BAB 4

6.9K 187 4
                                    

KEESOKKAN harinya Mya bangun agak awal oleh kerana Nina sudah berjanji dengannya mahu membawa Mya ke butik Nina untuk bekerja di sana. Pada mulanya Mya menolak kerana Mya tidak mahu menyusahkan Nina tapi Nina memaksa Mya katanya di KL susah nak dapat kerja. Disebabkan Nina adalah kawan baik Mya, Mya ikutkan sahaja betul kata Nina susah nak dapat kerja zaman sekarang. Kerja dengan Nina pun kerja juga dapat gaji sama je macam kerja kat tempat lain.

"hai Mya awal kau dah siap"tegur Nina yang baru keluar dari bilik.

Mya hanya tersenyum. Mya meletakkan roti bakar di dalam pinggan Nina. Mya sudah terbiasa buat begitu sampai di rumah Nina pun Mya masih Mya Arlisa seperti di rumah Puan Marni.

"eh tak payah lah susah-susah. Kau ni kau bukan orang gaji aku nak masak sarapan bagai"

"aku dah terbiasa lah Nina bangun pagi masak sarapan lagipun bukan susah pun nak masak kalau setakat aku sapu telur dekat roti je"

"kau memang pandai memasak tak macam aku tahu beli je. Kau dah bersedia ke nak mula kerja harini?"

"insha Allah aku dah bersedia lagipun aku bukan kena kerja teruk kan"kata Mya sambil senyum.

Roti telur buatannya diambil lalu disuap masuk ke dalam mulutnya. Nina turut membuat benda yang sama

"ala kerja kau senang je tak susah pun setakat susun-susun baju lepastu layan customer itu je tak susah mana pun nanti pekerja aku akan guide kau lah"

Mya Arlisa hanya mengangguk setuju. Ikut sahaja kata Nina lagipun Mya bukan tahu sangat selok-belok dekat KL ni nak cari kerja macam mana kalau Mya sendiri pun tak tahu tempat di sini.

"lepas sarapan kita gerak takut lambat gerak sesak pula jalan nanti"kata Nina kepada Mya.

"baik makan lah cepat"

ZARIQ melangkah masuk ke dalam bangunan setinggi 25 tingkat dengan muka tegangnya. Semua pekerja yang lalu ditepi menelan air liur memandang ke arahnya. Jangan ada berani nak tegurnya kalau tak mahu kena marah dengannya.

Maya berlari mengikut Zariq dari belakang. Nampaknya Zariq harini mood tak berapa nak okay sangat dengan wajah ketat begitu. Beberapa pekerja yang lain memandang ke arah Maya yang setia mengikut Zariq itu. Habis lah kalau ada silap memang kena makan maki lah nanti.

Pintu biliknya di ketuk dari luar tersembul lah wajah Maya iaitu pembantu peribadinya. Hampir 7 tahun Maya bekerja di Puncak Impian dari Tan Sri Razip lagi hingga turun anaknya Zariq pula.

"Encik Amsyar ada Cik Dahlia nak jumpa dengan encik dia ada dekat luar"

"hm panggil dia masuk dalam"

Maya hanya mengangguk dan Maya memanggil Dahlia untuk masuk ke dalam bilik Zariq. Dahlia menjeling ke arah Maya yang membuka pintu untuk Dahlia.

"berlagak sangat ingat dia tu siapa"kutuk Maya selepas menutup pintu.

"hai baby"tegur Dahlia manja.

Dahlia menghampiri Zariq lalu handbagnya di letak di atas meja dan melangkah ke arah Zariq di tempat duduknya.

Terus muka Zariq yang tegang itu bertukar menjadi ceria. Tubuh Dahlia ditarik duduk di atas pehanya sambil Dahlia mengusap rambut Zariq.

"asal datang office i ni? rindu i eh?"usik Zariq sambil menghidu rambut panjang Dahlia.

"mesti lah i rindu you sayang. Walaupun kita baru jumpa 2 hari lepas. You tu susah sangat nak angkat call i berkali-kali i call sekali pun you tak pernah nak angkat"kata Dahlia dengan nada merajuk.

Zariq tersenyum mendengar. Prinsip Zariq ialah Zariq tidak akan berjumpa lagi atau mengangkat panggilan dari mana-mana perempuan yang dia kenal selepas 3 hari berkenalan.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now