Bab 24

5.1K 141 22
                                    

PADA pukul 9 pagi Zariq sudah bangun dan mengejut Mya yang sedang tidur selepas solat subuh pagi tadi. Sejuk hatinya melihat Mya solat bila Mya sudah habis solat Mya memandang ke arahnya cepat-cepat dia pura-pura tidur tak sedar diri padahal dia dari awal Mya solat lagi sudah bangun melihat Mya solat dari belakang.

"nak kemana ni?"soal Mya kepada Zariq yang memakai pakaian ringkas harini.

Berbaju t-shirt putih serta seluar pendek hitam. Mya pula disuruh memakai dress yang mereka beli dahulu. Macam biasa semua pakaiannya diatur oleh Zariq. Jangan nak pandai-pandai pilih baju yang dia suka sebab Zariq takkan suka. Tak nak bergaduh punya pasal Mya akur dengan pilihan Zariq walaupun kadang Mya tidak berapa gemar dengan pakaian yang Zariq beli. Terdedah sana sini.

Zariq hanya diam tanpa menjawab. Tangannya sibuk memandang ke arah telefon sambil berjalan. Harini dia mahu membawa Mya berjalan-jalan di Penang memandangkan esok mereka akan pulang semula ke KL. Haris dan Alif disuruh berehat sahaja di dalam bilik hotel ataupun mereka mahu keluar sendirian ikut suka mereka pilihan ditangan mereka.

"masuk kereta"arah Zariq kepada Mya sebaik sahaja mereka tiba di kereta.

Mya terus melolos masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. Pelik juga harini mereka keluar berdua tanpa pengawal Zariq. Entah kemana Zariq mahu membawa dia keluar pun tak tahu lah bila ditanya tidak mahu menjawab. Sekali dua tanya Zariq diam lagi kalau masuk tiga empat lagi mahu kena tengking dengan Zariq.

10 minit memandu kereta yang dipandu oleh Zariq berhenti di satu restoran Roti Canai Jalan Gemas. Melihat Zariq melepaskan tali pinggang Mya juga turut melepaskan tali pinggang. Selalunya makan dekat hotel je tak ada pula nak makan dekat luar harini lain pula.

"jom"

Zariq menghulurkan tangannya kepada Mya selepas sahaja Mya berdiri disampingnya. Perlahan-lahan Mya memberi tangannya kepada Zariq. Sejak mereka ke pasar malam semalam Zariq bagai kena rasuk tiba-tiba sahaja nak pegang tangan sebelum ni tak ada pula buat begini semasa dekat KL.

Hampir 5 minit menunggu makanan akhirnya makanan yang mereka pesan sudah tiba. Zariq terus menarik sudu dan garpu. Orang kata kalau pergi Penang tak makan pagi dekat sini tak sah. Datang lah orang negeri mana pun datang ke Penang mesti makan pagi dekat sini.

"makan lah"kata Zariq kepada Mya yang memandang ke arahnya itu.

Sudu garpu dicapai oleh Mya dengan bacaan bismillah Mya menyuap roti canai masuk ke dalam mulutnya. Nak makan pun rasa tidak selesa ada 4 pasang mata sedang memandang ke arahnya sekarang. Perlahan-lahan mata Mya melorot ke arah bajunya. Mya memegang dada apabila mahu menunduk menyuap makanan. Tidak mahu lah orang lain ternampak benda yang tidak sepatutnya memandangkan dress yang dipakai olehnya iaitu v neck.

Bila Mya menunduk makan mata lelaki di meja belah kanan hadapan memandang ke arahnya. Zariq langsung tidak perasan kerana asyik bermain dengan telefon. Dalam hati Mya merengus geram. Nak makan pun tak senang lah dengan pandangan mata nakal 2 lelaki itu.

Telefon di letak di atas meja. Mata Zariq kembali memandang ke arah Mya yang memegang dadanya sambil mata melirik ke arah sesuatu di hadapan. Dengan perasaan ingin tahu Zariq mengalih badannya memandang ke arah sesuatu yang dipandang oleh Mya itu.

Oh patut lah rupanya ada orang memandang ke arah Mya sekarang ini. Zariq faham sangat dengan Mya, Mya sejenis tidak selesa apabila dirinya dipandang oleh orang. Rasanya semua perempuan rasakan benda yang sama. Macam mana nak makan dengan tenang kalau ada mata gatal melirik ke arah Mya.

"tunggu apa? Makan lah cepat!"

Terus Mya menyuap roti canai masuk ke dalam mulutnya selepas Zariq bersuara. Kalau tak bikin orang terkejut bukan Zariq lah. Nasib baik tak terlekat roti canai ni kalau tak batu 2 dah Mya sekarang. Memang tipikal Zariq cakap macam ajak gaduh.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt