya mamanya itu. Mak Suria iaitu pembantu rumah nenda yang menjaganya dahulu. Tak mungkin dia terlupa orang yang banyak berjasa kepada dirinya.

"Mak Suria sihat?"

"alhamdulilah mak Suria sihat. Kamu tu suka sangat menghilangkan diri kan? Suka sangat buat orang risau!"lalu lengan Zariq dicubit oleh Suria dengan geram.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora