BAB 78

2.3K 80 1
                                    

"MACAM mana dengan Mya?"tanya Puan Marni risau. Bukan dia tidak dengar yang mereka berdua itu sedang bergaduh di dalam bilik. Rumah mereka ini bukan lah besar mana pun jadi dapat lah dengar pertengkaran mereka itu.

"dia tengah rehat maksu"kata Zariq Amsyar sebaik sahaja dia melangkah ke ruang tamu.

"maksu risau lah dengan Mya tu. Dia tengah sarat sangat dah tu tak boleh nak stress sangat"kata Puan Marni dengan wajah penuh kerisauan.

Zariq Amsyar hanya diam tanpa menjawab. Dia memandang ke arah Amil yang duduk di ruang tamu juga.

"kamu nak bawa Mya balik KL ke?"tanya Puan Marni kepada Zariq Amsyar.

Dia risau juga akan Mya Arlisa itu. Semua maklumat ada di hospital di KL tapi dari apa yang dia dengar Mya Arlisa mahu bersalin di sini sahaja. Bukan dia mahu menghalang cuma dia teringat perbualan dengan Puan Sri Suhaini yang mahu menjaga Mya Arlisa di dalam pantang sehingga sanggup ketepikan semua kerja demi mahu menjaga Mya Arlisa dan bayi.

Ikutkan hatinya dia juga mahu menjaga Mya Arlisa tetapi belah sana lagi berhak ke atas Mya Arlisa. Dia turut sahaja kalau Zariq Amsyar membenarkan Mya Arlisa bersalin disini.

"nampak gayanya macam tulah maksu. Due Mya pun lagi seminggu, tak tahu lah kalau nak bersalin awal"jawab Zariq Amsyar perlahan.

Macam mana nak bawa balik KL kalau belum cakap apa-apa lagi mereka dah bergaduh bagai nak rak. Mahu tak mahu dia tetap harus membawa Mya Arlisa pulang ke KL esok atau lusa.

"maksu okay je kalau Mya nak bersalin dekat sini ikut korang lah cuma maksu teringat perbualan mama kamu yang nak jaga Mya masa pantang"kata Puan Marni sambil senyum.

Dari awal kandungan lagi Puan Sri Suhaini sudah memberitahu yang dia mahu menjaga Mya Arlisa di dalam pantang. Puan Sri Suhaini juga tidak benarkan mereka mengambil CL kerana dia mahu mengurus Mya Arlisa seratus peratus.

"kamu pujuk lah Mya tu baik-baik insha allah lama-lama hati dia terpujuk juga. Kamu kena banyak bersabar lah dengan Mya. Bermacam-macam ujian yang Allah turunkan pada dia"kata Puan Marni dengan nada mengendur.

Amil disitu hanya menjaga patung tidak bergerak. Mendengar sahaja perbualan mereka berdua tanpa mengeluarkan sebarang suara. Dia malas mahu masuk campur hal keluarga orang sebab dia pun belum kahwin lagi maklum lah jodoh lambat betul nak sampai. Agaknya jodoh dia masih kecil itu yang kena tunggu agak lama.

"maksu dah tahu pasal tu?"tanya Zariq Amsyar. Dia tidak kisah kalau Puan Marni tahu sekali pun baginya Puan Marni juga berhak tahu tentang ini.

"semuanya Mya dah cerita pada maksu. Sebenarnya maksu kecewa dengan kamu Zariq. Maksu serahkan Mya untuk kamu jaga dan sayang dia bukan untuk permainkan hati dia. Hati dia rapuh Zariq. Dia anak yatim piatu yang tak ada ibu ayah. Dia amanah yang maksu harus jaga. Bila jadi macam ni maksu rasa maksu gagal jaga Mya dengan baik"kata Puan Marni dengan nada sebak. Amil bergerak ke arah Puan Marni lalu bahu Puan Marni diusap lembut.

Zariq Amsyar menunduk ke bawah mendengar. Dulu dia tidak sedar semua itu tapi lama-lama dia sedar bahawa dia mula sayang dan cinta akan isterinya sendiri. Dia tidak sanggup mengikut rancangan bodoh Puan Raudhah lagi kerana rasa cinta pada Mya Arlisa makin bertambah. Setiap titis air mata Mya Arlisa yang jatuh sungguh membuatkan hatinya sakit melihat seperti dia gagal menjaga dan menyayangi isterinya.

Ternyata benar dia gagal menjaga Mya Arlisa dengan baik malah dia mengambil kesempatan atas kepolosan Mya Arlisa itu demi mahu membalas dendam. Dia bodoh ketika itu kerana sanggup bersetuju dengan ideal Puan Raudhah.

"maksu tak pernah gagal jaga Mya. Sepanjang dia jadi isteri saya dia tak pernah tinggikan suara pada saya bila saya marah dia, dia tetap sabar akan kerenah saya. Dia jaga makan dan pakai saya dengan baik. Saya bersyukur sangat mempunyai seorang isteri seorang seperti Mya Arlisa. Saya yang gagal menjadi seorang suami yang baik buat Mya. Maafkan saya maksu maafkan saya"kata Zariq Amsyar dengan suara bergetar menahan tangisan.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now