BAB 25

5.2K 156 15
                                    

PULANG sahaja dari Penang seminggu lepas hubungan Zariq dengan Mya semakin membaik. Mereka selalu berbual, bergelak ketawa dan saling bertukar cerita. Langsung tidak sama macam dulu. Kalau dulu senyum pun tidak susah sungguh nak tengok Zariq senyum kepadanya boleh tengok Zariq senyum pun bila bercakap di telefon kadang bercakap dengan adiknya Zahra.

Sekarang ini Zariq tak betah lama-lama di pejabat. Habis sahaja kerja dan waktu pulang dengan pantas Zariq mengemas barangnya bersedia untuk pulang. Hatinya bagai tak rela mahu membiarkan Mya keseorangan dirumah kalau dulu mungkin dia tak kisah sekarang sejak mereka rajin berbual di balkoni luar setiap malam bersama Mya, Zariq rasa lain sangat.

Kak Maya turut pelik dengan perangainya. Kalau dulu pulang pun lewat kadang pukul 6:30 atau pukul 7 baru nak gerak balik sekarang ini jam menunjukkan pukul 6 tepat Zariq lah orang paling kalut nak pulang ke rumah. Nasib baik lah tak ada siapa menyoalkannya mungkin kerana dia boss mereka.

Sampai sahaja di rumah Zariq terus membuka pintu. Sunyi. Selalunya kalau balik dari pejabat dengar je bunyi pintu cepat-cepat Mya berlari mendapatkannya di pintu ataupun Mya sibuk memasak di dapur.

Zariq menutup pintu dan melangkah ke ruang tamu. Bibirnya menguntum senyum. Tidur rupanya patut lah rasa sunyi je rumah Mya sedang nyenyak tidur sambil menonton drama kegemarannya iaitu drama Thailand.

Sejuk hati Zariq melihat wajah Mya. Kadang dia juga mempunyai masalah di pejabat dan Mya lah menjadi pendengar setianya. Zariq sekarang rajin juga berkongsi masalahnya dengan Mya. Mya juga banyak nasihatkannya itu ini dan nasihat Mya itu benar-benar belaka.

"ehem...awak dah balik?"kata Mya dengan suara serak basah.

Entah bila dia tertidur di atas sofa pun tak tahu yang dia tahu lepas solat asar tadi dia menonton drama Thailand seperti selalu ralit tengok tiba-tiba rasa mengantuk pula. Itu lah padahnya tak cukup tidur sebab semalam mereka berdua berborak di balkoni sampai pukul 2 pagi. Ralit berbual sangat sampai tak tengok jam pukul berapa.

"eh tak apalah you sambung jelah tidur"

"mana boleh tidur dah nak dekat Maghrib dah"

Mya bangun dari baring sambil membetulkan skirt pendek paras lututnya itu. Mya lebih selesa berpakaian begitu jika di rumah. Siapa yang nak tengok hanya Zariq sahaja.

"okay lah kalau you cakap macam tu"

"awak nak makan? Tadi saya ada buat murtabak maggi kalau awak nak makan saya sediakan sekarang. Kejap lagi saya baru masak untuk makan malam pula"

"i nak mandi dulu lepastu i makan. Malam ni i kasi you rehat tak payah masak kita makan dekat luar je"

"yeke? Jangan kejap lagi awak suruh saya berperang masak dekat dapur sudah sebab tak jadi nak makan dekat luar"

Zariq ketawa mendengar. Selalunya juga dia 'menipu' Mya katanya nak bawa Mya makan dekat luar akhirnya tak jadi dia suruh pula dia memasak sahaja dekat dapur. Bukan apa kadang terasa malas pula nak keluar semula selepas pulang ke rumah. Nak order makanan rasa tak seronok lebih baik makan di kedai sahaja tapi itulah semua sebab malas nak keluar semula.

"kali ni betul. Lepas maghrib ke you bersiap lah kita makan dekat luar"

"okay awak pergi lah mandi dulu"

Kot biru Zariq di atas sofa di ambil oleh Mya. Kena basuh kot ni tak boleh biarkan sehari dua baru nak basuh mahu kena bebel dengan Zariq sebab Zariq sejenis pakaian harini basuh harini juga jangan nak tunggu penuh satu bakul baru nak basuh memang kena tadah telinga lah dengar.

"nanti-nanti jelah basuh jom teman i masuk bilik"

Membulat mata Mya mendengar. Semalam ada juga Zariq mempelawa Mya untuk masuk tidur semula di dalam bilik Zariq tapi sudah ditolak oleh Mya dengan baik. Entah mengapa Mya lebih selesa tidur di bilik berasingan walaupun Mya tahu semua itu berdosa tapi Mya tiada pilihan lain. Itu sahaja jalan yang selamat setakat ini. Zariq hanya mengikut sahaja kehendak Mya walaupun Mya tahu pasti Zariq ada rasa tidak puas hati.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now