BAB 35

5.1K 145 9
                                    

"CONGRATS Fariz and Nina"kata Zariq kepada 2 pasangan pengantin itu.

Jelas nampak wajah kegembiraan terpancar di wajah Fariz dan Nina. Syukur lah kahwin juga mereka berdua dalam diam-diam bercinta dan terus berkahwin.

"thank you my man. Thank you juga sebab korang sudi datang majlis aku dengan Nina malam ni. Kalau kau tak bawa Mya datang ke sini boleh pekak telinga aku dengar isteri aku membebel malam nanti"

"padan muka you. I suruh you pujuk Zariq bawa Mya kalau Zariq datang sorang tadi i lari dari majlis ni"

"Riq kau tengok ni nasib kau bawa Mya Riq kalau tak tadi aku sanding sorang atas pelamin"

Zariq dan Mya ketawa mendengar. Dah kahwin pun masih bergaduh 2 orang ini. Mesti lah dia akan membawa Mya sebab dia sudah berjanji akan bawa Mya ke sini dan dia pun dah belikan baju untuk Mya pakai ke sini rugi lah dah beli tapi tak datang walaupun dia tidak berapa suka dedahkan Mya dihadapan orang ramai. Nanti ada pula yang kenalnya dan bertanya macam-macam soalan.

"you dengan Zariq boleh pergi sana dulu tak? I ada benda nak cakap sikit dengan Mya"

"amboi halau nampak cakap jelah kitorang buat-buat pekak tak dengar"

"ish mana boleh ni hal perempuan lah. Dah pergi lah sana kejap"

"dah jom kau jangan nak menyibuk bila perempuan nak bergossip"ajak Zariq untuk memberikan ruang untuk Mya dan Nina berbual. Pasti ada hal yang mereka mahu ceritakan.

Sebaik sahaja bayang Zariq dan Fariz hilang Nina terus menarik tangan Mya ke tempat yang agak sunyi tiada orang lalu.

"apa yang kau nak cakap Nina?"tanya Mya kepada Nina.

"soalan aku ni tak adalah penting mana pun tapi aku nak kau jawab soalan aku dengan jujur supaya aku tak fikir bukan-bukan"

"nampak macam serius je ni. Apa dia soalan kau tu tanya lah insha Allah aku jawab dengan seikhlas hati aku"

"kau dengan Zariq tu ada apa-apa hubungan ke? Aku tahu korang tinggal serumah sekarang tapi tu bukan perkara tak elok ke Mya tinggal dengan lelaki bukan muhrim kau. Aku tahulah aku bukan lah baik mana tapi aku tak nak kau pun terpesong juga aku nak yang terbaik untuk kau Mya"

Mya mengeluh perlahan. Nampaknya Nina belum tahu tentang hal ini. Memang patut lah Nina fikir bukan-bukan. Ingatkan Fariz sudah memberitahu Nina rupanya tidak lagi. Fariz ni betul-betul menyimpan rahsia Zariq dengannya baik-baik dalam
poket sampai isterinya pun tak diberitahu hal ini.

"sebenarnya Nina lepas je Zariq beli aku dekat Mr Raymond aku paksa Zariq untuk kahwin dengan aku Nina. Aku tahu aku dah banyak dosa tapi aku tak nak tambah dosa yang sedia ada jadi aku paksa Zariq untuk kahwin dengan aku. Mulanya Zariq tak setuju dengan cadangan aku katanya untuk apa kitorang kena kahwin? Dia hanya nak simpan aku je bukan untuk kahwin dengan aku. Tak tahu lah apa yang dia fikirkan lepastu dia cakap dia setuju untuk kahwin dengan aku dan kitorang dah kahwin dekat setahun dah"cerita Mya dengan perlahan. Mana lah tahu kalau ada-ada orang terdengar ke apa.

"Alhamdulilah lega sikit aku dengar Mya korang dah kahwin. Aku tak adalah fikir yang bukan-bukan sebab aku kenal kau macam mana Mya. Aku cuma nak pastikan kau baik-baik je. Kau lah satu-satunya kawan aku Mya. Fariz dah tahu ke yang korang dah kahwin?"

"tahu lah dia yang temankan Zariq masa akad kitorang dekat Penang dulu"

"ish tak guna betul Fariz ni. Boleh dia berahsia dengan aku hal penting ni. Apa-apa pun aku happy untuk kau sekurang-kurangnya ada seorang lelaki yang boleh jaga kau dan bahagiakan kau. Aku tak suka tengok kau sedih-sedih aku nak kau happy-happy je sekarang. Kau tak salah dalam hal ni Mya kau terpaksa je buat semua ni. Aku sayang kau Mya"

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now